Memaparkan catatan dengan label ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ramadhan. Papar semua catatan

Isnin, Ogos 31, 2009

Ape yg keluar dari mulut mencerminkan akhlak kita =)

Salam,

Salam Ramadhan ke-11. Dah 10 hari Ramadhan berlalu. Masa utk muhasabah 10 hari yg lepas adakah sudah cukup utk kita melepasi Ramadhan dengan penuh makna? Jgnla asek nyanyi lagu Man Bai "Ku Mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna" semata-mata..

Haritu..ade solat tarawih kat 1 tempat nih *dirahsiakan lokasi..tapi kalo dpt teka tu, rezeki la tuh~*.

Seusai 4 rakaat tarawih, bermulalah sesi tazkirah. Maka pengerusi menjemput, "dipersilakan ustaz dot dot dot utk memberikan tazkirahnya". Ustaz ni mmg nampak muda la. Skali tengok, maybe 25-26 kot. Tataulah kalau dah mencecah 30an. Tapi pendek kata, muda la. Muqaddimah tazkirah memang mantop...dengan ayat Quraannye. Subhanallah.

Tapi setelah tazkirahnya masuk minit ke-5, minit ke-10, minit ke-20, macam2 perkataan yg pada saya pelik sebagai seorang ustaz utk mengeluarkannya. Saya pun tak mahu nak aibkan tapi terpaksa beri contoh juga. HArap ini bukan proses mengaibkan sesapa, tetapi pengajaran utk kita semua.

Bila ustaz ni memberi contoh, to the extreme dia akan sebut "kepala hotak berjambul". I think 1-2 kali jugakla keluar "kepala otak" nih. Then nak express about kezaliman, (sorry to say - since ustaz ini mungkin ada jawatan dalam sebuah parti pembangkang - ini yg saya berat nk ckp nih - jadi kezaliman itu adalah berkait dgn kezaliman kerajaan), maka dia akan menyebut "zalim nak mampos".

Then came another example about husband and wife. Ade part yg ceritanya wife ni tak puas hati dengan si suami, maka keluarlah "sial punya suami".

I was like..HUH?!! Apekah tazkirah sprt ini???

Ni bukan berniat nak jatuhkan mane2 pihak atau menimbulkan kontroversi ke ape. Okela maybe ustaz ni silap ke ape..atau cara dia ni boleh diterima oleh sesetengah negeri/kawasan/pendengar..wallahu'alam. Tapi bile dah beri tazkirah utk umum ni, kena la take extra care and precaution tentang insurans mulut ini.

Saya jadi kesian ngan ustaz ini. Rupanya bukan saya sornag. Ramai lagi yg risau dan kesian dengan ustaz ini. Ape tidaknye, dahla muda lagi, lepastu dah keluar kata-kata camtu. Saya memang kena iktiraf ilmu ustaz ini memang banyak sbb belajar di pondok dan di timur tengah. Memang gaya macam banyak ilmu, tetapi bila keluar perkataan2 pelik dari mulut..wah...terus runtuh segala binaan HORMAT pada ustaz ini..Pulak tu nanti masa akan datang beliau ini akan jadi pemimpin, rujukan masyarakat, ustaz yang dijemput memberikan ceramah merata2.

Okelah. Abaikan pasal ustaz ini. Semoga Allah ampunkan beliau..dan ampunkan kita semua.

Pengajaran 1: Marilah sama2 kita menjaga mulut kita. Ye memang kadang2 boleh terlanjur kata, tetapi from time to time kena la muhasabah kan..sejauh mana perkataan yg keluar dari mulut kita itu menggambarkan kita sebagai seorang Muslim yg dihormati orang, Muslim yg diredhai Allah segala amalan kita..

Pengajaran 2: Know your audience before giving any lecture/presentation/tazkirah. Jangan la anggap semua audience akan terima sekiranya memberi tazkirah kepada khalayak ramai yg terdiri daripada pelbagai latar belakang

Pengajara 3: Mintak Allah guide segala tutur kata kita..

Selasa, September 02, 2008

Ramadhan Kembali Menjelma




Ramadhan Mubarak everyone~!




Jom tadarus..online pun boley..
http://www.quranflash.com/en/quranflash.html

Khamis, November 01, 2007

Fenomena tarawih semasa Ramadhan

Fenomena bulan Ramadhan



Malam Ke-4 Ramadhan (1/3 awal Ramadhan)



Malam ke-11 Ramadhan (1/3 pertengahan Ramadhan)




Malam 27 Ramadhan (1/3 akhir Ramadhan)

Tak tahu la...mungkin semua dah malas nak turun, atau semua dah sibuk dengan hal duniawi sprt membuat kuih raya (tapi takkan kat UTP hampir separuh lelaki yg datang tarawih awal ramadhan nak buat kuih raya pada akhir ramadhan kot??)

Tapi ini memang fenomena yang biasa dilihat di mana2. Bersemangat di awal Ramadhan je.

Selasa, September 04, 2007

Hadith Dhaif & Maudhu berkaitan Ramadhan

Seringkali ramai para ustaz, penceramah membawa hadith-hadith ini sedangkan ianya bukan hadith dan tidak boleh dinisbahkan kepada rasulullah.

Antaranya yang boleh kita dapati ialah seperti berikut :

Pertama

“Kalaulah seseorang itu mengetahui apa yang ada pada bulan Ramadhan itu nescaya mereka akan mengharap bahawa sepanjang tahun itu seluruhnya ialah Ramadhan sahaja…”

Hukumnya ialah hadith Palsu, hadith di atas diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah no. 1886 dan Ibn Jauzi meletakkan hadith ini dalam kitab Al-Maudhu’at m/s 188-189 Jilid 2 dan Abu ya’la dalam Musnadnya.

Diriwayatkan hadith di atas daripada Jarir ibn Ayub dari Sya’bi dari Nafi’ bin burdah dari Abi Mas’ud al-ghifari.

Hadith ini palsu dan disebut oleh Ibn Hajar ra (Lihat Lisan Mizan m/s 101 Jilid 2) bahawa ianya (Jarir ibn Ayub) ialah seorang dhaif dan juga disebut oleh Abu Nu’aim bahawa dianya pereka hadith dan berkata Bukhari dirinya ialah Mungkar hadith dan berkata Nasaie dirinya ialah matruk (ditinggalkan hadithnya).

Kedua

“Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu sebuah bulan yang agung, bulan yang padanya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan dan Allah menjadikan puasa padanya suatu yang fardhu dan mendirikan malamnya sebagai sunat dituntut dan barangsiapa yang mengerjakan sunat pada bulan tersebut maka ganjarannya sama seperti mengerjakan amalan fardhu …
dan itulah bulan yang awalnya ialah rahmat dan pertengahannya ialah pengampunan dan pengakhirannya ialah pembebasan dari api neraka”


Hukum hadith ini ialah dhaif, hadith ini sangat panjang dan diringkaskan sekadar mendapat pemahaman. Diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah no. 1887 dari riwayat Ali ibn Yazid dari Said ibn Musaiyib dari Salman.

Hadith ini dhaif kerana Ali Ibn Yazid itu dhaif dan tidak dikehendaki hadithnya seperti kata Ibn Saad dan berkata Ahmad ibn hambal ra dirinya bukanlah kuat, dan ibn Ma’in mengatakan dhaif dan demikian oleh ibn Khuzaimah sendiri mengatakan dirinya lemah ingatan dan tidak dikehendaki hadithnya juga oleh Ibn Abi Hatim dari bapanya dalam Ilal Abi Hatim m/s 249 Jilid 1 bahawa ini ialah hadith mungkar.


Ketiga

“Berpuasalah kamu maka nescaya kamu sihat”

Hukum hadith ini ialah dhaif, ianya ialah potongan hadith dari apa yang diriwayatkan ibn adi dalam Al-Ka’mil no. 2521 Jilid 7 dari Nahsyal dari dha’hak dari ibn Abbas ra.

Nahsyal ialah matruk hadithnya (tidak diterima) kerana berdusta dan Dhahak pula tida pernah mendengar hadith dari Ibn Abbas ra.

Diriwayatkan juga oleh Tibrani dalam Al-Aushat, Abu Nu’aim dari riwayat lain iaitu dari Muhammad ibn Sulaiman ibn Abi Daud dari Zuhair ibn Muhammad dari Suhail ibn Abi Soleh dari Abu Hurairah ra.

Sanad ini dhaif dan hadithnya mungkar.

Keempat

“Barangsiapa yang berbuka sehari dalam bulan Ramadhan tanpa uzur dan tanpa sakit maka tidak tergantilah puasanya sepanjang masa sekalipun ianya berpuasa”

Hukum hadith ini ialah dhaif dan ianya terdapat dalam sahih Bukhari secara tergantung tanpa sanad. Diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah ra dalam sahihnya no. 1987 dan Tirmidzi no. 723 dan Abu Daud no. 2397 dan Ibn Majah no. 1672 dan Nasaie , Baihaqi dan Ibn hajar dari jalan Abi Muthawis dari bapanya dari Abu Hurairah ra.

Permasalahan hadith ini mengandungi kegoncangan, keraguan dan kejahilan perawi bernama Abu Muthaiws ini dan keraguan mengenai benarkah mendengar bapanya dari Abu Hurairah.

Berkata Ibn Khuzaimah ra, sekiranya benar khabar ini maka aku sendiri tidak mengetahui siapakah dia ini dan bapanya.


Kelima


Wahai manusia sesungguhnya kamu berada di dalam bulan yang agung, bulan di mana di dalamnya lebih baik dari seribu bulan, menjadikan puasa di dalamnya sebagai fardu dan qiyamul lail sebagai ibadah”

Status: Dhaif. rujuk al-Ilal 1/249. Silsilah al-Dhaifah - no. 871


Keenam


"Orang yang berpuasa itu tetap di dalam ibadat meskipun ia tidur diatas kasurnya".
Sanad hadith ini Maudlu'/Palsu

Kerana ada seorang rawi yang bernama Muhammad bin Ahmad bin Suhail, dia ini seorang yang tukang pemalsu hadith, demikian diterangkan Imam Dzahabi di kitabnya Adl-Dluafa.
Periksalah kitab : Silsilah Ahaadist Dhaif wal Maudl'uah No. 653, Faidlul Qodir No. hadith 5125.

Ketujuh


"Tidurnya orang yang berpuasa itu dianggap ibadah, dan diamnya merupakan tasbih, dan amalnya (diganjari) berlipat ganda, dan do'anya mustajab, sedang dosanya diampuni".
(Riwayat : Baihaqy di kitabnya Su'abul Iman, dari jalan Abdullah bin Abi Aufa).
Hadith ini derajadnya sangat Dha'if atau Maudlu.

Di sanadnya ada Sulaiman bin Umar An-Nakha'i, seorang pendusta (baca : Faidlul Qodir No. 9293).

Kelapan


"Dari Ibnu Abbas, ia berkata : Adalah Nabi SAW apabila berbuka (puasa) beliau mengucapkan : Allahumma Laka Shumna wa ala Rizqika Aftharna, Allahumma Taqabbal Minna Innaka Antas Samiul 'Alim (maksudnya : Ya Allah ! untuk-Mu aku berpuasa dan atas rizkqi dari-Mu kami berbuka. Ya Allah ! Terimalah amal-amal kami, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar, Maha Mengetahui).
(Riwayat : Daruqutni di kitab Sunannya, Ibnu Sunni di kitabnya 'Amal Yaum wa-Lailah No. 473. Thabrani di kitabnya Mu'jamul Kabir).
Sanad hadith ini sangat Lemah/Dhaif

Ada perawi yang bernama : Abdul Malik bin Harun bin 'Antarah. Dia ini rawi yang sangat lemah. Kata Imam Ahmad bin Hambal : Abdul Malik Doh'if
Kata Imam Yahya : Kadzdzab (pendusta)
Kata Imam Ibnu Hibban : pemalsu hadith
Kata Imam Dzahabi : di dituduh pemalsu hadith
Kata Imam Abu Hatim : Matruk (orang yang ditinggalkan riwayatnya)
Kata Imam Sa'dy : Dajjal, pendusta.

Hadith Doa yang tarafnya Hasan & boleh diterima pakai:

"Dari Ibnu Umar, adalah Rasulullah SAW, apabila berbuka (puasa) beliau mengucapkan : DZAHABAZH ZHAAMA-U WABTALLATIL 'URUQU WA TSABATAL AJRU INSYA ALLAH (maksudnya : Telah hilanglah dahaga, telah basahlah kerongkongan/urat-urat, dan telah tetap ganjaran/pahala, Inysa allah).”

(Hadith HASAN, riwayat : Abu Dawud No. 2357, Nasa'i 1/66. Daruquthni dan ia mengatakan sanad hadith ini HASAN. Hakim 1/422 Baihaqy 4/239) Al-Albani menyetujui apa yang dikatakan Daruquthni.!

Saya (Abdul Hakim bin Amir Abdat) berpandangan : Rawi-rawi dalam sanad hadith ini semuanya kepercayaan (tsiqah), kecuali Husain bin Waaqid seorang rawi yang tsiqah tapi padanya ada sedikit kelemahan (Tahdzibut-Tahdzib 2/373). Maka tepatlah kalau dikatakan hadith ini HASAN.


Wallahualam

Sebagai kesimpulannya hendaklah kita mengawasi dari mengatakan sesuatu terhadap agama dan menyampaikannya kepada manusia melainkan yang telah terbukti sahih dan diyakini selamat dan benar.


Sedang Rasulullah bersabda : " Berhati-hatilah kamu terhadap apa yang disampaikan dari aku melainkan kamu mengetahuinya (akan kebenarannya)” (Hadith Hasan, Riwayat Tirmidzi, Abi Syaibah dan Ahmad).


"Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang kamu tidak ketahui kerana Sesungguhnya pendengaran kamu, penglihatan kamu dan hati kamu semuanya akan ditanya dan dipersoalkan."
(Surah Al-Isra : 36).

Diambil dari:
http://ustaz.blogspot.com/2005_10_09_archive.html
http://myislam.blogspot.com/2005/08/hadist-popular-yang-palsu-pada-bulan.html

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP