Bumi Urdun (11): Maqam Nabi Yusha' bin Nun
Alhamdulillah, baru2 ni berpeluang menziarahi maqam Nabi Yusha' bin Nun yang terletak di Barat Laut bandar Salt. Maqamnya terletak di atas sebuah bukit yang dikenali oleh penduduk Salt sebagai Bukit Yusha' yang tingginya 1130 meter daripada paras laut.
Pintu masuk maqam Nabi Yusha'.
Semasa kami sampai haritu mulanya tutup (mungkin sbb awal pagi). Kemudian datang penjaga utk membukanya. Binaan ini telah dibina pada zaman pemerintahan Mamluk. Penjaga itu juga menyebut bahawa di tapak ini pernah menjadi rumah kepada Nabi Yusha'
Semasa kami sampai haritu mulanya tutup (mungkin sbb awal pagi). Kemudian datang penjaga utk membukanya. Binaan ini telah dibina pada zaman pemerintahan Mamluk. Penjaga itu juga menyebut bahawa di tapak ini pernah menjadi rumah kepada Nabi Yusha'
Kisah Nabi Yusha' disebutkan hanya di satu tempat sahaja dalam Al-Quraan iaitu dalam surah Al-Kahf ayat 60. Ade yg mengatakan ia disebut dalam Surah Al-Maidah & Al-Waqi'ah, tapi tak pasti kat ayat mane pulak. Yg confirmnya nama Nabi ini tidak disebut dalam Al-Quraan.
Berikut ayat 60 surah Al-Kahf:
وَإِذۡ قَالَ مُوسَىٰ لِفَتَٮٰهُ لَآ أَبۡرَحُ حَتَّىٰٓ أَبۡلُغَ مَجۡمَعَ ٱلۡبَحۡرَيۡنِ أَوۡ أَمۡضِىَ حُقُبً۬ا
"Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada muridnya: "Aku tidak akan berhenti (berjalan) sebelum sampai ke pertemuan dua buah lautan; atau aku akan berjalan sampai bertahun-tahun" (Surah Al-Kahf: 60)
"Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada muridnya: "Aku tidak akan berhenti (berjalan) sebelum sampai ke pertemuan dua buah lautan; atau aku akan berjalan sampai bertahun-tahun" (Surah Al-Kahf: 60)
Dalam ayat di atas, Nabi Yusha' disebut sebagai فتى (fataa - iaitu pemuda) kepada Nabi Musa. Ini disebut dalam kebanyakkan tafsir iaitu tafsir Ibn Kathir & At-Tabari. Tetapi Tafsir Fi Zilal ambil pendekatan utk tak sebut siapa nama Fataa ini, adakah dia seorang nabi, atau alim, atau wali..tidak disebutkan dalam Tafsir Fi Zilal.
Kata penjaga maqam "Tubuh Nabi Yusha' bukanlah panjang seperti panjangnya maqam ini, tetapi mereka tidak dapat memastikan di mana tempat sebenar jasad Nabi Yusha' diletakkan, sama ada di atas, di tengah atau di bawah. Jadi mereka bina terus sepanjang ini.
ADAKAH فتى NABI MUSA INI NABI ATAU BUKAN?
Menjadi perbincangan dikalangan ulama' sama ada Fataa yang dirujuk kepada Nabi Yusha' bin Nun dalam surah Al-Kahf ini seorang nabi atau tidak. Memandangkan namanya tidak disebut dengan direct dalam Al-Quraan, maka ada yang kata beliau seorang hamba yang soleh dikalangan Bani Israel. Ada pula yang mengatakan bahawa beliau diberikan nubuwwah.
1. Pandangan Yang Kata YUSHA' BIN NUN Seorang Nabi
Ulama' yang mengatakan Yusha' bin Nun adalah seorang Nabi berdasarkan 2 buah hadith Rasulullah SAW seperti berikut:
Hadith 1:
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : غَزا نَبِيّ من الأنبياء فَقَالَ لِقَوْمِهِ : لا يَتْبَعْنِي رَجُلٌ مَلَكَ بُضْعَ امْرَأَةٍ وَهُوَ يُرِيدُ أَنْ يَبْنِيَ بِهَا وَلَمَّا يَبْنِ بِهَا ، وَلا أَحَدٌ بَنَى بُيُوتًا وَلَمْ يَرْفَعْ سُقُوفَهَا ، وَلا أَحَدٌ اشْتَرَى غَنَمًا أَوْ خَلِفَاتٍ وَهُوَ يَنْتَظِرُ وِلادَهَا ، فَغَزَا فَدَنَا مِنْ الْقَرْيَةِ صَلاةَ الْعَصْرِ أَوْ قَرِيبًا مِنْ ذَلِكَ فَقَالَ لِلشَّمْسِ : إِنَّكِ مَأْمُورَةٌ وَأَنَا مَأْمُورٌ ، اللَّهُمَّ احْبِسْهَا عَلَيْنَا . فَحُبِسَتْ حَتَّى فَتَحَ اللَّهُ عَلَيْهِ
Maksudnya:
Nabi SAW bersabda, “Seorang Nabi berperang lalu ia berkata, ‘Yang tidak boleh ikut adalah orang yang baru menikah dan masih belum menggauli istrinya; orang yang telah membangun sebuah rumah tetapi belum memasang atapnya; orang yang membeli seekor kambing bunting, dan sedang menunggu kelahirannnya. Lalu nabi itu berhenti di sebuah kampung menjelang Asar dan berkata kepada matahari, ‘Engkau diperintah dan aku juga diperintah. Ya Allah tahanlah dia (matahari) sebentar untukku.’ Maka matahari itu pun ditahan.”
(Hadith Riwayat Imam Bukhari: 3124, Imam Muslim: 1747)
Nabi SAW bersabda, “Seorang Nabi berperang lalu ia berkata, ‘Yang tidak boleh ikut adalah orang yang baru menikah dan masih belum menggauli istrinya; orang yang telah membangun sebuah rumah tetapi belum memasang atapnya; orang yang membeli seekor kambing bunting, dan sedang menunggu kelahirannnya. Lalu nabi itu berhenti di sebuah kampung menjelang Asar dan berkata kepada matahari, ‘Engkau diperintah dan aku juga diperintah. Ya Allah tahanlah dia (matahari) sebentar untukku.’ Maka matahari itu pun ditahan.”
(Hadith Riwayat Imam Bukhari: 3124, Imam Muslim: 1747)
Hadith 2:
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : إن الشمس لم تُحْبَس على بَشَر إلاَّ ليوشع ليالي سار إلى بيت المقدس .
رواه الإمام أحمد
رواه الإمام أحمد
Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah ra., Rasulullah SAW bersabda, “Matahari tidak pernah ditahan untuk seseorang kecuali untuk Yusha’ pada waktu senja di mana dia pergi ke Baitul Maqdis.”
(HR Imam Ahmad hadith no. 7964)
Daripada Abu Hurairah ra., Rasulullah SAW bersabda, “Matahari tidak pernah ditahan untuk seseorang kecuali untuk Yusha’ pada waktu senja di mana dia pergi ke Baitul Maqdis.”
(HR Imam Ahmad hadith no. 7964)
- Ibn Hajar mensahihkan hadith ini, Syeikh Syuaib Arnout berkata sanadnya sahih menurut syarat Imam Bukhari, Syeikh Albani mensahihkan dalam kitabnya Silsilah Sahihah: 202)
Ibn Hajar kata bahawa Nabi yang ingin berperang dalam Hadith 1 itu adalah Nabi Yusha' bin Nun
Dr Abd Azim bin Badawi (muhaqiq kitab syarah Imam Nawawi ke atas Sahih Imam Muslim) juga menyebut: Telah sahih hadith tentang diberhentikan matahari ke atas Nabi Yusha' bin Nun Alaihissalam (Jilid 6, muka 376, Daar Al-Fawa'id)
2. Pandangan Yang Kata YUSHA' BIN NUN Bukan Seorang Nabi
Setakat yang saya baca, pandangan ini telah datang daripada Syeikh Solah Al-Khalidi dalam kitabnya Kisah-Kisah Al-Quraan (Jilid 3, muka 307). Menurut pandangannya Yusha' bin Nun adalah salah seorang dua hamba soleh daripada Bani Israil.
Syeikh Solah juga menyebut dalam kitabnya tentang Hadith 1 yang disebutkan tadi dan mengatakan "Mereka mengatakan bahawa hadith ini dinisbahkan kepada kenabian Yusha' bin Nun tetapi yang rajih (benar) adalah hadit ini tidak dinisbahkan kepadanya dan tidak mengisyaratkan kepadanya, maka yang benar adalah Yusha' bin Nun bukanlah seorang nabi. Wallahu'alam"
Tetapi pada pandangan saya, Syeikh Solah tidak mengambil Hadith ke-2 pula sebagai rujukan dan tidak disebutkan dalam kitab Kisah-Kisah Al-Quraan tentang Hadith ke-2 yg disebutkan di atas. Jadi boleh dikatakan pandangan pertama bahawa Yushah' seorang Nabi itu ada benarnya.
Ape2 pn kita serahkan kepada Allah SWT.
Yang pasti, disebutkan dalam sebuah hadith sprt berikut:
Dikeluarkan oleh Imam Ahmad (Hadith no. 21257):
Aku (Abu Dzar) bertanya kepada Rasulullah, "Wahai Rasulullah, berapa jumlah para nabi?" Beliau menjawab, "124,000, yang menjadi rasul dari mereka 315, jumlah yang sangat besar."
(Disahihkan oleh Syeikh Albani dalam Misykatul Masabeeh)
Aku (Abu Dzar) bertanya kepada Rasulullah, "Wahai Rasulullah, berapa jumlah para nabi?" Beliau menjawab, "124,000, yang menjadi rasul dari mereka 315, jumlah yang sangat besar."
(Disahihkan oleh Syeikh Albani dalam Misykatul Masabeeh)
Jadi para anbiya' tu sangat ramai. Allah sahaja yang tahu nama mereka, di mana mereka diutuskan dan cerita-cerita mereka.
Utk penulisan kali ini saya akan mengambil pandangan bahawa beliau adalah seorang Nabi. Penjaga kawasan maqam Nabi Yusha' ada sebut bahawa Nabi Musa pun tak tahu bahawa Nabi Yusha' ini seorang Nabi. Ada kemungkinan beliau diangkat menjadi Nabi selepas kewafatan Nabi Musa sebab selepas Nabi Musa wafat barulah Nabi Yusha' pergi berperang tu. Wallahu'alam.
KISAH NABI YUSHA' DALAM SURAH AL-KAHF
Nabi Yusha' ditonjolkan dalam Al-Quraan semasa Nabi Musa nak pergi cari Nabi Khidir utk menuntut ilmu atas sebab Allah bagitahu pada Nabi Musa ada seorang hamba yang lebih berilmu daripadanya . Disebutkan bahawa perjalanan Nabi Musa bertemu Nabi Khidir adalah saat-saat akhir hidup Nabi Musa sebelum beliau wafat.
Dalam sebuah hadith riwayat Muslim (no 6163) Ketika Nabi Musa nak cari Nabi Khidir, dia tak tahu kat kawasan mana sebenarnya Nabi Khidir ni berada. Jadi Allah memerintahkan untuk Nabi Musa membawa seekor ikan bersama dalam sebuah bekas dan bersahabat dengan Nabi Yusha' (yang ketika ini masih muda & menjadi murid kepada Nabi Musa, berkemungkinan belum diperintahkan untuk melaksanakan tugas sebagai Nabi..tapi dalam cerita ni akan digunakan title Nabi utk beliau). Ape guna ikan dalam bekas tu? Sebabnya bile ikan tu hilang ke kawasan laut di 'Pertemuan Dua Laut ( مَجۡمَعَ ٱلۡبَحۡرَيۡنِ)' yg disebutkan dalam surah Al-Kahf ayat 60, maka kat situlah ada Nabi Khidir.
Diringkaskan cerita, Nabi Musa & Nabi Yusha' bin Nun pun pergilah ke kawasan 'Pertemuan Dua Laut' & mereka berehat di batu-batu berhampiran kawasan itu. Pada ketika itu (ada kisah menyebut bahawa mereka berdua tidur, ada yg menyebut bahawa mereka berdua tidak tidur tetapi dalam ayat 61 surah Al-Kahf sebut mereka LALAI ), ikan yang dibawa oleh mereka pun kembali ke laut. Disebutkan bahawa Allah telah menghalang ombak laut daripada memukul pantai sehingga membolehkan ikan tersebut kembali ke laut.
Masa ikan ni kembali ke laut, kedua mereka tidak perasan perkara tersebut. Termasuklah Nabi Yusha' yg ditugaskan menjaga ikan itu pun tak terperasan.
Maka selepas mereka berjalan beberapa ketika mencari2 Nabi Khidir, Nabi Musa pun mintaklah kepada Nabi Yusha' untuk bawak ikan tu untuk dimakan sebab dah berjalan letih sampai lapar.
Pada waktu itu Nabi Yusha' terperasan ikan tu dah hilang dan dia tak bawak bersama dia. Maka Nabi Yusha' kata ikan tu hilang di tempat batu yang mereka berehat2 tu. Mereka juga berasa hairan dan aneh tentang mcm mana ikan itu boleh kembali ke laut. Dalam kitab Syeikh Solah beliau sebut bahawa masa mereka kembali ke tempat batu itu, mereka nampak ade kesan-kesan ikan tu berjalan kembali ke laut.
Disitulah Nabi Musa & Nabi Yusha' berjumpa dengan Nabi Khidir dan bermulalah pengembaraan mereka yang dirakamkan dalam Surah Al-Kahf. Kisah ini juga dirakamkan dalam sebuah hadith riwayat Imam Muslim dalam Bab Keutamaan Nabi Khidir. Boleh rujuk hadith 4385.
KISAH NABI YUSHA' MEMBUKA KOTA FALASTIN
Selepas wafatnya Nabi Musa, maka Nabi Yusha' telah menggantikan beliau memimpin Bani Israil dan membawa mereka memasuki tanah Falastin, membebaskan beberapa kota dan perkampungan di dalamnya. Ini juga diceritakan oleh pakcik yang menjaga maqam Nabi Yusha'.
Disebutkan dalam Tafsir Qurtubi (Juz 9 muka 270):
"Berkata Az-Zuhri (seorang muhaddith pada 128H) "Ifra'eem bin Yusuf mempunyai anak bernama Nuun bin Ifra'eem, daripada Nuun, lahirlah anaknya Yusha'. Dan Yusha' itu pemuda (anak murid) kepada Nabi Musa. Allah mengangkat Nabi Yusha' menjadi nabi ketika zaman Nabi Musa, maka dia menjadi nabi selepas Nabi Musa. Dia juga membuka Areeha (dlm bhs inggeris Jericho), dan berperang dengan golongan barbar & diberhentikan untuknya matahari""
Peta menunjukkan lokasi Salt (tempat maqam) & Areeha (tempat Nabi Yusha' dikatakan berperang) tidak berapa jauh. Garisan merah merupakan sempadan antara Jordan & Palestine yg dijajah. Ia dibahagikan dengan sebuah sungai disebut Sg Jordan.
Dikisahkan oleh Ibn Ishaq bahawa Nabi Yusha' telah memimpin Bani Isra'il utk membuka tanah sekitar Falastin. Sehingga mereka tiba utk berperang di waktu asar hari Jumaat. Maka ketika itu Nabi Yusha' memohon pada Allah untuk memberhentikan matahari daripada terbenam agar tidak masuk hari Sabtu kerana syariat pada waktu itu tidak dibenarkan berperang pada hari Sabtu kerana dikhaskan utk beribadah. Maka Allah telah memakbulkan doanya hingga mereka berperang dan mencapai kemenangan. Ini antara mukjizat yang dikurniakan oleh Allah kepadanya seperti mana disebutkan dalam 2 hadith di atas yang diambil sebagai bukti bahawa Nabi Yusha' adalah seorang nabi.
Wallahu'alam
Sumber:
http://jahaleen.maktoobblog.com/119888/%D9%85%D9%82%D8%A7%D9%85-%D9%8A%D9%88%D8%B4%D8%B9-%D8%A8%D9%86-%D9%86%D9%88%D9%86-%D9%81%D9%8A-%D8%AC%D8%A8%D8%A7%D9%84-%D8%A7%D9%84%D8%B3%D9%84%D8%B7/
http://www.ebnmaryam.com/vb/t27138.html
http://alfateh90.blogspot.com/2010/12/nabi-yusha.html
http://aburedza.wordpress.com/2009/11/27/kisah-nabi-musa-dan-khidir-a-s-ilmu-manusia-bandingan-air-pada-paruh-pipit-yang-mematuk-air-laut/
-mula menulis 6/6/2011, disiapkan 22/6/2011-
0 komentar:
Catat Ulasan