Puasa 1 Rejab??
Bismillah,
Hurm..ade pulak pihak di UTP nih..tatau sumber dari mana..kata sunat puasa hari ni..1 rejab bersamaan hari rabu 26hb Julai. Maka ramailah yang berpuasa..(aku rasa la ramai..dengar2 camtu jek). Aku pun tak prasan hari ni 1 rejab. Kalander Islam takde dalam bilik aku nih. Kalau guna converter internet pulak..dia kata hari ni 30 Jamadilakhir. So..maybe kot hari ni 1 rejab.
Tapi the problem is..betulkah disunatkan berpuasa 1 rejab???? Aku tak penah dengar sepanjang hidup aku. Ini firtst time. So aku buatla research sket kat situs kesayangan aku, Al-Ahkam.net and it came out with this:
http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=
30560&highlight=puasa+rejab&sid=5483abd253a62f2ea0af5ad3926edd8f
Menarik sungguh.
Untuk ringkasan, aku copy paste disini:
Kesimpulan :
1. Hadis-Hadis Bulan-Bulan Rejab kebanyakkannya adalah Mawdhu' (Palsu). Pendustaan terhadap Rasulullah saw. (Al-Saqr, Al Qardhawi)
2. Kita dilarang memilih-milih hari atau malam yg tertentu sahaja untuk melakukan ibadat khusus.(Hadis Nabi saw)
3. Tidak ada fadilat KHAS yg ditujukan pada bulan Rejab, yg ada cuma fadilat umum kepada ke empat-empat bulan haram.(Al-Saqr, Al-Qardhawi)
4. Tidak ada solat dan zikir khas untuk bulan Rejab (Al-Saqr, Al-Qaradhawi).
5. Bulan Rejab seperti bulan-bulan Haram yg lain disunatkan melakukan Puasa sunat dan banyakkan bertaubat. ( Imam Al-Sya'rawi)
6. Keadah berpuasa di dalam bulan-bulan haram ialah:
- hari yg ke 9,10,11 di dalam bulan Muhaaram (Syeikh Abdul Aziz bin Bazz)
- berpuasa hari Khamis, Jumaat, Sabtu (HHanafiah - Al-Zuhaily)
- Berpuasa pada bulan Rejab tidak sepenuhnya dan Sya'ban tidak sepenuh bulan (Al-Qardhawi)
- berpuasa pada hari Assyura' (10 Muharaam) dan Hari Arafah (9 Zulhijjah).
7. Rejab tidak mempunyai kelebihan dari bulan-bulan yg lain, kecuali kelebihan sebagai bulan-bulan Haram.(Syed Sabiq)
8. Tidak boleh HANYA berpuasa dibulan Rejab sahaja, dimana 3 bulan-bulan yg Haram yg lain tidak langsung diberi keutamaan melakukan puasa (MazhabHanbali- Al-Jaziry)
9. Tidak ada dalil yg mengatakan bahawa menziarah kubur didalam bulan Rejab mempunyai kelebihannya.
10. AWASIlah dari terlibat menyebarkan HADIS-HADIS PALSU, kerana ditakuti kita adalah sebahagian dari mereka yg MENDUSTAKAN Rasulullah saw. (Na'uzubillahhu min zalik).
Dan tambahan sket:
Hadis-hadis fadhilat Rejab ini memang disahkan dha'ef dan palsu tapi tidak salah jika nak berpuasa dalam mana-mana bulan termasuk Rejab, misalnya puasa Isnin-Khamis, puasa bulan putih atau Puasa Daud. Adapun keutamaan dan kelebihan puasa bulan Rejab itu tiada asalnya.
Barisan ulama' yg berpendapat demikian (antaranya):
1. alhafidz azZahabi
2. alHafidz Ibn Hajar
3.alhafidz Ibn Qayyim
4. Syaikhul Islam Ibn Taymiyah
5. Imam syaraf anNawawi
6. Ibn Jawzi
7. asSyaqiri, Sunan wa mubtadi'at
8. Kajian tempatan lihat Ustaz Ghani Azmi Hj Idris, Amalan Bid'ah pada bulan Muharam, Rejab, dan Sya'ban dan Ramadhan) penerbitan alHidayah, KL 1995
Ulama' yg mengatakan tidak dha'ef itu adalah perlu disenaraikan siapakah mereka. Kemungkinan mereka berhujah menggunakan kitab Jawi sahaja. Kajian dalam kedha'ifan ini sudah muktamad dan di sahihkan oleh Lujnah Fatwa alAzhar yg dipengerusikan oleh Syaikh Atiyah Saqr (lihat Islam Online) dan diwartakan oleh Lujnah Fatwa Kerajaan Arab Saudi.
So...it seems rupanya takde pon yang suruh pose 1st rejab nih. It's ok to fast..but on wednesdays?? a bit weird. Kalau puasa khamis tak kesah lagi. Tapi hari ni hari rabu. Pelik.
Nak dijadikan cerita, ade pulak pihak yang puasa ikut kawan..sebab kawan buat..diaorg pon buat. Ni satu lagi kes bahaya. Sebab bila kawan buat salah..abis kita ikut bende salah.
Nasihat aku pada semua, eloklah kirenye kita menyiasat dahulu kesahihan amalan kita. Jangan sampai kita beramal dengan hadith yang tidak sahih. Banyak sekali hadith sahih yang kita boleh guna..so why bother yang dha'if (lemah)..apatah lagi yg maudhu' (palsu)??
Beramal dengan ilmu dan keyakinan atas amalan tuh..barulah ada nilai. Kita pon faham knapa kita buat amalan tersebut..bukan main ikut2 orang jek.
12 komentar:
ak rs ko nyer view tntng pose 1 rejab tue ...sket salah...mmg lah kte xleh pilih hari ape kte nak beribadat pd Allah SWT...but kte kne paham ape maksud sunat...bkn kerna terpkse or wuts...kte kne ikhlas mengerjakan nya krn ALLAH SWT...betulkan?? lagipon mybe diorg tue nak ajak ke arah kebaikan ..so wut's wrong..mmg ssh manusia nak ikut ke arah kebaikan ...n adelah org yg pikir sme sme die bwat betul walhal sgt obvius diri sndirik salah...kalo xnak bwat pose tue, bwat lah dgn ikhlas,,xpyh lah jgn nak mengate org jek...
haha..aku pnye view ke? penat je bawak pendapat2 ulama'2..boleh plak kata aku pnye view.
Anyway, memang amalan sunat tu brgantung kpada ke-ikhlasan dan ia baik utk dilakukan. Tapi janganlah kita disibukkan dengan amalan yg tidak dibuat oleh Rasulullah. Seolah2nye kita lebih hebat dari Rasulullah utk adekan sesuatu amalan pada hari2 tertentu yg tidak ada nas atau dalil disunatkan berpuasa pada hari tersebut.
Let say 1 rejab tu jatuh hari khamis. Seseorang akan berpuasa sebab 1 rejab..atau sebab hari khamis?? Ha. Itu persoalan yg kene tanye diri.
Ape2 hal..biar amalan ade nas yg sahih. Jangan main belasah je.
Wassalam
Syukran jazilan..
Alhamdulillah ada info yg disokong pndapat2 org yg a'rif dn lebih berhak..semoga kita semua dlm redha dn sentiasa berada di jalan yg benar..
Assalamualaikum.
Blog catatan orang2 yang suka mencari 'dalil' untuk lebih pemalas..penyakit umat akhri zaman. Sangat sedikit atau tiada amalan tapi banyak BERCAKAP dan BERHUJAH!
"Wallahu ya'lamu na WA ANTUM LAA TA'LAMUNN..."
Ini lah penyakit umat akhir zaman..sangat dhoif amalan, pula dicari jalan untuk mendoifkan lagi..
Semoga kita dijauhkan dari golongan penyesat akhir zaman.AMINN
Kepada pemilik BLOG, hati2lah dalam memberi hujah, ditakuti anda termasuk dalam golongan orang yang merosakkan agama!
Ini masalah generasi muda skrg, mengaji baru sekerat dua lepas tu lagak alim, amalan pun entah kemana, Akal nafsu jadi dalil...sbb naiwaitu dalaman sudah menolak kebenaran.
Uthman ibn Hakim al-Ansari berkata:
Quote
"Aku bertanya Said ibn Jubair berhubung dengan berpuasa di bulan Rejab, dan kami sedang berada di bulan Rejab, dan beliau berkara: “Aku mendengar Ibn ‘Abbas berkata: “Rasulullah pernah berpuasa berterusan sehingga kami menyangka bahawa beliau tidak akan berbuka samasekali, dan beliau juga [ada ketikanya] tidak berpuasa berterusan sehingga kami menyangka bahawa beliau tidak berpuasa samasekali.”
.[Diriwayatkan oleh Muslim dan Abu Dawud dalam Kitab al-sawm, dalam bab berpuasa di bulan selain dari bulan Ramadhan, dan berpuasa di bulan Rejab].
DOA YANG DIBACAKAN oleh RASULULLAH SOLALLAHU ALAIHI WASALLAM ketika tiba di bulan Rejab..
"YA Allah berkatilah kami pada bulan REJAB dan SYA'BAN dan sampaikanlah kami di bulan RAMADHAN.."
[Hadith Riawayat Ahmad at Tabrani, daripada Anas]
siapakah kita hendak menafikan amalan Nabi dengan berkoyan2 'dalil' didatangkan untuk memesongkan hati umat suapa lembut dengan ibadah dan ketaqwaan pd Allah??
siapakah kita??
Amalan sunat buatlah bagi yang mampu selagi tada dalil yang MENGHARAMKAN dan diamlah bagi yang tidak mampu daripada menjadi perosak umat!
Tanpa nama, kalau nak berhujah tu sila munculkan nama anda. Tak perlu nak guna nama Anonymous kemudian bantai membantai. Anda nak mempertikaikan saya, silakan.
Kita boleh bincang dengan baik sekiranya saudara adalah seorang faqih & alim dalam bab ini.
Wassalam
Saudara islam sekalian,
Apa yang disampaikan oleh penulis blog ini benar. Setiap amalan agama mestilah ada nas daripada Al-Quran dan Hadis.Bila Nabi kita SAW wafat, Islam sudahpun lengkap. Marilah kita mengamalkan dan menyampaikan amalan yang sahih diajar baginda.
Wallahualam.
Saya rasa tak perlu berbalah kot.. pelik ke puasa sunat bulan rejab hari rabu? Xberdosa pun puasa sunat hari rabu kan...saya tak nampak mn silapnye puasa hari sunat hari rabu dlm bln rejab.. sebab nabi pun pernah puasa sunat sebulan dlm rejab.. mean termasuk hari rabu.. yang penting niat yang baik dan ikhlas.. Wallahualam..maaf
Catat Ulasan