Memaparkan catatan dengan label sabar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sabar. Papar semua catatan

Isnin, Disember 07, 2009

Allah tarik sebentar nikmat jari..

Bismillah..

Jumaat lepas..semasa nak ke restoren bersama kawan dan 2 pasangan pakcik makcik yg saya kenali, saya telah dengan cuainya tersepit ibu jari KANAN saya sendiri di pintu kereta pakcik makcik ini. Menyebabkan saya hampir pitam.

Begitulah Allah menguji hamba2Nya dan menarik sebentar nikmat ibu jari ni. Tapi ada juga yg beri kata semangat "belum kena panah lagi mcm para sahabat dulu yg pergi berjuang di medan jihad kan?". Fuh..menusuk sungguh tazkirah dari makcik2 yg saya temui semasa program weekend baru ni.

Terima kasih semua kerana mendoakan. Saya tak mahu upload gambar ibu jari saya sendiri buat masa ini di sini.

Sekian..

p/s: sedang belajar mcm mana nak menggunakan tangan kanan tanpa ibu kepada jari2 yg lain..asalnya jari2 ni ada ibu..skarang ibu dah cedera pula buat sementara

Selasa, Ogos 04, 2009

Doakan Tokoh Palestin & Sejarah Nusantara kita

Bismillah.

Just read my dear friend's blog, Qayyim. Korang bleh klik di sini: http://qayyimhafidzi.blogspot.com/2009/08/230am-pulang-mendengar-wasiat.html

Let's pray the best for Dr Hafidzi's health.

Dr Hafidzi telah banyak menyumbang dalam isu2 Palestin & Nusantara. Termasuklah salah 1 penulisan yg ditulis dalam blog ini berkaitan dengan Sejarah Nusantara.

Semoga Dr Hafidzi diberi kekuatan oleh Allah dan segera sembuh dari ketidak-sihatnya. Supaya beliau boleh kembali berdiri dan bersemangat menyampaikan mesej2 dakwah & melatih pelapis2 utk masa depan!

Dr Hafidzi

Making doa won't harm anyone.

Selasa, Mei 19, 2009

Dah menghilangkan semua link..

Bismillah.

Assalamualaikum semua pengunjung blog ini.

Ya..blog ini dah berubah wajah. Walaupun tidak berubah kepada yg lebih menangkap mata manusia, tapi sekurang2nya dah berubah dari templat yg berapa lama entah saya dah guna itu.

Namun begitu, ada 1 pengajaran telah berlaku. Seperti mana kalian boleh tengok sendiri, kesemua sidebar saya sudah hilang terutamanya LINKS saya ke blog lain yg mana pada kebiasaan saya, saya akan klik di bahagian link itu sahaja utk ke blog2 dan laman web rakan-rakan, sahabat serta sesiapa yg pernah meninggalkan jejak di sini.

Oleh yg demikian, besar harapan saya sekiranya pengunjung2 yg tak pernah tinggalkan jejak di sni tetapi anda salah sorang dari senarai LINK saya, sila tinggalkan jejak anda di comment entry ini. Kalau bukan dalam senarai link saya tetapi slalu datang pun, tolong tinggalkan jejak ya.

Saya terpaksa senaraikan balik semua link2 yg sudah hilang itu dan saya tidak ingat setiap satu.

Saya rasa saya akan selesaikan blog ini selepas saya tamat peperiksaan kot. Tak sanggup nak abiskan masa yg lama utk memperbetulkan keadaan.

Ape yg dah jadi..jadilah. Ade hikmah knapa Allah hilangkan link2 tu.

Sekian terima kasih. Terima kasih juga kerana mengunjungi blog ini.

UPDATED!! (at 10.11pm 21st May 2009)

Alhamdulillah sedang cuba mengembalikan senarai dalam link. Sesiapa yg tertinggal tolong maklumkan saya. Fuh~ (lap keringat)

Wassalam

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP