Jumaat, Mei 30, 2008

Orang Melayu orang yg paling kuat bertaqlid dgn Imam Asy-Syafie

Berikut adlh kata2 dari Imam Asy-Syaf'ie:

"Apa sahaja perkataanku dan asas yang aku buat bercanggah dengan apa yg ada pada sunnah Rasul, maka pendapatku apa yg disebut oleh Rasulullah SAW, dan itulah perkataanku (pendapatku)"

"Telah ijma' orang Islam adalah apabila telah sampai padanya atau terang kpdnya sunnah Rasulullah SAW, tidak halal (yakni haram) baginya meninggalkan sunnah itu utk berpegang dengan perkataan sesiapa"

"Sekiranya kamu dapati dalam kitabku bercanggah dgn sunnah Rasul SAW, maka berkatalah kamu dengan sunnah Rasul dan tinggalkan apa yang aku katakan. Lalu ikutlah sunnah dan janganlah kamu berpaling kepada perkataan sesiapa pun"

"Setiap masalah yang sahih pada khabarnya Rasulullah SAW di sisi ahli hadith, bercanggah dengan apa yang aku katakan, maka aku tarik balik ia ketika hidupku dan selepas matiku"

"Setiap apa yang aku kata, dan yang datang daripada Rasulullah SAW bercanggah dengan perkataanku kerana sahihnya dari Nabi, maka hadith nabi yang sahih itu lebih utama (awla). Maka janganlah kamu bertaqlid padaku"

Sila tengok youtube di bawah utk melihat ceramahnye~-
http://www.youtube.com/watch?v=uyaf_aq7jDw&feature
=related

Petikan Ceramah "Imam Syafie dan Orang Melayu" drpd Ustaz Abdul Rashid Idris, Presiden Institut Al-Qayyim.

Sgt menarik utk didengari kerana..tajuk entry nih. Hehe. Sile dengar~

0 komentar:

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP