Isnin, Oktober 12, 2009

Think out of the box

Bismillah.

PERISTIWA 1
Tempat : Pasar Malam Seri Iskandar
Watak terlibat : Saya, Safwan, Makcik jual cendol
Waktu Peristiwa: Ba'da asar
Saya bertanya kepada makcik yg menjual "makcik, seringgit dalam plastik ade tak?",
makcik tu menjawab "takdela dik. Plastik ade 2 ringgit je. ni seringgit guna cawan ok?".
Saya pula menjawab "ooo..camtu ke. Em..".
Maka safwan pun menyahut "kalau isi guna plastik tapi buat seringgit je boleh?".
Lepastu makcik ni berfikir seketika, kemudian makcik menjawab "em..boleh tapi plastik ni besar..nanti isi sikit sangat tak cantik pulak"
Safwan jawab "takpe makcik..bukan nak cantik2..tak jual pun. nak minum jugak air nih".
Makcik tu jawab balik "iye? okeylah..."
Maka makcik tu pun bubuh air gula...4 cawan kecik air gula tuh. Dalam kepala saya fikir "ni sukatan utk seringgit ke?! macam sukatan utk plastik RM2 je"
Kemudian makcik tu bubuh pulak air cendolnya..1 cawan..2 cawan..3 cawan..sambil berkata "haa..kan dah terbubuh lagi" menggambarkan bahawa dia tidak dapat menyukat seringgit utk plastik ini dan bertindak secara spontan nak isi banyak..
Saya pula kesiankan makcik ni dan berkata "takpela makcik saya bayar Rm1.50 lah"
Tapi makcik tu jawab "takpela..seringgit je".
Kami beredar dan bercakap sesama sendiri "adeh..kesian makcik tu..dah biasa sangat sukat RM2 utk plastik tu..sampai terbubuh lebih2 bile mintak RM1"
Sampai ke bilik pun kitaorg masih tertawa kegembiraan kerana untung lebih daripada air cendol ni.

PERISTIWA 2
Tempat: Kedai HPA Taman Maju
Watak bersama: Saya, Safwan & Kakak jaga kedai
Waktu peristiwa: Ba'da zohor
Saya & safwan decide utk ke kedai HPA utk membeli kotak ais krim Toyiban keluaran HPA. Ni kali pertama nak test ais krim ini. Kami melangkah ke dalam kedai dan membuka peti ais dalam kedai itu.
Belek2 aiskrim kotak besar dan tanya pada kakak yg jaga kaunter tu "kak...ni 1 berapa?"
Kakak tu dengan confident menjawab "RM8 satu.."
Memangla agak mahal berbanding ais krim kotak Walls & Nestle, tapi fikir muslim product pnye pasal, beli je..mahal lain cerita.
Kemudian saya ambil lah kotak aiskrim vanilla kegemaran saya dan nak bayar di kaunter. Saya pun sebutlah "RM8 kan?".
Lepastu kakak tu baru teringat "ada keahlian HPA?".
Saya jawab "takde"
Kakak tu bagitahu balik "ohh~..kalau bukan ahli RM10...ahli baru RM8".
Hehe.
Lepastu Safwan pulak masuk line "em..kalau guna keahlian akak macam mana??"
Kakak tu jawab "boleh!~"..
Kitaorg pun gembira la kan...dapat RM8..
Lepastu kakak tu tanya balik "eh..keahlian akak? oh..ingat keahlian kakak kamu..."
Maka Safwan berkata "eh..keahlian akak la..akak guna, nanti dapat points..boleh kan kak??"
Akak tu tersenyap seketika dan berfikir...
Lantas akak tu berkata "okelah2..akak bagi RM8. Tapi kali ni je ye. Lain kali RM10"
Kami pun jawabla "oke kak..terima kasih banyak!".
Then akak tu pun promo la suruh masuk HPA. Hehe. Tapi kami kata insyaAllah next time.


Begitulah 2 peristiwa think out of the box kawanku. Actually takdela out of the box mana. I think safwan ni business minded more than me. In fact he's taking Business Accounting as an additional subject which he doesn't really need to take it sebab Business Accounting ni subjek student BIS kot kat UTP ni. Mana ade student engineering amik subjekt tuh.

Tapi hasil thinking out of the box + business minded kawanku itu, akhirnya kami berjaya menjimatkan beberapa ringgit utk membeli barang.

Saya rasa saya akan rindu dengan kenangan2 bersama sahabat-sahabat saya di sini

Saya dedikasikan entry ini utk kawan saya, Mohd Safwan yg sentiasa bersama saya kehulu kehilir sebab kami dah ambil kelas yg sama dan berjuang hingga ke final semester bersama. Tinggal bilik je berlainan.

Sekian

(tinggal 2 bulan je utk hidup di bumi UTP sebagai pelajar di sini)

Ahad, Oktober 11, 2009

Obses dengan nasheed arab..

Bismillah.

Em. Tajuk cam agak tak berapa bagus. Tapi saya rasa saya seronok kongsikan perkara ini dengan semua. Saya sememangnya obses dengan nasheed-nasheed arab, terutamanya yang sangat rancak, ada bunyi musical yang gaya cam nasheed arab, dan plg penting..suara orang arab yang garau tu membuatkan lagu2 perjuangan jadi hebat!

Ini telah membuatkan saya rindu pada mahrajan (sprt konsert) di jordan dulu, mendengar nasheed2 palestin.

In fact semasa saya buat umrah dahulu, saya telah minta Abati utk singgah di kedai jual kaset utk beli kaset2 nasheed..

Ade 3 nasyid pasal hamas & ghazzah saya jumpa bulan lepas di Youtube..dan pada hari ini saya berjaya mencari ketiga-tiga lirik nasheed ini. Memang menyeronokkan bila mendengar nasheed sambil boleh membaca lirik. Seperti orang mendengar lagu2 la kan..mesti cari liriknya~

Em. In case pembaca nak mencari lirik ini juga, boleh cari tajuk berikut:

غزة بيوم الإنتصار
القسامي
الرعب غزة recommended: Klik sini - http://www.youtube.com/watch?v=T5gjIJvkQyQ
dan satu lagi nasheed saya tatau tajuknya =)

i wonder who out there has the same interest as me? boleh share nasheed nnt..

t.care everyone..

wassalam

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP