Isnin, April 12, 2010

Umrah Part 1 (Madinah)

Bismillah

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang telah memberi peluang utk pergi ke tanah suci & kembali ke Malaysia. Satu pengalaman yg menarik selepas 10 tahun meninggalkan bumi kelahiran Rasulullah & bumi maqam Ar-Rasul. Bila dah 10 tahun tak menjejak kaki ke sana, memang lain banyak la kan. Cerita didengar daripd org yg dah pergi tapi pengalaman sendiri tak sama la kan dengan cerita.



Anyway, i’ll try to make this entry as picture-full as possible because as people say, pictures speaks a thousand words kan.



Sblm pergi to pictures. Cerita latar belakang sket la.



Went to ‘Umrah on 22nd March haritu hingga 3rd April. It started when Ummi minta temankan dia. Jadi sementara dah grad ni, sangatlah berbesar hati nak temankan dia memandangkan dia dah sebut beberapa kali sebelum ni tapi tak sangka dengan izin Allah kali ini menjadi realiti.



So 22nd March bertolak..naik S’pore airline dan transit di S’pore for about 2 hours kut. Then terus ke Jeddah. Gerak ke Madinah dari Jeddah. Stayed in Madinah for 4 days (sampai Jumaat – dpt solat Jumaat di Madinah), kemudian ke Makkah for 7 days (sampai Jumaat gak – dpt solat jumaat di Makkah).



So tu latar belakang sket.



Entry kali ni akan menceritakan gambar2 dari KL ke Jeddah & stay di Madinah.

Pesawat Singapore Airline A300 (airbus) yang bertolak dari KLIA ke Singapore jam 1tgh hari rasanya. Waktu ni mmg tak sabar nak naik kapal terbang sbb dah 10 tahun lebih tak travel jauh2.

Suasana dalam kapal terbang. Tu abg pakai tie tu steward kapal terbang. Lepastu ade makcik tengah baca Quran dalam kapal terbang. Fuh. Baguslah makcik.

Lepas sejam...sampailah Singapore. Masih ada hijau2 pokok tanda cuaca di sana sama dengan cuaca di Malaysia. Hehe. Transit 2 jam je kat Singapore. Lepas turun, sempat la lepak2 jap kat airport, gi tandas, pharmacy jap..tapi tak beli pape sebab tak tukar duit Singapore dollar. So bila nak boarding, terus ke gate boarding utk naik satu lagi kapal terbang Singapore airline dan bermulalah perjalanan ke Abu Dhabi selama 6 jam.

Ni makan tengah hari la kot antara Singapore & Abu Dhabi. Tak ingat le plak makanan ape. But it was nice.

Ni waktu kapal terbang nak landing di Abu Dhabi. Beza masa Abu Dhabi dengan Malaysia adalah 4 jam lewat. Maknanya kalau malaysia jam 10malam. Abu Dhabi baru 6ptg. Cuaca Abu Dhabi sekitar 20+ darjah celcius.

Ni suasana kat airport Abu Dhabi. Kitaorg tak turun dari kapal terbang. Kat sini diaorg upload makanan & minyak utk perjalanan 2 jam seterusnya ke Jeddah. Singapore airline memang buat perjalanan mcm ni. Kalau lain airline mungkin buat perjalanan yg berbeza.

Perjalanan ke Jeddah ambil masa 2 jam. So diaorg hidangkan makanan jugak. Ni Speghetti daging dgn choice air epal. Haha. Semua makanan nak ambil gambar. Maklumla..kalau travel dekat tak dapat peluang nak menghidangkan diri mcm ni.

Ni gambar diambil daripada bas kat Airport Jeddah. Kat jeddah dari dulu sampai skarang masih guna tangga & bas utk ke terminalnya. Average pesawat Singapore airline mcm ni perlukan 3 bas la utk angkut penumpang ke terminal. Kata salah sorang dari ahli rombongan "takpela kot diaorg buat bas2 ni..negara diaorg jarang hujan"

Sampai Jeddah dalam jam 8mlm waktu Jeddah. Saudi beza waktu 5 jam daripada Malaysia.

Sampai di terminal kat airport jeddah. Kene beratur utk cop imigresen. Hem. Panjang2 plak tu barisan. Ada dalam sejam lebih gak la beratur rasanya. Tambah plak kita ni orang Malaysia kebanyakkannya jenis ikut peraturan dan pandai beratur. Tapi pak2 arab ada yg jenis potong que. Tak beratur..himpit2 dan sebagainya. So masa kitaorg beratur tu, tetibe ade orang arab nak mencelah tak pasal2. Apa lagi, kitaorg teput2 dia suruh ke belakang la. Haih. Yg jenis faham bhs tu fahamla..tapi ramai gak jenis tak faham bhs. Ini lah check point pertama di mana anda yg bakal pergi umrah/haji perlu tahu bahawa "Turn on your sabar to 80% mode".

Akhirnya selepas semua setel imigresen, amik beg dan bawa keluar. Pastikan semua beg diambil dan dibawa sendiri ke luar. Ramai je orang2 pekerja bangla/arab/etc2 yg tgh tunggu dengan troli utk amik beg. Tapi lepas diaorg dah bawak tu kene bayar le.

Utk makluman, i'm traveling with Zahafiz Travel & Tours. Kampeni beribu pejabat di S.Alam. So u see the bags there..kuning & purple itu zahafiz pnye beg free.

So lebih kurang jam 10mlm bertolak dari airport nak ke Madinah. Sepanjang perjalanan memang tido banyak. Then jam 12 malam berhenti kat satu restoren Yaman. Makan tengah malam namanya. We prayed jama' ta'khir kat sini dan makan. Tu bas putih tuh bas kitaorg la tuh dari airport nak bertolak ke Madinah.

So here's the food. Terlupa nak amik waktu makanan ni penuh. Ni yamani pnye style. Ayam panggang & ikan panggang. Sedap bleh tahan la. 1 dulang makanla dalam 4-5 org malaysia

Sampai hotel jam 3 pagi. Ni lobby hotel kat madinah yg kitaorg duduk iaitu di Bahauddin Hotel. That's my mom on the left.

Madinah Makkah subuh jam 5 pagi. So kitaorg decide takyah tdo dlu la. Terus gerak ke Masjid pepagi tuh dalam jam 4 lebih kot. So i was very happy menjejakkan kaki ke masjidinnabawi utk qiam & subuh pertama.

Seterusnya sarapan disediakn oleh zahafiz. So lepas subuh dah boleh sarapan dah. Subuh biasanya akan habis around 6.00am kut. Sebabnya diaorg ni jenis azan, lepastu tnggu 15 mnit (semua waktu), lepastu solat, then ade solat jenazah. Itu rutin setiap solat fardhu kat sana.

Then lepas sarapan, biasanya kalau ade trip ke mana akan berkumpul jam 7.30pg di lobby utk bergerak ke destinasi2nya la.

Maka hari pertama kitaorg dibawa round masjid nabawi & perkuburan baqi'.

Ni gambar depan masjid Nabawi. Yang pakai kopiah putih tu ustaz indonesi yang bawa kami round2 masjid utk diberi penerangan. Jadi ustaz tu terangkan la kenapa ada 2 kubah. Etc2, pintu mana nak kne masuk utk pergi ke raudhah dsb.

Utk sape yg tak pernah pergi masjid nabawi, bawah kubah hijau tu adalah maqam nabi muhammad bersama abu bakr & umar, iaitu rumah saidatina aisyah r.a.

Em. Perkuburan Baqi' takde photo. Boleh cari sendiri dalam internet kot. Sebabnya masa kitaorg pegi tu diaorg tak bukak dah laluan ats utk tengok perkuburan tuh. Ada waktu2 tertentu je dia bukak. 10 tahun lepas diaorg masih buka utk masuk. Skarang ni rasanya tak boleh da kot.

Lepas round2, ustaz suruh lelaki dan perempuan pegi dptkan raudhah, iaitu salah satu taman syurga yg Rasulullah sebut antara mimbar & rumah baginda Ar-Rasul.

Waktu2 yg sesuai (rasanya la) utk pegi raudhah adalah pagi (cuma tempat lelaki dah kene bahagi dua dan menjadi kecik sket sbb waktu pagi adalah waktu perempuan utk ke raudhah).

Ni suasana raudhah pada masa waktu bukan perempuan pnye turn. Memang berhimpit2 utk dapat solat 2 rakaat kat situ. Dan di sini takyah pelik kalau orang jalan depan begitu sahaja, melangkah2, kadang2 takde tempat nak sujud dengan selesa. Sbb semua nak kejar taman syura ni kan.

Kalau tengok gambar kat atas tu, belah kiri sekali adalah maqam rasulullah. Kalau nak tengok, kene jalan kat belah depaaaaaaaaaaaaan skali tu. Berjalan ke kiri.

Lagi suasana di Raudhah. Itu yg ade bulat itu ialah mihram dalam masjid Rasulullah. Mimbar Rasulullah ke belah kanan lagi. Jadi sepanjang Mimbar ke maqam rasulullah (masuk mihrab skali la) adelah taman2 syurga.

Utk membezakan raudhah dengan tempat solat biasa, masjid dah sediakan karpet berbeza sebagai simbol kawasan Raudhah. Jadi, asal karpet utk semua adalah berwarna merah. Tapi di Raudhah, warna karpetnya adalah hijau sprt gambar di bawah.

Tgk pemandangan kat ats. Sambil org tgh sujud, ade org tengah diri dpn dia utk nk tnggu giliran tgh solat tuh.

Ni pulak pintu yg saya sentiasa masuk & keluar di Masjid Nabawi sbb plg dkat dgn hotel. Entrance masjid nabawi asing lelaki & perempuan. Dan skarng di luar2 masjid nabawi ni dah ade khemah2 besar sbg menghalang panas terik matahari. Kata pelajar madinah, pernah madinah ni panas sampai 50 darjah celcius tak salah. Fuh. Mmg tak igt pnye panas.

Ni pemandangan hotel dari luar. Nampak ke tulisan Bahauddin Madinah Hotel. Bawah hotel tu ade kedai runcit & kedai jam.

Ni pulak suasana kedai yg ada di sekitar Madinah. Ni kedai jubah & abaya. Time ni mmg ummi sibuk shopping sket la. Lupa nak tangkap gambar kedai2 lain. Tapi yg lawaknya memang kebanyakkanya kedai yg standard. Standard mcm mana tu..maksudnya akan ada kedai2 yg lebih kurang sama je:
  • Kedai abaya, jubah, pakaian
  • Kedai jual minyak wangi
  • Kedai jual barangan2 mcm inai, tasbih, etc2
  • Kedai jual sejadah
  • Kedai jual barangan2 yg hiasan2, barangan kecil2..tah apa nama
  • Kedai buku2 & kaset ade la nampak sket
Kebanyakkan pekedai2 ni memang tahu berbahasa arab, melayu, inggeris, urdu, turkey, bangla mungkin. Entahlah. Berapa byk bhs yg depa tau. Tapi kalau sape tak tahu byk bhs ni, mmg susah nak nak beniaga.
Jadi bila kami masuk kedai je..mesti akan kata "mari2 tengok..malaysia atau indonesia?" dan perkataan plg wajib adalah "murah2..lihat dulu". So kalau nk tanye harga mmg diaorg jawab bhs melayu la. Melainkan kalau kita tanya "bikkam? (BERAPA dlm arab)". Hem. Antara cara nk bargain harga adalah kalau kita rasa harga tu tinggi jugk, kita cabut lari je. Kalau kedai jenis kecik2 kat madinah ni biasanya mesti akan kejar & panggil kita balik dgn bersungguh2 utk beli. So diaorg akn tanya kita "berapa??" - means berapa kita nak harga barang tuh. Then kita letak la harga berapa yg kita nak. Kalau dia jawab "halal~" tu kirenye dia stuju la tuh.

Satu lagi, kat Madinah ni memang takde penjual/jaga kedai perempuan. Sume laki je. Termasukla nak jual barangan2 peribadi perempuan sume laki gak jaga. Haih~

**************************

Seterusnya hari ke-2 bermula ziarah di lokasi2 sekitar madinah. Masjid pertama yg telah dikunjungi adalah Masjid Quba', iaitu masjid yg pertama telah dibina oleh Rasulullah. Dan byk kelebihan bila solat sunat di masjid ini. So smua amik kesempatan solat sunat kat sini. Memule niat nk tangkap gamba..then ade la plak pakcik ni asek dok marah2 orang yg tangkap gambar dlm masjid tu. So batalkan jela niat.

Next destination, Masjid Qiblatain. Asalnya rumah pada zaman Rasulullah. Masa tu para sahabt (ade riwayat kata takde Rasulullah..ade yg kata Rasulullah ade skali? tahla) tgh solat, then perintah utk tukar qiblat dtg waktu tu. Maka jamaah tgh solat tu pun berpalinglah 180 darjah.

Ni suasana di luar masjid Qiblatain. Ade je org dok niaga.

Dalam masjid qiblatain.

Kat luar masjid Qiblatain ade 1 signboard menarik ni. So cepat2 amik gambar. Hehe.

Kemudian kami tlah menuju ke salah 1 kebun kurma di madinah. Ni entrance kebun tuh. Memule pelik pehal ramai orang nih. Tapi kat kebun ni mmg rmi org asia jela dtg terutamanya malaysia ngan indon. Pak2 arab ni dah byk tgk pokok kurma so tak heran dah ler.

Dalam bangunan putih di gambar yg sblmnya, adela suasana mcm gambar di atas ni. Penjualan kurma, kekacang, etc2. Sape nk amik makan kurma dalam bangunan tu diaorg kata halal. Tapi takleh bawak kuar daripada bangunan ni. Tapi satu perkara yg jemaah harus tahu, sini jual mmg MAHAL. So lebih baik jgn beli kt sini.

Ni sample pokok. Naseb baik takleh bwk balik je..

Seterusnya kami dibawa menziarahi maqam para syuhada' uhud. Ni Kawasan maqam la ni kene pagar abis tuh. Ustaz tgh bagi penerangan.

Sape nampak batu kat tengah2 tuh yg ade memanjang melentang tuh? Itula maqam Saidina Hamzah & sape sorang lagi tak ingat. Kene search internet kot tapi malas. Baki para sahabat yg syahid di hujung belakang sana. Snanye maqam diaorg mmg jauh habisla. Tapi pagar dibuat besar2..for what purpose..dunno.

Ni pemandangan besar dari jauh maqam para syuhada' tuh kat signboard biru yg ade pagar2 tuh. Di belakang sana plak bukit bukau disebut gunung uhud. Yg payung2 byk tu orang tgh bisnes la tuh.

Ni bukit yg Rasulullah tempatkan para pemanah utk berjaga & jgn turun sehingga arahan diberikan. Tetapi akhirnya mereka langgar arahan rasulullah & akhirnya telah syahid dibunuh.

Lepas zuhr, kami telah dibawa masuk ke bawah Masjid Nabawai (ade muzium kecik sgt) oleh seorang pelajar Madinah, Akh Firdaus. Dia bawak & terangkan pada kitaorg la ape yg ada dalam muzeum tuh. Menarikanya waktu kitaorg pgi mmg takde orang & rasa mcm ramai tak tahu kewujudkan museum tuh.

So dalam museum adela sample2 surat nabi muhammad ke pembesar2, ada tulisan mushaf zaman2 dulu, ade gambar2 yg cantik semasa construction masjid nabawi.

Maka dengan penrangan yg diberikan, dpt la tahu serba sikit sejarah pembinaan masjid nabawi & bila waktu renovation, siapa yg lead (raja mana) & di mana mereka buat penyampaian.

***********

Hari ke-3

Lepas subuh, maka trip ke-3 pn bermula. Bas menuju destinasinya Gunung Magnet. Memula pelik gakla ape benda gunung magnet. Kat kawasan gunung ni, bas telah berjalan sendiri tanpa tekan minyak bila diletakkan dalam neutral gear. Haritu pemandu bas tu tunjukla bas tu bergerak sendiri. Sampai mencecah 140 gak rasanya. Tapi mmg tersangat laju la.

Ni suasana di sekitar gunung magnet bile kreta berhenti. Nak kata ade force magnet mmg tak rasa pape pn. Tapi bile kete jalan, mmg berjalan sendiri. Boleh search google type "gunung magent". Then search!

Kemudian kami dibawa ke

Pasar kurma. Sini murah sket berbanding harga kat ladang tuh. Adeh. Sini pn kebykkan tahu ckp pelbagai bhs.

Antara kurm yg dijual..

Zoom in sket..ade bendera malaysia plak tetibe. Mana tah pekedai tu dpt.

Kemudian baki hari sehingga solat jumaat telah diisi dengan berjalan2 di sekeliling hotel & 'lepak' (bc: iktikaf) di masjid.

Ni gambar suasana lepas subuh sekitar jam 7 lebih kut. Tu nampak ade penghadang2 yg dipasang tuh? Yg warna putih tuh. Itu diaorg pasangan utk laluan orang perempuan utk ke Raudhah.

Kadang2 ada kuliah selepas subuh, kuliah selepas maghrib. So ni antara suasana kuliah lepas subuh. Tak berapa ramai. Tak tahula. Tak ingat content kuliah ni. Maybe kuliah tafsir kot. Ke hadith tah.

Kalo perasan, ade nombo 102 kat rak kasut tuh. Semua rak kasut bernombor.

nte Ade skali tu nampak mcm 1 crowd besar. Amende la pulak. Rupanya tengah dengar kuliah subuh oleh seorang Syeikh duduk Riyadh. Haritu ade gak tanya pak arab kat situ sape syeikh yg tgh ngajar tuh...tapi lupe plak. Oh ye..semua kuliah dalam arab semata. Tapi seronok gakla. Nanti sblm diaorg habis kuliah, ank murid syeikh tu akn bc musykilah2 yg orang kemukakan..kemudian syeikh tu akan jawab la dengan mudah.


Alhamdulillah hari Khamis telah cuba utk berpuasa sunat. Tak sangka plak kt masjid nabawi ade berbuka. Gambar atas tu suasana org tengah berbuka.

So ni mknn yg dpt free masa berbuka tempoh hari. Dptla 1 bekas berisi kurma, secawan kopi, air zamzam & roti kat masjid. Tapi nk stay dpt port yg best kene duduk lepas asar. So lepas asar duduk kat masjid, baca quran, then tnggu sampai magrhib.

*********

Hari ke-4

Pagi jumaat tu jmpe dengan Uzair & Pakcik Ibrahim di madinah. Actually jmpe Uzair daripada semalam dgn kawan2. So dia ajak makan sarapan dgn pkck. Skali diaorg pegi sarana roti canai la. Heh. Ana pun order tosai. Diaorg rindu mknn malaysia kot.

Suasa pintu Masjid Nabawi selepas solat jumaat. Sepanjang dok madinah, hanya 1 je solat fardhu takde solat jenazah.

Maka selepas jumaat bertolak lah kami ke Makkah al-Mukarramah.

13 komentar:

furaiah 12:36 PG  

Alhamdulillah..

best baca cerita aO nih.
tp 1 je la nk tny..
kat bukit magnet tu kan..kuasa magnet tu tarik besi ke arah madinah (based on google search). what happened if tiba tiba la kan. tiba-tiba (nauzubillah). ada peluru berpandu lalu kat kawasan tu? huuu. agaknya destinasi peluru berpandu akan berubah tak?

tanya saja..

HambaAllah Yang Memakmurkan 10:42 PG  

salam anis.

soalan kamu ni stended electronic engineer amik EMT & microwave devices n circuit plak dah..

i can't answer that question anis. hanya Allah je yg tahu. tapi Allah akan pelihara tempat2 suci ummat islam ni daripada dimusnahkan oleh force yg manusia tak mampu nak menghalangnya. Melainkan kita ni tak berusaha buat ape2..memang nak terima padah la tuh.

maybe u've got to ask madinah nye authority kut =)

Wassalam

Cha Syazana 11:39 PG  

bestnya cerita.. rindu laa dah lama tak pergi sana.. :)
bila nak sambung part 2 ni? hehe

fika 4:05 PTG  

salam bro...
wah...
bes la bce blog bro niey...
cam2 citer ada...
mmg bez la..!
satu ari nnti pown,,,sy nk ke sane gak la!
insyaallah....

Tanpa Nama 4:08 PTG  

siapakah beliau dengan dr ibrahim? saudara beliaukah dr tersebut? respect btl kat dr ibrahim tu, every week travel riyadh-makkah

Tanpa Nama 10:11 PTG  

salam~

fuh.akhirnya baca gak lps disuruh..hahaha..best! nk cmnt pnjg2 nih..sume pics..heh :P

nk cmnt intro dulu : ye ke ummi ajak teman?? ke bro yg ria2 nk ikut?? haha..tp bagus la..dr g tmpt tah pape baik g umrah..tempat yg x pernah bosan dikunjungi :)

pic 1 : hurm, dah 10 thn x naik kpl terbang..lama gak uh..jd apa perasaan anda apabila menjejakkn kaki?? he3

pic 2 : bnd plg best dlm flight ialah membaca..sbb x taw nk buat apa..so, brapa juz khatam??

pic 3 : asal x bk aluminium foil uh?? x nmpk mknn die..haish~

pic 4+5 : oh. abu dhabi..x turun pun x rugi..airport die biasa je..cuma beza dgn mesia dlm airport ada clown yg hiburkan org..haha..

pic 6 : haa..klu nk mkn spaghetti, t suh muna masakkan..lg sedap dr mknn dlm flight..mknn dlm flight sllnyer x de la sedap mana pun..

pic 7 : tgk la t dah maju x de pki tangga dah..hehe..

pic 8 : arab peduli apa klu potong que..die ckp : "ni negara aku!" tp bkn stakat kat saudi je..kat negara arab lain pn sama..

pic 9 : sekarang brapa ek puak tolak troli uh minx charge?? derg uh makin melampau..sllnya derg tgk org tua2 je derg x ckp dah..main tolak then minx duit! no manners at all!

pic 10+11 : klu dh naik bas mlm2 mana nmpk apa dh..lg best berjalan-jalan dkt dunia mimpi..:P

kat situ ada nasi je ke?? x de roti arab??

pic 12 : assalamualaykum m.cik! :D
mst qiam plg bestkn..maklum laa, ble smpi madinah+makkah ada 1 perasaan yg x terungkap dgn kata2 lbh2 lg tym qiam+solat dpn kaabah~ mahsyuk gilaaaaaaaa!!!!

pic 13 : assalamualaykum ya Rasulullah, abu bakr + umar...

pic 14-16 : raudhah~ klu solat org langkah kepala mmg dh common..tips bg jemaah pmpn : pegang je baju mak arab n ikut derg jln..jubah derg bsr..derg pn x sedar ble kte pegang..so, nk smpai ke raudah tu kejap je la..n x de la berlanggar2 sbb bdn mak arab bsr..so die cm body guard bdn kita (org mlayu yg kcik comei..)^^,

pic 17 : panas negara arab rase muka+badan berdebu je..x melekit..tp klu jln sblh org2 arab sll kne picit ckit hidungla..esp ble sblh pmpn..sll yg tua.. ;p

pic 18 : no comment.

pic 19 : 1 riyal..20 riyal..haha..ya hajjah, ya rahmah, ya abdul rahman..sgl nama akn dipanggil pekedai..hu3..

bli baju muna kat cni ek?? hehe..

pic 20-22 :no comment.

pic 23+24 : ladang kurma..yay! dpt mkn free..kurma nabi (ajwa) yg plg sedap!! mkn x??

pic 25 : nk amek ke pokok kurma uh klu bleh bw balik?? nk tanam dpn umah?? hidup kaa?? hahahahahahahaha

pic 26-29 : dkt uhud..maqam saidina hamzah yg pnjg..huhu..p.cik yg Rasulullah plg syg..bukit uhud naik x?? ke tgk n snap dr bwh je??

pic 30-last : dah x larat nk type..hahahahhahaha..

conc : semoga dimurahkn rezeki ke sana lg..dah daftar haji blom?? skg dh utk thn 2032 taw..

its me.わたしを

along rufaidah 7:43 PG  

nice sharing! thanks
tgk gambar pun dh best dh

bace komen cik tika ni baru teringat "alamak...dr hr tu die suh daftar haji"

tika: along baru je bukak website tabung haji ni..nk daftar la. tapi kena call rumah dulu minta nombor akaun (ada duit ke tak ntah dlm tu sebenarnya..)

HambaAllah Yang Memakmurkan 11:09 PTG  

to syaz: u should go honeymoon with ur husband there..

to safika: insyaAllah..semoga ALlah beri peluang tersebut

to Tanpa Nama 1: knp? siapakah anda pula?

to its me.わたしを: komen pnjng abis lah. menjawab persoalan anda:

- ummi ajak dlu baru beria nk pegi.
- mestilah best bila 10 tahun tak naik airplane pergi jauh. hopefully dalam masa 5 tahun passport hidup ni, dptla lagi terbang jauh2
- brapa juz khatam dalam plane? tak sampai 1..sbb tgh cuba khatamkan buku atlas sirah
- terlupa bka aluminium foil
- mintak berapa riyal tu tak tahu lah..sbb tak tanye pn kat penolak troli tuh
-roti mungkin ada..tapi tak order
- beli baju muna tmpt lain..kat makkah
- kurma 'ajwah, of kos mkn
- kalau boleh bwk blk pokok, bleh bagi hadiah kat sesapa..
- bukit uhud? tk naik. sbb org bas tu kata..20 minit je
- 2032? haritu TH kata akan singkatkan tempoh menunggu..hm.

to rufaidah: t.kasih ats knjungan~

oyenks 2:19 PTG  

salam AO :)

setelah sekian lama tak update
akhirnya kembali semula berblogging dengan entry yang sangat-sangat menarik dan seronok! :D

serius sangat jeles!
bila baca entry semakin kuat perasaan nak pegi sana, entry yg inspiring :)
semoga dipermudahkan amin!

thanks for sharing!

Tanpa Nama 3:42 PTG  

assalamu'alaikum.

nice sharing!

akan ke sana dlm masa terdekat ni. jd, lepas baca entry ni, lagi lah bersemangat.

terima kasih.

deenazainal 12:43 PG  

entri yg sgt panjang.. tp seronok utk dibace...

just 1 question... camne boleh dpt snap pic dlm masjid nabawi....
during my visit dlu, diorg xkasi bwk camera or hp masuk masjid...siap marah2 kitorg lagi bile curi2 nk amik pic

HambaAllah Yang Memakmurkan 1:04 PG  

to oyen: t.kasih atas kunjungan. semoga dapat peluang ke sana insyaAllah

to tanpa nama: alhamdulillah. semoga dapat beberapa tips yg bermanfaat juga. bila nak ke sana tuh?

to deena: zaman skarang dh bleh dah. tapi perempuan masih strict sket kat masjid nabawi kalo simpan camera dalam bag sbb makcik2 jaga pintu tu slalu check. tapi kalo bawak henpon dalam poket rasanya dioarg tak check kot..skrg ni dah terlalu ramai amik gamba. diaorg nk marah pn rasanya jadi letih..heh. wallahu'alam, maybe orang2 yg bese dok madinah boleh komen

Tanpa Nama 3:04 PTG  

assalamu'alaikum.

insyaAllah awal bulan jun. bersama sedare-mare. doakan.

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP