Lelakiphobia & nafsu
Oh well..macam nak menulis lagi (apesal la dah nak dekat test ni rajin menulis..someone hit me with a baseball bat please).
Aku terima lagi message. "I hate men" oleh kakak yang sama yang menceritakan tentang rakan2nya tak solat tuh. Hmm..okey. "apesal pulak benci laki?". Dijawabnya "ntah, benci lelaki. Laki ni banyak perangai buruk, ego, gatal, miang, suka ckp psl se*s, nk main2kan pompuan, memilih, taste tinggi, tak minat kawen".
Ooo..laki camtu ke? "Pompuan takde yang camtu ke kak?". "Pompuan ni pmalu, xla straight to the point nk gatal2 ni or nk ckp pasal s***, laki ni trus terang je nak ckp suke hati". Aku menjawab "agaknye akak kenal laki yang camtu je kot dalam hidup akak? Kalau nak ikut pompuan pon ade je camtu gak".
Cukuplah disitu sahaja aku coretkan dalam blog nih. Kata2 terakhir yang aku type di atas tuh, takde niat langsung nak mengatakan pompuan pon suka bual tentang s*ks nih. Tapi kakak tadi tu harus sedar..bukannya semua lelaki sama. Dan bukan semua perempuan itu sama. "akak kot jenis pemalu..ade je pompuan tak malu" balasku padanya. Aku pernah melihat kawan lelaki ku menerima message dari perempuan yang ingin berbual tentang pekara ni. Itu perempuan yang pemalukah?? Dalam dunia ni, jgn disangka semua manusia sama.
Aku sedar lelaki ni memang dari segi psikologinya, nafsu mereka ditarget pada makhluk bernama perempuan..tapi aku percaya bukan semua lelaki begitu. Aku juga lelaki? Mungkinlah kakak ni tak banyak kenal lelaki..dan lelaki yang dikenalinya semua tergolong dalam kategori yang sama. Walaubagaimana pun..memang tak dinafikan..ada kelompok laki ni suka mengejar nafsu yang murah.
Allah memberikan cara yang halal iaitu jalan perkahwinan..tapi ada segelintir manusia nih malas nak pikul tanggungjawab yang berat. Nak kepuasan..tapi kene tanggung keluarga pulak. Itu amat berat bagi sesetengah manusia. Lantas orang barat menunjukkan cara yang pantas melalui perhubungan s*ks rambang dan zina yang dilakonkan sekurang2nya dalam 1 babak muvi2 mereka. Ataupun mereka menggalakkan untuk berbual tentang perkara tersebut daripada majalah2 mereka (skarang ni dah nak sebar kat Indon dah..PLAYdotdot tuh). Tak dilupakan iklan2 visual menyakitkan-mata mereka dalam internet nih. Frenster contoh terbaik.
Laki yang bodoh..akan menurut hawa nafsunya yang dibelai oleh syaitan. WAHAI KAUM LELAKI yang membaca! Sedarlah. Kalau hensem takpe jugak. Eh..bukan. Aku bukan nak kata aku ni baik sangat. Aku juga bernafsu. Tapi nasfu yang diberi Allah tu, adalah untuk menguji sejauh mana kita memandunya. Sama ada kearah kebaikkan atau keburukan.
Pernah 1 masa, aku dalam lab circuit theory, kawanku yang lelaki bertanya "aku heran la..asal la laki ni suka cakap pasal pompuan?!" Aku agak terperanjat dengan soalan ni..tapi aku tidak menzahirkannya. Aku buat cool dengan menjawab "bukan ke laki tu nafsunya 1? yang 1 itulah perempuan".
"perh..lawa la awek tuh" atau "weih..tadi si A tu sebut nama akula.." atau "perempuan yang duduk depan ko tu ape nama?" bagaikan menjadi bualan rasmi bagi orang lelaki. Bila ditegur "weh..tak abis2 pasal pompuan"..akan diperli "eh..ko Gay ke?". Mudahnya mengiktiraf seseorang sebagai Gay ek? Dah tu..Nabi berpelukkan dengan sahabatnya, cintakan sahabatnya, dikatakan Gay ke? Nauzubillah! Baru tegur sket je..dah kene tuduh gay. Tak paham akU!
Sepatutnya zaman muda ni, tenaga yang ada digunakan pada jalan yang baik. Baik la ko jalan dari village pegi masjid daripada bazir tenaga pergi jumpe awek setiap malam. Daripada abiskan tenaga kat mulut cakap pasal pompuan je..baik salurkan tenaga kat mulut baca quraan. Ingat bulan ramadhan je ke kene baca quraan? ingat malam jumaat je ke baca quraan? ingat bila orang mati je ke baca quraan? Daripada gayut siang malam ngan awek tuh, baik je saving duit tuh utk benda yang lebih baik. Skarang pon harga minyak dah naik. PM pon suruh ubah gaya hidup..apa kata ubah gaya hidup daripada asyik cakap pasal pompuan, asyik berkepit sini sana..kepada gaya hidup yang lebih sihat dan tenang.
Takde awek bukanlah bermakna hidup kita dah kiamat. Masih banyak lagi yang perlu difikirkan dari awekla. Otak laki bukan semata2 diprogramkan untuk perempuan. Inila yang terjadi kepada beberapa pemerintah dunia yang tewas dengan perempuan sampai pemerintahannya menjadi lemah dan akhirnya empayar mereka runtuh. Banyak dah terjadi. Aku dah lupe..tak dapat nak mention. Haha.
Masih ada lagikah lelaki seperti Nabi Allah Yusuf dimuka bumi ini??
0 komentar:
Catat Ulasan