Jom pegi euphonious..
Tetibe je kawan aku ajak "weh..jom pegi euphonious jom..murah..RM5". Aku menjawab "tak nak" ringkas dan pendek. Time tu pon aku dok focus benda lain. Aku kira kawan aku tu takdela serious sangat. Sekali lagi dia cakap pasal euphonious ni pon..dia kata "malas plak..takde duit".
Amende euphonious nih? Aku cari dalam kamus pon takde. Tp cari dalam website, kuarla maksud:
1. pleasing to the ear
2. having a pleasant sound
untuk lebih terang lagi, ia merupakan sebuah pertandingan untuk band2 dalam UTP ni compete pastu nak cari ultimate band paling power la dalam UTP nih kononnya. Ape yang 'cantik'nya, pertandingan ni diuruskan oleh beberapa orang melayu..yang..aku rasa Islam kot.
Ape2 pon, motif yang aku nak tulis kat sini ialah aku nak ajak kawan2 yang aku sayangi, takyah la pegi petandingan tuh. Aku rasa takde mende yang akan kita dapat kalo pegi melainkan..well..please to the ear..yang aku pon tak pasti betul ke tidak sebab main guitar ngan drum smua sampai budak2 bleh lalai. Aku tak kesah la budak2 band ni nak main ape..guitar ke..drum ke..aku tak kata haram main bende2 tuh..tapi bila main bende yang halal untuk bende yang haram..last2 jadi haram gak.
Asal aku tak galak pegi euphonoius?
1. Pastinya laki dan pompuan dibiarkan bersepah je dalam dewan tuh..duduk la ikut suka korang..janji korang tengok la budak2 nak main music nih
2. Macam aku cakap tadi..ape manfaatnya pegi? Aku heran. Bila ade ceramah agama kat masjid, free plak tuh..tanak pegi. Tapi bila band2 ni buat show, kene bayar, sanggup kumpul duit scholar semata2 nak pegi. Pastu pegi pon..kalo gerenti dapat pahala..takpe gak. Tapi masalahnya..kat sudut mana yang boleh dapat pahala bila pegi
Ish..aku cakap lebih2 kang..kata aku ustaz la..kata aku budak alim la..kata aku ni extremis la (macam amerika plak)..dan kata aku macam2 lagi. Kang jap lagi ade plak yang kata aku ni budak masjid nak ban event2 camni. Apelah salah aku untuk menyatakan perkara yang benar lagi haq? Adekah aku harus jadi ulama' baru boleh kata "eh..korang..jgn pegi euphonoius tuh". Aku tidak kisah kalau student2 non-malay pegi..atau lebih telusnya aku kata..non-muslim (mana la tau kot2 ade orang melayu bukan Islam? Tapi hairannya orang melayu yang Islam ni..bila cakap dia tak Islam..marah..padahal perbuatan lebih kurang je macam budak Islam - memangla kita tak berhak nak hukum orang camtu je). Aku juga berhak nak mengatakan yang benar. Lagipun ni blog aku?
Aku masih ingat lagi kata2 kawanku semasa kami berbual, "Jangan sampai bala' Allah turun kat kita sebab ade sesetengah dari kita nih buat perbuatan yang Allah murka". Macam kat aceh tuh. Kalau Allah nak bagi Tsunami, kejap je..tak sampai 10 minit..bape ratus ribu nyawa boleh terkorban? Manusia ni memang mudah lupa. Bila Allah turunkan bala' bencana..cuak! Time tu la nak stop sambutan2 new year la..pastu bile Allah bagi hidup aman dan tenang...mula lupa. Stat buak maksiat balik. Manusia2..kesian betul.
Aku nak korang bayangkanla seperti korang naik roket dari bilik korang. Kita skarang stat perjalanan dari dalam bilik/rumah/cc etc. Tengah membaca blog nih. Pastu kita naik sket..tengok luar tingkap, nampak la bumbung, pastu naik lagi nampak la bandar kita tinggal nih. Kalau aku, di Tronoh nih (tronoh?!). Pastu kita naik lagi tinggi, nampak la kawasan2 yang lain, bandar2 lain, daerah, pastu naik lagi..nampak negeri. Kalau aku ni nampak Perak la. Pastu kita terbang lagi ke atas, nampak la Malaysia. Terbang lagi..dan terbang lagi..nampak la negara2 jiran kita..Asia Tenggara..kemudian terbang lagi nampak benua Asia.
Terbaaang lagi nampak dunia. Globe dunia yang macam kita slalu nampak tuh. Nampak lautan biru, daratan hijau. Kemudian kita naik lagi..sampai kita nampak bumi tu bagaikan sebesar titik bola sepak, bola pingpong, guli, kemudian sebesar noktah atas keyboard korang tuh. Kemudian naik lagi..anggap jela roket korang nih ade kuasa supersonic, korang naik lagi, nampak matahari pon dah makin jauh dengan kita dan akhirnya nampak galaksi bima sakti yang kita duduk nih..ade banyak matahari lagi dalam galaksi kita nih. Yang akhirnya kita akan nampak sluruh cakerawala..pastu alam semesta yang penuh dengan galaksi2 nih. And yet..smua tu makhluk Allah..dimana kita sendiri percaya Allah tu Maha Besar (stiap kali takbiratul ihram sebut kan?)
Bayangkan betapa kerdilnya kita?! Manusia ni bagaikan habuk je kalau nak dibandingkan dengan makhluk2 Allah yang lain (matahari, planet2, alam semesta). Jangan tengok sume tu..hatta haiwan2 & tumbuhan yg ade dalam bumi ni pon lebih besar dari kita. Tapi Allah muliakan manusia gak..sebab manusia ni ade akal. Walaubagaimana pun..kadang2..manusia nih tah skru bahagian mana tercabut..tanak bersyukur dan tanak guna akal yg Allah bagi tuh. DIaorg ingat akal tuh milik diaorg le tuh..ingat akal yg ade tuh..tetibe je ade dalam otak diaorg.
Bayangkanla kalau Allah murka kat kita..marahkan kita..tak ke sekejap je Dia boleh hancurkan bumi yang kita duduk nih? Tapi haritu Dia bagi tempias daripada sejumlah 73.33% (btul ke nih? aku lupa) air yg ade di muka bumi nih..mula 1 dunia gempar! TSUNAMI! Tapi smua tu tinggal kenangan.
Ah..jauh plak aku membebel nih. Tapi ape2 pon...sebagai manusia..cuba la ketuk sket kepala tuh dan fikir secara rasional..adakah aku hidup di bumi ni untuk berhibur? martabatkan band di persada universiti.
Hurm~ Fikirkanlah. Aku suka korang berfikir daripada aku fikirkan utk korang. Kalau korang tak reti nak berfikir..serupa takyah je ade akal dan otak tuh. Buat organ transplant pon lagi bagus. Haha..
0 komentar:
Catat Ulasan