Bagaimanakah sikap kita?
Bismillah.
Semoga kita dijauhkan daripada sikap ini..:
1. Seorang yang kurang amal kebaikannya mengajak kita melaksanakan suatu amal kebaikan, maka kita dengan mudah mengatakan:
"Ceh..nak ajak2 orang/nasihat2 orang pulak..dia pun tak buat! Cermin la diri sket.."
2. Apabila seorang itu telah memperbanyakkan amal kebaikannya dan menasihati kita lagi utk melaksanakan suatu amal kebaikan, maka kita akan menjawab:
"Hah! Nak eksyen la tuh buat baik banyak sangat..buat sorang2 dahla.."
Jadilah kita insan-insan yang berterima kasih kepada Allah kerana menghantar seorang insan untuk memberikan kita peringatan & nasihat. Hendaklah kita selalu meletakkan sikap yang positif dihadapan dan mengelakkan berfikir suatu yang negatif mengenai orang lain.
Semoga kita sentiasa dirahmati Allah!
2 komentar:
Setuju sgt artikel ni A.O
Thats why la kan kadang rasa2 nak share artikel yang baik-baik tapi terfikir point no 1.
Btw biasalah tu adat dunia.
Teringat komen Ao yang ini :
Petikan depan sebuah hadith: "Barang siapa yang menunjuk satu jalan ke arah kebaikan, maka baginya pahala sama seperti pahala orang yang melakukan (kebaikan) itu" (Hadis riwayat Muslim)
Okey dah tu..yg penting menunjukkan satu jalan ke arah kebaikan~
:)
kalau diri sendiri terfikir point no 1 kemudian berusaha memperbaiki diri, itu sangat bagus.
yang tak bagus adalah kita mengata perkara tersebut pada orang lain
ada manusia yg memikirkan point no 1 kemudian mengelak utk memberikan nasihat pula. itu masalah juga sbb telah menyalahi tujuan hidup di muka bumi.
yg penting menunjukkan jalan ke arah kebaikkan. insyaAllah! setiap drpd kita kena sentiasa improve diri.
Rasulullah suruh sahabat2 dia buat kebaikan biarpun sikit tapi sebolehnya istiqamah. Tak perlu melampau2 dalam ibadah. Tapi kena berhati2 supaya terhindar drpd dosa.
Catat Ulasan