Ape yg keluar dari mulut mencerminkan akhlak kita =)
Salam,
Salam Ramadhan ke-11. Dah 10 hari Ramadhan berlalu. Masa utk muhasabah 10 hari yg lepas adakah sudah cukup utk kita melepasi Ramadhan dengan penuh makna? Jgnla asek nyanyi lagu Man Bai "Ku Mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna" semata-mata..
Haritu..ade solat tarawih kat 1 tempat nih *dirahsiakan lokasi..tapi kalo dpt teka tu, rezeki la tuh~*.
Seusai 4 rakaat tarawih, bermulalah sesi tazkirah. Maka pengerusi menjemput, "dipersilakan ustaz dot dot dot utk memberikan tazkirahnya". Ustaz ni mmg nampak muda la. Skali tengok, maybe 25-26 kot. Tataulah kalau dah mencecah 30an. Tapi pendek kata, muda la. Muqaddimah tazkirah memang mantop...dengan ayat Quraannye. Subhanallah.
Tapi setelah tazkirahnya masuk minit ke-5, minit ke-10, minit ke-20, macam2 perkataan yg pada saya pelik sebagai seorang ustaz utk mengeluarkannya. Saya pun tak mahu nak aibkan tapi terpaksa beri contoh juga. HArap ini bukan proses mengaibkan sesapa, tetapi pengajaran utk kita semua.
Bila ustaz ni memberi contoh, to the extreme dia akan sebut "kepala hotak berjambul". I think 1-2 kali jugakla keluar "kepala otak" nih. Then nak express about kezaliman, (sorry to say - since ustaz ini mungkin ada jawatan dalam sebuah parti pembangkang - ini yg saya berat nk ckp nih - jadi kezaliman itu adalah berkait dgn kezaliman kerajaan), maka dia akan menyebut "zalim nak mampos".
Then came another example about husband and wife. Ade part yg ceritanya wife ni tak puas hati dengan si suami, maka keluarlah "sial punya suami".
I was like..HUH?!! Apekah tazkirah sprt ini???
Ni bukan berniat nak jatuhkan mane2 pihak atau menimbulkan kontroversi ke ape. Okela maybe ustaz ni silap ke ape..atau cara dia ni boleh diterima oleh sesetengah negeri/kawasan/pendengar..wallahu'alam. Tapi bile dah beri tazkirah utk umum ni, kena la take extra care and precaution tentang insurans mulut ini.
Saya jadi kesian ngan ustaz ini. Rupanya bukan saya sornag. Ramai lagi yg risau dan kesian dengan ustaz ini. Ape tidaknye, dahla muda lagi, lepastu dah keluar kata-kata camtu. Saya memang kena iktiraf ilmu ustaz ini memang banyak sbb belajar di pondok dan di timur tengah. Memang gaya macam banyak ilmu, tetapi bila keluar perkataan2 pelik dari mulut..wah...terus runtuh segala binaan HORMAT pada ustaz ini..Pulak tu nanti masa akan datang beliau ini akan jadi pemimpin, rujukan masyarakat, ustaz yang dijemput memberikan ceramah merata2.
Okelah. Abaikan pasal ustaz ini. Semoga Allah ampunkan beliau..dan ampunkan kita semua.
Pengajaran 1: Marilah sama2 kita menjaga mulut kita. Ye memang kadang2 boleh terlanjur kata, tetapi from time to time kena la muhasabah kan..sejauh mana perkataan yg keluar dari mulut kita itu menggambarkan kita sebagai seorang Muslim yg dihormati orang, Muslim yg diredhai Allah segala amalan kita..
Pengajaran 2: Know your audience before giving any lecture/presentation/tazkirah. Jangan la anggap semua audience akan terima sekiranya memberi tazkirah kepada khalayak ramai yg terdiri daripada pelbagai latar belakang
Pengajara 3: Mintak Allah guide segala tutur kata kita..
10 komentar:
yup, akhlak yg baik itulah islam
..ya benar. kata kata cerminkan peribadi..
"tumpang lalu..."
"Know your audience before giving any lecture/presentation/tazkirah.."
>>depends juga la.rasanya jika kita dgr tazkirah etc di tempat bukan tempat kita,kita la yg kena fhm bhs tempatan d sana. mmg ada kawasan di Malaysia ni yg ckp kasar n kotor. but it doesnt meaning org yg bercakap tu x berakhlak kn?? ^_~
kadang2 ada jugak dengar words macam ni keluar masa ceramah2. which is sayang nya - ilmu yang disampaikan dah cukup baik, tapi disulam pulak dengan perkara yg kurang enak.
iktibar untuk kita bila nak menyampaikan sesuatu kepada orang lain inshaAllah...
to filiciumdecipiens & intan maisarah: terima kasih tinggalkan komen
to Tanpa Nama: thanx tinggalkan jejak. Cuma dalam kes ini, i'm very positif that tempat orang itu bukanlah tempat yg ckp kasar & kotor. Setakat yg diketahui, negeri Melaka je byk guna kata2 kasar ni. Tak tahulah negeri2 lain, ade tak? Tapi ustaz tu pun bukan dari negeri melaka. Negeri ape lagi ye ade bahasa2 kasar ni? mungkin boleh bagi pencerahan
to Deremind: yup~ rasa sedih pun ade..bile dia buat lawak..tak dpt nak gelak.. =(
Satu penghinaan yang melampau terhadap ulamak,yang aku rasa memang boleh dimaki hamun .gambar ni kawan aku copy dari blog Umno http://ijoks2009.blogspot.com/2009/09/2-ekoq-khinzir-kencingkan-gambar-tok.html
duh.
teringat tazkirah masa bee-tee-end.
pertama kali dengar tazkirah yg cacamarba.
well, dunia luar sungguh mencabar.
dan seme org pun nak bercakap-ttg-dakwah...
intan...
trus kan menulis dlm
blog.. smua nya perkara2 yg berguna..
jgn tulis benda2 mngarut cam org lain.. hehe..
ok.. go on..
to WF: tu ada unsur kepentingan2 lain dah tuh, sebab tu jadi cacamarba. kalo tujuannya murni, ikhlas kerana Allah, i think kita pn boleh accept walaupun ade kelemahannya
sha: ini bukan blog intan~ ^__^
erm. kekadang maybe ustaz yg bagi ceramah tu rasa dia patut ada rasa empathy terhadap audience dia. so, bila dia tgk audience dia anak muda remaja, dia patut cakap gaya anak muda. masalahnya, dia tu sebagai contoh, patutnya tunjukkan yg terbaik dari segala segi. bukan dok ikut gaya yg tak elok lalu membuatkan sesetengah org terfikir bahawa kata2 kesat dan kasar, bukan satu kesalahan.
ntahla, ni pendapat aku je. peace!
Catat Ulasan