Sabtu, November 14, 2009

L.O.V.E

Bismillah.

Jam menunjukkan jam 7 pagi lebih. Hari ini hari Sabtu. 14hb November 09.

Kami berempat menaiki Wasim (u wonder who is that rite?) meluncur laju keluar gate UTP sambil background dalam Wasim membunyikan alunan Al-Quraan bacaan Syeikh Maher Al-Mu'aiqily.

Agenda pagi ini: Sarapan pagi!

Driver: nak gi mana?
Megat: Tah..MKB kata tadi belakang bank islam
Din: AO nk makan tossey..
MKB: Tossey kat mana?
Din: Kat mamak
MKB: Belah2 taman maju pun ade kan?

Driver memusingkan kereta ke taman maju je sbb traffic light depan UTP tu dah hijau.

Sampai di taman maju. Parking Wasim di depan Deli Planet. Belum keluar kereta, conversation ke-2 bermula:

Driver: sini ada roti ke?
Din: Takpe..kita parking je sini..tapi tak mesti makan kat sini
Megat: Tah..ade ke roti?
MKB: (sambil2 tengok kat dlm Deli Planet) ade nasi2 n soto je..
Driver berjalan ke arah Batrisha Corner..sambil berkata: Betol kata Din, parking depan Deli Planet, makan tempat lain
Megat: Mulut anta masin din..cuba anta cakap bende2 lain pulak
Driver: La..tu bukn sbb mulut masin, kalau Allah kata camtu, jadila camtu
Din: Ha'a..ha'a
Megat: Hehe..mcm mana ek kita nak tahu mulut orang tu masin..bukannya boleh rasa pun..

Conversation ke-3

Megat: Ni Muhammad, ade bende ana nak bagitau anta nih..
Driver: Bagitau jela megat..
Megat: (memandang dengan senyuman keturunan 'Megat') Ni..kitaorg plan nak jumpa Zubayr lepas dia habis paper hari ni sbb hari ni last paper dia
Din: Ha..boleh la kita wish dia utk paper dia nih..kol 10 stat. Dia amik paper Construction Technology. Takkan ana nak wakilkan korang smua plak nak wish dia?
Megat: Yela2..waktu ana exam takde plak korang nak wish (Megat student masters, mmg takde amik mana2 exam sejak kami mengenalinya di UTP ni) =D


I've to admit..these are among the people i LOVE. Orang bertanya kpd saya "siapa kawan baik anda?"..saya akan membayangkan mereka ini.

Saya pun tak tahu nak menggambarkan mcm mana cinta ini kepada ikhwah di sekeliling saya. Mereka adalah tempat berkongsi (walaupun bukan semua perkara lagi ^__^..yet rahsia masih ada disimpan dgn baik..kan ikwah?), tempat bergembira, tempat ukhuwwah terus dibajai dan menjadi subur, tidur bersama, makan bersama, jalan bersama, qiam bersama, iftar bersama, jaulah bersama, sms dari mereka membuatkan hati saya sentiasa gembira, masa bersama membuatkan saya rasa tidak puas....saya cuba menghayati baki masa saya bersama ikhwah saya ini.

Jauh di sudut hati saya, ini antara yg membuatkan saya sedikit sedih meninggalkan bumi Tronoh ini. Bukan mereka bertiga sahaja. Ada lagi. Saya sedih kerana saya tidak dapat bersama anak buah saya lagi selepas ini menyuburkan ukhuwwah yg sebenar bersama mereka meski saya selalu menyebut kepentingannya dalam sesi2 pertemuan kami..tapi saya yakin, ukhuwwah ini tiada sempadan.

Saya semakin memahami kata-kata As-Syahid Imam Hassan Al-Banna "serendah2 tahap ukhuwwah adalah berlapang dada, setinggi2 tahap ukhuwwah adalah ithar". Kami belajar berlapang dada. Belajar ithar. Belajar bersangka baik. Belajar saling memahami.

Meski lelaki ini, utk berukhuwwah memerlukan masa yg sedikit lama berbanding perempuan, berkemungkinan sentuhan2 emosi antara lelaki ini tidak sprt perempuan. Mungkin kerana lelaki sentiasa ingin kelihatan macho, menangis pun tak boleh depan kawan (kalau ade yg menangis la...hehe), masalah pun tak banyak dikongsikan..tetapi apabila celupan ukhuwwah itu sudah sempurna, sungguh ia suatu perasaan yg sukar digambarkan.

Ikatan ini bukan kerana sama course, bukan kerana sama hostel, bukan kerana sama universiti, bukan kerana sama kampung, bukan kerana sama minat sprt bola, badminton (ops~), jauh sekali kerana rokok & keseroonokkan duniawi. Tetapi kami diikat atas 1 sebab:

Kerana berada dalam 1 keluarga yg mana hidup kami dimulakan dengan tasbih kafarah dan diakhiri dengan bacaan fatihah. Apabila sesi hidup (
sesi ya..bukan nyawa) kami berakhir dengan fatihah pada pertemuan itu, maka kami akan mendapatkan makanan utk rohani & makanan ukhuwwah ini utk terus menyuburkan tautan cinta kami..kepada Allah & pada ikhwah2 kami.

Benarlah firman Allah:

"Walaupun kamu menginfaqkan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana." [Al-Anfaal: 63]

Thank You Allah for this ukhuwwah. Thank you ikhwah for all the precious moments~

Saya sudah mula merindui ikhwah saya dikejauhan...esp ikhwah KNL

Nota Kaki 1: saya rasa petikan lagu2 Maher Zain yg sedang dimainkan ni menambahkan kejiwangan la pulak~ =D Alhamdulillah..Alhamdulillah..All praises to Allah..

Nota Kaki 2: i wonder why semua yg nama maher bersuara sedap? (Syeikh Maher Mu'aiqily dengan Maher Zain lain ya kawan2..)

Nota Kaki 3: minggu exam ni semakin kerap update blog ni ape cerita plak nih?!!!!

Nota Kaki 4: this entry is dedicated to my brothers out there..minta maaf sbb tak masukkan gamba yg lain to who ever yg merasakan "nape gamba aku takde dalam entry ini?" =D

6 komentar:

muhammad kb 2:43 PTG  

salam...

moga ukhuwah kita terus berkekalan hingga akhir hayat dan mudah2an bertemu semula di syurga abadi insyaAllah... ameen
ana suka kata2 dari ustaz fauzi sewaktu sekolah dahulu, "mudah2an, kita bertemu semula dan bertutur dalam bahasa yang sama."

Tanpa Nama 2:51 PTG  

soalan: siape driver? hehe.. :P
terharu la..tergenang gak air mata..
moga ukhuwwah kekal hingga ke syurga.. amenn.. :)

Unknown 4:27 PTG  

gambar ana xde?

huhuhu

Bashir IbnDzul 5:04 PTG  

Salam,

isk tulis entry sedih plak time2 camni..

Izzudin 7:07 PG  

haaa....kan da ade anak buah sendiri terasa hati..jawab2..

HambaAllah Yang Memakmurkan 7:46 PG  

to muhammad: ameen ya Rabb~

to Tanpa Nama: sape pulak tanpa nama ni? hu~

to Khairuddin: nnt minggu ni kita tangkap gamba semua geng2 musleh. slalu bekumpul tak ckup2 korum..nak tangkap gamba pn susah =D tapi mmg dah lama rancang pun since ana nak grad nih

to bashir: hu~ mintak maaf la kalo bagi nta sedih plak..

to izzudin: answered ^__^

to all ikhwah: please remind me if i've done any mistakes, guide me if i've done wrong things

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP