21,915 hari dijajah!!
Pernah tak rumah kita diceroboh oleh perompak? Okela..tak perompak pun..pencuri la. Pe beza perompak ngan pencuri? Pencuri..dia amik barang je. Tapi perompak, dia amik barang, ikat kita dan mungkin sampai tahap ugut dengan pisau utk tunjuk di mana barang2 berharga kita utk dia curi.
Sape penah lalui detik dirompak..pasti memberikan sedikit trauma pada hidup. Aku sendiri.. alhamdulilah tak penah lalui la pengalaman tu (nauzubillah mintak dijauhkan). Tapi aku pernah mendengar dari sahabat yg pernah dirompak dan bagaimana pengalamannya. Ape tah lagi kalau perompak itu membunuh mangsa yang ingin dicuri hartanya??
Ok. Itu baru sehari. Okla..tak sehari..1 malam jela kan.
Kalau itu dah ckup mengerikan..cube bayangkan 1 negara kita, terdiri dari kelompok2 perompak yang boleh pecah masuk rumah kita sesuka hati dan nak bunuh keluarga kita sesuka hati bila2 masa. Hatta polis pn takleh nak buat pe dengan situasi ni sebab keluarga polis pun dirompak dan dibunuh.
Begitulah ape yg dialami saudara mara kita di Palestine. Bukan setakat 1 malam dirompak..TAPI 21,915 HARI DIJAJAH..DIROMPAK..DIBUNUH... DIANIAYA... DISEKSA. Sejauh mana sebenarnya kita prihatin pada mereka?
Masuk tahun ni akan jadi 51 tahun kita menyambut merdeka. Setiap tahun kita sambut dengan macam2 acara. Konsert la. Event sini sana. Semuanya nak sempena merdeka..Gembira atas kemerdekaan..
Tapi kita kadang2 buat tak peduli dengan saudara mara kita di Palestine yg dah masuk 60 tahun dijajah. Lebih lama dari tempoh kemerdekaan kita dan kita kadangkala lemah dalam memberikan bantuan. Macam2 alasan nak diberikan. Tahlah. Hendak 1000 daya...tanak...1000 dalih. Tak begitu??
Ape2 pun, sekurang2nya kita tahu berita yg berlaku, sentiasa mendoakan mereka dan hulurkan bantuan semampu mungkin dalam ape bentuk. Malapetaka 60 tahun bukanlah suatu yg singkat. Bayangkan orang yg sudah 60 tahun.. Bacaan lanjut tentang Nakbah (malapetaka) 60 Tahun Palestine: http://21-8.blogspot.com/2008/05/60-tahun-nakbah-palestin.html
0 komentar:
Catat Ulasan