Isnin, Mac 27, 2006

dimanakah maruah manusia?

Remaja Kota Singa cepat hilang dara


SINGAPURA: Satu tinjauan terbaru mendakwa golongan remaja Singapura tidak menganggap perbuatan mengadakan hubungan seks pada usia awal satu masalah besar dengan separuh daripadanya mengakui melakukannya sebelum usia 16 tahun.

Mereka mengakui melakukan seks bertujuan eksperimen iaitu dengan lebih satu pasangan pada satu masa, membuat aksi pelik dan membiarkan perbuatan itu dirakam video.

Lebih mengejutkan, kebanyakannya mengakui tidak mengamalkan hubungan seks selamat dengan menggunakan alat tertentu bagi mengelak masalah kesihatan.

Akhbar Sunday Times melaporkan semalam, tinjauannya membabitkan 20 remaja yang aktif seks – 10 lelaki dan 10 wanita dengan hasil yang agak mengejutkan.

Separuh daripadanya mengakui mengadakan hubungan seks sebelum usia 16 tahun - umur dibenarkan bagi berbuat demikian.

Malah, 13 orang daripada mereka mengakui tidak perlu menjalin hubungan serius untuk meniduri atau ditiduri.

“Namun apa yang mengejutkan, hanya empat daripadanya mengakui mengamalkan seks selamat,” kata akhbar berkenaan.

November lalu, satu tinjauan tidak rasmi oleh akhbar sama di kalangan 60 remaja dan tinjauan seorang penuntut Universiti Teknologi Nanyang membabitkan 350 pelajar, mendapati seorang daripada setiap lima remaja pernah mengadakan seks.

Tinjauan lain oleh kumpulan ‘Action For Aids’ membabitkan 500 remaja, pula mendakwa satu daripada setiap empat orang remaja itu sudah mengadakan hubungan seks.

“Perbuatan mempertahankan dara atau teruna mereka bukan satu perkara penting lagi,” tegas Jerry Ong daripada kumpulan Focus On The Family, yang berkempen menggalakkan remaja mengadakan hubungan seks selepas berkahwin.

Kumpulan itu mengadakan pelbagai bengkel mengenai seksualiti bagi seramai 17,000 remaja setakat ini.

Daripada jumlah itu, hanya 40 peratus menganggap masa paling sesuai untuk menjalin hubungan itu adalah selepas kahwin.

Menurut akhbar itu, kebanyakan remaja republik itu tidak memandang hubungan seks itu sebagai serius biarpun ada yang mengakui mereka berdepan tekanan untuk melakukannya sama ada oleh pasangan atau memastikan mereka setaraf dengan rakan sebaya. – Agensi

“Lebih separuh remaja ditemui akhbar ini mengakui mereka tidak kisah melakukan eksperimen seks pelik dan membiarkan diri dirakam video atau mengambil gambar sendiri. “Lima orang, semuanya perempuan pula menganggap seks oral sebagai satu perbuatan seksual.” - Agensi

_______________________________________________________________

Semakin hari semakin menjadi2 perkara nih. Tapi yang atas ni dengan kerelaan mereka masing2 la. Kat Malaysia pon ade jugak dengan kerelaan masing2..tapi tak senormal di S'pore kot..sebahagian masyarakat kita still anggap budaya nih tidak normal...berlainan macam negara2 eropah..mereka dah addapt dengan budaya mereka..walaupun sebenarnya agama mereka sendiri tidak setuju dengan bende nih..(ke..dah stuju?)

Aku baru je baca koleksi mastika beberapa hari yg lepas..dan ternyata perkara ni memang dah jadi perkara biasa dikalangan remaja kita. Aku pon tak pahamla..terutama perempuan yang sanggup menggadaikan maruah demi cinta. Ape benda cinta kalau dah murahan camtu. Kalau baca mastika lagi la pelik2...gadai maruah kerana henset..kerana burger..kerana duit. Pelik. Desperate sangat ke nak dapatkan dunia nih sampaikan boleh gadai maruah. Akhirat tak pikir ke?

Sebab tu manusia yang memikirkan mati adalah yang paling bijak sebagaimana sabda Nabi. Memang yang ingat mati seorang yg bijak. Takdela nak buat bende2 yg bodoh sprt menggadaikan maruah, menambah saham dosa, melakukan maksiat, melakukan benda2 mungkar. Malah nak lebih bijak lagi..berusaha merebut syurga Allah.

Berbalik pada keadaan masyarakat tadi, mereka ni seolah2 suka dengan cara hidup begini. Seks bebas..zina...macam budaya berkunjungan, bergotong-royong, berkenduri ke? Bila baca kisah2 orang2 yg dah insaf dari perbuatan ni..1 point yg aku dapat: bila bersama..tak dapat nak fikir baik buruk. Ha..itulah dia.

Aku suka sangat dengan hukum Islam yg telah membataskan pergaulan dan perhubungan antara lelaki dan perempuan ni. Kadang2 manusia ni begitu bodoh tanak berfikir kenapa Allah dah tetapkan hukumnya begitu. Cuba la fikir sedikit. Agaknye kalau tak bercouple..ade ke budaya zina ni? Agaknye kalau tak kehulur kehilir dengan kayu BALAK tuh..ade ke budaya zina ni? Aku tak dapat nak bayangkan kalau manusia ni menjaga suruhan Allah...akan berlakunya zina ni.

Nak cerita keseronokan zina..memang la budak2 yg suka bende ni akan cakap seronok..sebab melayan nafsu..melayan bisikan syaitan...tapi bila tengok akibatnya...dah mula gelabah. Yang lelaki..senang la...larikan diri buat muka seposen bertulis "AKU TANAK BERTANGGUNGJAWAB". Last2..perempuan jugak yang sengsara. Mangsa jugak dia...kalau hamil dia jugak...kalau ditinggalkan lelaki..dia jugak..kalau dirakam video..dia jugak malu. Mak ayah lagi malu. Keluarga malu. Effect study lagi..effect emosi lagi..effect masa depan lagi sebab ade peristiwa HITAM dan berlaku dalam hidupnya. Kalau tak gugurkan kandungan..anak tu membesar..nanti akan persoal sape ayah dia.

Keseronokkan sementara akan disusuli dengan penyesalan selama-lamanya. Bahkan kalau tak taubat..azab diakhirat..jangan cerita la..kalau dibayangkan manusia..pastinya ngeri sengeri2nya.

Islam dah cantik dah...menghalang perkara2 nih..supaya menjaga keturunan. Pentingnya keturunan ni sampaikan dalam hadith mencari pasangan, ade disebut tentang keturunan nih (pilih isteri ikut keturunan,harta,kecantikkan, agama-yg plg penting..agama).

So..persoalan aku disini...macam mana nak solve this problem. Makin lama nafsu makin tak sabar nak lakukan perkara yg "haram sementara" nih..

--bersambung di entry akan datang--

Senjata2 perempuan yang boleh mendatangkan fitnah besar kepada islam dan umatnya:
1) Air mata
2) Merajuk dan suka bermanja
3) Berhias diri dan bergaya
4) Berpura -pura sakit
5) Senyuman pada yang bukan tempatnya
6) Penipuan
7) Kata-kata yang manis

0 komentar:

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP