Sabtu, November 14, 2009

L.O.V.E

Bismillah.

Jam menunjukkan jam 7 pagi lebih. Hari ini hari Sabtu. 14hb November 09.

Kami berempat menaiki Wasim (u wonder who is that rite?) meluncur laju keluar gate UTP sambil background dalam Wasim membunyikan alunan Al-Quraan bacaan Syeikh Maher Al-Mu'aiqily.

Agenda pagi ini: Sarapan pagi!

Driver: nak gi mana?
Megat: Tah..MKB kata tadi belakang bank islam
Din: AO nk makan tossey..
MKB: Tossey kat mana?
Din: Kat mamak
MKB: Belah2 taman maju pun ade kan?

Driver memusingkan kereta ke taman maju je sbb traffic light depan UTP tu dah hijau.

Sampai di taman maju. Parking Wasim di depan Deli Planet. Belum keluar kereta, conversation ke-2 bermula:

Driver: sini ada roti ke?
Din: Takpe..kita parking je sini..tapi tak mesti makan kat sini
Megat: Tah..ade ke roti?
MKB: (sambil2 tengok kat dlm Deli Planet) ade nasi2 n soto je..
Driver berjalan ke arah Batrisha Corner..sambil berkata: Betol kata Din, parking depan Deli Planet, makan tempat lain
Megat: Mulut anta masin din..cuba anta cakap bende2 lain pulak
Driver: La..tu bukn sbb mulut masin, kalau Allah kata camtu, jadila camtu
Din: Ha'a..ha'a
Megat: Hehe..mcm mana ek kita nak tahu mulut orang tu masin..bukannya boleh rasa pun..

Conversation ke-3

Megat: Ni Muhammad, ade bende ana nak bagitau anta nih..
Driver: Bagitau jela megat..
Megat: (memandang dengan senyuman keturunan 'Megat') Ni..kitaorg plan nak jumpa Zubayr lepas dia habis paper hari ni sbb hari ni last paper dia
Din: Ha..boleh la kita wish dia utk paper dia nih..kol 10 stat. Dia amik paper Construction Technology. Takkan ana nak wakilkan korang smua plak nak wish dia?
Megat: Yela2..waktu ana exam takde plak korang nak wish (Megat student masters, mmg takde amik mana2 exam sejak kami mengenalinya di UTP ni) =D


I've to admit..these are among the people i LOVE. Orang bertanya kpd saya "siapa kawan baik anda?"..saya akan membayangkan mereka ini.

Saya pun tak tahu nak menggambarkan mcm mana cinta ini kepada ikhwah di sekeliling saya. Mereka adalah tempat berkongsi (walaupun bukan semua perkara lagi ^__^..yet rahsia masih ada disimpan dgn baik..kan ikwah?), tempat bergembira, tempat ukhuwwah terus dibajai dan menjadi subur, tidur bersama, makan bersama, jalan bersama, qiam bersama, iftar bersama, jaulah bersama, sms dari mereka membuatkan hati saya sentiasa gembira, masa bersama membuatkan saya rasa tidak puas....saya cuba menghayati baki masa saya bersama ikhwah saya ini.

Jauh di sudut hati saya, ini antara yg membuatkan saya sedikit sedih meninggalkan bumi Tronoh ini. Bukan mereka bertiga sahaja. Ada lagi. Saya sedih kerana saya tidak dapat bersama anak buah saya lagi selepas ini menyuburkan ukhuwwah yg sebenar bersama mereka meski saya selalu menyebut kepentingannya dalam sesi2 pertemuan kami..tapi saya yakin, ukhuwwah ini tiada sempadan.

Saya semakin memahami kata-kata As-Syahid Imam Hassan Al-Banna "serendah2 tahap ukhuwwah adalah berlapang dada, setinggi2 tahap ukhuwwah adalah ithar". Kami belajar berlapang dada. Belajar ithar. Belajar bersangka baik. Belajar saling memahami.

Meski lelaki ini, utk berukhuwwah memerlukan masa yg sedikit lama berbanding perempuan, berkemungkinan sentuhan2 emosi antara lelaki ini tidak sprt perempuan. Mungkin kerana lelaki sentiasa ingin kelihatan macho, menangis pun tak boleh depan kawan (kalau ade yg menangis la...hehe), masalah pun tak banyak dikongsikan..tetapi apabila celupan ukhuwwah itu sudah sempurna, sungguh ia suatu perasaan yg sukar digambarkan.

Ikatan ini bukan kerana sama course, bukan kerana sama hostel, bukan kerana sama universiti, bukan kerana sama kampung, bukan kerana sama minat sprt bola, badminton (ops~), jauh sekali kerana rokok & keseroonokkan duniawi. Tetapi kami diikat atas 1 sebab:

Kerana berada dalam 1 keluarga yg mana hidup kami dimulakan dengan tasbih kafarah dan diakhiri dengan bacaan fatihah. Apabila sesi hidup (
sesi ya..bukan nyawa) kami berakhir dengan fatihah pada pertemuan itu, maka kami akan mendapatkan makanan utk rohani & makanan ukhuwwah ini utk terus menyuburkan tautan cinta kami..kepada Allah & pada ikhwah2 kami.

Benarlah firman Allah:

"Walaupun kamu menginfaqkan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana." [Al-Anfaal: 63]

Thank You Allah for this ukhuwwah. Thank you ikhwah for all the precious moments~

Saya sudah mula merindui ikhwah saya dikejauhan...esp ikhwah KNL

Nota Kaki 1: saya rasa petikan lagu2 Maher Zain yg sedang dimainkan ni menambahkan kejiwangan la pulak~ =D Alhamdulillah..Alhamdulillah..All praises to Allah..

Nota Kaki 2: i wonder why semua yg nama maher bersuara sedap? (Syeikh Maher Mu'aiqily dengan Maher Zain lain ya kawan2..)

Nota Kaki 3: minggu exam ni semakin kerap update blog ni ape cerita plak nih?!!!!

Nota Kaki 4: this entry is dedicated to my brothers out there..minta maaf sbb tak masukkan gamba yg lain to who ever yg merasakan "nape gamba aku takde dalam entry ini?" =D

Jumaat, November 13, 2009

Memburu cinta manusia, tiada kesudahannya~

Bismillah.

Saya tak tahu sama ada penulisan saya ini akan membuatkan sesiapa terasa. Tetapi kalau ada yg terasa ini entry utknya, simpan2 dalam hati jela dan mari sama2 kita ambil pelajaran.

Saya tak tahu bagaimana nak memulakan entry ini walaupun saya ada beberapa benda saya nak sampaikan di sini. Saya sebenarnya letih bercakap tentang isu ini, tetapi nampaknya ada juga yg amsih dibelenggu perkara ini dan masih tak faham2.

CASE STUDY 1:

Saya pernah di-add (ape istilahnya ya dalam BM?) oleh seorang adik di friendster, waktu zaman2 menggunakan friendster dulula. Adik ni perempuan. Umurnya belasan tahun. Mungkin 13 atau 14. Saya tak berapa ingat. Lebih muda dari adik bongsu saya agaknya. Saya memang tak kenal siapa dia dan dia pun tak kenal siapa saya kot. Tak tahu mana dia cari saya. Hem. Saya rasa dia tidak membaca entry ini. Kalau terbaca, minta maaf la. Saya tidak sebut nama anda di sini.

Yg agak berlegar di kepala saya apabila melihat profile friendsternya itu penuh dengan ungkapan2 cinta, meminta utk dicintai, bubuh gambar tu toksah cakap..habis posing, ungkapan2 cinta, gambar2 cinta, semua nak diletakkan. Saya scroll di bahagian comment, memang ramai lelaki memberikan comments padanya. Klik tutup. Saya berfikir kembali, agaknya berapa ribu..atau juta adik2 di luar sana yg seperti ini?


Saya mula berfikir, semasa saya sebaya dengannya 8-9 tahun yg lepas, kami pun mcm ni ke? Mungkin ya. Mutahil masa zaman sekolah dahulu tak pernah terfikir bab bercinta, dikasihi, jantina berlainan ni? Tapi bila dah semakin dewasa...otak mula memproses.. "memang b.o.d.o.h kalau desperate cinta dikala umur sebegitu muda". Tolak hal tua muda. Yang dah konon2 tua (20an) ni pun lagaknya tak kurang hebat..

Saya tambah berfikir, desperate sangatkah manusia2 ingin dicintai dan dikasihi ini??? Saya akui memang fitrah manusia sebegitu. Tetapi dengan memaparkannya pada khalayak ramai, itu apa ertinya?? Lagi2 seorang perempuan. Itu sprt menjerat diri sendiri ke dalam umpan agaknya atau merelakan diri dibaham oleh binatang2 yg sedang rakus dan tidak berperikemanusiaan di luar sana?


Mula2 kata "ala..rilek la..internet je pun..". Ya rileks la sekarang. Esok2 dah bila kena ayat sampai cair, number telefon pun bagi, alamat pun bagi, ajak tengok wayang, pegi jalan2 kat shopping complex, akhirnya dibawa ke semak samun..nauzubillah! Kalau tak dibawa ke semak samun pun..dosa masih masuk dalam akaun ya~

Malah zaman sekarang melihat adik2 ni..semakin bangga pula bercinta & berkapel. Sebolehnya dalam blog tu nak tulis segala isi hati dan meluahkan cinta yg melalaikan ini?


CASE STUDY 2:

Seorang yang telah hampir patah harapan pada kekasihnya telah berkata kpd saya

"Allah tu tak adil..selalu bagi jadi mcm ni. Aku dah solat, dah doa setiap kali, aku puasa, aku buat apa yg Allah suruh..tapi asyik2 jadi mcm ni. Aku rasa mcm Allah berlaku zalim pada aku".

Bila saya tegur "apesal pulak ckp mcmtu? kalau kita tak buat ikut apa yg Allah mintak kita buat..mcm mana Dia nak tolong?"

Jawapannya "ko ingat aku nak sangat ke jadi mcm ni? mmg kalau boleh aku nak kawin dengan dia..tapi dah jadi mcm ni.."


Yg saya pelik, bukan kali pertama..tapi kali ke..entah. 2 atau 3. Agaknya terlalu memberi harapan.

No wonder saya pernah dengar cerita dari Ummi Ros, ada seorang perempuan yg telah bercinta dan putus sampai 4 kali...dah pulak tu putus kali ke-4 tu badannya dah diserahkan kpd si jantan tidak bertanggungjawab, akhirnya melacurkan diri dan mendapat pendapatan beribu2.

Saya menyambung kembali "kan Allah bagi kita choice utk buat pilihan..kenapa kita nak buat pilihan mcm ni? ko ade pilihan utk buat yg lebih baik".


Jawapannya mudah "entah..aku rasa aku takde pilihan. lagipun dia (kekasinya la tuh) baik sangat. tak pernah ada yang baik mcm dia. ex-aku sblm ni pun tak baik mcm dia..bla2..bla2" masih memuji kekasihnya walaupun telah dikecewakan..

Puji..puji jugak. Masalah tak selesai. Kemudian, menganggu pelajaran. Nak exam..dunia kacau bilau. Kepala jadi serabut, tak boleh nak study. Perasaan malas mula datang. Bosan dalam hidup. Nak cari siapa pun dah tak tahu.

Sekali sekala terasa mcm nak bunuh diri pula. Sebab give up & kecewa punya pasal. Lebih baik takyah hidup. Lepastu mula mempersoal kenapa Allah lahirkan dirinya ke dunia. Lepastu semua perasaan lain akan datang..mungkin sekali sekala menuturkan sesuatu yg berlawanan dengan prinsip aqidah yg sebenar. Ini memang bahaya.



OK.


Cukup saya bawa 2 case study sahaja. Saya boleh teruskan tetapi entry ini akan menjadi semakin panjang. Banyak lagi kes2 cinta yg saya tengok sekeliling saya ini yg sama ada saya rasa "dia ni tak sabar nak kawen kot" atau "hem...nak main2kan perempuan pulak"


NASIHAT

Saya ada beberapa perkara jela nak sebut pada 2 case di atas. Sekiranya ada yg tergolong dalam 2 case study di atas, ini utk anda.

1. Dunia tak akan kiamat sekiranya anda tidak ada bf atau gf.


2. Cuba check balik kenapa nak dicintai & disayangi? Kalau betul sebab nak kahwin, buat cara yg islam benarkan. Kalau dah mula dengan cinta monyet, sms i love u, sayang awak, baby, busuk, miss u, rindu, bla2...(the list goes on)...itu..u better check back Allah bagi tak buat semua tuh??

3. Kpd anda yg rasa nak bunuh diri itu..ketahuilah bahawa kesengsaraan yg Allah bagi kat dunia ini masih boleh disemak dan dimuhasabah. Pintu taubat Allah masih dibuka. Tapi kalau bunuh diri, dahlah buat dosa mengasihi perempuan yg bukan marham tanpa ikatan yg sah, pastu berdosa berdasarkan larangan Allah dalam surah An-Nisaa':

"Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu" - 4:29


Jangan bila dah sampai akhirat nanti, kita tengok ape hadith yg menyebut tentang bunuh diri ni katad:

"Sesiapa membunuh dirinya dengan senjata tajam, maka senjata tajam itu akan sentiasa di tangannya merobek perutnya, di dalam neraka, berkekalan selama-lamanya. Dan sesiapa yg meminum racun lalu membunuh dirinya, maka dia akan meminumnya di neraka jahannam selama-lamanya. Sesiapa yg terjun dari tempat tinggi lalu membunuh dirinya, maka dia akan terjun juga dalam neraka jahannam, berkekalan selama-lamanya". (HR Bukhari Muslim)

Mungkin kat dunia kita rasa sengsara sebentar, tetapi itu mungkin 1 titik tolak utk kita menyedarkan diri dan kembali kepada Allah. Tetapi sekiranya kita tidak serik dan masih melanggar perintah Allah, ingatlah di AKHIRAT nanti sengsaranya bukan sementara tetapi sampai bila2. Dan pada saat itu kita dah menyesal kenapa tak bertaubat pada Allah.


4. Kembali jela pada cinta Allah. Allah akan bagi jodoh sekiranya Dia mengatakan sudah tiba masanya. Dia tidak akan bagi jodoh sekiranya belom masanya. So kena la berusaha utk ikut landasan yg betul.

credits to Moja (photographer) & 2 org pasangan yg baru melangsungkan perkahwinan (t.kasih krn bg izin guna gambar korang)

Kalau kita tak yakin dengan Allah, lepastu buat pulak apa yg Dia larang, agak2nya Allah nak tolong banyak mana pada kita??

(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan. (Surah An Nahl : 96)

5. Ingatlah firman Allah dalam surah Az-Zukhruf, ayat 67 yg bermaksud:

"Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa."


Jadi kalau tak start bertaqwa, nescaya tidak akan bahagia di akhirat. "Hidup di dunia ni is NOTHING" kata naqibku. Hanya wayang dan mainan sahaja. Tapi kita sentiasa sibuk mengejarnya seolah2 dunia ini adalah kisah benar & realiti bagi kita.

6. Hidup ni bukan diciptakan utk cari pasangan bercinta sahaja semata-mata. Banyak lagi tanggungjawab nak ditunaikan.

Seorang sahabat saya telah mengatakan pada saya, "disebabkan manusia ni sibuk dengan dunia ini lah..sibuk dok bercinta, putus cinta, cari cinta lain..lepastu sedih2 dengan cinta, habiskan masa menangis krn cinta yg murahan, tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi tak basah..maka dunia ini kekurangan mujahid & mujahidah yg nak bela islam". yet..kita complaint dunia ni tak aman, islam ditindas, nabi dihina, quran dihina..

Kalian bayangkan sekiranya esok kita diserang oleh zoinis laknatullah (of course la dia takkan serang esok sebab tengok kita ni leka dengan dunia..piece of cake kalau serang pun), kualiti tentera mana yg akan keluar mempertahankan maruah dan kesucian islam?!

agak2 diaorg nih sempat ke nak kuar dating??

Allahuakbar..ini sememangnya tazkirah khusus buat saya. Betapa kita ini masih lagi dibuai mimpi yg indah & hidup senang lenang..sampai boleh memikirkan hadiah apa nak dibeli utk awek, lokasi dating seterusnya, bila nak berjumpa & bervideo2 di telefon lagi..hem.

7. Marilah sibukkan diri dengan Allah. Serious. Kalau selama ni anda allocate masa utk manusia berjam2, kena la allocate utk Pencipta kita yang Maha Agung, Maha Pengasih, Maha Memberi Rezeki ini lebih2 lagi. Allah memang tak perlukan kita, but we do need HIM!


Divert rindu2 dan cinta anda kepada Allah. Saya petik dari blog kawan saya, Lud, yg beliau telah ambil dari IBn Qayyim al-Jauziyah, tips2 nak merawat perasaan rindu pada selain Allah:

  • Sibukkan diri beribadah kpd Allah & mintak Allah sembuhkan penyakit rindu tuh
  • Jaga pandangan mata (hem..yg dok simpan gambar2 tu kan =D )
  • Cuba sedaya upaya utk melupakan kekasih larangan anda dari ingatan
  • Menyibukkan diri dengan amal soleh
  • (tambah sendiri) Sibukkan dengan kerja2 lain, selalu lepak dengan kawan2 yg soleh/solehah, jgn ponteng usrah!
berukhuwwah kerana Allah boleh menyalurkan cinta yg dibenarkan dlm islam~

9. Pada yang dah terlajak bercinta..kalau tak serious tu, elokla berhenti je. Kalau tak boleh berhenti, elokla cari solution nak kawin mcm mana. Cepat2 elakkan saham dosa bertambah pula. Saya berckp mcm ni atas dasar kasihkan sahabat & adik2 di luar sana. Sungguh kalau saya tak ckp begini, saya akan menyesal di hari akhirat kelak..


Okelah..panjang sangat dah. Harap bermanfaat. Saya mintak maaf sekiranya membuatkan sesiapa terasa hati. Semoga Allah ampunkan saya dan menjaga hati saya juga.


Wassalam

Btw: nk ucap tahniah kepada 3 pasangan yg dah announce walimah pada Disember ini. Kak Khadijah Azman & akh Amir, Akh Amin Ajmain & ukht Sakinah Norkhair, akh Mus'ab Sahrim & ukht Aliyyah Khuzaini. Semoga Allah merahmati pasangan2 ini & menjadikan bait muslim kalian pemacu gerak kerja dakwah selepas ini.

p/s: thankyou so much to who ever contributed in giving pictures for this entry..may Allah bless~

Sungguh bijak Utusan memanipulasi rakyat~

Bismillah.

Baru terbaca ni dari http://art-harun.blogspot.com/2009/11/utusan-malaysia-is-stupidest-newspaper.html

Mmg kelakar. Macam mana la rakyat tak tolak utusan nih?

Secara ringkasnya, berita tentang seorang pakcik tua yg menikam isterinya telah mendapat liputan dan semua akhbar telah menangkap gambar pakcik nih pada kedudukan yg sama. Kebetulan kedudukan itu, ada payung B*N pulak kat tepi tuh yg telah menutup mayat isterinya. So ape utusan buat? Tengok sendiri jela kat bawah:


The Star


Berita Harian


Harian Metro


Rabu, November 11, 2009

Boycott Israel Walkabout -14th November ni!!

Bismillah.

Salam.

Just wanna promote this coming event this weekend. To who ever yg rasa terpanggil utk menunjukkan solidariti & agak2 free (maknanya takde final exam, takde keje, etc2)..boleh la ke Sunway Pyramid 14th ni.

Here are the details:

Boycott Israel Campaign

Date:
14th November, 2009


Time:
11.30 am - 3.00 pm


Place:
Sunway Pyramid Shopping Mall


Program:
11.30 am - Arrival & Lunch

12.45 pm - Assemble at Mega Lanes (bowling alley)
1.00 pm - Break for activity of choice
3.00 pm - Disperse


The objective here is for us to be noticed by the weekend crowd. All involved will be wearing our Boycott Israel t shirts and participating in the following activities :
1. Lunch
2. Bowling Competition 3. Ice skating 4. Jalan jalan all over the mall


=======================================

1.
Lunch All volunteers to meet at Sunway Pyramid & then proceed to lunch at an eatery of our choice. At 12.45 pm to meet at bowling valley

2.
Bowling Competition We'll be forming at least 10 teams with 4 players per team. This means we'll need 40 bowlers. Don't worry if you can't bowl. You'll be among familiar company cos many of us can't bowl to save our lives. It's all in the name of humanity with lots of fun thrown in. You can form your own team if you so wish. Otherwise we'll be allocating team members. COMPLETE will bear all costs. All you need to bring will be a pair of socks. And yes, there'll be prizes for the winning teams. So those interested do email me your names by 4th November.

3.
Ice skating Anyone out there with dreams of being an ice skating champ? Well here's your chance. We're looking for at least 20 skaters. Again, COMPLETE will bear the costs. All you need to do is bring a pair of socks & gloves (compulsory) & skate to your heart's content. If interested, email me your names by 4th November.

4.
Jalan Jalan For those who are neither bowlers nor skaters, we have use for you, don't fret. You will be our flag bearers. Now all you need are good walking shoes, cos apparently the mall's HUGE. So do take your time, window shopping, or maybe actually shopping. Lepak here & lepak there, don't forget the cineplex. Or stop by at J.CO & you could catch Mike. Really, there's just plenty for you to pick. Boycott Israel t shirts will be on sale as below:

Date: 4th, 6th & 7th Novemeber (dah terlepas tarikhnye, takpe..kalo berminat jugak, boleh terus je pegi Sunway nnt)
Time: 10 am - 12 noon
Place: OrphanCARE centre
6, SS1/24A, Kampung Tunku, P.J.
Price: RM 20 (short sleeves) & RM 25 (long sleeves)

Last time they made the 1st walkabout on 15th August. Kalo korang nak tahu mcm mana walkabout ni, boleh checkout di: http://akmarr90.blogspot.com/2009/08/complete-boycott-israel-walkabout.html

I wish i have the chance next time to join. Ogos haritu ada muktamar nak kena hadir. This time pulak maybe final exams tak dapat nak turun KL la pula. Next time la maybe. Hem.

Anyway, here are some few campaign pics took from ukht Damia's blog, source from ILuvIslam.com




p/s: my 1st paper will start approx 2 jam stengah lagi.. =) doakan ya rakan2

Isnin, November 09, 2009

Ingatlah Allah - New Sakha


Seronok pula dengar lagu ni..

Updating

This is just an update entry. So just bare with it.


1. Exam dah semakin hampir. To be exact, lusa akan start. Perasaan menangguh2kan update blog semakin menjadi2 bila menyedari exam semakin menghampiri. Tetapi memikirkan sudah hampir sebulan tanpa update, maka gagahkan gakla dipagi hari Isnin nih. Ni jadual exam. Mudah. Tak perlu nak sebut2 subjek dah. Boleh tengok sendiri je.

2. Thanx to moja, this interesting website gives u an inside and outside view of Masjidil Aqsa. MasyaAllah, with technology, the places we wanted to see, can bee seen easily. But yet, mmg la tak sama dengan nak pergi sana, utk dapatkan pahala bersolat di sana. Cuma, kalau nak tengok2 tu, here it is: http://www.360tr.net/kudus/mescidiaksa_eng/index.html. Semoga ummat islam akan dibenarkan utk solat di sana beramai2 suatu hari nnt.

3. Ni nak cerita sikit. Tempoh hari, saya ke sebuah surau (ke..masjid?) di kawasan2 dekat universiti saya ni (bandar berdekatan). Waktu tu saya tak ingat, solat isya' atau maghrib. Ketika itu, semua makmum bru mnyelesaikan solat sunat sblm memulakan solat berjama'ah. Pada saat itu, datang seorang Sudan berdiri di saff paling hadapan dan bersolat sunat di saff pertama tu.

Tiba2, saya dengar di belakang saya berkata (lebih kurangla..dh igt2 lupa exact wordnya) "la...solat sunat pulak...isyy..apa ni orang dh nak solat, nk solat sunat pulak". Pastu pakcik ni teruskan lagi ckp kat bilal "dah..biar je dia, qamat je". Bilal tu pun ikut le kata pakck tuh qamat. Qamat tu plak mmg sebelah2 je pak Arab Sudan nih. So, ape lagi, pak arab ni berhenti la solat sunat tuh. Hem. okeyla berhenti..tapi yang saya takleh terimanya, pakcik yg 'complaint' tu, pegi ketawakan pulak pak arab ni, seolah2 mcm nak menyindir. Saya tak tahu exactly ape niat pakcik ni nak ketawakan pak arab ni selepas dia membatalkan solat sunat.

Saya fikir "ape pnye sikap pelik mcm ni?!". Lepastu pula.....pakcik ni ke depan menjadi IMAM! Allahuakbar. Cmana imam aku camni. Saya nampak dengan mata saya sendiri, pakcik ni bila ke hadapan lepas ambil MIC dari pakcik bilal tu utk mengimamkan solat, masih lagi memandang pak arab tu dengan gaya sedikit ketawa sambil menuding jari ke arah pak arab itu. Pelik betul saya sikap imam yg mengimamkan solat ini. Kacau hati dibuatnya nak bersolat ni. Ya Allah.

Saya fikir la..cuba bayangkan kalau anda berada di kasut pak arab itu. Apa perasaan anda? Diketawakan seolah2 mcm...entah tak tahu nak ckp mcm mana. Kalian boleh bayangkan ke?? Dahlah Pak Arab tu mmg tak faham ape2 yg dicakap oleh pakcik tu, suddenly ditertawa sambil dituding jari. Ini ke sikap seorang muslim???????????? Semoga Allah pelihara kita semua dari bersikap begini. Nampak remeh, tapi mendatangkan kesan yg mendalam. Saya memikir dengan lama juga kenapa masih ada masyarakat begini.

4. Ni 1 lagi saya pelik, JAIS nak ambil tindakan pada sebuah masjid yg membawa seorang exco yg bukan muslim utk berucap. Entah apa dalam kepala mereka ini. Mungkin agenda politik. Tapi kalau betul nak adil, pegila amik tindakan pada semua contractor, tukang pasang tile, karpet, kipas, dan semua yg dibuat oleh non muslim (sekiranya masjid ni ada menggunakan khidmat non muslim la.. - tapi saya rasa memang ada sebab nazir masjid ni bercakap sprt apa yg saya ckp ni). Bila kepala fikir kepentingan diri dan politik semata-mata, pertimbangan jadi tak stabil.


Ckup dululah buat kali ni. Lain kali pula update.

Wassalam

Isnin, Oktober 12, 2009

Think out of the box

Bismillah.

PERISTIWA 1
Tempat : Pasar Malam Seri Iskandar
Watak terlibat : Saya, Safwan, Makcik jual cendol
Waktu Peristiwa: Ba'da asar
Saya bertanya kepada makcik yg menjual "makcik, seringgit dalam plastik ade tak?",
makcik tu menjawab "takdela dik. Plastik ade 2 ringgit je. ni seringgit guna cawan ok?".
Saya pula menjawab "ooo..camtu ke. Em..".
Maka safwan pun menyahut "kalau isi guna plastik tapi buat seringgit je boleh?".
Lepastu makcik ni berfikir seketika, kemudian makcik menjawab "em..boleh tapi plastik ni besar..nanti isi sikit sangat tak cantik pulak"
Safwan jawab "takpe makcik..bukan nak cantik2..tak jual pun. nak minum jugak air nih".
Makcik tu jawab balik "iye? okeylah..."
Maka makcik tu pun bubuh air gula...4 cawan kecik air gula tuh. Dalam kepala saya fikir "ni sukatan utk seringgit ke?! macam sukatan utk plastik RM2 je"
Kemudian makcik tu bubuh pulak air cendolnya..1 cawan..2 cawan..3 cawan..sambil berkata "haa..kan dah terbubuh lagi" menggambarkan bahawa dia tidak dapat menyukat seringgit utk plastik ini dan bertindak secara spontan nak isi banyak..
Saya pula kesiankan makcik ni dan berkata "takpela makcik saya bayar Rm1.50 lah"
Tapi makcik tu jawab "takpela..seringgit je".
Kami beredar dan bercakap sesama sendiri "adeh..kesian makcik tu..dah biasa sangat sukat RM2 utk plastik tu..sampai terbubuh lebih2 bile mintak RM1"
Sampai ke bilik pun kitaorg masih tertawa kegembiraan kerana untung lebih daripada air cendol ni.

PERISTIWA 2
Tempat: Kedai HPA Taman Maju
Watak bersama: Saya, Safwan & Kakak jaga kedai
Waktu peristiwa: Ba'da zohor
Saya & safwan decide utk ke kedai HPA utk membeli kotak ais krim Toyiban keluaran HPA. Ni kali pertama nak test ais krim ini. Kami melangkah ke dalam kedai dan membuka peti ais dalam kedai itu.
Belek2 aiskrim kotak besar dan tanya pada kakak yg jaga kaunter tu "kak...ni 1 berapa?"
Kakak tu dengan confident menjawab "RM8 satu.."
Memangla agak mahal berbanding ais krim kotak Walls & Nestle, tapi fikir muslim product pnye pasal, beli je..mahal lain cerita.
Kemudian saya ambil lah kotak aiskrim vanilla kegemaran saya dan nak bayar di kaunter. Saya pun sebutlah "RM8 kan?".
Lepastu kakak tu baru teringat "ada keahlian HPA?".
Saya jawab "takde"
Kakak tu bagitahu balik "ohh~..kalau bukan ahli RM10...ahli baru RM8".
Hehe.
Lepastu Safwan pulak masuk line "em..kalau guna keahlian akak macam mana??"
Kakak tu jawab "boleh!~"..
Kitaorg pun gembira la kan...dapat RM8..
Lepastu kakak tu tanya balik "eh..keahlian akak? oh..ingat keahlian kakak kamu..."
Maka Safwan berkata "eh..keahlian akak la..akak guna, nanti dapat points..boleh kan kak??"
Akak tu tersenyap seketika dan berfikir...
Lantas akak tu berkata "okelah2..akak bagi RM8. Tapi kali ni je ye. Lain kali RM10"
Kami pun jawabla "oke kak..terima kasih banyak!".
Then akak tu pun promo la suruh masuk HPA. Hehe. Tapi kami kata insyaAllah next time.


Begitulah 2 peristiwa think out of the box kawanku. Actually takdela out of the box mana. I think safwan ni business minded more than me. In fact he's taking Business Accounting as an additional subject which he doesn't really need to take it sebab Business Accounting ni subjek student BIS kot kat UTP ni. Mana ade student engineering amik subjekt tuh.

Tapi hasil thinking out of the box + business minded kawanku itu, akhirnya kami berjaya menjimatkan beberapa ringgit utk membeli barang.

Saya rasa saya akan rindu dengan kenangan2 bersama sahabat-sahabat saya di sini

Saya dedikasikan entry ini utk kawan saya, Mohd Safwan yg sentiasa bersama saya kehulu kehilir sebab kami dah ambil kelas yg sama dan berjuang hingga ke final semester bersama. Tinggal bilik je berlainan.

Sekian

(tinggal 2 bulan je utk hidup di bumi UTP sebagai pelajar di sini)

Ahad, Oktober 11, 2009

Obses dengan nasheed arab..

Bismillah.

Em. Tajuk cam agak tak berapa bagus. Tapi saya rasa saya seronok kongsikan perkara ini dengan semua. Saya sememangnya obses dengan nasheed-nasheed arab, terutamanya yang sangat rancak, ada bunyi musical yang gaya cam nasheed arab, dan plg penting..suara orang arab yang garau tu membuatkan lagu2 perjuangan jadi hebat!

Ini telah membuatkan saya rindu pada mahrajan (sprt konsert) di jordan dulu, mendengar nasheed2 palestin.

In fact semasa saya buat umrah dahulu, saya telah minta Abati utk singgah di kedai jual kaset utk beli kaset2 nasheed..

Ade 3 nasyid pasal hamas & ghazzah saya jumpa bulan lepas di Youtube..dan pada hari ini saya berjaya mencari ketiga-tiga lirik nasheed ini. Memang menyeronokkan bila mendengar nasheed sambil boleh membaca lirik. Seperti orang mendengar lagu2 la kan..mesti cari liriknya~

Em. In case pembaca nak mencari lirik ini juga, boleh cari tajuk berikut:

غزة بيوم الإنتصار
القسامي
الرعب غزة recommended: Klik sini - http://www.youtube.com/watch?v=T5gjIJvkQyQ
dan satu lagi nasheed saya tatau tajuknya =)

i wonder who out there has the same interest as me? boleh share nasheed nnt..

t.care everyone..

wassalam

Jumaat, September 25, 2009

When the siblings get together

Salam,

1 part yang seronok tentang cuti raya ini apabila kami berempat duduk di meja makan dan bersembang! Ini sukar dibuat pada waktu2 lain kerana masing-masing tidak akan ada peluang untuk cuti yang sama. Biaselah tu. Ini belum tahap kami berempat berkeluarga sendiri lagi.

Tapi semasa cuti kali ini, banyak kali kami berempat akan mengimbas kembali kenangan2 lama semasa kami semua kecil..dan salah seorang daripada kami berempat akan menggunakan skripnya seperti berikut:

"ingat tak..waktu tu.............."

"ingat tak dulu kita ada mainan.................."

"ingat tak..masa tu kita...."

"korang ade tak....masa...."

"ingat tak kita pernah..........."

dan 3 yang lain akan menyahut

"ha'a la..ingat3.."

"yg mane eh? bila??"

"tak ingatla yang tu.."

"seronokla waktu zaman2 tuh"

maka gelak ketawa akan berselang-seli dengan kisah-kisah yang kami imbau


Memang seronok mengimbau kenangan2 masa kecil.

Mainan yang kami pernah miliki, makanan2 pelik yang kami pernah makan, cerita yang pernah kami tonton, kisah-kisah masa kami berkelahi, haiwan apa yang pernah kami pelihara, maid mana yang telah menjaga kami, tempat-tempat lepak kami, video game yang pernah kami main, kawan yang pernah kami kenali, cikgu-cikgu sekolah yang pernah mengajar kami, lagu2 sekolah semasa kecil..

sepanjang kami hidup (alhamdulillah Allah atas nikmat ini), keluarga saya pernah memiliki 2 video camera..tetapi kedua-duanya sudah rosak. Video camera pertama kami semasa kami di Scotland dulu sudah rosak dan videonya tidak boleh ditonton lagi dek kerana waktu itu masih menggunakan tape. Entah ke mana video tape cam itu. Video camera ke-2 pula (jenama Panasonic), nasib baik sedikit advance, boleh masukkan tape camera itu kedalam sebuah tape yg lebih besar dan ditonton menggunakan video tape player. Tapi tahlah video tape player ni risikonya kotor. Bila kotor sahaja maka tak nampak dah imej.

Perasaannya seperti nak kembali ke waktu2 dulu dan menjadi pentonton kepada perjalanan hidup suatu masa dahulu. Tapi Allah mana nak bagi peluang tu dah..jadi masa hidup ini kena appreciate every second. Walaupun hidup mencabar, tak suka dilalui, perit, suka, duka, sedih..semua tu bakal menjadi kenangan 1 hari nanti.

Di akhir perbualan kami, salah seorang dari kami pun berkata

"nanti agaknya 10-20 tahun akan datang kita akan cerita pulak ape yg kita tengah lalui skarang ni"

Semua pun tersenyum riang gembira...

notaKaki: itula pentingnya camera/vid cam.

the 4 version 1993

Selasa, September 22, 2009

Eid Mubarak to all~


Salam everyone.

I'd like to wish everyone a joyous eid mubarak. Taqabalallahu minna wa minkum.

Ya Allah, terimalah ketaatan kami di bulan tarbiahMu & ampunkanlah segala keterlanjuran kami, kelalaian kami, kealpaan kami, kesilapan kami, ketidak tahuan kami, Semoa kami semua dapat sampai ke Ramadhan yang akan datang. Amin Ya Rabb~

Tema kali ni warna purplish+pink+red..jadi ucapan dalam blog pn bakcground purple.

Credits to: Ahmad Yasin & Abati for the 'bersalaman' picture. Also to awangpurba.blogspot.com for the nice khat.



Alhamdulillah sempena raya ni jugak, ada beberapa berita gembira yang diperoleh. Antaranya:

1. Suami Cikgu Laila telah dibebaskan ISA. Alhamdulilah tahun ni cikgu laila dapat sambut raya bersama suami tercinta setelah 7 tahun lebih terpisah & tak dapat menyambut raya bersama suami. Kata cikgu laila, beliau dalam proses menyesuaikan diri dengan suami yang baru pulang dek kerana selama 7 tahun ini beliau sudah biasa hidup independent bersama anaknya yg seorang. Tumpang gembira buat cikgu laila.

2. Kutipan RM250k untuk operation buah pinggang Dr Hafidzi sudah selesai dikumpulkan. Sungguh luar biasa kuasa infaq ini. Pelancaran tabung rasmi utk membiayai kos perubatan Dr Hafidzi ni tlah dilancarkan secara rasmi pada 28 Ogos dan ditutup pada 20 September. Alhamdulillah dalam masa tempoh masa tersebut, RM266k telah berjaya dikumpulkan. Semoga Dr Hafidzi selamat di-operate sekitar bulan Oktober ni kemungkinan di China. Tahniah kepada yang ber-infaq di bulan yg mulia ini. (sila tengok gamba raya Dr Hafdizi & family di blog beliau - heh..promo~)

Okelah. Sekian dulu entry utk kali nih.

again..slamat hari raya semua!!

ade yg nak jemput raya rumah tak??

Ahad, September 13, 2009

Kita ni berpotensi besar..

Bismillah.

Dah lama rasanya tak update. Erm. Takdela lama sangat..tapi adela nak dekat 2 minggu kot. Hakikatnya memang tak tahu nak update apa sebab setiap hari berlaku rutin2 yang rasanya tak perlu nak dicerita pada 1 dunia kot.

Saya nak cerita lebih2 tentang apa yg berlaku disekeliling saya dan siapa yg saya berjumpa pun, boleh jadi bahaya juga memandangkan ada potensi utk mereka membacanya (ceh~..bajet blog ni 1 dunia nak masuk), tapi kalau tengok kat peta dunia tu..boleh la jugak dikatakan 1 dunia ^__^..cuma kawasan Afrika, Amerika Selatan & Rusia je jarang ade sket orang nak masuk blog ni..mungkin tak faham ape yg saya tulis kot.

Jap..hari ni 125 orang masuk blog ini?! Ape counter tu dah rosak ke ape? Takkan sampai 125 orang kot masuk hari ni..atau ade perisik masuk beramai2 ke ape? atau hari ni server semua orang down jadi terpaksa klik blog ni sorang 25 kali?

Oklah. Semua di atas tiada kaitan dgn tajuk entry nih.

Weekend baru2 ini adalah weekend yang entah kali ke berapa saya ulang alik ke KL utk menunaikan tanggungjawab2 saya. Bezanya weekend kali ini saya terpaksa balik dalam tempoh yg singkat (kurang dari 24 jam)..tapi takdela ape sangat. Saya rasa ade je ramai budak2 di UTP ni yang slalu buat begini..lebih2 lagi bila mereka ni join event dan terpaksa ke luar UTP, travel utk setelkan keje2, jumpa company itu ini utk minta sponsor2 dari mereka. Hebat lah. Memang hebat.

Ada ketikanya saya sering merenungkan gelagat kawan-kawan & kata2 rakan-rakan saya. Contohnya di bulan ramadhan ni kan...sorang kawan saya ni muhasabah kan kami smua dgn berkata "orang sanggup datang masjid ni nak berbuka puasa..ramai plak tuh. tapi kalau solat berjama'ah di masjid..susah gak kan". FAKTOR POTENSI: Makanan

Ade sorang kawan ni..sanggup turun ke KL utk jumpa dengan aweknya..semata-mata..walaupun maknye tak bagi buat camtu. Tapi sbb lautan api ku redahi, gunung-ganang kan ku daki..maka sanggup gakla ke KL. FAKTOR POTENSI: Perempuan

Dulu masa kecil2..(ke..masa besar pun sama?!)..rajin nak round rumah orang waktu raya. Kalau dok kampung tu, sebolehnya semua kampung2 jiran pun nak sapu gak rumah. But i've never done this round2 dgn kawan2..sbb dlu masa kat kg pn takde ramai kwn sgt. FAKTOR POTENSI: Duit

Ade sorang kawan ni jugak..akan istiqamah ke saloon & facial (kena belanja duit kott!), jadi allocation duitnya penting utk perkara-perkara tersebut. Harapnya kawan ni tak baca blog ini. FAKTOR POTENSI: Penampilan diri

Saya rasa banyak lagi kot kalau dapat relate ngan diri sendiri & kawan2 disekeliling. Macam mana manusia ni sanggup bangun awal pagi utk bola tapi susah bangun awal pagi utk qiam. Dan lain2 lah..saya pun tak dapat nak fikir banyak malam nih..korang pandai2 la relate sendiri kan (sprt biasa saya akan menulis begini dalam setiap entry walaupun kadang2 saya tidak menyukainya..heh)

Saya rasa memang manusia ni kalau ade faktor2 di atas, memang smangat datang membara-bara nak buat...mungkin tu kot dikatakan nafsu. Tapi actually kalau kita pandai salurkan nafsu kita ke tempat yg betul, it would satisfy us..and make Allah happy of us too.

Begitulah sebenarnya manusia berpotensi utk dihantar ke Yathrib menyebarkan islam walaupun berseorangan..bahkan mengetuk setiap pintu rumah di Yathrib tu utk sampaikan dakwah meskipun ilmu hanya tahu solat, ucap 2 kalimah syahadah & bersuci. [1]

Begitulah jugak sebenarnya manusia berpotensi utk membebaskan manusia dari penyembahan sesama manusia kepada penyembahan mutlak kepada Allah SWT sahaja, sanggup menyebarkan dakwah dengan membawa kuda sampai ke hujung laut dan kata "Seandainya ada tanah lagi di seberang laut ini, maka aku akan menyeberang laut ini dgn kuda ini". [2]

Dan banyaaaaaaaaaaak lagi contoh2 lain manusia yg sangat berpotensi sebenarnya..cuma kene pandai salurkan potensi tu la kan?

Saya penah jugak dengar dari seorang ibu pernah berkata tentang anak perempuannya "kalau dia tension ke..geram ke..marah ngan sesiapa, nanti dia akan pegi kemas rumah, cuci tandas..". Saya rasa ini bagus juga. Salurkan potensi yang negative menjadikan potensi positive! Sama sprt yg saya sebutkan di ataslah.

ckuplah..tulis panjang2..makin meleret2..baik berhenti sahaja..waktu pn dah lewat~

sekian..

(penat jugak nak update blog nih..tp drpd tak update langsung..)

[1] - Mus'ab bin Umair
[2] - Utbah bin Nafi' (jarang ek dengar nama orang Utbah - maybe sbb takde maksud kot, ape ek maksudnya?)

BY THE WAY: KORANG DAH MENYUMBANG UTK KEMPEN FAST 2 FUND? Ade lagi 3 hari je. Klik: http://fast2fund.blogspot.com/

Isnin, Ogos 31, 2009

Ape yg keluar dari mulut mencerminkan akhlak kita =)

Salam,

Salam Ramadhan ke-11. Dah 10 hari Ramadhan berlalu. Masa utk muhasabah 10 hari yg lepas adakah sudah cukup utk kita melepasi Ramadhan dengan penuh makna? Jgnla asek nyanyi lagu Man Bai "Ku Mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna" semata-mata..

Haritu..ade solat tarawih kat 1 tempat nih *dirahsiakan lokasi..tapi kalo dpt teka tu, rezeki la tuh~*.

Seusai 4 rakaat tarawih, bermulalah sesi tazkirah. Maka pengerusi menjemput, "dipersilakan ustaz dot dot dot utk memberikan tazkirahnya". Ustaz ni mmg nampak muda la. Skali tengok, maybe 25-26 kot. Tataulah kalau dah mencecah 30an. Tapi pendek kata, muda la. Muqaddimah tazkirah memang mantop...dengan ayat Quraannye. Subhanallah.

Tapi setelah tazkirahnya masuk minit ke-5, minit ke-10, minit ke-20, macam2 perkataan yg pada saya pelik sebagai seorang ustaz utk mengeluarkannya. Saya pun tak mahu nak aibkan tapi terpaksa beri contoh juga. HArap ini bukan proses mengaibkan sesapa, tetapi pengajaran utk kita semua.

Bila ustaz ni memberi contoh, to the extreme dia akan sebut "kepala hotak berjambul". I think 1-2 kali jugakla keluar "kepala otak" nih. Then nak express about kezaliman, (sorry to say - since ustaz ini mungkin ada jawatan dalam sebuah parti pembangkang - ini yg saya berat nk ckp nih - jadi kezaliman itu adalah berkait dgn kezaliman kerajaan), maka dia akan menyebut "zalim nak mampos".

Then came another example about husband and wife. Ade part yg ceritanya wife ni tak puas hati dengan si suami, maka keluarlah "sial punya suami".

I was like..HUH?!! Apekah tazkirah sprt ini???

Ni bukan berniat nak jatuhkan mane2 pihak atau menimbulkan kontroversi ke ape. Okela maybe ustaz ni silap ke ape..atau cara dia ni boleh diterima oleh sesetengah negeri/kawasan/pendengar..wallahu'alam. Tapi bile dah beri tazkirah utk umum ni, kena la take extra care and precaution tentang insurans mulut ini.

Saya jadi kesian ngan ustaz ini. Rupanya bukan saya sornag. Ramai lagi yg risau dan kesian dengan ustaz ini. Ape tidaknye, dahla muda lagi, lepastu dah keluar kata-kata camtu. Saya memang kena iktiraf ilmu ustaz ini memang banyak sbb belajar di pondok dan di timur tengah. Memang gaya macam banyak ilmu, tetapi bila keluar perkataan2 pelik dari mulut..wah...terus runtuh segala binaan HORMAT pada ustaz ini..Pulak tu nanti masa akan datang beliau ini akan jadi pemimpin, rujukan masyarakat, ustaz yang dijemput memberikan ceramah merata2.

Okelah. Abaikan pasal ustaz ini. Semoga Allah ampunkan beliau..dan ampunkan kita semua.

Pengajaran 1: Marilah sama2 kita menjaga mulut kita. Ye memang kadang2 boleh terlanjur kata, tetapi from time to time kena la muhasabah kan..sejauh mana perkataan yg keluar dari mulut kita itu menggambarkan kita sebagai seorang Muslim yg dihormati orang, Muslim yg diredhai Allah segala amalan kita..

Pengajaran 2: Know your audience before giving any lecture/presentation/tazkirah. Jangan la anggap semua audience akan terima sekiranya memberi tazkirah kepada khalayak ramai yg terdiri daripada pelbagai latar belakang

Pengajara 3: Mintak Allah guide segala tutur kata kita..

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP