Sabtu, November 20, 2010

Siswa Dot Com: Kelab malam melalui ETP rencatkan imej negara

Salam,

Tersangat lama lah tak update blog ini. Daripada bulan Mei! Aduh. Maybe i'm not into blogging anymore..tapi takpela. Update jugakla kali ini.

One of my writings keluar dalam ruangan Varsiti, Berita Harian baru2 ini mengenai ETP. Boleh baca seterusnya di bawah:

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Siswa Dot Com: Kelab malam melalui ETP rencatkan imej negara


2010/11/19

KELAB malam boleh memberi kesan sosial dan punca kerosakan imej negara.
USAHA kerajaan melancarkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) sebagai strategi meningkatkan pendapatan negara ialah usaha yang amat progresif. Di samping itu, pertambahan peluang pekerjaan antara kesan baik yang bakal dinikmati oleh rakyat apabila projek ini menjanjikan 3.3 juta pekerjaan baru menjelang 2020.

Namun, Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA) melahirkan rasa bimbang terhadap usaha transformasi ekonomi melalui industri pelancongan. EPP Ke-8 dalam Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA) Pelancongan menyasarkan penubuhan enam kelab malam baru yang bakal menampung 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014. Menjelang 2014, disasarkan sekurang-kurangnya 10 kelab malam akan beroperasi di zon hiburan baru hasil daripada projek ini.

Meskipun RM0.7 billion pendapatan negara kasar (GNI) akan diperoleh dan 5,600 peluang pekerjaan akan ditawarkan menjelang 2020, ia dilihat suatu yang bertentangan dengan cita-cita Wawasan 2020 yang ingin menjadikan Malaysia maju dengan gaya dan acuan tersendiri. Sebagai negara Islam dan majoriti rakyat beragama Islam, usaha menambahkan lagi pusat hiburan ini tidak dilihat selari dengan amalan dan nilai budaya negara ini.

KARISMA menggesa agar kerajaan melihat dengan teliti kesan sosial yang akan berlaku apabila pusat hiburan sebegitu ditambah. Dari sudut ekonomi ia mungkin menguntungkan negara, tetapi dari sudut sosial, tiada yang dapat menafikan bahawa kebejatan sosial juga pasti bertambah. Suasana hiburan melampau hari ini dan kesannya pada masyarakat seharusnya sudah cukup membimbangkan kita semua apabila kes rempit, rogol, dadah, ragut, samun, perkosa dan lain-lain tidak menunjukkan penurunan.

Amat menghairankan apabila pemimpin negara hanya memandang proses transformasi ini dari sudut pendapatan negara saja walhal menutup sebelah mata terhadap kesan sampingan yang bakal terjadi. Alasan menarik pelancong asing melalui pembinaan kelab malam adalah suatu alasan yang tidak kukuh serta bakal merosakkan negara.

KARISMA mendesak agar kerajaan membuktikan sumbangan langsung kepada pembangunan negara yang diperoleh daripada pembukaan kelab malam selain dari sudut ekonomi dan peluang pekerjaan.

Pelbagai industri yang bertentangan dengan nilai moral dan agama juga mendapat keuntungan hasil pembukaan zon hiburan dan kelab malam ini. Antaranya industri arak dan pelacuran sehingga akhirnya membawa kesan jangka panjang yang lebih parah seperti perzinaan, pembuangan bayi, penggunaan dadah serta kerosakan akhlak lain.
Selama ini kerajaan berusaha bersungguh-sungguh membendung budaya negatif ini, namun ruang yang disediakan cukup luas untuk masalah itu berkembang. Siapakah yang dapat menjamin bahawa pembukaan zon hiburan baru dan pertambahan kelab malam ini akan menjadikan rakyat Malaysia masyarakat yang lebih berakhlak mulia?

Lebih baik sekiranya wang ringgit untuk zon hiburan dan kelab malam ini dilaburkan kepada ruang yang lebih sihat seperti memajukan lokasi yang melambangkan budaya Malaysia bersesuaian dengan tuntutan agama. Nilai positif dan berakhlak harus diterapkan dalam memajukan sektor pelancongan Malaysia sesuai dengan budaya Timur yang telah sekian lama diamalkan.

Pendekatan holistik dan bersepadu juga harus dilaksanakan oleh kerajaan dalam membina negara yang maju baik aspek material mahupun moral masyarakat. Seharusnya pemimpin negara mengaplikasian ayat al-Quran dalam Surah Saba’ ayat ke-15 yang menyebut ‘Negara yang baik dan Tuhan Yang Maha Pengampun”. Kita mahukan negara yang baik di sisi Allah yang akhirnya memberikan keampunan buat rakyatnya. Hanya dengan keredaan Tuhan saja akan menjadikan negara ini sentiasa sejahtera dan makmur.

PRESIDEN
Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA-JIM)

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SiswaDotCom_KelabmalammelaluiETPrencatkanimejnegara/Article/index

Selasa, Mei 25, 2010

Betul ke judi untuk mereka yg bukan bergama Islam?!!



Salam,

Sila lihat dengan teliti apa kata orang islam & apa sebenarnya yang diajar oleh agama bukan islam..

"Tegasnya arak dan judi adalah untuk mereka yang bukan beragama Islam, yang menjadikan judi dan arak itu sebagai lumrah dalam kehidupan mereka" - Mohd. Shauki Abd Majid ialah PengurusPenyelidikan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia


BERJUDI DALAM KRISTIAN:

Why gambling is wrong:

  • Not justified by the casting of lots. In biblical times lots functioned much like dice. They were made of sheep's knuckle bones, and the roll of those bones indicated a certain meaning. When the people had to make an important decision and had difficulty determining God's will, He sovereignly intervened and caused the lots to fall in such a way as to tell His followers what to do. At no time did anyone ever put something of value at risk.
  • Denies the reality of God's sovereignty. Chance, the major promise of gambling's outworking, is the fabric of a human imagination that wants to deny the existence of a sovereign God. The Lord has established His throne in the heavens, and His sovereignty rules over all (Ps. 103:19).
  • Builds on irresponsible stewardship. The worst possible stewardship is for someone to throw God's resources away at the altar of a god called chance or luck. It's idolatry of the worst sort. Nothing we have really belongs to us; it belongs to God, and we should use all of it to His glory (Matt. 6:19-20).
  • Erodes the biblical work ethic. We are to earn our bread by the sweat of our brows
    (Gen. 3:19) not from games of chance. The addictive wagering process saps the good that a decent salary can afford.
  • Driven by the sin of covetousness. Gambling - and its accompanying greediness - violates the 10th commandment (Ex. 20:17). It assumes that God has not given us what we ought to have and that there is somehow more wealth that will finally make us happy.
  • Builds on the exploitation of others. It exploits people who can least afford to be victims and violates the eighth commandment, You shall not steal (Ex. 20:15). For everyone who wins something at gambling, there are millions of losers - people who have been duped by the seductive marketing appeal of gambling and prompted to throw away large sums of money.

BERJUDI DALAM HINDU:

Gambling is prohibited in the Hindu Scriptures in


Rigveda Book Book 10 Hymn 34 Verse 3:

“A Gamester / gambler says, My wife holds me aloof, my mother hates me’. The wretched man finds none to comfort him." (Rigveda 10:34:3)


It is further advised in

Rigved

“Play not with dice : No, cultivate thy corn land. Enjoy the gain and deem that wealth sufficient”. (Rigved 10:34:13)


It is mentioned in

ii. Manu Smriti Chapter 7 verse 50

“Drinking, gambling, women (not lawfully wedded wives) and hunting, in that order, he should know to be the very worst four in the group of (vices) born of desire”

(Manu Smriti 7:50)


b. Gambling is also prohibited in several verses of

i. Manu Smriti including

ii. Manu Smriti Chapter 7 Verse 47

iii. Manu Smriti Chapter 9 Verses 221-228

iv. Manu Smriti Chapter 9 Verse 258




BERJUDI DALAM BUDDHA

"There are, young householder, these six evil consequences in indulging in gambling:

(i) the winner begets hate,
(ii) the loser grieves for lost wealth,
(iii) loss of wealth,
(iv) his word is not relied upon in a court of law,
(v) he is despised by his friends and associates,
(vi) he is not sought after for matrimony; for people would say he is a gambler and is not fit to look after a wife."

--Sigalovada Sutta: The Layman's Code of Discipline


BERJUDI DALAM SIKH

The three duties in Sikhism

The three duties that a Sikh must carry out can be summed up in three words; Pray, Work, Give.

  • Nam japna:
    • Keeping God in mind at all times.
  • Kirt Karna:
    • Earning an honest living. Since God is truth, a Sikh seeks to live honestly. This doesn't just mean avoiding crime; Sikhs avoid gambling, begging, or working in the alcohol or tobacco industries.
  • Vand Chhakna:
    • (Literally, sharing one's earnings with others) Giving to charity and caring for others.

Isnin, Mei 17, 2010

Umrah Part 2 (Makkah)

Bismillah.

Sambung kembali setelah lama menyepi. Mintak maaf lambat.

Kami bertolak dari madinah sekitar pagi. Sampai di miqat utk berniat ihram sekitar hampir waktu zohor.

Di masjid tempat bermiqat (zulhulaifah/bi'ir ali).
Sini memang ramai skali orang bermiqat & alhamdulillah tempatnya selesa la jugak. Semua yg dari madinah akan bermiqat di sini. Jarak antara miqat ini dengan makkah sekitar 425km. Jadi memang kami sampai ke makkah dalam jam 11.50mlm camtu lebih kurang.

Sampai di makkah tu terus ke hotel di makkah. Masuk2 bilik, letak barang then berkumpul kat lobby balik utk nk buat umrah.

Maka kami telah memulakan umrah pada tengah malam di masjidil haram. Masa nak ke pintu depan masjidil haram tu, perasaannya susah nak digambarkan. 10 tahun tak datang kan. Lain mcm jadinya. Gambar tak diambil lagi sebab tak biasa dengan masjidil haram. So masa umrah kali pertama ni memang buat dengan teliti dan bersungguh2. ^__^

Lebih kurang jam 2pg selesai umrah. Lepastu balik ke hotel, lepak2 & tunggu subuh pertama di masjidil haraam.

Ni gambar daripada pintu belakang hotel kami. Hotel kami ni rasanya antara hotel yang bukan mewah2 & paling hampir dgn masjidil haram. Alhamdulillah bersyukur sangat.
Jalan yg anda nampak di atas yg penuh ngan bas tu memang kat kawasan ni stesen bas SAPTCO. Atas bas biru & putih tu anda nampak kan bangunan yg ade tingkap rupa2 kayu sket tuh..itu adalah hotel Hilton Makkah.

Masjidil haram..tu menara putih atas bas biru tuh. Sangat dekat masjidnya. So kami kadang2 balik hotel la kalau selang antara waktu solat (depends on jadual). Biasanya kalau orang yg duduk hotel jauh dari masjid akan stay masjid lelama sket sbb nak ulang alik tu satu hal.


Inilah gambar Kaabah di waktu tengah hari. Waktu tengah hari adalah waktu yg paling sikit orang bertawaf walaupun tetap ada.

Ni pun waktu tengah hari jugak. Diambil dari sudut yg lain. Waktu ni memang gi round masjidil haraam tu tengok kaabah & ambil angle yg best2. Ni angle hajar aswad kalau nampak ramai orang sket.

Zoom in sket kat sudut hajar aswad. Anda nampak mcm ada corak2 ke bawah tu, itulah nak menandakan ia bucu hajar aswad. Ini bucu yang semua orang akan mulakan tawaf dan setiap kali sampai ke bucu ini, semua akan angkat tangan melambai & sebut "Bismillah Allahuakbar"


Front door hotel kami di makkah. Hotel ni dinamakan Qasr Faisal atau Istana Faisal. Memang istana la jugak..1 malam tidur 300 riyal. Haih~..tapi rasanya lagi murah la dari Hilton & Zam-Zam Tower tu.


Pemandangan Kaabah selepas waktu asar. Waktu asar ni adalah bile matahari telah condong banyak. Jadi ada 1 sudut tu akan redup. 1 lagi, panas. So kena pandai cari port la waktu asar ni kalau nak duduk kat atas lantai yang boleh nampak kaabah

Yang kuning macam pintu tu adalah penanda2 pintu utk keluar dari masjidil haraam. So yg kuning ini adalah Bab Malik Fahd. Pintu yg kami akan gunakan untuk keluar masuk masjidil haraam sbb pintu ni mngadap ke arah hotel kami. Ia juga sebagai memudahkan semua orang utk kenal pintu2 yg ada dan mana arah mereka datang.

Bangunan2 gah sebelah masjidil haraam. Yang bawah belah kanan tu Hilton Makkah. Rasanya 10 tahun dulu kitaorg datang, ade bangunan tu je. Skarang dah ade Zam Zam Tower yg disebelah kiri tuh dan tengah bina lagi tower tengah. Hem...semakin tinggi2 bangunan dekat makkah nih.

Lagi pemandangan Hotel Hilton Makkah. Bawah hotel tuh banyak kedai. Macam2 ada. Nanti akan dikongsikan gambar2 cth kedai dalam hilton tuh.


Kereta apa la tuh kan. Heh. Polis guna kereta Camry di makkah nih. Nampak belakang bonet kete tu macam ada 2 palang hitam? Itu adalah speaker. Depan belakang ada speaker tu rasanya. Digunakan oleh polis utk jerit2 dalam kete & halau kereta2 yg parking kat tempat yg takleh parking. Kelakar. Setiap pagi akan dengar bunyi polis ni dan akan menjerit2 dalam bahasa arab entah ape dia cakap tak jelas dari bilik hotel.


Ni pula gambar antara maghrib & isya' di aras 1. Selepas maghrib hari ke-2 tu decide nak naik ke atas nk test la ada apa kat aras 1 nih. Ada 1 sudut tuh banyak kelas2 dibuat antara maghrib & isya' ni. Rasanya kelas hafalan la. Semua umur ada. Dari yg kecik2..sampai ke dewasan. Tengok jela kanak2 kecik tuh..

Lagi gambar kelas2 yg dibuat di aras 1 masjidil haram.

Pemandangan tawaf dari aras 1. Waktu antara maghrib & isya' ni memang ramai sgt orang. Al-maklumlah waktu zuhr tu panas tak ingat. Jadi waktu malam2 ni adalah waktu yg nyaman & best utk tawaf. Pemandangan ini memang ramai yg suka tangkap gambar. Kalau kita dari bawah, biasanya akan nampak flash2 yg diambil dari atas.


Gambar ini diambil betul2 selepas dah tamat lantai masjidil haram. Suasana lepas isya' bila semua orang pulang ke tempat masing2. Bangunan hotel yg tak jauh dari masjid tuh.


Di makkah pun diadakan ziarah. Jadi ada beberapa gambar hasil ziarah telah diambil tapi tak ikut turutan ziarah. Gambar kat atas ini adalah tempat jamrah atau melempar semasa musim haji. Sekarang dah 5 tingkat. Gambar ni diambil dari dalam bas. Boleh nampak 2 je jamrah. Ada 1 lagi jamrah belah kanan gambar ni tak diambil.

Bawah2 yg khemah putih tu adalah khemah2 para jemaah haji di musim haji.

Gambar pemandangan dari bawah jabal rahmah. Inilah tempat pertemuan Nabi Adam & Hawa serta tempat wukufnya para jemaah haji. Tapi nampak tak signboard hijau biru belah kanan gambar yg bawah tuh, dia tulis "atas bukit bukanlah kawasan wuquf". Orang kata daki bukit ni boleh doa utk cari jodoh. Entahla.

Ini adalah attempt utk naik ke jabal rahmah. Tapi hanya berjaya sampai sini je. Time ni naik dengan ummi. I said to ummi "takyahlah naik sampai atas..tak sempat kang nak turun balik on time". Memang teramat sesak bile sampai kat atas. Dengan orang dok tolak2 suke hati. Lepastu pulak peminta2 sedekah jenis baring atas tangga nak ke atas tu sambil buat dunno je nk mintak sedekah. Makin sesak la jadinya..

Sempat ambil gambar track monorail dari dalam bas. Sedang dalam pembinaan.

Jabal Thur. Ambik dari bas jugak. Orang2 yg halus mmg takleh dilihat kot dari gambar ni. Tapi memang tinggi betul la gunung nih. Ade orang daki macam beras tu (sbb pakai putih kut..tu jd cam beras). Jabal Thur adalah lokasi di mana Rasulullah & Abu Bakr bersembunyi sebelum berhijrah. Kitaorg tak turun & tak daki sebab masa tak mengizinkan. Tapi ustaz cerita kat sini memang power. Dia kata "anda bayangkan bagaimana kesungguhan Rasulullah, Abu Bakr malah anak2 Abu Bakr yg sebaya anda (terkena pada batang hidung la tuh) ..yg perempuannya lagi mengandung (Asma' Abu Bakr) sanggup mendaki gunung ini utk membela islam". Kata ustaz, nak naik lebih kurang 1 jam stengah ke? tak igat plak. Turun lagi lama.


Ni yang saya sebutkan kedai2 kat bawah Hilton tuh. Sini ada Tazzaa yg dulu pernah ada kat Malaysia tapi dah tutup (tak laku kot?). Sape yg pernah makan Tazza dulu akan perasan la nih. Cuma menu2 kat sini tak sama mcm kat Malaysia la sebab sesuai utk orang arab kan. Adela nasi2 mandy, nasi makhloba, etc2. Kat arab saudi ni, ade section utk perempuan order makanan lain dari lelaki.

Cinnabon pn ade. Tapi tak pnah beli la kat sini. Jugak ade female section to order.


Tengokla dioarg eja Baskin Robins & Body Shop dalam bhs arab tuh. Haih..
Ni antara kedai2 yg mungkin rakyat malaysia familiar la. Kedai2 lain yg ada dalam Hilton ni antaranya Supermarket Bin Dawood yg femes sgt kat arab saudi nih. Lepastu ade la kedai2 mcm shopping complex kat tempat kita la. Cuma banyak kedai jual baju arab, kedai jual sejadah, jual minyak wangi a.k.a oud, kedai jual kaset2 agama & quraan.

Saja nak amik gambar bekas air zamzam & kaabah. Air zamzam kat makkah ni kebanyakkannya dah bekas besi beroda yg mudah alih.


Kalau anda lihat pemandangan ini di makkah, jgn risau. Dia ada autoriti buat begitu daripada polis. Kopak kereta orang utk disorong. Kat malaysia stakat ni ade nampak haritu DBKL nak sorong kereta yg parking tak tentu arah. Tapi tak sempat plak nampak diaorg kopak kereta tu ke tak. Em. Pengajaran, jangan main parking sesuke hati, especially depan papan tanda yg tulis "dilarang berhenti & menunggu sama sekali!"


Seterusnya, masa on the way ke Hudaibiyyah (utk bermiqat), kita akan lalu padang yang ada ternak unta. So bas diberhentikan di sebuah ladang yg ada unta ni dan penunjung dibenarkan utk beramah mesra dengan unta..atau boleh merasai susu unta yg diperah. Tapi kalau nak fresh diperah, 15 riyal. Kalau beli yg dah siap dalam botol, 5 riyal. Saya tak beli. Entah kenapa. Sebab fikir kalau dpt free takpela gak..heh..

Tuan ternak unta tu pn ada ternak kambing..

Adik-adik yg dalam rombongan sama sedang beramah mesra dengan enche unta..nice camel..nice camel..

Serpihan yg dilihat ini adalah masjid hudaibiah dahulu yg sudah runtuh. Sini adalah tempat di mana perjanjian hudaibiah telah diadakan. Skarang jadi tempat berniat ihram. Ada masjid warna putih kat sebelah kanan.

Asalnya ingatkan nk datang sini utk niat umrah..tapi sape yg nak berihram kat sini memang agak tough sebab taklde tempat persalinan yg proper. Tempat solat pun digabungkan lelaki perempuan. Ade yg main slambe tukar..ade jugakla. Tapi masa datang sini rasa mcm tak berapa best nak bertukar ihram. So tak jadi la nak buat umrah kali ke-3 masa nih..


Pemandangan dari bas. Unta bertebaran di padang pasir tuh. Hem. Macam lembu di negara kita la kotnya.

Kemudian kami di bawa ke muzium makkah madinah. Nak tunggu giliran masuk muzium ini adalah mengikut bas. 1 masa, hanya 2 bas sahaja dibenarkan masuk utk buat lawatan. Jadinya bas2 lain akan kene tunggu luar utk tiba giliran mereka.

Dalam muzium ni ditunjukkan semua berkaitan masjidil haram, kaabah, telaga zam2, seni binaan, etc2..yg ada kat masjidil haraam & nabawi tu la. Daripada mihram, ke tiang, tingkap. Semua yg barang2 lama dibawa ke muzium ini. Lepastu kat atas tu ade 2 orang tengah tenun kelambu kaabah...ada yg kata diaorg tenun tu utk kelambu belah dalam kaabah.

Waktu nampak pakcik2 ni tengah buat kerja, saya sebut pada ahli rombongan yg lain "wa..ade manusia hidup la kat muzium nih~". Hem. Selamat pak arab tu tak faham bahasa malaysia.

Ni contoh pintu kaabah lama yg tak digunakan dah..dibawa ke muzium.

Ni pula tiang dalam kaabah. Tiang ni tiang kayu. Skarang dah tak guna dah kayu. Agak tinggi gak bilik datang dekat dengan tiang tuh. Yela..14 meter tingginya.

Ni pulak contoh kelambu yg menutupi pintu kaabah. Amik gambar ni sbb ade sample makcik makcik berdiri kat bawah tu supaya boleh tahu ketinggian kelambu nih.



Ni salah satu display di muzium yg tunjuk tentang telaga zam2. Apa sejarahnya dan mcm mana air zam2 tu keluar. Istimewanya air zam2 ni dia keluar ikut celah tepi2 telaga, then turun dan bertakung. Bukan dari bawah. Air zam2 sehari mengeluarkan 950,000 liter sehari. 1 saat ade la dalam 11-18 liter air. Maknanya dalam 3-4 tong air 5 liter tuh utk 1 saat. Subhanallah!



Construction2 yang sedang dibuat di sebelah masjidil haraam. Memang berhabuk la kalau pergi belah2 sana tuh.

Baki bukit Marwah yg masih ada di kawasan sa'ie. Dah licin semacam. Dah takde gaya bukit berbatu sgt. Belah Safa lupa nak amik gambar. Skarang kat belah Safa dah ditutup dengan kaca tapi Safa pnye bukit tinggi dan besar sket la berbanding Marwah. Di belah Marwah ni ramai yg berckur rambut tapi hari ni dah semakin bersih sebab ada tong sampah & pembersih kawasan tuh.

Kalau ikut Zahafiz Travel & Tours, ada 1 malam tu depa akan buat tahlil & makan2. So ni antara hidangan waktu makan2 tuh. Mandy Kambing..memang rasa & bau kambing original. Tah mcm mana dia buat main campak je kot tak sempat marinate..



Ni dajjaj mashwi kot. Ayam yang telah dipanggang utk dimakan bersama nasi Mandy.

Suasana di waktu malam makkah di kawasan2 membeli belah. Time ni Ummi dan saya ambil kesempatan utk membeli belah sedikit cenderahati before going back home.


Tiba di Airport Jeddah kembali pada hari terakhir. Waktu ni dah sekitar jam 6ptg kot nak bertolak pulang ke Malaysia.

One thing yang tak pernah berubah di Airport Jeddah ini adalah kesesakkan begini. Kalau anda lihat, untuk masuk ke Departing Longue, beratur wajib panjang. Lepastu ada pulak manusia2 yg tak reti nak que dan berbaris, main potong2 que walaupun kita ni dah tunggu hampir setengah jam utk masuk. Akhirnya jadi berjam2 nak tunggu utk masuk departing longue sahaja. Lepas masuk departing longue tu, kene lalu imigresen..pun satu lagi proses nak beratur & ada orang2 arab ni jenis nak potong baris.

Memang panas la kat sini. Siapa yg tak boleh sabar di sini, memang akan keluar segala maki hamun, kutuk mengutuk, segalanya la. Tolak menolak.

Masa kami beratur, ada la pak arab ni dah beratur ke depan, lepastu dia nampak ada pintu sebelah dibuka, dia pun nak pegi ke belakang walaupun dah sesak2, so terlanggar la sorang akak dalam rombongan kitaorg, so akak tu tolak la balik laki tu sbb tengah sesak2 ni nak lalu jugak. Lepastu laki tu paling pada akak ni & cakap "haiawan!!" which means BINATANG. Hadeh. Itulah dia..bila tak boleh sabar..mmg abis keluar perkataan carut marut.

Tambah peliknya, ade 1 rombongan dari Indon tu boardingnya jam 7pm, tapi 7.30pm tak lepas2 lagi departing longue & imigresen. Hairan sungguh pengurusan di Airport ini.

Termasuklah flight kami sebenarnya pun delay. Rasanya semua flight dah tahu kot sistem kat Jeddah yg tidak tersusun ni menyebabkan mereka dah bajet dah flight delay dalam setengah jam daripada schedule asal.



Bila sampai di sini, tersangatlah lega sebab dah melalui fasa2 perit bersama manusia2 yg tak reti bahasa di airport itu. Rasa tak sabar nak balik bila naik flight mcm ni dan dapat melupakan segala struggle dan tolak menolak macam kandang kambing di Airport Jeddah itu.

Dinner dalam Singapore Airlines


Sarapan pula..=D


Skrin di tempat duduk yg menunjukkan sudah tiba Singapore di waktu siang. Bahagian gelap tu adalah waktu malam dunia.

Itu flight balik kami. Airbus A330-300

Di Singapore, kami transit 4 jam. Solat zuhr, lepak2, then naik Silk Air ke KLIA. Ini kapal terbang Silk Air yg kami naiki pulang ke KLIA.


Malaysia tanah airku...


This is one of our happiest moment where we compared Malaysia pnye sistem imigresen dengan Jeddah punya. Sangat bersyukur kita ada sistem yg tersusun, sistematik & selesa ini. Tak perlu tolak menolak, kaunter pn banyak, takde nak potong que, semua reti berbaris.

Slot in passport & jalan~~~


Ni semua rombongan Zahafiz under my uncle yg dia telah bawa kawan2 & staff pejabat dia. Alhamdulillah dapat kenal mereka.


Sekian sahaja perkongsian daripada Umrah. Mintak maaf sangat lewat utk keluarkan perkongsian bergambar ini. Banyak sangat cabaran nak update blog but finally i managed to finish it. Minta maaf pada yang telah sabar menunggu. T.kasih atas kesudian mengunjungi blog ini. Semoga kalian semua berpeluang utk ke Umrah satu hari nanti sekiranya ada yg belum pergi. Itu antara doa saya pada kawan2 saya. Memang teringin sangat nak semua kawan2 pergi Umrah..jadi saya doakan kesempatan utk kalian dan saya juga in future. Ameen ya Rabb!

Wassalam ^__^

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP