Selasa, Mei 20, 2014

South Island New Zealand (2) : Tiba Christchurch, South Island New Zealand & Jalan-Jalan Bandar

Perjalanan daripada Melbourne, Australia ke Christchurch, New Zealand menggunakan Jet Star (courtesy website Jetstar)

Jam 5 pagi kami tiba di Airport Christchurch. Disambut oleh Mrym & Akmal. Sekitar jam 6pg, kami pergi ke kaunter menyewa kereta utk ambil kereta yang telah ditempah utk sewa selama 8 hari di Christchurch.


Airport Logo i guess??

Kereta yang kami sewa, Toyota Previa
Sebelum tu, izinkan saya sebutkan beberapa fakta tentang bandar Christchurch ni.

Christchurch adalah bandar terbesar di South Island. Namanya adalah bersempena Christ Church, Oxford (http://en.wikipedia.org/wiki/Christ_Church,_Oxford). Ia dididuki oleh pendatang daripada United Kingdom pada tahun 1848. Penduduk bandar ni sekitar 340,000 orang.


Lokasi bandar Christchurch di South Island (Pulau Selatan), New Zealand

Ok cukuplah dulu sikit2. Nanti sambung di bawah.

Selepas ambil kereta, kami bergegas ke rumah sewa utk solat subuh. Selepas solat subuh, bermulalah pengumpulan duit yang sepatutnya setiap seorang contribute. Setelah itu kami makan sarapan dan tido beramai-ramai setelah kepenatan travel.

Rumah yang kami sewa daripada seorang warganegara Malaysia yg tinggal di Christchurch

Ruang tamu rumah yg sangat selesa. Ada 3 bilik, 2 bilik air.

Breakfast kami pagi waktu kami tiba, sebelum semua pergi tido..

Sekitar jam 1.20pm, selepas solat zohor berjamaah, barulah kami bersiap nak keluar berjalan-jalan.

Destinasi pertama adalah Afghan Restaurant utk makan tengah hari. Main dish adalah nasi beserta ayam & kambing yg telah ditawook (kebabkan). 1 portion yang kami beli dalam 1 talam tu, rasanya banyak juga, sehingga 7 orang pun tak habis. Mungkin sebab keberkatan makan beramai-ramai seperti Rasulullah sebutkan :



جَابِرُ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ ، يَقُولُ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ : " طَعَامُ الْوَاحِدِ يَكْفِي الِاثْنَيْنِ ، وَطَعَامُ الِاثْنَيْنِ يَكْفِي الْأَرْبَعَةَ ، وَطَعَامُ الْأَرْبَعَةِ يَكْفِي الثَّمَانِيَةَ "

Jabir bin ‘Abdullah r.a berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Makanan untuk seorang cukup untuk dua orang, makanan untuk dua orang cukup untuk empat orang, dan makanan untuk empat orang cukup untuk lapan orang.
[Sahih Muslim : 3843]

عَنْ  وَحْشِي بْن حَرْبٍ، أَنَّ أَصْحَابَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالُوا : " يَا رَسُولَ اللَّهِ ، إِنَّا نَأْكُلُ وَلَا نَشْبَعُ ، قَالَ : فَلَعَلَّكُمْ تَفْتَرِقُونَ ؟ ، قَالُوا : نَعَمْ ، قَالَ : فَاجْتَمِعُوا عَلَى طَعَامِكُمْ ، وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهِ يُبَارَكْ لَكُمْ فِيهِ "

Wahsyi bin Harb r.a menceritakan bahawa para sahabat nabi s.a.w pernah berkata: Ya Rasulullah, kami makan tetapi kami tidak kenyang. Baginda s.a.w menjawab: Boleh jadi kalian makan sendirian? Jawab mereka: Benar. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Makanlah beramai-ramai, sebutlah nama Allah, kalian akan mendapat barakah padanya.
[Sunan Abu Daud : 3275, Shaikh al-Albani menghasankannya dalam Sahih Abi Daud]


عَنْ جَابِرٍ ، أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " أَحَبُّ الطَّعَامِ إِلَى اللَّهِ مَا كَثُرَتْ عَلَيْهِ الأَيْدِي "

Jabir r.a meriwayatkan Nabi s.a.w bersabda: Makanan yang paling dicintai Allah ialah yang paling banyak tangan padanya.
[at-Thabrani dalam al-Mu’jam al-Awsat : 7514, Shaikh al-Albani menghasankannya. Sahih al-Jami’ : 171]

Abaikan orang di hadapan restoren Afghan ni..hem..

Makanan Afghan yg kami beli 


Selepas makan di Afghan, kami ke terus ke bandar Christchurch dan melihat seni bina bangunan daripada cabin kerana mereka terkena gempa bumi yang sangat kuat bermula 4 September 2010. Magnitud pada waktu tersebut adalah 7.1 skala ritchter. Selepas 6 bulan, pada 22 Feb 2011, sebuah lagi gempa bumi melanda bandar ini dengan skala ritchter 6.3. Walaupun lebih rendah daripada sebelum ini, tetapi impaknya cukup besar kerana telah mengorbankan 185 orang daripada 20 warganegara yang berbeza. Ini merupakan gempa bumi yg terdahsyat melanda sebuah bandar di New Zealand sejak 80 tahun yg lalu. Jadi untuk membina kembali bandar dalam tempoh masa yg singkat, mereka membina kembali dengan cabin.





Antara bangunan-bangunan yg diperbuat daripada cabin. Ia dibuat agar proses pembinaan bandar berjalan dengan cepat.


Kami sempat beli Souvenir pada hari pertama dan kemudian berjalan Cathedral Square di mana sebuah gereja terbesar di Christchurch runtuh & rosak akibat gempa bumi ini. Semasa gempa bumi 22 Feb 2011, puncak menara gereja habis runtuh musnah. Bermula gempa bumi ini lah struktur gereja dah tak selamat digunakan. Siapa sangka pembinaannya yang lama (sejak 1983) & gah ini suatu hari tidak dapat digunakan lagi. Banyak bangunan-bangunan dalam bandar ini tidak dapat digunakan lagi kerana tidak selamat akibat gempa bumi yang terjadi.

Ini dipanggil 'The Chalice' yang meraikan alaf baru dan ulang tahun ke-150 penubuhan Christchurch. Ia seperti sebuah menara bercorakkan daun-daun asli New Zealand.

ChristChurch Cathedral yang runtuh & tak dapat digunakan lagi

Pemandangan daripada hadapan. Dipagari supaya manusia tak boleh datang dekat

Setelah melihat sekitar bandar (city), kami pergi membeli belah di PakNSave. Beli belah bahan makanan terutamanya utk road trip hari esok.

Teruja tengok promosi PaknSave ni..

Bangga dengan buatan tempatan

Brinks Chicken adalah keluaran ayam yang halal di NZ

Suasana kami membeli belah di PakNSave

Selepas habis membeli belah, tiba masa Mrym & Akmal perlu solat asar. Jadi kami singgah di sebuah masjid di Christchurch, Masjid An-Nur.

Masjid An-Nur pada waktu hampir maghrib

Kemudian kami jalan-jalan sekitar University of Canterbury di mana Mrym & Akmal sudah menamatkan pembelajaran mereka di situ.

Bergambar di mercu universiti

Kemudian kami ke pasaraya Countdown yg buka jam 6am, tutup jam 12 tengah malam. Pergi ke Countdown ni tujuan utamanya nak beli teh new zealand. Hehe.

Teh yang macam-macam...

Selepas beli teh, masa utk balik dan tidur utk dapat energy nak roadtrip ke bandar-bandar di South Island, New Zealand.

3 komentar:

Tanpa Nama 2:18 PTG  

Salam. Saya dan keluarga akan pergi bercuti di new zealand pada akhir bulan 10. Macam mana nak contact owner rumah sewa tu ye? Nampak sangat spacious and comfortable.

HambaAllah Yang Memakmurkan 3:08 PTG  

W'salam,

Maaf, owner rumah ini tidak sediakan rumah untuk disewa. Ia lebih kepada memberi tumpang kawan. Kami menumpang hanya 1 malam shj.

Saya sarankan saudara/saudari search holiday homes in christchurch & boleh hubungi mereka melalui email. Biasanya mereka reply cepat.

Unknown 1:32 PTG  

Bestkan Nz! hari tu x sempat nak jalan sgt kat christchurch.

Btw kami 3 sekawan baru je launch travel blog. Kalau ada masa, singgahla, boleh tinggalkan komen dan feedback ;) kalau dpt exchange link pun ok. 1st entry kami psl backpacking di New Zealand.
Blog kami www.thetravelling3o.com
Terima kasih!

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP