Isnin, Mac 27, 2006

dimanakah maruah manusia?

Remaja Kota Singa cepat hilang dara


SINGAPURA: Satu tinjauan terbaru mendakwa golongan remaja Singapura tidak menganggap perbuatan mengadakan hubungan seks pada usia awal satu masalah besar dengan separuh daripadanya mengakui melakukannya sebelum usia 16 tahun.

Mereka mengakui melakukan seks bertujuan eksperimen iaitu dengan lebih satu pasangan pada satu masa, membuat aksi pelik dan membiarkan perbuatan itu dirakam video.

Lebih mengejutkan, kebanyakannya mengakui tidak mengamalkan hubungan seks selamat dengan menggunakan alat tertentu bagi mengelak masalah kesihatan.

Akhbar Sunday Times melaporkan semalam, tinjauannya membabitkan 20 remaja yang aktif seks – 10 lelaki dan 10 wanita dengan hasil yang agak mengejutkan.

Separuh daripadanya mengakui mengadakan hubungan seks sebelum usia 16 tahun - umur dibenarkan bagi berbuat demikian.

Malah, 13 orang daripada mereka mengakui tidak perlu menjalin hubungan serius untuk meniduri atau ditiduri.

“Namun apa yang mengejutkan, hanya empat daripadanya mengakui mengamalkan seks selamat,” kata akhbar berkenaan.

November lalu, satu tinjauan tidak rasmi oleh akhbar sama di kalangan 60 remaja dan tinjauan seorang penuntut Universiti Teknologi Nanyang membabitkan 350 pelajar, mendapati seorang daripada setiap lima remaja pernah mengadakan seks.

Tinjauan lain oleh kumpulan ‘Action For Aids’ membabitkan 500 remaja, pula mendakwa satu daripada setiap empat orang remaja itu sudah mengadakan hubungan seks.

“Perbuatan mempertahankan dara atau teruna mereka bukan satu perkara penting lagi,” tegas Jerry Ong daripada kumpulan Focus On The Family, yang berkempen menggalakkan remaja mengadakan hubungan seks selepas berkahwin.

Kumpulan itu mengadakan pelbagai bengkel mengenai seksualiti bagi seramai 17,000 remaja setakat ini.

Daripada jumlah itu, hanya 40 peratus menganggap masa paling sesuai untuk menjalin hubungan itu adalah selepas kahwin.

Menurut akhbar itu, kebanyakan remaja republik itu tidak memandang hubungan seks itu sebagai serius biarpun ada yang mengakui mereka berdepan tekanan untuk melakukannya sama ada oleh pasangan atau memastikan mereka setaraf dengan rakan sebaya. – Agensi

“Lebih separuh remaja ditemui akhbar ini mengakui mereka tidak kisah melakukan eksperimen seks pelik dan membiarkan diri dirakam video atau mengambil gambar sendiri. “Lima orang, semuanya perempuan pula menganggap seks oral sebagai satu perbuatan seksual.” - Agensi

_______________________________________________________________

Semakin hari semakin menjadi2 perkara nih. Tapi yang atas ni dengan kerelaan mereka masing2 la. Kat Malaysia pon ade jugak dengan kerelaan masing2..tapi tak senormal di S'pore kot..sebahagian masyarakat kita still anggap budaya nih tidak normal...berlainan macam negara2 eropah..mereka dah addapt dengan budaya mereka..walaupun sebenarnya agama mereka sendiri tidak setuju dengan bende nih..(ke..dah stuju?)

Aku baru je baca koleksi mastika beberapa hari yg lepas..dan ternyata perkara ni memang dah jadi perkara biasa dikalangan remaja kita. Aku pon tak pahamla..terutama perempuan yang sanggup menggadaikan maruah demi cinta. Ape benda cinta kalau dah murahan camtu. Kalau baca mastika lagi la pelik2...gadai maruah kerana henset..kerana burger..kerana duit. Pelik. Desperate sangat ke nak dapatkan dunia nih sampaikan boleh gadai maruah. Akhirat tak pikir ke?

Sebab tu manusia yang memikirkan mati adalah yang paling bijak sebagaimana sabda Nabi. Memang yang ingat mati seorang yg bijak. Takdela nak buat bende2 yg bodoh sprt menggadaikan maruah, menambah saham dosa, melakukan maksiat, melakukan benda2 mungkar. Malah nak lebih bijak lagi..berusaha merebut syurga Allah.

Berbalik pada keadaan masyarakat tadi, mereka ni seolah2 suka dengan cara hidup begini. Seks bebas..zina...macam budaya berkunjungan, bergotong-royong, berkenduri ke? Bila baca kisah2 orang2 yg dah insaf dari perbuatan ni..1 point yg aku dapat: bila bersama..tak dapat nak fikir baik buruk. Ha..itulah dia.

Aku suka sangat dengan hukum Islam yg telah membataskan pergaulan dan perhubungan antara lelaki dan perempuan ni. Kadang2 manusia ni begitu bodoh tanak berfikir kenapa Allah dah tetapkan hukumnya begitu. Cuba la fikir sedikit. Agaknye kalau tak bercouple..ade ke budaya zina ni? Agaknye kalau tak kehulur kehilir dengan kayu BALAK tuh..ade ke budaya zina ni? Aku tak dapat nak bayangkan kalau manusia ni menjaga suruhan Allah...akan berlakunya zina ni.

Nak cerita keseronokan zina..memang la budak2 yg suka bende ni akan cakap seronok..sebab melayan nafsu..melayan bisikan syaitan...tapi bila tengok akibatnya...dah mula gelabah. Yang lelaki..senang la...larikan diri buat muka seposen bertulis "AKU TANAK BERTANGGUNGJAWAB". Last2..perempuan jugak yang sengsara. Mangsa jugak dia...kalau hamil dia jugak...kalau ditinggalkan lelaki..dia jugak..kalau dirakam video..dia jugak malu. Mak ayah lagi malu. Keluarga malu. Effect study lagi..effect emosi lagi..effect masa depan lagi sebab ade peristiwa HITAM dan berlaku dalam hidupnya. Kalau tak gugurkan kandungan..anak tu membesar..nanti akan persoal sape ayah dia.

Keseronokkan sementara akan disusuli dengan penyesalan selama-lamanya. Bahkan kalau tak taubat..azab diakhirat..jangan cerita la..kalau dibayangkan manusia..pastinya ngeri sengeri2nya.

Islam dah cantik dah...menghalang perkara2 nih..supaya menjaga keturunan. Pentingnya keturunan ni sampaikan dalam hadith mencari pasangan, ade disebut tentang keturunan nih (pilih isteri ikut keturunan,harta,kecantikkan, agama-yg plg penting..agama).

So..persoalan aku disini...macam mana nak solve this problem. Makin lama nafsu makin tak sabar nak lakukan perkara yg "haram sementara" nih..

--bersambung di entry akan datang--

Senjata2 perempuan yang boleh mendatangkan fitnah besar kepada islam dan umatnya:
1) Air mata
2) Merajuk dan suka bermanja
3) Berhias diri dan bergaya
4) Berpura -pura sakit
5) Senyuman pada yang bukan tempatnya
6) Penipuan
7) Kata-kata yang manis

Jumaat, Mac 24, 2006

selamba je kata..

Tudung not compulsory in schools

KUALA LUMPUR: It's final. The wearing of the tudung in schools is not compulsory and the issue should no longer arise, Deputy Education Minister Datuk Noh Omar said.

He said the ministry would not defend any school or teacher who implemented rules that went against ministry circulars.

"Schools could implement rules but they should ensure that these are consistent with ministry circulars.

"Any teacher found contravening ministry circulars will not be defended by the ministry if any problem arises," he told a press conference at the Parliament lobby yesterday.

He was responding to a question on the implementation of rules regarding the wearing of the tudung by students.

The issue was raised by Datuk Wan Adnan Wan Mamat (BN – Indera Mahkota) who claimed that his daughter, a student in Sekolah Kebangsaan Perempuan Methodist in Kuantan, suffered discrimination because she did not wear a tudung.

Wan Adnan also claimed that she was also transferred out from her class because of this.

In another incident in Penang last month, the principal of SMK Abdullah Munshi withdrew her school's Under-15 and Under-18 netball teams from the Penang Schools Sports Council tournament because some players had removed their tudung during the competition.

"The issue over the wearing of the tudung should no longer arise. The ministry has issued circulars stating that Muslim students are encouraged, not compelled, to wear the tudung," Noh said.

"It is not a breach of discipline if a Muslim student does not wear a tudung."

Noh added that the ministry had also issued a circular on how a tudung should be worn.

"It states very clearly the type of tudung which should be worn and teachers cannot make rules to change the type of tudung, including changing the current 'V-shaped' tudung to a 'tudung labuh (long headscarf) '," he said.

On Wan Adnan's case, Noh said he would investigate the matter.

THE STAR, Thursday March 23, 2006

_______________________________________________________________

Lihatlah bagaimana dengan slumbernya seorang menteri boleh putar belit hukum yang Allah tetapkan dalam AlQuraan. Muslim students are encouraged? Not compelled?! Masalahnya memakai tudung ni bukan satu galakkan mahupun paksaan..ia adalah suruhan dari Pencipta seluruh alam. Suruhan dari Allah.

Ini lah bahayanya bila nak bersikap toleransi..sampaikan terlebih toleransi..boleh nafikan ketetapan hukum. Disebabkan seorang menteri membangkitkan isu bahawa anaknya didiskriminasikan di sekolah kerana tidak memakai tudung..okeyla..memangla dianggap diskriminasi..tapi anak dia tu seorang muslimah ke tidak? Salah ke cikgu tu tunaikan tanggungjawab dia sebagai seorang muslimah gak??

Sebuah komentar yang suka aku nak paste dalam nih:

Assalamualaikum,
Akhbar The Star tak tersilap tulis statement tu and memang Deputy Education Minister, Datuk Noh Omar ada kata begitu semasa dalam sesi soal jawab di parlimen tempoh hari. Clip perbincangan dalam parlimen tu ada disiarkan dalam berita TV3. Malangnya sekarang guru-guru especially yang mengajar di sekolah menengah di mana mostly pelajar-pelajar perempuannya dah baligh and wajib tutup aurat tak boleh nak tegur pelajar-pelajar perempuannya yang tak tutup aurat supaya tutup aurat. Bukan tu saja, that Deputy Education minister dah bagi lebih ruang untuk student ni menjawab balik pada guru-guru mereka yang cuba menasihatkan mereka supaya tutup aurat dengan jawapan yang pasti menyakitkan hati, "Ikut suka kitalah cikgu. Menteri pun tak paksa, cikgu pulak yang nak memandai-mandai. Nanti kita suruh mak kita buat report kat kementerian."
Aduh.... Pedihnya kan! Tapi percayalah. senario ni pasti berlaku. Dan guru-guru yang dah terguris hatinya kan pasti susah nak meredhakan pengajaran terhadap anak-anak murid yang sebegini. Dan anak-anak murid ni yang sudah semestinya majority MELAYU, sudah semestinya akan mudah tercicir dalam pelajaran atau bertambah buruk akhlaknya. Now, sekarang sape yang susah? Orang MELAYU jugak yang susah dan yang BODOH! Susah kalau menteri tak fikir panjang.
Cuma, jalan yang terakhir yang ada ialah bagi ibubapa atau penjaga tu sendiri untuk mengambil langkah inisiatif untuk memastikan anak-anak perempuannya diajar dan dapat pendidikan dan kesedaran Islam yang mantap dan sentiasa memantau pergerakan mereka. Malah anak-anak lelaki juga mesti dilibatkan dalam mejaga perilaku dan pergaulan kakak-kakak dan adik perempuan mereka d mana jua mereka berada.

Ingat cikgu2 tu saja suke2 nak marah pelajar2 yg tak pakai tudung ni ke? Dah tu kalau Allah marah takpe plak?? Tak heboh plak dalam parlimen. Tapi bile cikgu bagi "pengajaran" sikit je..mula heboh 1 parlimen pasal isu tudung nih. Yang pakcik2 menteri ni pon..sebelum nak cakap ape2...baik bukak AlQuraan yang dijadikan hiasan kat rumah tu dulu..baru cakap kat parlimen. Ajar anak2 dengan didikan AlQuraan..bukan didikan ala2 gaya hidup menteri.

Kalau malas nak bukak...aku bagi kat sini jelah..

"Katakanlah kepada wanita yang beriman: ""Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."
AN-NUR : 31.


Tatau baca..aku tatau nak kata apela...penat pikir bila orang tak reti nak ikut manual book yang Allah bagi nih.

Dia lebih hebat dari aku...

Salah satu fenomena normal manusia yang dicipta Allah ini ialah terasa iri hati terhadap manusia lain atas kelebihan yg orang lain ada.

Dia lebih hensem dari aku...dia lebih cantik dan putih dari aku..dia lebih kaya dari aku..dia lebih pandai dari aku...dia lebih cekap bermain dari aku...dia lebih handal dari aku..dia dapat isteri yg lebih cantik...dia dapat layanan yg lebih istimewa..dia ada kereta yg lebih besar dari aku..dia disenangi orang lain dari aku...dia lebih segala2nya dari aku...

Therefore..renungkanlah sebuah ayat dari alQuraan. Surah An-Nisa' ayat 32.

Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang
dikaruniakan Allah kepada sebahagian

kamu lebih banya dari sebahagian yang lain.
(Kerana) bagi orang lelaki ada bahagian

dari pada apa yang mereka usahakan,
dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yg mereka usahakan,
dan mohonlah kepada Allah sebagian dari karunia-Nya.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

Jelas nyata suruhan Allah utk tidak iri hati pada sesapa jela yang dikurniakan rezeki dan kelebihan yang lebih dari. Yang cantiknya, Allah sememangnya dah tahu bahawa manusia nih sifatnya mudah iri hati pada orang lain bile nampak orang tuh lebih dari dia. Skarang pon kalo kita tengok cerita2 dalam TV ke..atau maybe tengok masyarakat disekeliling kita nih, memang terang2 nampak bahawa iri hati tu boleh timbul disebabkan kelebihan yg orang lain ade..takde pada diri kita. Bahkan kadang2 sampaikan didoa supaya rezeki (cth: kekayaan) hilang pada orang yg kaya tuh..baru terasa puas hati.

Atau lebih jelas lagi dalam masyarakat kita dalam permasalahan kahwin ni..kadang2 bila masyarakat ni dah takde keje lain..mula la pasang sihir dari bomoh2 sebab dengki dan busuk hati terhadap kecantikkan isteri orang lain..atau sebagainya..korang pon tahulah semua nih.

The point is..lupakan jelah semua kelebihan dan iri hati terhadap kelebihan yg ade pada orang lain tuh. Kena ingat..bahawa Allah tak bagi kelebihan2 tuh pada orang tuh dengan sia2. Mesti ade sebabnya. Kalau orang tersebut lebih kaya dari kita..kekayaannya bukanlah semata2 utk diri dia...tapi dia kene tahu hak dia pada orang lain....tanggungjawabnya pada Islam (kalau dia orang Islam la...)...tanggungjawabnya pada masyarakat yg susah. Bukan simple2 camtu je. Lagipun bila kaya nih..banyak yg kene consider..terutama zakat..cukai pendapatan dan semua tuhla. So..bukanlah mudah nak jadi kaya seperti yg disangka. Memanglah ade yg akan kata "duit ni elemen penting utk meneruskan survival"..tak dinafikan jugak..tapi kita usahalah nak dapat duit tersebut..bukan dengan cara iri hati pada orang lain dan mendoakan supaya orang kaya tu jadi miskin.

Kalau orang tersebut lebih cantik/hensem..kene ingat kecantikkan dan kehensemannya tu bukanlah sewenang2nya boleh ditayangkan pada orang ramai...bahkan orang2 tersebut takleh nak riak dan bangga dengan rupa mereka. Mereka pon kene pelihara rupa yg Allah bagi tu..supaya tak menjadi maksiat dan terjerumus pada dosa.

Kalau orang tersebut lebih pandai...kene ingat tanggungjawabnya sebagai orang lebih pandai. Lebih pandai bukanlah digunakan pada diri sendiri..tapi tugasnya menyebarkan ilmu tu. Kalau kita menjadi orang yg kurang pandai...takyah la nak iri hati pada orang pandai secara negatif..iri hatilah secara positif dengan mencontohi sikap orang pandai tersebut. Banyak kita dengar ni pada ceramah2 motivasi..supaya jelous dengan sikap positif. Tak susah kan?

Banyak lagi yg kita boleh aplikasikan...cuma terpulang pada kita untuk interpretasi je. Hidup ini bagaikan circulation. Saling lengkap melengkapi. Ade keseimbangan. Yang kaya ade. Yang miskin pon ada. Yang kaya bantu yg miskin. Allah Maha Adil dan ketetapanNya pastilah adil.

Talking about justice ni..kalau refer ayat tuh balik..ade disebutkan tentang laki dapat ape yg patut..dan perempuan dapat ape yg patut. Ni fenomena terkini..dimana kuar isu pasal perempuan yg inginkan kesama rataan dengan lelaki. Memang sesuatu yg mustahil. Bagaimana perempuan boleh mendapatkan semuaaa hak dan perkara itu sama rata dengan lelaki? Bahkan secara biologi pon dah berbeza.

Kebelakangan ni pulak kuar statement Islam ni mendiskriminasikan wanita la..Islam tidak memberi keadilan pada wanita. Kalau laki boleh kawin 4..kenapa wanita takleh kawin 4? Astaghfirullah. Kenapa la manusia boleh persoalkan apa yg ditetapkan dalam Islam yg perpandukan AlQuraan dan As-Sunnah yang mana kedua2nya merupakan khazanah peninggalan Nabi supaya kita tidak sesat. Islam dah cukup cantik dah mengangkat martabat wanita. Dengan kedatangan Islam lah wanita dizaman jahiliyyah tidak dilayan seperti sampah masyarakat..tidak dilayan seperti barang dagangan. Kalau dulu wanita boleh dibunuh, dinodai, dilayan dengan sesuka hati..tetapi setelah kedatangan Islam..semua tersebut diharamkan.

Kalau nak dikaji, agama2 lain dan budaya selain budaya Islam lebih kejam lagi terhadap hak wanita berbanding Islam. Terlalu byk faktanya..tak dapat nak listkan semua. Kalau nak..mintakla. Tapi nak kata..bahawa dakwaan2 wanita Islam didiskriminasi tidak benar sama sekali.

Keadilan antara lelaki dan wanita sudah jelas nyata. Keadilan dari segi martabat manusia. Itu sudah cukup menjadi suatu keadilan. Lelaki dilayan seperti manusia..wanita juga dihormati seperti seorang manusia. Kedua2nya dapat menjalani kehidupan seperti manusia biasa mengikut norma masing2. Itu sudah cukup adil.

Kemudian, refer balik ayat di atas, Allah menyuruh kita memohon padaNya untuk mendapatkan kurniaaNya. Takyah la nak iri hati pada orang..semua rezeki tuh..dari Allah jugak. So..kalau nak jugak kelebihan2 yg ada pada orang lain..berusahalah..dan bertawakkal lah pada Allah.

Last sekali..dengan cantiknya, ayat tersebut menunjukkan bahawa segala sesuatu adalah dalam pengetahuan Allah. Kalau Allah nak bagi kita kaya..Dia akan bagi. Kalau Dia tak bagi..maksudnya adalah ketetapanNya yang tertentu kenapa Dia tanak bagi tuh. Begitu juga kelebihan2 yg lain. Semoga kita mengambil iktibar...

Always look on the bright side~!

Rabu, Mac 22, 2006

forever with ISLAM

Taken from a friend's blog. Thanx!

Islam is a way of life, try it.
Islam is a gift, accept it.
Islam is a journey, complete it.
Islam is a struggle, fight for it.
Islam is a goal, achieve it.
Islam is an opportunity, take it.
Islam is not for sinners, overcome it.
Islam is not a game, don't play with it.
Islam is not a mystery, behold it.
Islam is not for cowards, face it.
Islam is a promise, fulfill it.
Islam is a duty, perform it.
Islam is a treasure (the Prayer), pray it.
Islam is a beautiful way of life, see it.
Islam has a message for you, hear it.
Islam is for everyone, share it.
Islam is peace, live with it.
Islam is universal, spread it.
Islam is love , love it.

Orginially: Amira Mohammed
Edited: myself

Selasa, Mac 21, 2006

kekejian yang nyata!

Remaja rogol adik kena penjara 30 tahun, 16 sebatan


MUAR: Seorang remaja yang gemar menonton filem lucah dihukum penjara 30 tahun dan 16 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam selepas mengaku bersalah terhadap dua tuduhan merogol adik kandungnya yang berusia 17 tahun pada Mei 2005 dan Februari lalu.


Remaja berusia 19 tahun itu yang mengaku menonton filem lucah bersama rakannya ketika ibunya tiada di rumah, dihukum penjara 15 tahun dan lapan sebatan bagi setiap tuduhan rogol itu.

Hakim Mahkamah Sesyen, Mohd Fauzi Mohd Nasir memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara secara berasingan bermula daripada tarikh hukuman dijatuhkan semalam.

Ketika Mohd Fauzi bertanya kenapa tertuduh merogol adiknya sendiri, remaja itu menjawab perbuatan itu dilakukan kerana tertekan selepas kematian bapanya pada Mei tahun lalu.

Mohd Fauzi: "Kamu merogol adik sendiri kerana tertekan atas kematian bapa kamu, tidakkah kamu tahu perbuatan kamu itu menimbulkan masalah yang lebih besar?".

Tertuduh: (Tunduk dan diam saja)

Ibunya, berusia lingkungan 50-an yang duduk di belakang kandang tertuduh kelihatan menangis selepas Mohd Fauzi menjatuhkan hukuman ke atas remaja berusia 19 tahun itu.

Remaja yang tidak mempunyai pekerjaan tetap sebelum itu merayu bagi meringankan hukuman dengan alasan mempunyai seorang ibu yang sudah tua dan sudah mengaku salah terhadap perbuatannya.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Lim Ah Bah memohon kepada mahkamah supaya menjatuhkan hukuman berat terhadap tertuduh kerana ia membabitkan kesalahan serius iaitu sumbang mahram.

"Perbuatan tertuduh memberikan kesan trauma yang teruk terhadap adiknya, sehubungan itu hukuman yang setimpal wajar dikenakan terhadap tertuduh," katanya.

Sementara itu, laporan akhlak tertuduh daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat yang dikemukakan kepada mahkamah menyatakan remaja terbabit gemar menonton filem lucah bersama rakannya di rumah ketika ketiadaan ibunya.

Remaja itu didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi tuduhan pertama, dia dituduh merogol adiknya di sebuah rumah di Jalan Abdul Rahman, Parit Jawa, dekat sini, pada Mei 2005.

Bagi tuduhan kedua, dia dituduh melakukan perbuatan sama terhadap mangsa di tempat yang sama pada 14 Februari lalu.

Pada 7 Mac lalu, mahkamah sama menjatuhkan hukuman yang sama terhadap abang tertuduh berusia 23 tahun selepas mengaku merogol adiknya pada November 2004 dan 24 Januari lalu.

Petikan Berita Harian 21 Mac 2006
_________________________________________________________________________

Pelik2 btul la dunia skarang nih. Aku baca pon jadi heran. Ade relate ngan penulisan aku sblm ni tentang Nafsu tuh. Budak ni dah la sebaya aku je..tapi dah kene penjara 30 tahun sebab perbuatan yg bodoh dia nih. Sanggup merogol adik sendiri.

Kalau sblm ni kita penah membaca "bayangkan jika ibu, kakak atau adik perempuan kita dirogol..apekah perasaan kita?" Tapi nampaknya budak nih memang takde perasaan ape2..malah dengan slumbernya buat sumbang mahram yg terkutuk nih.

Nak tuding jari semata2 kat budak tu pon macam tak berapa nak kena...mungkin ade faktor lain..keluarga..macam dia kata la..atau latar belakang..pengaruh kawan....tapi...sampai merogol adik sendiri?!! Ape hal!

Aku pon ade adik perempuan..dan aku tahu..tugas dan tanggungjawab aku. Kalau abg sendiri rogol adik..habis sapa lagi nak protect adik sendiri?

Masyarakat hari ni memang dah semakin ketandusan tamadun akhlaq. Harap negara semakin maju..tapi peribadi diri tak maju..pemikiran pon tak berapa nak maju...well..maju in the sense of 'maju' tu adelaa..!

Ahh..terlalu bodoh utk difikirkan kewujudan manusia sebegini di dunia. Sanggup melakukan perbuatan keji macam ni. Memang wajar dihukum. Ini baru habuan dunia..entah macam mana habuan akhirat lagi.

Amikla itkibar bagaimana keadaan masyarakat kta nih....not a safe place anymore..

skema tu cmana??

Baru tadi ade sorang budak hantar message kat aku, “best la kawan ngan budak2 skema..macam ko”. Aku tanye budak ni balik, amende yang dimaksudkan dengan skema? Dia tak balas lagi. Tapi menariknya, aku pon nak tau amende yg dimaksudkan dengan skema nih? Budak yg lurus bendul ke? Atau seseorang yg tidak menarik peribadi dia? Yang asyik hidup tanpa exitemend? Atau cmana? Tahla..mungkin lain orang..lain pendapatnya. Aku nak cari dalam kamus pon..tah ade ke tidak. Ade ke? Skema yang bererti panduan tu adela kot, skema jawapan exam? Hurm. Ade skali tu, sornag pensyarah kat UPM citer kat aku, ”Baru semalam saya balik dari trip dengan student2 saya. Saya dengar diaorg nih asyik cakap skema..skema..” Pastu dia kuarkan 1 cerita yang aku terasa nak taip dalam blog nih. Kisahnya berlaku time zaman dulu2 kala la..nak kata zaman Rasulullah..aku pon tak pasti..tapi around2 waktu tu kot. Tak zaman Rasul..lepas Rasulullah wafat kot. Tapi citer dia tentang sorang budak kecik ni..nak bagi nama ape ek sebagai nama samaran? Erm..Sidiq la nama dia kan. Sidiq ni budak lagi la..belum remaja lagi aku rasa. Tapi tak kisah la. Yang aku nak ceritanya, sidiq ni akan ikut kabilah pedagang untuk ke satu tmpat yang dia nak tuju..tah nak buat ape kat sana..tak penting pon. Hehe. Maka sblm dia btolak, mak dia bagila duit saku. Banyak tuh. Nak jalan jauh ni..di perantauan kan. Oleh kerana mak dia khuatir duit tuh hilang ke..tercicir ke..so, mak dia pon jahit kantung duit tuh kat dalam jubah sidiq nih. So..tergantung la duit yg banyak dalam jubahnya..tanpa terzahir oleh orang luar. Sblm sidiq nak berangkat nih..dia cium la mak dia..abis ucap i love u mom sume tuh..pehtu mak dia yg tabah ni pesan kat anak dia.. ”berkatalah benar wahai anakku setiap masa”. Sidiq ni sememangnya anak yg taat pada mak. Maka dia menjawab ”orait mother..i will”..lebih kurang camtu lah. Maka kabilah ni pon bertolaklah bersama sorang budak kecik nih. Sesampainya di satu kawasan, kabilah pedagang yg penuh barangan2 berharga nih dikejutkan oleh perompak2 yang tah dari mana tah datang. Tetibe kene sergah ngan sekumpulan perompak plak. Perompak ni ade ketua perompaknya yg ganas. Maka kumpulan perompak nih rompakla segala barang yg berharga yg ade. Tapi perompak tu tak brapa nak heran ngan budak yg nama sidiq ni..diaorg takla bajet budak ni bawak duit banyak..ala..budak je kan..buang masa check ade duit ke tak. Tapi ade sorang perompak ni saje nak test..mana tau dia dapat rezeki ke..kan. So dia tanya la ”oit budak..ko ade duit tak?”. Sidiq yg ingat pesan maknya tu kata ”ade je”. Perompak tuh sure tekejut sakan dengar jawapan sidiq ni. So dia kata la ”weh..ko jangan nak main2 ngan aku..aku ni perompak la..tak takut ke?”. Sidiq ngan slumbernya jawab ”la..betul la pakcik...saya ade duit ni..cuba tengok ni (sambil tunjuk duit blakang jubahnya)”. Perompak tu punya tekejot berok..banyak gile duit! So perompak ni bawak le kat ketua perompak dia nih sebab budak nih cam pelik je. Dah nak kene rompak..bleh btau lagi ade duit. So..sidiq dibawa mengadap ketua perompak tuh. Then ketua perompak ni tanya la sidiq ”budak..asal ko btau yg ko ade duit hah? Tak cuak ke ngan kitoarg?”. Then sidiq jawab la ”sebab mak saya suruh saya cakap benar setiap masa”. Perh..ketua perompak ni cam terasa gakla. Budak ni taat sungguh pada mak dia. Yang aku nih derhaka je..keje meompak la plak tuh. Then ketua perompak nih dengan izin Allah insaf akan perbuatannya..so..dikembalikan la sume barangan yg dirompak tuh pada kabilah yg ade. Tamat citer. So..kisah ni ade sikit sbnyk la kait ngan skema2 nih. Bayangkan la kalo kita jadi salah sorang pedagang2 dalam kabilah tuh..mesti kita dah kata ”apesal la budak nih pegi btau dia ade duit? Asal la skema sangat budak nih..nak kene rompak pon boleh cakap ade duit ke? Skema gile!”. Tapi itulah hakikat yg terjadi. Skemanya budak tuh menyebabkan ade perompak boleh insaf. Bukanla aku nak kata jadi skema ni bagus...tapi skema ni kadang2 disalah tafsir. Ade orang kata cakap benar ni skema. Hurm..memangla kalo dalam situasi sidiq tadi tuh, kita ade alasan la utk menipu time nak kene rompak..tapi sidiq nih lebih patuh pada ibunya dan taat pada perintah Allah untuk tidak menipu sesama manusia. Dan akhirnya tanpa sidiq sangka, ketua perompak leh insaf plak. So..skema bukanlah menjadi 1 masalah pon. Kalau orang panggil kita skema..tah2 dia pon tatau ape maksud skema..main cakap je. Atau maybe la dia tahu..tapi saje dengki dengan cara hidup kita..pastu nak label sesuka hati skema. Kalau tanak pegi movies, sbb gelap..or..mak tak bagi..”skema la ko”. Atau tanak kuar malam bersama kumpulan2 pompuan dan laki.. ”skema la ko”. Hmm..korang rasa cmana?

Jom pegi euphonious..

Tetibe je kawan aku ajak "weh..jom pegi euphonious jom..murah..RM5". Aku menjawab "tak nak" ringkas dan pendek. Time tu pon aku dok focus benda lain. Aku kira kawan aku tu takdela serious sangat. Sekali lagi dia cakap pasal euphonious ni pon..dia kata "malas plak..takde duit".

Amende euphonious nih? Aku cari dalam kamus pon takde. Tp cari dalam website, kuarla maksud:
1. pleasing to the ear
2. having a pleasant sound
untuk lebih terang lagi, ia merupakan sebuah pertandingan untuk band2 dalam UTP ni compete pastu nak cari ultimate band paling power la dalam UTP nih kononnya. Ape yang 'cantik'nya, pertandingan ni diuruskan oleh beberapa orang melayu..yang..aku rasa Islam kot.

Ape2 pon, motif yang aku nak tulis kat sini ialah aku nak ajak kawan2 yang aku sayangi, takyah la pegi petandingan tuh. Aku rasa takde mende yang akan kita dapat kalo pegi melainkan..well..please to the ear..yang aku pon tak pasti betul ke tidak sebab main guitar ngan drum smua sampai budak2 bleh lalai. Aku tak kesah la budak2 band ni nak main ape..guitar ke..drum ke..aku tak kata haram main bende2 tuh..tapi bila main bende yang halal untuk bende yang haram..last2 jadi haram gak.

Asal aku tak galak pegi euphonoius?
1. Pastinya laki dan pompuan dibiarkan bersepah je dalam dewan tuh..duduk la ikut suka korang..janji korang tengok la budak2 nak main music nih

2. Macam aku cakap tadi..ape manfaatnya pegi? Aku heran. Bila ade ceramah agama kat masjid, free plak tuh..tanak pegi. Tapi bila band2 ni buat show, kene bayar, sanggup kumpul duit scholar semata2 nak pegi. Pastu pegi pon..kalo gerenti dapat pahala..takpe gak. Tapi masalahnya..kat sudut mana yang boleh dapat pahala bila pegi sana? Aku yakin kalo pegi euphonious tuh..ade ke budak akan ingat Allah? ade ke band yang ajak kearah mengabdikan diri pada Allah?

Ish..aku cakap lebih2 kang..kata aku ustaz la..kata aku budak alim la..kata aku ni extremis la (macam amerika plak)..dan kata aku macam2 lagi. Kang jap lagi ade plak yang kata aku ni budak masjid nak ban event2 camni. Apelah salah aku untuk menyatakan perkara yang benar lagi haq? Adekah aku harus jadi ulama' baru boleh kata "eh..korang..jgn pegi euphonoius tuh". Aku tidak kisah kalau student2 non-malay pegi..atau lebih telusnya aku kata..non-muslim (mana la tau kot2 ade orang melayu bukan Islam? Tapi hairannya orang melayu yang Islam ni..bila cakap dia tak Islam..marah..padahal perbuatan lebih kurang je macam budak Islam - memangla kita tak berhak nak hukum orang camtu je). Aku juga berhak nak mengatakan yang benar. Lagipun ni blog aku?

Aku masih ingat lagi kata2 kawanku semasa kami berbual, "Jangan sampai bala' Allah turun kat kita sebab ade sesetengah dari kita nih buat perbuatan yang Allah murka". Macam kat aceh tuh. Kalau Allah nak bagi Tsunami, kejap je..tak sampai 10 minit..bape ratus ribu nyawa boleh terkorban? Manusia ni memang mudah lupa. Bila Allah turunkan bala' bencana..cuak! Time tu la nak stop sambutan2 new year la..pastu bile Allah bagi hidup aman dan tenang...mula lupa. Stat buak maksiat balik. Manusia2..kesian betul.

Aku nak korang bayangkanla seperti korang naik roket dari bilik korang. Kita skarang stat perjalanan dari dalam bilik/rumah/cc etc. Tengah membaca blog nih. Pastu kita naik sket..tengok luar tingkap, nampak la bumbung, pastu naik lagi nampak la bandar kita tinggal nih. Kalau aku, di Tronoh nih (tronoh?!). Pastu kita naik lagi tinggi, nampak la kawasan2 yang lain, bandar2 lain, daerah, pastu naik lagi..nampak negeri. Kalau aku ni nampak Perak la. Pastu kita terbang lagi ke atas, nampak la Malaysia. Terbang lagi..dan terbang lagi..nampak la negara2 jiran kita..Asia Tenggara..kemudian terbang lagi nampak benua Asia.

Terbaaang lagi nampak dunia. Globe dunia yang macam kita slalu nampak tuh. Nampak lautan biru, daratan hijau. Kemudian kita naik lagi..sampai kita nampak bumi tu bagaikan sebesar titik bola sepak, bola pingpong, guli, kemudian sebesar noktah atas keyboard korang tuh. Kemudian naik lagi..anggap jela roket korang nih ade kuasa supersonic, korang naik lagi, nampak matahari pon dah makin jauh dengan kita dan akhirnya nampak galaksi bima sakti yang kita duduk nih..ade banyak matahari lagi dalam galaksi kita nih. Yang akhirnya kita akan nampak sluruh cakerawala..pastu alam semesta yang penuh dengan galaksi2 nih. And yet..smua tu makhluk Allah..dimana kita sendiri percaya Allah tu Maha Besar (stiap kali takbiratul ihram sebut kan?)

Bayangkan betapa kerdilnya kita?! Manusia ni bagaikan habuk je kalau nak dibandingkan dengan makhluk2 Allah yang lain (matahari, planet2, alam semesta). Jangan tengok sume tu..hatta haiwan2 & tumbuhan yg ade dalam bumi ni pon lebih besar dari kita. Tapi Allah muliakan manusia gak..sebab manusia ni ade akal. Walaubagaimana pun..kadang2..manusia nih tah skru bahagian mana tercabut..tanak bersyukur dan tanak guna akal yg Allah bagi tuh. DIaorg ingat akal tuh milik diaorg le tuh..ingat akal yg ade tuh..tetibe je ade dalam otak diaorg.

Bayangkanla kalau Allah murka kat kita..marahkan kita..tak ke sekejap je Dia boleh hancurkan bumi yang kita duduk nih? Tapi haritu Dia bagi tempias daripada sejumlah 73.33% (btul ke nih? aku lupa) air yg ade di muka bumi nih..mula 1 dunia gempar! TSUNAMI! Tapi smua tu tinggal kenangan.

Ah..jauh plak aku membebel nih. Tapi ape2 pon...sebagai manusia..cuba la ketuk sket kepala tuh dan fikir secara rasional..adakah aku hidup di bumi ni untuk berhibur? martabatkan band di persada universiti.

Hurm~ Fikirkanlah. Aku suka korang berfikir daripada aku fikirkan utk korang. Kalau korang tak reti nak berfikir..serupa takyah je ade akal dan otak tuh.
Buat organ transplant pon lagi bagus. Haha..

Lelakiphobia & nafsu

Oh well..macam nak menulis lagi (apesal la dah nak dekat test ni rajin menulis..someone hit me with a baseball bat please).

Aku terima lagi message. "I hate men" oleh kakak yang sama yang menceritakan tentang rakan2nya tak solat tuh. Hmm..okey. "apesal pulak benci laki?". Dijawabnya "ntah, benci lelaki. Laki ni banyak perangai buruk, ego, gatal, miang, suka ckp psl se*s, nk main2kan pompuan, memilih, taste tinggi, tak minat kawen".

Ooo..laki camtu ke? "Pompuan takde yang camtu ke kak?". "Pompuan ni pmalu, xla straight to the point nk gatal2 ni or nk ckp pasal s***, laki ni trus terang je nak ckp suke hati". Aku menjawab "agaknye akak kenal laki yang camtu je kot dalam hidup akak? Kalau nak ikut pompuan pon ade je camtu gak".

Cukuplah disitu sahaja aku coretkan dalam blog nih. Kata2 terakhir yang aku type di atas tuh, takde niat langsung nak mengatakan pompuan pon suka bual tentang s*ks nih.
Tapi kakak tadi tu harus sedar..bukannya semua lelaki sama. Dan bukan semua perempuan itu sama. "akak kot jenis pemalu..ade je pompuan tak malu" balasku padanya. Aku pernah melihat kawan lelaki ku menerima message dari perempuan yang ingin berbual tentang pekara ni. Itu perempuan yang pemalukah?? Dalam dunia ni, jgn disangka semua manusia sama.

Aku sedar lelaki ni memang dari segi psikologinya, nafsu mereka ditarget pada makhluk bernama perempuan..tapi aku percaya bukan semua lelaki begitu. Aku juga lelaki? Mungkinlah kakak ni tak banyak kenal lelaki..dan lelaki yang dikenalinya semua tergolong dalam kategori yang sama. Walaubagaimana pun..memang tak dinafikan..ada kelompok laki ni suka mengejar nafsu yang murah.

Allah memberikan cara yang halal iaitu jalan perkahwinan..tapi ada segelintir manusia nih malas nak pikul tanggungjawab yang berat. Nak kepuasan..tapi kene tanggung keluarga pulak. Itu amat berat bagi sesetengah manusia. Lantas orang barat menunjukkan cara yang pantas melalui perhubungan s*ks rambang dan zina yang dilakonkan sekurang2nya dalam 1 babak muvi2 mereka. Ataupun mereka menggalakkan untuk berbual tentang perkara tersebut daripada majalah2 mereka (skarang ni dah nak sebar kat Indon dah..PLAYdotdot tuh).
Tak dilupakan iklan2 visual menyakitkan-mata mereka dalam internet nih. Frenster contoh terbaik.

Laki yang bodoh..akan menurut hawa nafsunya yang dibelai oleh syaitan. WAHAI KAUM LELAKI yang membaca! Sedarlah. Kalau hensem takpe jugak. Eh..bukan. Aku bukan nak kata aku ni baik sangat. Aku juga bernafsu. Tapi nasfu yang diberi Allah tu, adalah untuk menguji sejauh mana kita memandunya. Sama ada kearah kebaikkan atau keburukan.

Pernah 1 masa, aku dalam lab circuit theory, kawanku yang lelaki bertanya "aku heran la..asal la laki ni suka cakap pasal pompuan?!" Aku agak terperanjat dengan soalan ni..tapi aku tidak menzahirkannya. Aku buat cool dengan menjawab "bukan ke laki tu nafsunya 1? yang 1 itulah perempuan".

"perh..lawa la awek tuh" atau "weih..tadi si A tu sebut nama akula.." atau "perempuan yang duduk depan ko tu ape nama?" bagaikan menjadi bualan rasmi bagi orang lelaki. Bila ditegur "weh..tak abis2 pasal pompuan"..akan diperli "eh..ko Gay ke?". Mudahnya mengiktiraf seseorang sebagai Gay ek? Dah tu..Nabi berpelukkan dengan sahabatnya, cintakan sahabatnya, dikatakan Gay ke? Nauzubillah! Baru tegur sket je..dah kene tuduh gay. Tak paham akU!

Sepatutnya zaman muda ni, tenaga yang ada digunakan pada jalan yang baik. Baik la ko jalan dari village pegi masjid daripada bazir tenaga pergi jumpe awek setiap malam. Daripada abiskan tenaga kat mulut cakap pasal pompuan je..baik salurkan tenaga kat mulut baca quraan. Ingat bulan ramadhan je ke kene baca quraan? ingat malam jumaat je ke baca quraan? ingat bila orang mati je ke baca quraan? Daripada gayut siang malam ngan awek tuh, baik je saving duit tuh utk benda yang lebih baik. Skarang pon harga minyak dah naik. PM pon suruh ubah gaya hidup..apa kata ubah gaya hidup daripada asyik cakap pasal pompuan, asyik berkepit sini sana..kepada gaya hidup yang lebih sihat dan tenang.

Takde awek bukanlah bermakna hidup kita dah kiamat. Masih banyak lagi yang perlu difikirkan dari awekla. Otak laki bukan semata2 diprogramkan untuk perempuan. Inila yang terjadi kepada beberapa pemerintah dunia yang tewas dengan perempuan sampai pemerintahannya menjadi lemah dan akhirnya empayar mereka runtuh. Banyak dah terjadi. Aku dah lupe..tak dapat nak mention. Haha.

Masih ada lagikah lelaki seperti Nabi Allah Yusuf dimuka bumi ini??

Ape jawapanku?

Bismillah

Beberapa hari yang lepas, aku menerima sms dari kawan sekelasku di kolej matrikulasi pulau pinang. Kandungan sms nya "rumet aku yang cina tu tanye macam2 soalan kat aku pasal Islam. Macam mana aku nak jawab ni? Dia tanya kenapa perempuan Islam tak pakai tudung padahal wajib". Aku pon replylah ape yang patut dengan penerangan bahawa ORANG Islam skarang ni..tidak smuanya mengikut ajaran Islam. Islam tinggal pada nama sahaja. Tidak lebih dari itu. Tidak ada bezanya dengan agama lain juga. Ade sahaja orang kristian yang tidak mahu menuruti ajaran kristian yang sebenar. Bahkan semua ajaran agama mengajar dan menganjurkan agar berbuat baik, namun manusia yang begitu degil..tidak mahu menuruti ajaran tersebut. Ini bukan satu keajaiban

Tapi soalan pelajar cina tu memang membuatkan kawan aku di sana terkejut dan menyedarkannya bahawa ilmu yang dia ada tidak mencukupi untuk menjawab persoalan tersebut. Dan aku sendiri pon percaya bahawa ilmu aku pon tidak dapat menjawab persoalan yang ditujukannya dengan baik dan berhikmah. Ada lagi perkataan yang sepatutnya boleh menarik minat pelajar cina tersebut untuk mendalami Islam sendiri.

Kemudian plajar cina tersebut bertanya lagi "kenapa anak luar nikah takleh dibinkan dengan ayah yang menjaganya? bukannya anak tu yang bersalah. Diskriminasi la takleh nak dibinkan dengan ayah yang jaga dia". Aku tak pasti jawapan ini. Aku tak jawab. Aku suruh kawan aku tu rujuk ustaz atau ustazah di sana sahaja. Soalan ni, aku sendiri pon belum terfikir jawapannya. Nampaknya bersungguh2 pelajar cina tu ingin kepastian. Kawan aku terasa begitu jahil dan azamnya akan berusaha utk menambah ilmunya. Begitu juga dengan aku.

Tapi peristiwa tersebut sepatutnya membuka minda kita. Peristiwa ni bukanlah kali pertama dalam sejarah ummat Islam di Malaysia...dan pastinya bukan kali terakhir..tapi mampukah kita menjawab persoalan2 yang bakal ditanya pada masa akan datang?? KEsungguhan pelajar tadi mengetahui tentang Islam...atau mungkin ada pihak yang menerangkan padanya dengan niat utk memburukkan Islam..wallahu'alam. Tapi ia menunjukkan pelajar tadi concern tentang Islam..ummat Islam ade concern ke dengan Islam sendiri???? Bukalah minda kita.

Lepas aku terima message dari kawan ana di pulau pinang, message sampai lagi dari seorang kakak di shah alam. Katanya "housemate akak ni semuanya tak hirau pasal solat. Semuanya tak penah sentuh telekung (sebagai ibarat tak pnah nak amik tahu pasal solat). Tapi semuanya pakai tudung..cumanya tudung tu pun..bukanlah tudung yang menepati syarat". Hmm..sama. Islam hanya pada nama...dan mungkin separa-pemakaian. Namun, inilah realiti masyarakat Islam skarang. Beginilah Islam skarang. Hinggakan kita boleh sahaja diperlekeh oleh orang kuffar.

Teringat khutbah jumaat yang lepas. Kecintaan kita pada rasulullah bukanlah sahaja dimanifestasikan dengan berdemonstrasi..tapi yang lebih penting kita memupuk rasa cinta kita dengan mengikuti sunnah baginda S.A.W. Marah pon marah gak..tapi biarlah pada tempatnya.
Kalau kita berdemonstarsi tapi solat sunnat pon tak penah nak buat..ape guna? Berdemonstrasi tapi Al-Quraan pon pegang sekali sebulan..atau skali setahun?? Macam mana?

Ape2 pon..setiap hati2 kita yang mengaku sebagai seorang Muslim, janganlah kita abaikan tanggungjawab kita sebagai hamba pada Allah. Sesetengah orang suka amik jalan mudah tanak ikut suruhan Allah..itu yang diaorg tak solat. Tanak puasa. Yang wajib ditinggalkan. Apetah lagi yang sunnat. Tapi bila kita dihina..diperlekeh..dipermainkan oleh orang kafir..kita marah..kita geram. Setakat marah dan geram..rasanya baik kita muhasabah diri balik. Bukannya salah orang kafir tu perlekeh kan kita..memang kerja diaorg seperti dalam firman Allah bahawa orang yahudi dan nasrani tidak sesekali akan redha dengan kita selagi kita tak ikut agama mereka. Tapi yang lebih penting lagi..bagaimana diri kita ini..method kita utk menentang mereka..perlu kita fikirkan bersama.

Rasulullah dan para sahabatnya tak terjun ke medan peperangan dengan persediaan fizikal semata-mata..tapi ruh iman mereka telah dipupuk dengan mantap dan stabil sehinggakan mereka yakin bahawa Allah akan kurniakan kemenangan buat mereka. Bukan seperti skarang ni...berpandukan pada nafsu..akhirnya..menemui penyelesaian yang buntu.

Erk~ okeyla..bebel banyak sangat. Kene study nih. Ape2 pon..marilah bersama kita amik pengajaran.

Wassalam

Cuba membina

Bismillah.

Herm..~ tengah try out blogspot sebagai alternative blog. Dah lama nak beralih sebenarnya atas sebab visual2 yang tak sepatutnya dihiasi pada blogdrive aku tuh. Tapi disadvantagenye blogspot ni di bilik aku ialah, LEMBAB sangat nak load dia berbanding blogdrive. Hmm...tengoklah..kalau time delay loading web page blogspot ni improve..maybe aku akan pindah ke sini.

Wassalam

(who in the world will read this blog? haha)

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP