Rabu, Mei 10, 2006

Allah lebih berkuasa..

Blaine gagal cipta rekod dunia

BERITA HARIAN 10 Mei 2006
NEW YORK: Ahli silap mata terkenal, David Blaine, gagal dalam usahanya mencipta rekod dunia berendam di dalam tangki air apabila terpaksa keluar dua minit lebih awal berbanding matlamat asal.

Dia menghabiskan masa seminggu di dalam tangki kaca besar di New York sebelum dirantai dan digari dalam percubaan itu.

Dia merancang melepaskan diri ketika cuba memecahkan rekod dunia selama lapan minit 58 saat.

Disiarkan secara langsung menerusi televisyen dan di depan orang ramai, Blaine, berdiam diri selama hampir lima minit pertama sebelum cuba menanggalkan gari.

Namun apabila dia mula kelihatan sakit dan buih semakin naik ke permukaan, Blaine terpaksa diselamatkan penyelam profesional.

Selepas diberikan oksigen, Blaine memberitahu orang ramai: “Saya amat terharu dengan sokongan setiap warga New York dan semua orang di dunia.

“Ia satu minggu yang amat sukar tetapi anda membuatkan ia berlalu hasil sokongan padu dan tenaga. Terima kasih banyak-banyak, semua orang. Saya sayangkan anda semua.” – Agensi

Pakar perubatan berkata, keadaannya di dalam air membuat Blaine mengalami kerosakan hati, kebas di kaki dan tangan, hilang deria dan ruam di seluruh tubuh.

Ahad lalu, ahli silap mata berusia 33 tahun itu memberitahu AP Television News dia akan ‘memberikan persembahan terbaik’ untuk menamatkan cabaran itu walaupun kulitnya menggelupas, sakit sendiri dan sakit telinga teruk.

Pertunjukan terdahulu Blaine termasuk berdiri di atas pelantar bulat setinggi 56 sentimeter di atas tiang setinggi 30 meter selama 35 jam, ditanam hidup-hidup dalam keranda yang dapat dilihat selama seminggu dan berpuasa selama 44 hari dalam kotak yang digantung di atas Sungai Thames. —Agensi

_____________________________________________

Sesape yang selalu baca akhbar, rasanya ade kuar berita pasal mamat blaine nih nak buat aksi stunt dengan MERANCANG untuk menghabiskan 7 hari dalam sebuah balang kaca berisi air penuh sedalam 2.4 meter. Lepastu dia nak cuba lepaskan diri daripada keadaan tuh tanpa diberikan bantuan pernafasan selama 8 minit 58 saat seperti dalam laporan akhbar kat atas.

Tapi dengan kepercayaan sebagai orang Islam, lihatlah betapa berkuasanya Allah SWT dan ketentuanNya melebihi perancangan manusia. Nak sangat buat bende pelik2..ha..Allah tunjuk la yang si Blaine ni sebenarnya bukanlah sehebat mana sangat nak melawan fitrah manusia. Akhirnya dia kalah jugak dengan ketetapan Allah SWT yang Maha Berkuasa. Si Blaine ni bajet dia ahli silap mata...boleh la nak buat ikut suka dia dan tetapkan sesuatu dengan kehendak dia. Tetapi ternyata tidak! Allah lebih mengkehendaki perancangan aksi stuntnya tidak berjaya sepenuhnya..dan pastinya ade pengajaran yg kita kene amik kat sini.

Ape2 pon..mengenai si Blaine nih..memang dia nih jenis pelik2. Nak sangat melawan fitrah manusia. Aku pernah dengar dari 1 ceramah, bahawa manusia ni kadang2 Allah dah ciptakan dengan sempurna dah...tapi disebabkan nak jadi femes..nak disanjung orang..mula la buat gaya dan aksi yang sepatutnya aksi2 tersebut dimiliki oleh haiwan je sebenarnya. Bayangkan macam si Blaine nih. Nak berendam dalam air lama2..padahal Allah ciptakan manusia ni ade had dia dalam air. Haiwan je yg boleh hidup lama2 dalam air..contohnya Ikan. Si Blaine nih pon penah dok dalam air selama 61 jam. Haiwan je yg boleh tahan dalam keadaan ais nih. Haiwan2 kutub. Manusia nih Allah dah tetapkan dah limit dia. Tapi nak over limit gak. Seterusnya, Si Blaine ni pon penah ditanam hidup2 dalam kubur selama seminggu. Agaknya nak rasa macam mana keadaan dalam tanah tu kot. Tapi sebenarnya haiwan je yg boleh hidup dalam tanah lama2. Manusia nih bile Allah dah tetapkan fitrahnya..saje suke2 nak lawan fitrah..supaya jadi luar biasa. Disanjungi. Dapat nama kat dunia. Herm..tu jelah manusia suka...

Entahlah! Korang fikirkan sendiri..

0 komentar:

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP