Selasa, Mei 24, 2011

Bumi Urdun (9): Kisah Nabi Syuaib & Maqamnya

Bismillah,

Sempena habis semester & final exam ini, maka bermulalah sesi penulisan blog tanpa henti.

Kali ni nak membawa kisah Nabi Syuaib & kaumnya Madyan. Peristiwa antara Nabi Syuaib & kaumnya Madyan terletak di bumi bernama Jordan.

Jom hayati kisahnya.

(caution: cerita agak panjang..tapi terpulang pada anda ingin baca atau tidak. anda bebas)


NABI SYUAIB ALAIHISSALAM.

Nama Nabi Syuaib disebut sebanyak 11 kali dalam Al-Quraan iaitu dalam

  • Surah Al-A'raaf : 5 kali
  • Surah Huud: 4 kali
  • Surah As-Syu'araa': 1 kali
  • Surah Al-Ankabuut: 1 kali
Nabi Syuaib telah diutuskan kepada kaum Madyan sprt yg disebutkan dalam Al-Quraan. Disebutkan juga dalam beberapa tempat bahawa kaum Madyan ini digelar juga sebagai Ashabul Aikah (اصحاب الأيكة). Dinisbahkan kaum Madyan dengan Ashabul Aikah ni sebab diaorg ni duduk dekat dengan Aikah, iaitu sebuah hutan belukar yang tebal. Dikatakan mereka juga menjadikan Aikah sebagai sembahan. Manakala nama Madyan pula dinisbahkan kepada nama kaum mereka.

Kaum Madyan adalah kaum Arab, jadi sudah pastilah Nabi Syuaib pun daripada keturunan Arab sprt mana Nabi Huud & Saleh yang diutuskan kpd kaum 'Aad & Thamud.

Nama Nabi Syuaib adalah daripada perkataan الشّعب yang bererti bangsa/kaum. Jadinya Syuaib tu adalah uslub tasgheer (mengecilkan) dalam qawaid bhs arab.



TEMPAT & ZAMAN


Tempat kaum Madyan terletak berhampiran dengan kaum Nabi Lut sprt mana yg disebutkan dalam Surah Huud: 89,

وَمَا قَوۡمُ لُوطٍ۬ مِّنڪُم بِبَعِيدٍ

"sedang kaum Lut tidak (pula) jauh (tempatnya) dari kamu"

Dikatakan bahawa kawasan kaum Madyan adalah kearah tenggara daripada Laut Mati (dimana dulu adalah tempat tinggal kaum Nabi Lut). Ibn Kathir mengatakan bahawa kaum Madyan terletak di Ma'an.

Peta menunjukkan antara Laut Mati dengan Ma'an serta tempat bernama Salt (atas sikit dr Amman)

Dari segi waktu pula, Nabi Syuaib datang selepas Nabi Hud, Saleh, Nabi Ibrahim & Nabi Lut. Ianya berdasarkan dalil bahawa giliran kisah2 Nabi Syuaib adalah setiap kali selepas kisah Nabi Lut. Apatah lagi dalam ayat yg sama di atas apabila Allah sebut

وَيَـٰقَوۡمِ لَا يَجۡرِمَنَّكُمۡ شِقَاقِىٓ أَن يُصِيبَڪُم مِّثۡلُ مَآ أَصَابَ قَوۡمَ نُوحٍ أَوۡ قَوۡمَ هُودٍ أَوۡ قَوۡمَ صَـٰلِحٍ۬‌ۚ وَمَا قَوۡمُ لُوطٍ۬ مِّنڪُم بِبَعِيدٍ

"Hai kaumku, janganlah hendaknya pertentangan antara aku (dengan kamu) menyebabkan kamu menjadi jahat hingga kamu ditimpa azab seperti yang menimpa kaum Nuh atau kaum Hud atau kaum Shaleh, sedang kaum Lut tidak (pula) jauh (tempatnya) dari kamu."

(Surah Huud: 89)

KESALAHAN KAUM MADYAN

Kaum Madyan telah melakukan beberapa kesalahan dan yang paling besar adalah tidak menjadikan Allah sebagai Ilaah. Kemudian mereka melakukan jenayah ekonomi iaitu dengan mengurangi ukuran & timbangan serta melakukan kefasadan ekonomi yang lain.

Cthnye bile mereka berjual beli, mereka minta pelanggan bayar gandum dengan harga 1 kg tapi mereka akan kurangkan gandum tu supaya tak cukup 1 kg hingga mereka boleh untung dengan penipuan. Sebaliknya kalau mereka membeli pula, mereka meminta ditimbang cukup2 atau meminta lebih.

Jadi Nabi Syuaib menyeru mereka agar tidak menzalimi orang lain dalam hal ekonomi & membayar sesuatu barangan mengikut nilainya serta memberi barangan kepada orang lain berdasarkan nilai yang dibayar.

USLUB DA'WAH NABI SYUAIB

Sprt mana nabi2 lain pun, semuanya akan mengajak manusia mentaati Allah, mengesakan Allah & tidak menyekutukannya serta kembali kepada aqidah yang sebenar. So sama lah dengan Nabi Syuaib, dia ajak kaum Madyan kembali kepada Allah dulu..baru mereka boleh berubah dengan cepat.

وَإِلَىٰ مَدۡيَنَ أَخَاهُمۡ شُعَيۡبً۬ا‌ۚ قَالَ يَـٰقَوۡمِ ٱعۡبُدُواْ ٱللَّهَ مَا لَڪُم مِّنۡ إِلَـٰهٍ غَيۡرُهُ ۥ‌ۖ وَلَا تَنقُصُواْ ٱلۡمِڪۡيَالَ وَٱلۡمِيزَانَ‌ۚ

"Dan kepada (penduduk) Madyan (Kami utus) saudara mereka, Syu'aib. Ia berkata: "Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tiada Tuhan bagi kalian selain Dia. Dan janganlah kamu kurangi takaran dan timbangan"

(Surah Huud: 84)

So kita tengok cmana Nabi Syuaib ajak kaum dia sembah Allah dulu lpastu barulah tegur kesalahan2 mereka.

Nabi Syuaib jugak ingatkan kaum dia tentang kelebihan yg Allah kurniakan pada diaorg sprt dalam ayat:

وَٱذۡڪُرُوٓاْ إِذۡ ڪُنتُمۡ قَلِيلاً۬ فَكَثَّرَڪُمۡ‌ۖ وَٱنظُرُواْ كَيۡفَ كَانَ عَـٰقِبَةُ ٱلۡمُفۡسِدِينَ

"Dan ingatlah di waktu dahulunya kamu berjumlah sedikit, lalu Allah memperbanyak jumlah kamu. Dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berbuat kerusakan"


Surah Al-A'raaf: 86

Dulu kaum Madyan ni sikit, maka Allah ramaikan mereka. Dulu mereka ni sikit harta, Allah banyakkan harta mereka. Dulu mereka ni lemah ekonomi, Allah bagi mereka kuat. Semua ini adalah nikmat daripada Allah.



KESOMBONGAN KAUM MADYAN

Lepas dah berdakwah, maka adalah sekelompok daripada sekaum tu yg beriman pada Allah & ikut Nabi Syuaib. Tapi majoritinyer, tetap sombong, bongkak, ego & tak nak dengar apa yg Nabi Syuaib serukan.

Nak nampak kesombongan mereka lagi, disebutkan dalam Quraan:


قَالَ ٱلۡمَلَأُ ٱلَّذِينَ ٱسۡتَكۡبَرُواْ مِن قَوۡمِهِۦ لَنُخۡرِجَنَّكَ يَـٰشُعَيۡبُ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَعَكَ مِن قَرۡيَتِنَآ أَوۡ لَتَعُودُنَّ فِى مِلَّتِنَا‌ۚ


"Pemuka-pemuka dan kaum Syu'aib yang menyombongkan dan berkata: "Sesungguhnya kami akan mengusir kamu hai Syu'aib dan orang-orang yang beriman bersamamu dari kota kami, atau kamu kembali kepada agama kami". (Surah Al-A'raaf: 88)

Diaorg sebut dalam ayat ni "kota kami". Padehal Nabi Syuaib tu pun sebahagian daripada kaum Madyan jugak. Tapi diaorg nak cakap dengan sombong bahawa Nabi Syuaib tak layak duduk dengan kota diaorg tu dan Nabi Syuaib patut keluar daripada kota tersebut.

Seolah2 mcm nk cakap "ni kota kami..kau tak layak duduk sini, menyusahkan kami je nak buat kerja2 kami..tak habis2 berdakwah!!"

Tak cukup tu, diaorg nak sombong lagi, mintak azab daripada Allah dengan cara nak mengejek dengan berkata:

فَأَسۡقِطۡ عَلَيۡنَا كِسَفً۬ا مِّنَ ٱلسَّمَآءِ إِن كُنتَ مِنَ ٱلصَّـٰدِقِينَ

Maka jatuhkanlah atas kami gumpalan dari langit, jika kamu termasuk orang-orang yang benar

(As-Shu'araa': 187)

Semacam nak cabar Allah & Nabi Syuaib.



AZAB YANG DITIMPAKAN


Maka akhirnya apabila kaum Madyan enggan mengikut apa yang disampaikan oleh Nabi Syuaib, seorang utusan Allah, maka masa yang mereka semua sangkakan tidak akan berlaku akhirnya terjadi dengan izin & kekuasaan Allah.

Azab yang telah menimpa kaum Madyan ini berbentuk 3 peringkat iaitu:

1. ٱلرَّجۡفَةُ (Ar-Rajfah) - iaitu gempa bumi yang dahsyat. Disebutkan dalam Surah Al-'Araaf: 91.

Contoh gempa bumi yg berlaku pada dunia masa kini. Mungkin tidak dapat disamakan dengan gempa yg sangat dahsyat berlaku pada kaum Madyan, tetapi mungkin dapat dibayangkan bagaimanakah kesannya..

2. ٱلصَّيۡحَةُ (As-Soihah) - bunyi yang sangat kuat dan dahsyat akibat daripada gempa bumi di atas. Apabila semua retak & hancur di muka bumi, maka memang bunyi terlampau dahsyat & kuat. Disebutkan dalam Surah Huud: 94

3. ٱلظُّلَّةِ‌ (Adz-Dzullah) - gumpalan awan hasil daripada asap yang keluar daripada perut bumi (sprt asap gunung berapi tuh). Ia berlaku hasil daripada gempa bumi yang dahsyat juga sehingga menyebabkan bumi mengeluarkan asap yang panas & membunuh. Disebutkan dalam Surah Asy-Syu'araa' ayat 189

Gumpalan asap yang keluar daripada gunung berapi yg sgt merbahaya terhadap manusia

Dan ketiga-tiga azab ni walaupun disebutkan dalam surah berbeza, namun penceritaannya adalah pada kaum yang sama & tiada percanggahan.

Cantiknya Allah menceritakan 3 azab dalam 3 surah berbeza sebab azab2 ni diturunkan mengikut tahapan & balasan kepada apa yang dibuat oleh kaum Madyan. Sbg contoh:

1. Dalam surah Al-A'raaf:

Kaum Madyan sombong, dengan mengugut utk usir Nabi Syuaib daripada kota Madyan, jadi Allah ceritakan azab berupa gempa bumi. (ayat Quraan ade kat atas..scroll ke atas ya). Allah nak tunjukkan pada kaum Madyan, janganla sombong sangat nak usir2 seorang utusan daripada Allah, padahal bumi ini milik Allah & Allah boleh lakukan apa sahaja terhadap bumi ini.

Lagi gambar (peringatan..bukan hiasan) kesan gempa bumi

2. Dalam surah Huud

Kaum Madyan mengejek Nabi Syuaib dengan berkata bahawa Nabi Syuaib ni pandai berkata-kata & ayat2 power..dalam erti nak perli2 la. Boleh rfer Surah Huud ayat 87. Jadi Allah bagi azab yg berupa bunyi kuat yang dahsyat sehingga takde sapa dapat berkata2 lagi & terus tersenyap. Malah mengakibatkan maut disebabkan bunyi yg terlampau kuat.


3. Dalam Surah Asy-Syu'araa'

Kaum Madyan cabar Nabi Syuaib mintak jatuhkan gumpalan dari langit sprt nak ejek & cabar Nabi. Maka Allah ceritakan bahawa Allah membalas dengan awan panas berdebu sprt awan yg menyelubungi langit ketika gunung berapi meletus.

Baru2 ni letusan gunung berapi Merapi di Indonesia. Hasilnya begini..

Lagi hasil letusan Merapi. Seolah2 dunia bertukar kelabu & tiada hidupan yang terselamat



ADAKAH KAUM MADYAN & ASHABUL AIKAH DUA KAUM BERBEZA ATAU SAMA?


Terdapat beberapa mufassirin, seperti Imam Qatadah mengatakan bahawa Kaum Madyan adalah berbeza dengan Ashabul Aikah. Beliau mengatakan bahawa Kaum Madyan adalah kaum kepada Nabi Syuaib tetapi Ashabul Aikah adalah kaum lain yang Nabi Syuaib pergi kepadanya untuk berdakwah juga dan mereka mempunyai masalah yang sama iaitu selalu mengurangkan timbangan.

Beliau memberi dua hujah iaitu:

1. Bila Allah menyebut tentang Ashabul Aikah, Allah tidak menyebut yang menunjukkan bahawa Ashabul Aikah itu sebahagian daripada kaum Nabi Syuaib seperti mana Allah sebut pada kaum Madyan - "dan kepada kaum Madyan, saudara mereka Syuaib"

2. Azab yang disebut pula berbeza antara Ashabul Aikah dengan kaum Madyan..jadi mereka ini kaum berbeza.


Pandangan ini ditolak oleh Syeikh Dr Solah Al-Khalidi (seorang pakar tafsir di Jordan) dengan mengambil pandangan Ibn Kathir. Jawapan mereka adalah:

1. Allah tak sebut Ashabul Aikah sebagai saudara kepada Nabi Syuaib sebab nama Aikah ni adalah sembahan kaum Nabi Syuaib. Jadi Allah taknak mengaitkan perkataan sembahan Aikah ini dengan persaudaraan atau menisbahkannya kepada sesuatu yang rapat dengan Nabi Syuaib. Ini demi menyucikan Nabi Syuaib sendiri sebagai seorang nabi.

2. Kalaupun azab yang disebut oleh Allah terhadap Ashabul Aikah tu lain, tapi dalam Surah Al-A'raaf & Surah Huud juga menceritakan azab berbeza, ia tidak menunjukkan kaum Madyan itu ada 2 kumpulan pulak. Bahkan ketiga-tiga azab itu sebenarnya dikenakan pada 1 kaum yang sama.



MAQAM NABI SYUAIB DI JORDAN


Heh. Setelah menceritakan tentang latar belakang Nabi Syuaib dan kaumnya, barulah cerita tentang maqamnya di Jordan.

Gambar sebahagian kecil pemandangan Wadi Syuaib

Maqam Nabi Syuaib terletak atas lembah yang dinamakan Wadi Syuaib (Lembah Syuaib) di mantiqah bernama As-Salt di Jordan. Daripada As-Salt ke Ma'an (lokasi yang dikatakan kawasan Kaum Madyan) adalah sekitar 236km. Boleh rujuk peta di atas sekali lagi.

Masjid yang dibina di kawasan maqam Nabi Syuaib. Kawasan ini sangat nyaman semasa kami pergi. Waktu pagi-pagi. Banyak burung berkicauan.

Kawasan pintu masjid

Tempat letaknya maqam Nabi Syuaib di dalam masjid

Ada juga yang mengatakan kaum Madyan menduduki kawasan Wadi Syuaib. Allahu'alam lokasinya yg sebenar. Yang pastinya mereka semua telah dimusnahkan oleh Allah & dimatikan.


Sumber rujukan utama: Kisah-kisah Al-Quraan, Dr Solah Al-Khalidi (terima kasih Ustz Wan Abd Baith bagi pinjam buku sebagai rujukan)



4 komentar:

Tanpa Nama 3:18 PTG  

subhanallah ! good job bro ! superb laa..bykkn post lg..lps ni g turki post pula sejarah2 islam kat sana..best baca sbb penggunaan ayat standard zaman sekarang..sbb kalau nk baca buku sejarah yg ayat nya agak tinggi bhsnya tu mmg mkn masa yg sgtttttttttt lamaaaaaa..toche sbb share dgn kami semua B)

HambaAllah Yang Memakmurkan 4:39 PG  

sama2. terima kasih kerana singgah membaca.

ummirose 8:24 PTG  

Nice tazkeerah and sharing abdullah! keep up your good writings!

penerang.info 12:09 PG  

Segala Puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam

Salaamun 'alaykum bima shabartum

Http://penerang.info

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP