Selasa, Mac 21, 2006

Ape jawapanku?

Bismillah

Beberapa hari yang lepas, aku menerima sms dari kawan sekelasku di kolej matrikulasi pulau pinang. Kandungan sms nya "rumet aku yang cina tu tanye macam2 soalan kat aku pasal Islam. Macam mana aku nak jawab ni? Dia tanya kenapa perempuan Islam tak pakai tudung padahal wajib". Aku pon replylah ape yang patut dengan penerangan bahawa ORANG Islam skarang ni..tidak smuanya mengikut ajaran Islam. Islam tinggal pada nama sahaja. Tidak lebih dari itu. Tidak ada bezanya dengan agama lain juga. Ade sahaja orang kristian yang tidak mahu menuruti ajaran kristian yang sebenar. Bahkan semua ajaran agama mengajar dan menganjurkan agar berbuat baik, namun manusia yang begitu degil..tidak mahu menuruti ajaran tersebut. Ini bukan satu keajaiban

Tapi soalan pelajar cina tu memang membuatkan kawan aku di sana terkejut dan menyedarkannya bahawa ilmu yang dia ada tidak mencukupi untuk menjawab persoalan tersebut. Dan aku sendiri pon percaya bahawa ilmu aku pon tidak dapat menjawab persoalan yang ditujukannya dengan baik dan berhikmah. Ada lagi perkataan yang sepatutnya boleh menarik minat pelajar cina tersebut untuk mendalami Islam sendiri.

Kemudian plajar cina tersebut bertanya lagi "kenapa anak luar nikah takleh dibinkan dengan ayah yang menjaganya? bukannya anak tu yang bersalah. Diskriminasi la takleh nak dibinkan dengan ayah yang jaga dia". Aku tak pasti jawapan ini. Aku tak jawab. Aku suruh kawan aku tu rujuk ustaz atau ustazah di sana sahaja. Soalan ni, aku sendiri pon belum terfikir jawapannya. Nampaknya bersungguh2 pelajar cina tu ingin kepastian. Kawan aku terasa begitu jahil dan azamnya akan berusaha utk menambah ilmunya. Begitu juga dengan aku.

Tapi peristiwa tersebut sepatutnya membuka minda kita. Peristiwa ni bukanlah kali pertama dalam sejarah ummat Islam di Malaysia...dan pastinya bukan kali terakhir..tapi mampukah kita menjawab persoalan2 yang bakal ditanya pada masa akan datang?? KEsungguhan pelajar tadi mengetahui tentang Islam...atau mungkin ada pihak yang menerangkan padanya dengan niat utk memburukkan Islam..wallahu'alam. Tapi ia menunjukkan pelajar tadi concern tentang Islam..ummat Islam ade concern ke dengan Islam sendiri???? Bukalah minda kita.

Lepas aku terima message dari kawan ana di pulau pinang, message sampai lagi dari seorang kakak di shah alam. Katanya "housemate akak ni semuanya tak hirau pasal solat. Semuanya tak penah sentuh telekung (sebagai ibarat tak pnah nak amik tahu pasal solat). Tapi semuanya pakai tudung..cumanya tudung tu pun..bukanlah tudung yang menepati syarat". Hmm..sama. Islam hanya pada nama...dan mungkin separa-pemakaian. Namun, inilah realiti masyarakat Islam skarang. Beginilah Islam skarang. Hinggakan kita boleh sahaja diperlekeh oleh orang kuffar.

Teringat khutbah jumaat yang lepas. Kecintaan kita pada rasulullah bukanlah sahaja dimanifestasikan dengan berdemonstrasi..tapi yang lebih penting kita memupuk rasa cinta kita dengan mengikuti sunnah baginda S.A.W. Marah pon marah gak..tapi biarlah pada tempatnya.
Kalau kita berdemonstarsi tapi solat sunnat pon tak penah nak buat..ape guna? Berdemonstrasi tapi Al-Quraan pon pegang sekali sebulan..atau skali setahun?? Macam mana?

Ape2 pon..setiap hati2 kita yang mengaku sebagai seorang Muslim, janganlah kita abaikan tanggungjawab kita sebagai hamba pada Allah. Sesetengah orang suka amik jalan mudah tanak ikut suruhan Allah..itu yang diaorg tak solat. Tanak puasa. Yang wajib ditinggalkan. Apetah lagi yang sunnat. Tapi bila kita dihina..diperlekeh..dipermainkan oleh orang kafir..kita marah..kita geram. Setakat marah dan geram..rasanya baik kita muhasabah diri balik. Bukannya salah orang kafir tu perlekeh kan kita..memang kerja diaorg seperti dalam firman Allah bahawa orang yahudi dan nasrani tidak sesekali akan redha dengan kita selagi kita tak ikut agama mereka. Tapi yang lebih penting lagi..bagaimana diri kita ini..method kita utk menentang mereka..perlu kita fikirkan bersama.

Rasulullah dan para sahabatnya tak terjun ke medan peperangan dengan persediaan fizikal semata-mata..tapi ruh iman mereka telah dipupuk dengan mantap dan stabil sehinggakan mereka yakin bahawa Allah akan kurniakan kemenangan buat mereka. Bukan seperti skarang ni...berpandukan pada nafsu..akhirnya..menemui penyelesaian yang buntu.

Erk~ okeyla..bebel banyak sangat. Kene study nih. Ape2 pon..marilah bersama kita amik pengajaran.

Wassalam

0 komentar:

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP