Jumaat, Mei 09, 2014

South Island New Zealand (1) : Transit di Melbourne

Bismillah,

Setelah meninggalkan blog ini sekian lama. Maka saya memutuskan hari ini 9hb Mei 2014 untuk menulis semula serba sedikit (bila ada masa.. >.<).

SI NZ bermaksud South Island, New Zealand. Ia adalah catatan perjalanan ketika menziarahi adik saya & suaminya di Christchurch, New Zealand pada 15 - 25 Mac 2014.

Tempahan tiket utk trip ini telah dibuat sejak 12 Disember 2013. Waktu tu offer daripada Emirates ke Melbourne utk pergi balik adalah sekitar RM1,800. Nak cari tiket direct KL - Christchurch memang tak ada sejak Air Asia memberhentikan operasi mereka ke Christchurch sekitar Mei 2012. Jadi nak taknak memang kena transit somewhere sebelum meneruskan perjalanan ke Christchurch. Setelah sekian lama menunggu & mencari flight yg murah, maka pada bulan Disember bila Emirates buat offer daripada KL ke Melbourne, secara automaticnya harga KL ke Christchurch pun turun sama.

Oklah..berhenti banyak cakap.

Kami travel berlima. Saya, adik saya, ummi, 2 orang aunties.


Pada 15 Mac 2014, bertolak daripada KLIA ke Melbourne. Naik Emirates yang transit di KL daripada Dubai untuk ke Melbourne. So masuk-masuk flight, dah ada penumpang sedia ada.


Perjalanan telah mengambil masa sekitar 7 jam 45 minit. Kami tiba di Melbourne jam 2.10am.


Dinner? kot..

Presentation makanan sangat terbaik~

Screen peta perjalanan

Tunggu teksi bawa kami ke sebuah penginapan yang suasananya seperti perkampungan. Namanya Airport Village. Urusa dengan mereka amat mudah, tempat di Agoda.com, kemudian mereka akan berikan email, komunikasi melalui email mereka akan membalas dengan segera. Bila kami sampai jam 2.00pagi yang takde orang itu, mereka dah siap-siap letak kunci bilik kami dalam safebox yang telah mereka berikan nombor untuk dibuka. Jadi perjalanan menjadi sangat mudah.

Penginapan selama 20 jam transit
Jadi kami tinggal di tempat penginapan ini daripada jam 3.00am hingga jam 9.00pm hari Ahad kerana kami transit 21 jam 40 minit di Melbourne (LAMANYA!). Tapi seronok berada di Melbourne sebab ada sedara mara yang tinggal di Melbourne. Jadi mereka dtg ke tempat penginapan, belikan lunch, sembang-sembang.

Ini cabin kami berlima di Melbourne sementara transit

Dalam cabin..sangat cosy..

Makanan Nandos yg halal di Melbourne

Salah seorang aunty yg tinggal di Melbourne telah dengan baik hatinya menghantar kami ke Airport Melbourne utk bertolak ke Christchurch menaiki Jetstar. Perjalanan Melbourne - Christchurch mengambil masa 4 jam lebih.

Rupa bentuk Jetstar yg akan bertolak ke Christchurch sebentar lagi..

Dalam Jetstar..lebih kurang mcm Air Asia jugaklah ruangnya...

1 komentar:

Unknown 9:52 PTG  

Assalamu'alaikum. Kembali menulis blog setelah sekian lama terbiar ya?Hehe. Menarik kisah ni. Tumpang seronok sajalah jawabnya. :D

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP