Ahad, Mei 14, 2006

Hari ibu & masyarakat yang rosak..

Remaja dituduh rogol


LONDON: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun menghadapi dakwaan merogol selepas seorang budak perempuan berumur 11 tahun hamil, kata polis di Scotland.


Budak perempuan itu yang kini berusia 12 tahun bakal melahirkan anaknya beberapa minggu lagi sekali gus menjadikannya ibu paling muda di United Kingdom. Dia memberitahu akhbar, dia ‘amat gembira’ bakal melahirkan anak.

Budak perempuan itu yang mempunyai adik lelaki berusia lapan bulan, berkata: “Saya dimarahi kerana usia saya tetapi saya sukakan kanak-kanak. Tiada masalah bagi saya menjadi ibu.“

Remaja lelaki itu dijadual hadir ke mahkamah sherif Edinburgh pada 10 Julai depan. Berita mengenai kehamilan budak perempuan itu mencetuskan reaksi marah Gereja Katolik, lapor The Independent.

Seorang jurucakapnya berkata: “Selain kehamilan itu, perkara lain adalah salah kerana dia adalah di bawah umur. Kes ini menunjukkan budaya kita yang semakin bebas.

“Sebagai satu masyarakat, Scotland seperti tidak bimbang mengenai kegiatan seks golongan bawah umur dan peri laku seksual remaja.”

Bakal ibu termuda Britain itu juga berjanji tidak akan menghalang bapa bayi dalam kandungannya menemui anak mereka.

Laporan The Sun mendedahkan bagaimana budak perempuan yang kuat merokok itu hamil selepas mengadakan hubungan seks ketika mabuk dengan remaja lelaki terbabit, Ogos tahun lalu.

Remaja itu yang namanya tidak didedahkan, didakwa Februari lalu dan dibebaskan dengan jaminan. Dia dijangka dihadapkan di Mahkamah Tinggi Edinburgh, 10 Julai depan atas tuduhan merogol.

Budak perempuan itu yang hamil lapan bulan, kini di letakkan bawah pengawasan pekerja sosial.

Dia sudah diberitahu kemungkinan tidak dibenarkan membawa bayinya pulang kerana rumahnya terlalu kecil.

“Jika mereka mengambil bayi saya, saya akan mengikutnya. Saya tidak akan tinggalkan bayi saya walau apa pun yang terjadi.

“Saya ingin tinggal di rumah bersama ibu dan adik beradik saya, tetapi jika terpaksa membuat pilihan saya akan pergi bersama bayi saya. Saya juga tahu ibu saya akan berusaha sedaya upaya untuk menjaga saya dan anak saya,” katanya.

“Walaupun masih kecil, saya amat sayangkan kanak-kanak. Ibu saya juga tidak menghalang jika bapa bayi ini mahu melihatnya,” kata budak perempuan itu yang mempunyai adik bongsu berusia lapan bulan.

Dia, bagaimanapun, mengakui takut dengan proses bersalin dan akan membawa patung beruangnya ke hospital.

Ibu budak perempuan itu juga mendakwa ada pihak tertentu menuduh anggota keluarganya terbabit menjual heroin di kediaman mereka di West Lothian.

“Ada pihak yang berniat jahat menuduh saya menagih dadah tetapi itu tidak benar. Anak perempuan saya tidak pernah mengambil dadah dan saya tentu tidak dapat mengawal keadaan jika kehilangannya dan cucu saya kerana diambil agensi sosial.

“Mereka sepatutnya membantu kami pada masa ini,” katanya.

Jurucakap Majlis Perbandaran West Lothian pula mengulas: “Kami bekerjasama dengan keluarga itu bagi membantu budak berkenaan dan anaknya memulakan hidup baru.”

Kes berkenaan turut mendapat perhatian ahli perundangan tempatan yang menggesa program pendidikan seks lebih baik dibentuk.

Awal tahun ini, satu program pendidikan seks bernilai £5 juta (RM34 juta) dilancarkan. – Agensi

________________________________________________

Sempena hari ibu ni aku mengucapkan selamat hari ibu pada semua ibu2 dalam dunia nih..walaupun kalau nak diikutkan..bukanlah hanya hari ibu kita meraikan ibu kita..tapi aku rasa ade 1 hari yg boleh mengingatkan semua supaya kembali mencintai ibu masing2..bagus juga. Sekurang2nya pada hari ini..pada sesapa yg tahu hari ni hari ibu la..akan teringat akan ibunya dikala sibuk. Aahh..malas pulak berbicara pasal hari ibu nih....

Yang aku nak ulas sebenarnya pasal petikan laporan berita hari ni...macam biasa..Berita Harian hari nih la..14 Mei 2006. Heh..aku mmg slalu paste dari situ je ke dalam blog aku. Kalau korang tertanya2 "apesal la dari berita harian je? takde akhbar lain ke?". Heh. Ikut suka aku la kan nak paste dari mana? Sekuran2nya aku membaca akhbar..daripada segelintir manusia yang malas membaca..atau sampai tahap..tanak membaca akhbar..sebab tanak emosi hidup terganggu. Ade jugak manusia camni. Bukan takde.

Anyway, pasal petikan akhbar harini. Seperti yg korang baca sendiri lah. Lihat sahaja bagaimana keadaan, moral dan maruah masyarakat di negara Eropah tersebut. Budak 12 tahun pon boleh rilek jawab macam takde masalah bagi dia. Hamil tu aku memang takde masalah lagi la. Tapi berzina tu..masalah besar! Sampaikan negara mereka kelasifikasikan sebagai kes rogol. Sama la pun kat mana2..kalau bawah umur dikira kes rogol la. Tapi dalam citer kat atas tu pon..walaupun kesnya rogol..tapi pompuan tu merelakan..which means ianya hampir pada istilah zina.

Haih..Hari Ibu sungguh. Bakal ibu termuda di Britain..ibu yang tidak ade ikatan perkahwinan..melahirkan anak diluar nikah. Masyarakat mereka harus bangga ke mampu melahirkan individu2 macam ni? Nak pimpin dunia pada masa akan datang..harapkan masyarakt macam ni ke? Aku tak boleh bayang. Jangan sampai Malaysia jadi camni sudah. Rosak akhlak je. Aku rasa bukan takde berlaku bende2 camni...cuma tak diwar-warkan je. Entahlah. Bila manusia semakin jauh dari sumber yang Rasulullah wasiatkan..memang akan jadi camnila. Ingatlah mati wahai manusia!!

0 komentar:

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP