Selasa, Disember 18, 2007

Eid Al-Adha yang disambut hambar

Sedih snanye tengok raya eidul adha kita yang tak disambut semeriah eidul fitri.

Haritu dalam IKIM pun ada sentuh tentang isu nih dimana panel dalam radio tu kata eidul fitri disambut lebih meriah kerana budaya dan adat yang telah lama ade kat tanah air kita nih. Tambah plak waktu eidul fitri la nak ade baju baru, artis2 nyanyi lagu raya, kuih2 raya, duit raya, takde ziarah menziarahi.


Artis memeriahkan raya puasa

Suasana eidul adha ni terasa awal pagi jela...pastu ade qurban sket..pastu kalo hari2 tasyriq takde qurban..suasana kembali macam biasa. Lain plak kalo eidul fitri..sampai sebulan nak sambut..open house sini sana..jamuan raya sini sana.



Fenomena Ramadhan & Raya Puasa


Maybe sebab ade Ramadhan kot. Bila ade Ramadhan tuh, terasa cam susah payah menahan lapar..rindu pada makan dan suasana 'buat maksiat'..tu yang bila dah eid je..mula la TV tunjuk macam2 budaya hiburan di waktu eid. Masa ramadhan..pandai la tahan diri daripada buat dosa..tapi bila dah habis ramadhan..stat la keje 'syaiton2' tuh. Ini kot sebabnya eidul fitri disambut lebih meriah..sbb ade artis..ade hiburan...ade macam2 lagi keseronokkan hawa nafsu. Walhal ruh dalam eidul fitri itu adalah kegembiraan & kesyukuran kembalinya kita kepada fitrah setelah menyucikan diri dalam bulan puasa.


Raya Haji Malaysia

Ape yang berlaku kat Malaysia menurut pandangan aku yg kerdil ini...dan aku rasa ramai gakla pun yg tahu, bahawa sambutan kat negara kita ni tak semeriah sambutan di negara timur tengah. Tataula negara2 Islam yang lain..terutamanya negara2 yg susah, mungkin mereka juga menyambutnya dengan meriah sebab bukan slalu ade qurban2 camtu. Tp khususnya kat timur tengah la kan? . Tapii..haha..byk tapi btol. Dengar2 kat Kelantan & Terengganu sambutannya meriah (tak pnah pegi lagi waktu eidul adha). Mungkin ada reason tersendiri kenapa boleh meriah kat situ je..tapi tak seluruh Malaysia? Bukan ke Malaysia ni "negara Islam"????



Ape2 pn, aku sebagai rakyat yg duduk kat KL ni pun boleh tahula sambutannya cmana. Tu tak termasuk media2 & tempat2 awam lagi. Kalau raya qurban ni..tatau nak hias ape..tatau nak kuar lagu ape..tatau nak buat promosi ape. Penah ke dengar kedai2 shopping mall buat promosi "potongan harga sempena hari raya qurban!~". PRoduk2 Islam mungkin la ade kot..tapi secara umumnye memang susah gle nk jmpe. Walaubagaimanapun, rakyat Muslim Malaysia tetap ada sesi menumbangkan lembu, kambing dan unta di tempat masing2. Cumanya dari segi sambutannya tuh..memang dilihat tak begitu meriah. Mungkin ini lah hasil pemikiran orang Islam sendiri tatau dari mana..(tak kaji lagi) yang telah menerapkan nilai2 bahawa eidul fitri la lebih hebat daripada raya qurban.


Nilai pengorbanan dan taqwa


Jom perhatikan firman Allah dalam surah Al-Haj (ayat 36-37) ini:

"Dan telah Kami jadikan untuk kamu unta-unta itu sebahagian dari syiar Allah, kamu memperoleh kebaikan yang banyak padanya, maka sebutlah olehmu nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah terikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur." (22:36)

"Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keridaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik." (22:37)

Ini menunjukkan bahawa ruh dalam eidul adha ini adalah ketaqwaan dan pengorbanan. Kaitkan dengan kisah Nabi Ibrahim & anaknya, maka kita akan lihat ape asal usul ibadah kita nih.

Sebab tu kot ramai manusia di Malaysia nih tak menyambutnya dengan meriah. Hikmah disebalik ibadah tu sendiri pun tak difahami dengan sebenar. Mungkin jugak ade yg menyembelih dengan sbb adat. Da tiap tahun camtu, tahun ni pun buat gakla. Glamor ape jadi penyembelih tuh. Ramai je orang sekeliling tengok. Tapi kalau silap potong pn naya gak.

Ape2 pun sebagai seorang yg Islam...mehla sama2 kita renungkan apa yang Allah nak disebalik eidul adha nih. Adekah Dia nak kita makan daging byk2, atau nak kita pergi ke surau2 dan masjid utk tengok lembu ditumbangkan? Atau ada lebih dari itu yang kita perlu hayati dan renungkan.

Fikirkan2..

p/s: teringat raya tahun lepas sambut kat johor..masa tengah tolong mangsa banjir...huhu

Sabtu, Disember 15, 2007

Not in the mood yet

Salam..

Still dunno what to write. A few days back ade nak attempt tulis samting dalam blog nih..but it failed due to technical problems..not emotional problems. So bile dah jadi camtu rasa cam malas nak type balik plak. Anyway, looking fwd to write something again insyaAllah. During academic week..banyak je plak idea nak type kononnya. Tapi bila dah cuti n free nih...rasa malas pulak. Pelik btul.

Right now tengah menghabiskan buku2 yang tertunggak2 utk menghabiskannya. Setiap kali pegi MPH mesti terasa "aahh..aku ni banyak lagi buku tak abis baca..dah menggatal nak cari buku lain..pegi habiskan buku2 lama dulu!". Bila fikir camtu..tpaksa la habiskan jugak buku2 yang ade nih. Tadi baru finish buku pasal profile2 ringkas Mursyidul Am Ikh*wan alMuslimin. Best gak baca buku tuh.

Nway, teruskan bermujahadah everyone. Istiqamah 'ala amrillah. Bersama berusaha!

Wassalam

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP