Bumi Urdun (2): Makanan, Kedai & Kereta
Bismillah,
Apa khabar hari ini? Agak lama tak update blog pula. Alhamdulillah dpt peluang pd kali ini. Bukan ape tak update blog ni, ada masalah teknikal dgn browser yg menyebabkan rasa malas nak update..kalau sesapa tahulah..Google Chrome ni tak friendly user utk pengguna2 blogspot.
Abaikan. Panjang pulak bebel.
Utk posting2 akan datang ni, insyaAllah lebih kepada perkongsian gambar jelah. Bukan bentuk diary2 catatan harian pulak..jadi tak perlulah expect ada penulisan setiap hari daripada hari saya sampai di Urdun sehingga ke hari ini.
Inilah yang dinamakan Falafel. Ia dibuat daripada Chickpeas atau Kacang Kuda. Beli ni ikut brp banyak kot. Rasanya yg terhidang di atas adalah Nus Dinar (50 qurusy) atau convert dalam Malaysia sebanyak: RM2.15 (kos hidup di Jordan mcmnilah mahalnya). Utk maklumat lanjut boleh ke: http://en.wikipedia.org/wiki/Falafel
Ni pula pembuat falafel di sebuah kedai di Sweileh. ^__^ Say Falafel~
Ni beberapa makanan sarapan yg dimakan di sini. Falafel, korang dh tahu. Lepas di bawah belah kiri adalah Hummus. Dan roti besar yg mcm ada serbuk2 kat atas itu adalah roti yg telah dibakar bersama Zeitou (minyak zaitun) Za'tar. Di atasnya adalah roti kosong. Of course org arab ni kalau makan takleh tinggal syai (teh) atau qahwah (kopi). Jadi kami pilih teh jela pasal senang & sedap diminum.
Berhampiran dengan appartment yg diduduki di Sweileh ni, ada beberapa kedai buah & sayuran. Dalam posting lepas rasanya dah masukkan beberapa gambar buah2an & sayuran. Ni antara kedainya. Berhadapa dengan kedai ini adalah sebuah masjid. Selepas solat sahaja, penjual2 di kedai ni akan menjerit2 ajak orang beli barangannya. Mcm kat pasar malam kita gakla. Hehe. Tak kiralah malam atau siang...kecuali subuh.
Di sebelah kedai buah2an & sayuran depan masjid di Sweileh ni, ada kedai jual 'dajjaj mashwiy' atau ayam panggang. Antara makanan yg digemari juga masa kecik.
Inilah gambar masjidnya. Iaitu Masjid Abd Rahman bin 'Auf. Tapi maqamnya bukan di sini. Di tempat yg telah ditunjukkan dlm posting lepas. Masjid ni ada tercatat dalam Travelog Ust Hasrizal mengenai Jordan dalam Rindu Bau Pohon Tin.
Ni antara sayuran yg dijual di sini. Besar2 kan kobisnya? Org arab panggil ملفوف. Kadang2 diaorg guna daun kobis ganti daun anggur utk buat Mehsyi (tah ape nama betulnya). Ni contoh kalau nk tengoklah: http://www.nhn123.com/vb/showthread.php?t=1553
Ini adalah Safeway di Amman. Zaman dulu, hanya ada 1 supermarket ni je rasanya. Safeway ni dah berdiri di Amman sejak 1987 (sebaya pulak). Skrg dh ada mcm2 mall dah. City Mall, Mecca Mall, Abdoun Mall, Amman Mall dll. Masih ingat lagi dulu Safeway ni pernah alami kebakaran sebahagian daripada kedainya. Tak tahulah detail. Mungkin ada 'ammu2 atau khalah2 yg tau details.
Ni suasana jalan raya Amman. Boleh nilai sendiri la kot mcm mana. Tapi so far boleh drive lg di negara ini =D
Ini adalah contoh bagaimana pemanduan di sebelah kiri. Alhamdulillah ini kereta pertama yg telah dipandu di sebelah kiri di Amman. Rasanya bagus juga kalau dpt memandu. 1 dpt experience, 2 takdelah nnt balik malaysia empat bulan tak memandu rasa kekok pula. Tapi tak tahulah kekok atau tidak bila nak kembali ke sebelah kanan. Di atas adalah kereta vios. Kami telah sewa utk trip ke Aqabah.
Gambar2 di Aqaba boleh tengok di: http://www.facebook.com/album.php?aid=292686&id=640727759&l=b56aebb299
3 komentar:
Subhanallah! Alhamdulillah! Allahuakbar!
Melihat je gambar2 di sini, hati ummi rasa senang sebab tau bahawa keadaan di sana membahagiakan abdullah. Sebagai ibu, pastilah akan rasa hiba bila dgr anaknya makan tak menentu,tmpt tinggal belum tau di mana..apapun, mmg nama pun ibu, pastilah ingat anak lebih2 drpd ingatan anak thdp ibunya.
Doa ummi sentiasa bersamamu...all the best to u!
alhamdulillah. sampai juga abg ao kat sana
:)
a good view of Urdun subhanaLlah!
Ok je kut nak tukar side bila balik nanti, few days da ok rasanya.
Catat Ulasan