Selasa, April 19, 2011

Belajar arab 'ammiy melalui nasheed.

Bismillah,


Beberapa hari ni agak sibuk sehingga tidak sempat nak tulis apa2 post. Jadi minta maaf kepada yg cuba memasuki dan mencari entry (kalau ade la).

Kali ni nak post nasheed daripada kumpulan Toyour Al-Jannah, sebuah kumpulan nasheed utk kanak2 di Jordan.
Bhs yg digunakan ada sedikit 'ammiy. Tapi terima kasih kepada PERMAI (Persatuan pelajar Malaysia di Irbid, Jordan) kerana telah menyertakan terjemahan lagu2 ini dalam video.

Jom belajar bhs arab..sket2.. ^__^



Nasheed: Bila Kita Syahid (لما نستشهد)




Jangan Sesekali Lupa Mengingati Allah ( لا تنسى ابداً ذكر الله)

Sabtu, Mac 26, 2011

Bagaimanakah sikap kita?

Bismillah.


Semoga kita dijauhkan daripada sikap ini..:

1. Seorang yang kurang amal kebaikannya mengajak kita melaksanakan suatu amal kebaikan, maka kita dengan mudah mengatakan:
"Ceh..nak ajak2 orang/nasihat2 orang pulak..dia pun tak buat! Cermin la diri sket.."

2. Apabila seorang itu telah memperbanyakkan amal kebaikannya dan menasihati kita lagi utk melaksanakan suatu amal kebaikan, maka kita akan menjawab:

"Hah! Nak eksyen la tuh buat baik banyak sangat..buat sorang2 dahla.."

Jadilah kita insan-insan yang berterima kasih kepada Allah kerana menghantar seorang insan untuk memberikan kita peringatan & nasihat. Hendaklah kita selalu meletakkan sikap yang positif dihadapan dan mengelakkan berfikir suatu yang negatif mengenai orang lain.

Semoga kita sentiasa dirahmati Allah!

Khamis, Mac 24, 2011

Bumi Urdun (6): 10 Fakta Rokok & Perokok di Jordan



10 Fakta Rokok & Perokok di Jordan:


1. Negara Jordan adalah antara negara yang mempunyai peratus taburan perokok tertinggi di Timur Tengah (62.7% lelaki & 9.8% perempuan)


2. Dilaporkan umur termuda mula merokok di Jordan adalah 9 tahun.


3. Taburan sebanyak 33.7% lelaki & 26.1% perempuan adalah perokok bagi usia antara 13-15 di Jordan.



Pemandangan biasa di tepi2 jalan (diambil sendiri)


4. Terdapat larangan yg ketat terhadap iklan rokok di Jordan.


5. Harga rokok di Jordan adalah lebih tinggi daripada negara serantau dengan harga satu bungkus rokok (20 batang) adalah $4.16 (lebih kurang JD2.95) dan kadar cukai sebanyak 39%.


6. Setiap tahun, penyakit kardiovaskular adalah penyebab kepada 42% daripada jumlah kematian di Jordan.


7. Sebuah kajian pada tahun 2008 menyatakan 71% daripada rumah di Jordan mempunyai ahli keluarga yg merokok di dalam rumah.


8. Kajian pada tahun 2010 mendapati 61.1% pelajar (kolej/universiti) pernah menghisap shisha/hookah/nargile. 42% respondan dilaporkan menghisapnya secara bulanan.



Hookah/Nargile/Shisha dikatakan lebih merbahaya daripada rokok biasa. Ada laporan mengatakan siapa menghabiskan benda ni selama 45 minit (1 balang), akan dapat 1.6 lebih nikotin berbanding rokok biasa.


9. Mengikut undang-undang Jordan, merokok di tempat awam adalah dilarang sama sekali termasuklah di kawasan pusat kesihatan, hospital, sekolah dan sekitarnya, panggung wayang dan teater, pusat kebudayaan dan muzium, bangunan kerajaan dan bukan kerajaan, perpustakaan awam atau perpustakaan sekolah, sistem pengangkutan awam, tempat rekreasi tertutup, lapangan terbang, restoren dan kawasan lain yang ditentukan oleh Kementerian Kesihatan Jordan.


10. Mengikut undang-undang juga, sesiapa ditangkap merokok di tempat yang dilarang akan dikenakan hukuman penjera 1 minggu hingga maxima 1 bulan atau denda $20-$40 (JD14.20 - JD28.35).


Sumber:

Secondhand Smoking in Jordan: Clearing the Air for One of the Highest Tobacco Prevalence Countries in the Middle East
Linda G. Haddad1, Sukaina Al-Zyoud2, Nesrin Abu Baker3, Huda Gharaibeh3, Omar El Shahawy4,5
and Raed Alramadhani1
1Virginia Commonwealth University School of Nursing, VA, USA. 2Hashemite University, Zarqa, Jordan. 3Jordan University of Science and Technology, Irbid, Jordan. 4Institute for Drugs and Alcohol Studies, Virginia Commonwealth University, VA, USA. 5General Medical Management, Ain Shams University, Cairo, Egypt


++++++++++++++++++

Komen penulis:

1. Despite semua fakta ni, masalah rokok di Jordan memang sukar utk diselesaikan. Ini apa yg telah dibuat dalam kajian di atas. Pandangan saya, sikap! Sikap tak peduli, sikap nak merokok, sikap tak kisah

2. Di Jordan, anda akan mendapati sesiapa sahaja boleh merokok. Daripada pemandu bas, penumpang yg tak berhati perut, makcik tua (tak penah nmpk lg - tp kwn2 yg sebut), budak2 remaja, budak2 universiti (dalam Uni terang2 merokok takde hal lah sini), dalam taxi..dan..senang kata mana2 sahaja anda pergi..serabut betul dgn perokok2 ni..

3. Bila tegur pemandu taxi supaya tak merokok..jawapannya عادي (biasa la). Dia jawab biasa je kat Jordan ni..smua merokok..

4. Saya bertanya beberapa orang..dan sedang bertanya lagi kenapa orang arab suka merokok. Antara jawapan yg diperoleh:
  • Tekanan hidup makin tinggi sebab harga barang & kos hidup semakin tinggi
  • Entah
  • Orang arab suka..
Belum ckup memuaskan lagi sbnrnya jawapan2 ni. Maybe nk kne cari perokok juga utk bertanya.


5. Masih segar dalam ingatan sebuah peristiwa semasa saya kecil, ketika kami sekeluarga sedang menaiki teksi di Jordan. Dalam teksi tersebut terpampang tulisan ممنوع التدخين (dilarang merokok).







Tapi yg peliknya drivernya merokok. Kemudian saya bertanya pada ayah saya "Abati, kenapa dalam teksi ni ada tanda jangan merokok tapi pakcik ni merokok??". Kemudian Abati pun tanya la driver tu..anda tahu apa jawapannya??


"Larangan ni HANYA utk penumpang..."

6. Saya kasihan dengan ummat islam di negara ini sekiranya ramai mati akibat rokok. Nampaknya agenda musuh islam yg menghasilkan rokok utk membunuh umat islam melaluinya sedang menampakkan hasilnya. Ni belum cerita pasal Pepsi kat negara Arab plak.


p/s: Sekiranya anda yg membaca ini adalah perokok, dinasihatkan anda berhenti dengan usaha yg gigih melalui apa kaedah yg dibolehkan. Hendak 1000 daya, taknak memang akan bagi 1000 alasan dan dalih. Dalam fatwa Syeikh Yusuf Qardhawi, beliau mengatakan menghisap rokok adalah haram. Kat Malaysia, Majlis Fatwa Kebangsaan dah haramkan sejak 1995.

Selasa, Mac 22, 2011

Sejarah jadi blogger & kenapa "I k u t S u k a A k u?"

Salam,


Pernah terfikir nak tulis perkara ini setelah dekat nak hampir 6 tahun menjadi blogger (on-off). So here goes.


Saya telah memulakan entry pertama blog saya seingatnya pada bulan Jun 2005 di perpustakaan UTP (sape tak tengok lg gambarnya boleh scroll & baca entry University of Jordan). Dua manusia yg telah agak memberikan dorongan kepada saya memulakan blogging ini iaitu Mus'ab Sahrim & Filzah Hanis (kedua2nya adalah ex-schoolmate Al-Amin/MRSM & ex-coursemate di UTP). Mereka ini merupakan blogger yg seingat saya boleh tahan juga tegarnya kerana telah bermula sekian lama.


Pada ketika itu saya telah menggunakan Blogdrive sebagai blog host dengan menggunakan URL: http://alasr.blogdrive.com/ (tak perlu buka sebab dah takde bende langsung dah dalam tu). Saya telah memilih Al-Asr (Waktu) kerana ketika itu yg terkeluar dalam kepala adalah mengenai kepentingan masa dan bagaimana masa ini penting dalam kehidupan. Penulisan pada ketika itu lebih kepada berbentuk diari hidup sebab dah meninggalkan alam menulis diari sekian lama.


Kemudian pada Mac 2006 saya telah mula membuka sebuah lagi blog (secondary blog) sebagai medium utk menulis perkara-perkara yg lebih luas dan lantang. Blog yg pertama telah dikekalkan (kemudian telah dipindahkan daripada Blogdrive ke Wordpress & telah dikunci accessnya ^_^ ). Secondary blog inilah apa yang sedang anda baca sekarang.


Ketika nak memilih URL address blog baru ini, memang tak tahu nak letak apalah. Jadi bubuh je I.K.U.T S.U.K.A A.K.U. Antara faktor letak nama ni sebab suatu ketika dahulu penulisan agak keras dan bersifat agresif sikit. Jadi memang berniat nak tulis keras2 mcm tu. Sekiranya ada yg mempersoal kenapa menulis begitu, nanti nak bagi jawapan I.K.U.T S.U.K.A A.K.U sebab dah blog aku kan. Cuma masa tu tak tahu pulak ada yg mempersenda ISA (Internal Security Act milik Malaysia) sebagai I.K.U.T S.U.K.A A.K.U juga. Dah lama2 baru perasan. Tapi sebab tak terfikir nak menukar URL..jadi biar sahajalah.





Semasa kali terakhir menukar tempelate blog ini, maka saya telah design banner blog dengan tulisan I.K.U.T S.U.K.A A.K.U tetapi dipotong AKU dan diganti dengan AO. Initial nama saya.


Ada sebuah blog politik menggunakan tajuk blog yg lebih kurang sama. Mungkin sekiranya anda mencari di Google anda akan mendapatnya. Kalau tak jumpa, saya bagi terus di sini: http://www.ikutsukaakuisa.co.cc/. Ada juga sorang ni guna heading yg sama: http://zaime72.blogspot.com/. Tapi semuanya tidak berkaitan dengan saya.


Kadang2 bila ada kawan baru bertanya sama ada saya ada blog atau tidak, saya jawab "Ada. www.ikutsukaaku.blogspot.com". Adakalanya mereka akan hairan dan seperti susah nak percaya. Kadang2 ada yg akan bertanya kembali "betul ke ni? ikutsukaaku?".


Mungkin sekiranya diputar kembali masa, saya akan bubuh nama yg lain kot. Tapi rasanya dah lama sangat gunakan URL ini. Rasa takde keperluan nak tukar.


Sekian sahaja.


Disertakan link 1st entry blog ini: http://ikutsukaaku.blogspot.com/2006/03/cuba-membina_114292229203116142.html


Wassalam


p/s1: saya bukan blogger yg tegar & terlalu obses sgt dgn blogging ni


p/s2: tengah berusaha nak menulis suatu yg beneficial..hope can gather some info..

Sabtu, Mac 12, 2011

Bumi Urdun (5): Sana sini di Amman


Bismillah,

Assalamualaikum. Apa khabar rakan2 sekalian? Moga kalian sihat2 sahaja. Berikut dikongsikan lagi beberapa gambar di sekitar Amman dan beberapa acara yg telah berlangsung beberapa minggu/1 bulan yg lepas.


Pemandangan Pasar Jumaat di 'Abdali. Barang2 bundle dijual di sini. Mcm2 ada. Kasut, baju, jaket, seluar, dan entah apa lagi. Barang keperluan rumah pun ada..

Lagi pemandangan pasar Jumaat. Pasar ni dibuka setiap hari Jumaat sebagai tempat shopping yg murah. Sepanjang ddk Jordan, baru pegi tempat ini sekali.


Di kawasan Abdali juga terdapat kedai2 buku yg menjual pelbagai kitab. Tapi tidaklah semurah dan sebanyak di Pusat Bandar. Saya pun tak turun lagi pusat bandar (wastul balad) sejak sebulan ddk sini. Masa dan keadaan tak dpt disesuaikan utk ke sana. Tapi tangkap gambar kedai2 di Abdali pun dah okey..

Buku2 di Jordan..murah. Rasanya kat Malaysia je antara yg mahal. Tak tahulah apehal. Saya tidak membeli banyak buku lg buat masa ini memandangkan sekiranya beli banyak buku, confirm nak kena bawa balik dengan shipping sebab beg dah tak boleh tampung berat. Sebelum nak sampai Jordan pun ada bawa 2 buku tetapi terpaksa ditinggalkan di Malaysia kerana melebihi had berat yang dibenarkan.

Ini adalah ex-masjid negara jordan. Nama masjid ini adalah Masjid Raja Abdullah 1. Ia terletak dalam kawasan 'Abdali juga. Ia telah dibina pada tahun 1982 dan siap sepenuhnya pada tahun 1986. Boleh memuatkan 3000 orang jemaah.


Mustashfa Islami (Hospital Islam) Amman yg suatu ketika dahulu kami biasa ke sini dan tempat kelahiran adik lelaki saya bernama Ahmad Yasin (sempena nama As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin yg dipenjara oleh Israel ketika kami di Jordan & doc yg membantu namanya Yasin juga)


Masa pegi ni haritu tak tahu nk cari siapa, jadi tangkap gambar daripada luar sahaja. Mungkin next time akan mencari doktor yang suatu masa dahulu pernah dikenali oleh Abati.

Ini adalah Masjid Negara baru Jordan sejak dirasmikan pada 11 April 2006. Namanya: Masjid Raja Hussein bin Talal (takdela baru pun..mungkin baru bg yg dah tinggalkan jordan lama). Ianya terletak di kawasan Dabouq. Boleh tgk gambar2 lain yg ditangkap oleh org lain di SINI. Memang cantik. Ia telah dibina mengikut seni bina zaman Khilafah Umayyah.

Masjid ni boleh memuatkan sebanyak 5500 manusia dalam 1 masa. 2500 dalam ruang berbumbung dan 2500 di ruang luar masjid. Bahan binaan dan perabot dalam masjid ini adalah daripada Jordan kecuali karpet & chandelier daripada Turki.

Masjid ni terletak dalam ruang Al Hussein Public Parks. Taman ni antara yang akan menjadi mercu tanda Amman la kot sebab ia akan memuatkan Desa Kebudayaan yang akan menjual kraftangan Jordan. Pusat Sukan yg memuatkan ruang futsal, bola keranjang, tenis dan bola tampar. Juga ada bangunan bersejarah, ruang laluan masa sejarah (mural yang dibina 448 meter menceritakan sejarah Jordan). Dengar kata ada Ampitheatre, Musium Kereta Antik & Museum Kanak2. Entah tak tahu. Tapi ruangan paling besar adalah Taman Berhias dengan keluasan 70 ekar.

Belum pernah masuk pun tempat2 ni di waktu siang. Jadi tiada gambar dapat diambil. Gambar di atas tu ambil sebab kebetulan singgah solat maghrib jap kat masjid ni semasa nak ke Sweifeh.

Masjid ni tidak sama dengan Masjid Al Husseini (nama nk dkat2 sama) yang dibina oleh Raja Abdullah 1 pada tahun 1924


Ini pemandangan Sweileh. Nk tangkap bas kecik tu je sebenarnya. Itu adalah transport yang digunakan oleh pelajar di sini utk ke universiti daripada rumah. Sekali naik nak ke Uni, dalam 30 qurusy (RM1.30). Pegi balik dah 60 qurusy (RM2.60). Bas juga digunakan utk ke tempat2 lain di Amman bahkan boleh keluar daripada Amman juga.

Ini adalah mercu tanda di Sweileh utk pelajar2 Malaysia yg bujang2 ni berhenti & mengambil bas. Namanya adalah جسر مشاة (bc: Jisr Musyah)

Ini pula adalah jalan menuju ke rumah pelajar2 lelaki bujang di Sweileh Syar*qiy. Kelihatan yg berjalan sambil memegang beg di dalam gambar adalah Al-Fadhil Ustaz Wan Abd Baith atau lebih pendeknya roomate di Amman ni. (promo sket blog dia)

Ni pula adalah strawberry di Jordan. Atau dalam bhs arabnya: فراولة (baca Farawlah) Amacam? Merah daripada Cameron tak? Cepat jugak tengok strawberry ni habis di kedai. Dalam 2-3 hari, dalam 40 kotak tu rasanya dah habis dah. Cepatla juga berbanding buah lain. Mungkin sbb buah lain banyak sgt kot. Tak nampak significant habis cpt. 1 pinggan ni dalam 1 JD (RM4.30)

BEBERAPA EVENT DI AMMAN:

Pada 15hb Feb yang lepas, pelajar2 Malaysia telah dijemput utk bersama memeriahkan sebuah majlis sambutan maulid anjuran جمعية صفد الخيريه الختام. Ni antara orang2 Amman yg mai.

Pelajar Malaysia juga dijemput utk membuat persembahan nasyid. Memandangkan pelajar2 Amman suaranya semua terlampau sedap, maka kami mengambil keputusan utk bagi ruang pada pelajar Irbid sahaja bernasyid (padahal xde yg nk bnasyid). Sememangnya pelajar2 drpd Irbid telah memberikan persembahan yg lebih 'kontemporari' & 'suara yg lebih harmony' berbanding persembahan nsyid pak arab. Tapi takpala. Skurang2nya kita dijemput utk memperkenalkan nasyid malaysia ni mcm mana. Selepas nasyid, ada tazkirah & cabutan bertuah. Lepastu balekk...

Suasana semasa akh Shahrul, ukht Marwah Saari, Abu Urwah & makcik Aliza nk pulang ke Malaysia pada 26 Feb lepas. Semua telah berkumpul kecuali pelajar2 bujang (hanya beberapa org shj termasuk diri ini) di Amman ni pasal depa pergi PERTAMA (mesyuarat agung persatuan pelajar malaysia jordan)
Lagi gambar masa nak balik. Abu Urwah & makcik Aliza ke umrah & pulang bersama keluarga Akh Shahrul.

Ni adalah gambar Hanin. Anak sulung akh Shahrul & ukht Marwah. Pegang credit card nak beli mainan mungkin..(susah nk tngkp gmbr dia n..aktif sgt)

Pada..hari ape tak ingat pulak. Sebuah reunion telah diadakan bersama dgn 'Ammu Khalid (kanan) & 'Ammu Miqdad (kiri). 2 jejaka di belakang pula adalah Mus'ab (kiri) & Taufiq (kanan). Ayah Mus'ab & Taufiq ni brasal drpd Palestine yg telah berpindah ke Jordan. Mak mereka adalah orang Malaysia (ye..mereka adik beradik)

Ammu Khalid pula merupakan cikgu Quraan saya satu ketika dahulu. Ingat lagi dia ajar surah Al-Fiil di Masjid Al-Lawzi, Jubeiha. Kami pun dulu biasa jalan sama2. Ammu Khalid pn biasa datang rumah memasak, tolong sini sana. Ect. Ni cth gambar masa muda2 dulu:


Muna & Maryam kata Ammu Khalid dh lain..yelah mmgla dah lain. Kita pn dah lain.


Sekian sahaja catatan utk kali ini. T.kasih kerana setia membaca. Semoga kita semua sentiasa dilindungi Allah, diikhlaskan niat dan amalan kita dalam setiap tindak tanduk. Ameen Ya Rabb~

Wassalam

Sabtu, Februari 26, 2011

Bumi Urdun (4): الجامعة الأردنية


Bergambar depan Bab Syimali University of Jordan (UJ) semasa hari pertama sampai


Bismillah.

InsyaAllah entry kali ini nak cerita pasal University of Jordan (UJ), tempat saya sedang menuntut sekarang. Buat masa ini, ranking universiti2 di Jordan adalah seperti berikut:
  1. University of Jordan, Amman (ada pelajar Malaysia)
  2. Yarmouk University, Irbid (ada pelajar Malaysia)
  3. Jordan University of Science and Technology (JUST), Irbid (ada pelajar Malaysia)
  4. University of Petra, Amman
  5. The Hashemite University, Zarqa
  6. Al-Balqa Applied University, Al-Salt and other locations
  7. Philadelphia University, Amman
  8. Al al-Bayt University, Mafraq (ada pelajar Malaysia)
  9. Mutah university, Al Karak (ada pelajar Malaysia)
  10. Applied Science University, Amman
UJ disebut sebagai universiti terbesar & tertua di Jordan (ditubuhkan pada 1962, sama tahun dengan zaman University Malaya mula beroperasi sebagai universiti di Malaysia setelah dipisahkan menjadi 2 - Malaysia/Singapura). Jadi boleh dikatakan UJ ni macam UM di Malaysia la.

Peta & bentuk University of Jordan.


Universiti ini juga menjadi tempat menuntut ayah saya dahulu semasa beliau mengambil B.A Syariah di sini. Jadi sebenarnya saya dah pernah masuk universiti ini semasa kecil..cuma memang tak ingat sangatlah detailsnya.

Entrance uni. Kawasan ini dinamakan باب رئيسي (Pintu Utama).

Di atas ni gambar lama rasanya. Ambil daripada internet sebab tak sempat nak amek gambar main gate ini lagi. Kalau anda tengok gambar di atas betul2, selepas masuk gate, anda akan temui bangunan sprt warna coklat gelap di sebelah kanan. Itu adalah perpustakaan universiti. Ada gambarnya di bawah. Kemudian bila anda terus ke hujung jalan, ada sprt tiang. Itu adalah mercu tanda tengah Uni yg meletakkan jam. Gambarnya juga ada di bawah.

Bezanya UJ ni, nak masuk ke dalam memang boleh tahan susah kalau anda bukan pelajar. Bukanla takleh masuk langsung, tapi ada guard jaga pintunya la. Sekarang kena guna pas electronic. Kiranya pada kad metrik pelajar tu adalah access utk pelajar masuk kampus di gate. Kalau takde kad metrik tu, ade je pakcik2 guard akan bukakkan pintu, tapi mungkin dia akan tanya banyak sket. Kalau pelajar baru okey je. Mungkin tengok mood pak arab tu kot.

Well..at least bermanfaat jugakla metric card tu...drpd UTP yg hanya berfungsi utk pinjam buku di library sahaja rasanya. Tapi di UJ (tak tahulah di Uni2 lain kat Jordan ni mcm mana), mempamerkan kad metrik itu adalah suatu kepelikkan. Memang takde sorang pelajar langsung mempamerkan kad metrik mereka. Semua simpan dalam wallet/purse sahaja. Guna utk access masuk keluar je kot. Kat UTP ni kang siap kene saman tak pakai kad metrik. Haih~


Ini close up sikit di kawasan pintu. Cuma ini pintu2 sisi yg tak digunakan sangat kecuali bila dah sesak atau maybe event2 lain yg tak tidak tahu lagi (maklumlah baru masuk Uni sebulan).

Biasanya kawasan ni ramai manusia. Tak tahulah bila pula pengambil gambar ni ambil gambar hanya ada 2 manusia sahaja dalam gambar. Mungkin waktu cuti kot.

Ini adalah مكتبة الجامعة (Perpustakaan Universiti).

Masa hari kedua di kelas, ada lawatan ke seluruh kawasan universiti. Staf universiti mendakwa ini adalah perpustakaan yg terbesar..tapi tak ingat terbesar di mana. Mungkin terbesar di Amman kot. Buat masa ini, di JUST sedang dalam proses pembinaan perpustakaan terbesar di Timur Tengah.

Personally, I'd say perpustakaan ini tidak 'pelajar friendly'. Ni komen ikhlas jela. UTP pnya library is way better. Ada one american ni kata library UJ ni macam semata-mata tempat bubuh buku je kot..tempat nak belajar mcm tak banyak. Entahlah. Saya pun tak explore seluruh bangunan perpustakaan ini. Mungkin saya perlu melakukannya.

Perpustakaan UTP..setuju tak cantik? =D Ceh..promo pula..


Tapi stakat ni jumpa pelajar2 Malaysia di tempat yg sama je. Takde pula mereka ajak saya ke tempat2 lain.

Tapi takpela. Sekurang2nya ada perpustakaan kan.

مصلى perpustakaan di UJ.

Biasanya ini lah tempat pelajar2 solat sekiranya tidak berupaya ke masjid disebabkan masjid tu jauh. Tapi antara perpustakaan UTP dengan masjid UTP, rasanya lebih jauh daripada perpustakaan UJ ke masjidnya. Disamping itu musolla boleh dijadikan tempat yg sesuai utk berjumpa dengan pelajar2 lain yg mementingkan solat..

Ini pula gambar tiang jam yg telah saya sebut di atas.

Kebetulan semasa saya menangkap gambar ini, sedang ada perhimpunan menyatakan sokongan terhadap rakyat Libya.

Ini pemandangan lebih dekat. Perhatikan ada orang sedang memberikan ucapan menggunakan heller.

Ni kalau di UJ ni biasa je depa buat perhimpunan di kawasan sini..dan kawasan2 lain dalam universiti. Semasa mereka berhimpun ni, saya dengar daripada kelas mereka melaungkan Allahu Akbar..boleh tahan juga kuatnya sampai saya boleh dengar dalam kelas yg ditutup rapat oleh cermin & jauhnya mungkin dalam 300 meter. Di Malaysia, mungkin boleh buat, tapi jangan harap lama2 sangat..nnt pak gad mesti halau pnye.

Inilah masjid jami'ah. Saya ada tunjuk sebelum ini. Masjidnya tidak berubah sprt dahulu dari segi warnanya.


Inilah bangunan Markaz Lughah UJ.

Setiap pagi Ahad sehingga Khamis, saya akan ke bangunan ini jam 9pagi untuk belajar bahasa arab. Bangunan ini menempatkan pelajar2 yang ingin belajar bahasa arab daripada luar negara. Juga membuka kelas-kelas bahasa asing utk pelajar2 UJ yang ingin belajar bahasa asing seperti bahasa inggeris, sepanyol, perancis dll. Jadi macam2 jenis manusia dari pelbagai negara akan ada di bangunan ini.

Close up sikit. Ini main entrance Markaz Lughah. Apa yg tertulis di atas itu adalah International Institute for Teaching Arabic to Speakers of Other Languages (II-TASOL)

Anda boleh lihat dengan sendiri betapa kepelbagaian jenis manusia yg menuntut di sini utk belajar bahasa arab. Ada daripada UK, America, Poland, Italy, Puerto Rico, Korea, Turkey, Bulgaria, China, Taiwan, Chechnya, Thailand, Canada, South Africa, Germany, Rusia, Spain & tak lupa Malaysia. Yang asli berketurunan Malaysia di sini hanyalah saya seorang. Ada 2 lagi pelajar yang lahir Malaysia tetapi ayah mereka orang Jordan. Jadi kalau nak kira2, ada la 3 orang yg boleh bercakap melayu di pusat ini. Selebihnya perlu bertutur sama ada dalam bahasa arab atau bahasa inggeris.

Pintu utama ini dijadikan tempat bersosial (bersembang2, bertemu dengan kawan) serta tempat melepak isap rokok & minum kopi semasa rehat. Penat gak nak lalu kawasan ini semasa waktu rehat disebabkan asap rokok sana sini. Tak kira lelaki atau perempuan, merokok 2x5 sahaja.

Pelik di UJ ni, atau di universiti di jordan ini, pelajar boleh merokok sesuka hati. Perempuan ke..lelaki ke..rokok jela kau suka hati. Putung2 rokok itu boleh dibuang sesuka hati sahaja di mana2 jua sehingga baru2 ini ada tong sampah plastik terbakar sehingga mencair (tong plastik) berkemungkinan ada yg membuang putung rokok.

Tak tahulah undang2 pasal merokok ni mcm mana kat universiti di sini.

Inilah bilik kuliah di Markaz Lughah di UJ.

Macam2 budaya manusia ada. Kebanyakkanya bukan muslim. Macam2 latar belakang ada. Kalau di Markaz Lughah di UJ ni, tahun ini ada 8 mustawa (peringkat) kelas (mengikut penguasaan seseorang dalam bahasa arab). Ini adalah bilik kuliah Mustawa 7 (peringkat 7). Ramai dikalangan mereka boleh bercakap arab. Dalam kelas ini ada daripada China, America, England, Bulgaria, Turkey, Korea & Italy. Mereka ini ada yg dah belajar bahasa arab di universiti mereka, ada yang belajar subjek yg memerlukan bahasa arab utk mereka maju ke hadapan. Ada yg nak belajar fushah, ada yang lain2 sebab masing2.

Ada yg kata suasana di sini sosial tinggi. Ada yg mungkin tidak berminat dengan suasana begini dsb. Terpulang pada masing-masing. Ayah saya pesan, gunakan peluang ini utk mengenali lebih ramai manusia dari pelbagai latar belakang, agama, budaya, ect. Gunakan peluang juga utk menunjukkan bagaimana sikap seorang yg bergama Islam. InsyaAllah saya akan ingat pesanan ini.

Bagi saya, ini adalah suasana biasa di universiti, termasuk di Malaysia pun sekiranya universiti yg kita pergi itu adalah universiti yang membuka peluang utk pelajar2 luar negara datang belajar dalamnya seperti UTP. Jadi saya tidaklah terlampau culture shock dengan keadaan ini. Mereka datang ke sini utk belajar bahasa arab. Saya datang ke sini juga utk belajar bahasa arab. Batas2 yg ditentukan syara' perlu dijaga. Prinsip diri berpaksikan islam perlu dipegang dengan kuat. Jadi saya merasakan tiada isunya utk dibincang panjang lebar mengenai perkara ini.


Kelas إستماع (mendengar).

Dalam seminggu, ada 1 slot utk mendengar. Setakat ni dah 2 kali slot mendengar. Dua2 slot ini diisi dengan mendengar syair arab. Hem. Mustawa lebih daripada 6 ni biasanya melibatkan sastera dah. Seperti dalam kelas saya, kami membincangkan tentang novel & syair. Juga perbincangan2 mengenai pelbagai topik seperti kebebasan, jenayah, dadah, ect yg memerlukan kepala utk berfikr & bergerak cepat.


Ini pula adalah مطعم (tempat makan)

Biasanya makan di sini di waktu2 tengah hari. Ada serve nasi, manisan, sayuran, roti. Memang sangat murah berbanding di luar universiti. Ini satu kelebihan bila jadi pelajar/staff dalam kampus. Disamping tempat makan ini, ada sebuah lagi tempat makan yg menjual roti2, syawarma, skalop, dll entah apa lagi. Saya jarang ke sana. Tak kenyang rasanya makan tengah hari dengan roti2 sahaja.

Sekian sahaja perkongsian tentang universiti kali ini. Ada lagi beberapa gambar lokasi lain dalam universiti ini yang ingin saya masukkan cuma tak sempat nak tangkap gambar sahaja. InsyaAllah akan berusaha lain kali.

Secara umumnya:

Belajar di UJ seronok. Ada pro-contranya mcm biasa. Tapi overall, alhamdulillah. Nk tulis panjang2 kang membosankan pula.

Jadi berhenti di sini dahulu.

Sekian.

T.kasih

Sabtu, Februari 12, 2011

Bumi Urdun (3): صيني أو كوري أو ياباني


Bismillah,

Alhamdulillah. T.kasih kpd pengunjung2 yg setia membaca. Saya pun dah lama tak buat kerja2 blog-hopping sprt dahulu kala. Mungkin akan memulakannya satu masa nanti.

Kali ni nak kongsikan 1 fenomena yg pada kebiasannya orang Malaysia pasti temui di negara timur tengah terutama di Jordan. Tempat lain tak pasti. Mungkin ada yg boleh kongsikan.

Disebabkan Malaysia adalah antara sebuah negara kecil di benua Asia, maka orang2 arab ni disebabkan kelemahan ilmu geografi mereka dengan mudahnya akan memukul rata orang Malaysia sebagai صيني أو كوري أو ياباني . Dalam bhs ibunda kita, mereka akan kata kita, sama ada ORANG CINA, atau ORANG KOREA atau ORANG JEPUN.

Tak pasti mengapa. Tapi antara kebarangkalian yg boleh saya fikirkan:

1. Negara tersebut antara negara maju di Asia & besar pengaruhnya, jadi kalau nampak muka lebih kurang Asia (yg tak hitam), maka mudahnya kaitkan dengan cina, jepun atau korea jelah

2. Suka tengok bola. Jadi negara-negara Cina, Korea & Jepun antara yg terkehadapan dalam bola sepak kat asia ni. Tambah pulak Jordan pernah tewas dengan pasukan Korea rasanya dalam Asia Cup baru-baru ini.

3. Tak tahu negara Malaysia di mana & sesungguhnya Malaysia ada berbilang bangsa.

4. Main terjah je..pasal tak kisahlah korang bangsa apa..aku Arab~

INSIDEN 1:
Tersebutlah 1 kisah di sebuah mall di Amman yg bernama Mecca Mall. Jam di dinding waktu itu menghampiri jam 5ptg. Dalam 15-20 minit lagi akan masuk waktu maghrib.

Saya & beberapa rakan masuk ke tandas berhampiran dengan musolla di dalam mall tersebut. Baru sahaja masuk, tibalah dalam 4-5 orang pemuda arab masuk sekali di ruang basuh tangan tandas tersebut.

Kemudian salah sorang pemuda daripada berkata "haza kullu seeniy..kulluhum seeniy" (diaorg ni smua daripada cina..semuanya cina)

Lepastu saya memandang kembali si pemuda yg bercakap itu & membalas "la..nahnu musy min seeniy" (tak..kami bukan daripada cina).

Dah saya jawab camtu, mereka pun bising2..salah sorg mereka berkata "behkey arabiy" (diaorg bleh ckp arab)

Disebabkan si pemuda itu mungkin nak cover malu..maka dia dengan spontannya menyebut "good morning"~

Saya lantas membalas "eysh good morning? 'al 'aan musy sabaah" (ape bendenye good morning? sekarang bukan pagi) <--lagi 10 minit nak maghrib..ape pulak good morningnya..

Dah habis tu saya pun beredar lah utk ke musolla.

INSIDEN 2:
Ada 2 tempat saya pergi, mereka membuat gaya seperti karate atau kungfu. Mungkin cara mudah nak mengatakan mereka arif benar tentang cina atau jepun atau korea..atau apa sahaja yg berkaitan dengan karate & kungfu itu.

Tempat pertama: Balai polis. Salah seorang anggota polis tak habis2 buat gaya & bunyi sprt karate. Dan bertanya pada saya adakah saya pandai berkarate. Saya jawab saya tak reti kemudian saya bertanya "anta te'rif?" (awak tau ka?). Pastu dia jawab la dah ada Dan 3 la ape tah lagi..

Tempat ke-2: Kedai Buah. Semasa saya memasuki kedai buah, dengan tidak semena-menanya tuan kedai membuat gaya nak berkungfu dengan bunyinya sekali. Saya pun terus menjawab "la..ana musy min seen..ana min malizia" (tak...saya bukan daripada cina, saya daripada malaysia).

Takpelah. Cukupla cerita2 ni.

Mungkin mereka cenderung utk mengatakan saya orang cina..memang saya orang cina. Tambah pula rambut saya sprt org cina & tak sprt kawan2 Melayu kebanyakkan. Saya separuh cina separuh melayu. Tapi negara asal saya bukan daripada negara China. Saya hanya inginkan mereka tahu bahawa saya rakyat MALAYSIA. Itu sahaja. Mungkin saya akan ajar mereka subjek geografi bila saya berlatih mengingati kosa kata geografi dalam bhs arab.

Kadang2 bila kanak2, orang tua, orang muda atau sesiapa sahaja (kecuali wanita2) memandang saya melebihi kadar normal, saya akan memberi salam sahaja kepada mereka & bertanya "keif halak?" (ape kaba).

Saya rasa kalau orang arab nampak rakyat malaysia yg india, mereka mesti kata mereka daripada negara India..bukan dari Malaysia..

Sekian sahaja


Wassalam

Jumaat, Februari 11, 2011

Bumi Urdun (2): Makanan, Kedai & Kereta

Bismillah,

Apa khabar hari ini? Agak lama tak update blog pula. Alhamdulillah dpt peluang pd kali ini. Bukan ape tak update blog ni, ada masalah teknikal dgn browser yg menyebabkan rasa malas nak update..kalau sesapa tahulah..Google Chrome ni tak friendly user utk pengguna2 blogspot.

Abaikan. Panjang pulak bebel.

Utk posting2 akan datang ni, insyaAllah lebih kepada perkongsian gambar jelah. Bukan bentuk diary2 catatan harian pulak..jadi tak perlulah expect ada penulisan setiap hari daripada hari saya sampai di Urdun sehingga ke hari ini.


Inilah yang dinamakan Falafel. Ia dibuat daripada Chickpeas atau Kacang Kuda. Beli ni ikut brp banyak kot. Rasanya yg terhidang di atas adalah Nus Dinar (50 qurusy) atau convert dalam Malaysia sebanyak: RM2.15 (kos hidup di Jordan mcmnilah mahalnya). Utk maklumat lanjut boleh ke: http://en.wikipedia.org/wiki/Falafel


Ni pula pembuat falafel di sebuah kedai di Sweileh. ^__^ Say Falafel~


Ni beberapa makanan sarapan yg dimakan di sini. Falafel, korang dh tahu. Lepas di bawah belah kiri adalah Hummus. Dan roti besar yg mcm ada serbuk2 kat atas itu adalah roti yg telah dibakar bersama Zeitou (minyak zaitun) Za'tar. Di atasnya adalah roti kosong. Of course org arab ni kalau makan takleh tinggal syai (teh) atau qahwah (kopi). Jadi kami pilih teh jela pasal senang & sedap diminum.


Sambil sarapan sambil layan Al-Jazeera..tengok berita mesir.


Berhampiran dengan appartment yg diduduki di Sweileh ni, ada beberapa kedai buah & sayuran. Dalam posting lepas rasanya dah masukkan beberapa gambar buah2an & sayuran. Ni antara kedainya. Berhadapa dengan kedai ini adalah sebuah masjid. Selepas solat sahaja, penjual2 di kedai ni akan menjerit2 ajak orang beli barangannya. Mcm kat pasar malam kita gakla. Hehe. Tak kiralah malam atau siang...kecuali subuh.

Di sebelah kedai buah2an & sayuran depan masjid di Sweileh ni, ada kedai jual 'dajjaj mashwiy' atau ayam panggang. Antara makanan yg digemari juga masa kecik.


Inilah gambar masjidnya. Iaitu Masjid Abd Rahman bin 'Auf. Tapi maqamnya bukan di sini. Di tempat yg telah ditunjukkan dlm posting lepas. Masjid ni ada tercatat dalam Travelog Ust Hasrizal mengenai Jordan dalam Rindu Bau Pohon Tin.

Ni antara sayuran yg dijual di sini. Besar2 kan kobisnya? Org arab panggil ملفوف. Kadang2 diaorg guna daun kobis ganti daun anggur utk buat Mehsyi (tah ape nama betulnya). Ni contoh kalau nk tengoklah: http://www.nhn123.com/vb/showthread.php?t=1553


Ni antara duit syiling 5 qurusy & 10 qurusy. Boleh nampak angka ٥ dan ١٠

Ini adalah Safeway di Amman. Zaman dulu, hanya ada 1 supermarket ni je rasanya. Safeway ni dah berdiri di Amman sejak 1987 (sebaya pulak). Skrg dh ada mcm2 mall dah. City Mall, Mecca Mall, Abdoun Mall, Amman Mall dll. Masih ingat lagi dulu Safeway ni pernah alami kebakaran sebahagian daripada kedainya. Tak tahulah detail. Mungkin ada 'ammu2 atau khalah2 yg tau details.

Ni suasana jalan raya Amman. Boleh nilai sendiri la kot mcm mana. Tapi so far boleh drive lg di negara ini =D


Ini pulak sebuah kedai menjual shawarma. Kat malaysia biasa sebut kebab. Sebabnya Shawarma ni salah 1 keluarga daripada kebablah. Shawarma ni adalah daripada perkataan turki berbunyi çevirme, bermakna 'berputar'.

Ini adalah contoh bagaimana pemanduan di sebelah kiri. Alhamdulillah ini kereta pertama yg telah dipandu di sebelah kiri di Amman. Rasanya bagus juga kalau dpt memandu. 1 dpt experience, 2 takdelah nnt balik malaysia empat bulan tak memandu rasa kekok pula. Tapi tak tahulah kekok atau tidak bila nak kembali ke sebelah kanan. Di atas adalah kereta vios. Kami telah sewa utk trip ke Aqabah.

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP