Selasa, Julai 12, 2011

Polis memBERSIH di KL

Salam,


Dikongsikan beberapa kisah sekitar ibu kota negara Malaysia sepanjang minggu lepas:



SITUASI 1

Polis : Phua Chu Kang, lu apa pasal pakai but kuning datang Malaysia? Lu mau join Bersih ka?

Phua Chu Kang : I got some bisness in JB maa..what's wrong with my boot?

Polis : Lu pakai but kuning. Lu kena masuk ISA maa...



SITUASI 2

Polis : Ni kenapa berkumpul ramai-ramai? siap ada khemah ni!!

Mak Cik : Mak cik buat majlis khatam Quran, encik. Jemput lah makan pulut kuning dengan rendang ni.

Polis : Kenapa mak cik masak pulut kuning ni? Mak cik ni geng Ambiga ke?

Mak Cik : Mak cik tanak pulut ni dengan kunyit nak, jadi la dia kaler kuning.

Polis : Tak de, tak de. Mak cik ada pilihan samada nak masak pulut kaler hijau ke, biru ke, margenta ke. Tapi mak cik tetap pilih kaler kuning. Mak cik dikenakan Akta ISA.




SITUASI 3

DiGi Man : Bersama mu...walau di mana guaaa~~

Polis : Asal ko jalan-jalan pusing KL pakai kaler kuning? Nak kena Akta Ordinan Darurat ni...




SITUASI 4

Polis : Adik, ni kenapa peluk benda kuning ni?

Budak Kecik : Yeay..yeay..abang polis~~ Jom la main patung Pikachu ni dengan adik.

Polis : Tak de!! Balai cerita.




Saya amat yakin cerita tiada kaitan antara yang sedang hidup atau yang sudah mati. Cuma agaknya saya akan kena tindakan sebab menguningkan blog saya. Negara tercinta Malaysia..baju kuning tak boleh, budaya kuning dipersilakan.


  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP