PULAK DAH!!
AF4 pilih pelajar bertudung
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar bertudung dijangka menghangatkan lagi program realiti popular, Akademi Fantasia musim keempat (AF4) yang memulakan siarannya, 28 Mei ini.
Nor Salima Habibi (gambar), 18, dari Ipoh, Perak, akan menyertai 19 pelajar lain bagi merebut gelaran juara AF4 yang menawarkan hadiah bernilai lebih RM300,000 kepada juara.
Turut terpilih sebagai pelajar ialah Haider Arif, 21, dari Kota Kinabalu, Sabah yang menyertai AF3 tetapi gagal melayakkan diri sebagai 14 terbaik apabila tersingkir pada Konsert Prelude.
Nor Salima ketika ditemui semalam, berkata pemilihannya tidak perlu dipertikaikan kerana dia sudah bersedia menghadapi cabaran dan disiplin yang diperlukan sepanjang berada di AF4.
“Yang penting saya menjaga maruah serta tatasusila sebagai penyanyi wanita bertudung dan menyerahkan kepada tenaga pengajar untuk membentuk penampilan diri nanti,” katanya.
_______________________________________________________
Hm...baru baca berita hari nih. Pasal AF4 la pulak. Tengok pekataan AF tu takla amik kisah sangat. Tapi bila baca tulisan penuh..ade "bertudung" plak! Ape lagi. Aku KLIK la. Entah nak komen cmana. Tapi...ni lah realitinya.
Pakai tudung (yang..ade style2 Bienda nih - okeyla..tudung la jugak walaupun tidak mengikut format sebenar pemakaian tudung), baru lepas SPM, dari Ipoh Perak la pulak (yg last ni takde la yg herannya..cuma..sebab aku kat UTP nih..Ipoh tu kire dekat la).
Pastu..dilaporkan oleh berita ni plak.."Yang penting saya menjaga maruah serta tatasusila sebagai penyanyi bertudung..." HAIH! Pandai pulak nak cakap camtu? Ni masuk AF nih sebenarnya dah korbankan maruah dah pon. Bukan nak masuk AF ni kene menari ke? Entah..aku ataula diaorg ni pilih cmana...tapi tak silap aku la kene menari? Lepastu pakai tudung la pulak.
Kalau dulu dengan kehadiran Mawi yg pada asalnya seorang Qari' seperti yg kita sedia tahu..kemudian bile masuk "universiti" AF yang boleh grad tuh..maka diterimanya pendidikan menjadi seorang artis..yg pastinya perlu menari..berjoget dengan perempuan..dan..malas la aku nak cakap banyak2. Segalanya jelas seperti mana yg korang tahu. Daripada seorang yang dikenali hampir pada agama..akhirnya boleh korbankan prinsip2 diri untuk menjadi artis.
Kemudian..nak kuar musim baru ni pulak..bawak mai perempuan yg pakai tudung. Sekarang boleh la kata nak jaga maruah la..jaga tataususila la. Esok lepas dah grad AF nanti tengokla cmana maruah yg nak dijaga tuh. BUkannye senang nak jaga maruah dan tatasusila bila dah terlibat dalam dunia hiburan nih. Dunia hiburan nasheed dengan kehadiran artis perempuan pun masih terdapat pihak2 yg mempertikaikan..apetah lagi hiburan yg..tak membawa faedah dan melalaikan nih.
Seolah2 nak dipromosikan bahawa "ala..nanyi sambil tutup aurat...okeyla tu?". Ataupun "ala...artis skarang kena serba boleh..baca Quraan dan bernanyi..kejap ingat Tuhan..kejap lupa Tuhan la". Camtu pulak?!
Ni tak cakap pasal tabarruj pulak nih. Tengok gamba je dah tahu..mekap punye tebal.
Senang cite...masyarakat Islam kita dah semakin konfius.
Aku tahu pemakaian dah tak boleh nak melambangkan peribadi seseorang. Nak ikut..ramai lagi yg bertudung/berkopiah buat perkara tak senonoh...dating..khalwat..disko..entah hape2 lagi. Aku pon dah pening dengan orang camni. Nak suruh tanggal tudung baru buat maksiat..kang menggalak maksiat & menafikan kebaikkan yg dia cuba lakukan.
Kesimpulan yg aku nak cuba korang fikirkan ialah..sememangnya budaya barat sudah berjaya menyelinap masuk ke dalam budaya Islam. Kita dok hepy..nanyi..joget sini sana....lalai..leka..tak ingat akhirat. Yang puak kuffar dok ketawa terbahak2 kat kita sebab dah jatuh dalam perangkap samar diaorg. Diaorg berjuta kali ganda heppy sebab kita dah mula membudayakan budaya hedonisme..daripada budaya Islamik yang sepatutnya kita banggakan. BILA KITA NAK SEDAR NI?!!
P/S: Bacaan tambahan: Aku baru baca tadi. Syampo Islam Hadhari..2x5 jugakla. Dijemput untuk sama2 baca di http://tehranifaisal.blogspot.com/2006/05/syampu-islam-hadhari.html
3 komentar:
saudari / saudara,
Assalamualaikum,
Mereka semua ini (entah apa program tu, pihak mana entah) saja nak menghalalkan yang haram - mengelabu, mengelirukan fikiran manusia yang cenderung kepada 'Islamik sikit' agar menyokong mereka. Tujuannya - duit. Itu sahaja.
Sudahlah ekonomi umat Islam kita ni lemah - yang ada sikit-sikit tu, lebih-lebihan yang patut dibelikan buku / bahan bacaan tambahan yang lebih baik (atau buat kegiatan lain lebih bermanfaat)- disalurkan pulak kepada SMS yang untuk entah apa tu. Tak tergamak nak menyebut.
Bayangkan SMS 50 sen tu kita
kumpul, tolong kerajaan Palestin biayai emolumen nya yang dah tak ada dana tu ke kan, ha ... banyak tak?
Walaupun pernah terfikir, tapi tak tergamak nak menyebut jugak ... sebut, boleh? Perangi mereka ni (program tu) caranya dengan ****** saja. Ummm ... tak naklah saya bahayakan reputasi saya di sini. Penat saya belajar, masa ijazah pertama dulu langsung tak buat pinjaman pun, biasiswa pun tak dapat sebab tak pandai. Mak bapa berhabis tanggung belanja belajar, takkan saya jadi kurang cerdik nak bahayakan diri saya. Saya kenal sangat AUKU dan ISA. Tengok, tengok, tengok, ramai yang penakut kan. Orang Islam pulak tu! Kesal sangat, tapi nak buat macam mana ... periuk nasi eh? Maruah keluarga lagi. Siapa yang berani tulis, tuliskan saja - saya sokong (ummmm, mesti kena dengan caranya, ya, berhati-hatilah).
Terima kasih atas komentar kak. Panggil kakak sebab akak sangat jauh lbih tua dari saya.
Saya bersetuju dengan kata2 akak ekonomi umat Islam ni dah la lemah. Tengok sahaja pasaran ekonomi kita dikuasai oleh siapa.
Kemudian bila US ugut bank2 yang nak transfer duit ke pihak pentadbiran Palestine...maka semua bank tunduk dan akur pada US itu. Menunjukkan betapa lemahnya umat Islam. Bank diperingkat antarabangsa sendiri pun tak mampu dimiliki...sungguh lemah.
assalamualaikum...
hmm..ntahla org zaman sekarang..bile bc psal peserta AF yg bertudung tu..sakit hati gak..cam nak jatuhkan agama sendiri dengan kata2 die...lgpun takla heran sgt sbb pmpuan zaman sekarang bertudung sebab fesyen bukan seba tutup aurat..dah jelas,terang n nyata ape yg ditunjukkan oleh mreka yg bertudung kerana berfesyen nih dari cara pakai tudung tu sendiri, blom masuk bab baju yang dipakai..sy pon tak tgk af, tapi media byk an..naseb gak peserta bertudung tu terkeluar..huhu...tapi camne pon,die dah rosakkan imej Islam tu sendiri..tensyen tul...papepon, slalu gak mintak Islam dipelihara n penganutnya fhm ajaran Islam yg sebenarnye...
dats all...
wassalam...
[jannatul_maawa] =)
Catat Ulasan