Türkiye (3): Gün Üç - Cuma 10/6/2011 (Part 2)
Bismillah,
Bersambung lagi dalam Bahagian 3 Part 2 penulisan tentang Turki.
Bersambung lagi dalam Bahagian 3 Part 2 penulisan tentang Turki.
Disebabkan hari berjalan-jalan ni merupakan hari Jumaat, maka kami telah ke Masjid Sultan Ahmad (Masjid Biru) dahulu sebelum berjalan ke tempat lain.
Masjid Sultan Ahmad (Masjid Biru) sebelum masuk ke entrance |
Sewaktu kami sampai di masjid tu, rasanya dah mula khutbah. Jadi saya mengambil wudhu' & kami bertiga (dengan 2 rakan saya - Furkan & Abdullah) solat di luar je. Agak panas terik tapi tak kisahlah sebab dah terlewat dah pun nak masuk dalam.
Khutbahnye dalam bhs turki memang satu apa pun tak faham. Skiplah perkongsian point khutbah kan pasal tak faham. Seusai solat jumaat, kelihatan sangat ramai pelancong2 sudah mula membanjiri perkarangan masjid. Lepastu pulak yg jenis tak pernah nampak orang solat mungkin, mula mengambil kesempatan utk amek gambar orang2 tengah solat sunat dsb.
Khutbahnye dalam bhs turki memang satu apa pun tak faham. Skiplah perkongsian point khutbah kan pasal tak faham. Seusai solat jumaat, kelihatan sangat ramai pelancong2 sudah mula membanjiri perkarangan masjid. Lepastu pulak yg jenis tak pernah nampak orang solat mungkin, mula mengambil kesempatan utk amek gambar orang2 tengah solat sunat dsb.
Seusai solat jumaat di luar perkarangan Masjid Sultan Ahmad. Yg tak tutup aurat tu pelancong. Bukan org yg dtg solat. |
Antara pelancong yang ambil peluang merakam org2 yg solat sunat |
Seterusnya kami menuju ke Aya Sofya. Aya Sofya merupakan sebuah gereja kemudian ditukar kepada masjid dan akhirnya ditukar kepada muzium. Dlm bhs arab ditulis آيا صوفيا.
Taken from: http://www.peyzajmimoda.org.tr . Peta menunjukkan kedudukan Sultanahmet Mosque & Hagia Sophia (nama semasa dijadikan gereja) |
SEJARAH RINGKAS AYA SOFYA
Diambil drpd: http://ngm.nationalgeographic.com/ Pemandangan daripada atas. Kubah2 kelabu di hadapan sebelah kanan adalah maqam2 Sultan yang ada disekeliling Aya Sofya. |
Sebelum bentuk struktur bangunan yang sedia ada ini dibina, telah ade 2 struktur gereja yang dibina bermula tahun 360 masihi. Bangunan gereja pertama dibakar sekitar tahun 404 oleh sebuah rusuhan yang berlaku akibat pergolakan politik ketika itu. (struktur pertama bertahan selama 44 tahun)
Kemudian bangunan ke-2 dibina pada 415 masihi tetapi juga dibakar akibat rusuhan pada 532 masihi (bertahan selama 117 tahun).
Gambar yang diambil sendiri daripada seberang on the way ke Aya Sofya |
Dari dekat |
Selepas itu, dibawah pemerintahan Justinian 1, dia telah bertanggungjawab membina struktur bangunan yg ada pada hari ini. Tapi dalam rentetan sejarah, berlaku beberapa kali gempa bumi mengakibatkan banyak pembinaan semula & pembaikan dilakukan termasuk pada kubah bangunan ni. Banyak bahan2 bangunan diimport daripada luar seperti daripada Mesir, Syria dan tempat2 lain dibawah jajahan Rom Timur (Byzantine). Bangunan baru yg dibina dibawah pemerintahan Justinian ini hanya amek masa 5 tahun utk siap, suatu tempoh yang agak pantas utk membina sebuah bangunan yg sangat besar dan hebat ni. Secara rasminya bangunan gereja ini dibuka pada 27 December 537 masihi.
Bangun yang ketiga dibina ini digunakan sebagai gereja sehingga tahun 1453 (tarikh Constantinople jatuh pada Sultan Muhammad Al-Fateh). Ini bermakna bangunan baru ini telah digunakan sebagai gereja hampir 916 tahun tetapi dalam tempoh tersebut berlaku banyak rebutan terhadap gereja ini antara Byzantine & Kristian Latin. Maka ia berubah2 daripada gereja Kristian Ortodoks kepada Roman Katolik dsb.
Bahagian dalam Aya Sofya apabila kita melangkah masuk ke dalamnya. Mcm terpesona sikit bila masuk ni..Dulu lampu2 dalam Aya Sofya menggunakan minyak. Sekarang guna elektrik je. |
Tanggal 27 Mei 1453 (Selasa), Sultan Muhammad Al-Fateh telah membuka kota Constantinople & menjadikan Aya Sofya sebagai sebuah masjid. Tempoh penggunaan bangunan ini sebagai masjid adalah selama 478 tahun. Selama hampir setengah abad ini penduduk yang telah beriman dengan Allah datang menunaikan solat. Dikisahnya apabila Sultan Muhammad Al-Fateh tiba di Constantinople, beliau telah sujud syukur pada Allah SWT & memerintahkan Aya Sofya diubah kepada sebuah masjid.
Ilustrasi suasana ketika Aya Sofya sebagai masjid bermula pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fateh di Constantinople |
Jumaat pertama (3 hari selepas penaklukan) selepas dibuka kota ini, mereka telah solat dalam masjid baru ini. Kota ini diubah nama kepada Islam Pol dan kemudian berubah menjadi Istanbul.
Boleh lihat kubah Aya Sofya ada ukiran ayat Quraan, dalam masa yg sama ada lukisan2 yg telah dibuka plaster tertampal selepas diubah menjadi muzium |
Sultan Muhammad juga telah mengarahkan rupa bentuk bangunan ini diubahsuai (bukan dihancurkan) utk menjadi rupa bentuk yg lebih menghampiri masjid. Beliau telah membina menara pertama di sebelah selatan masjid ini (yg berwarna coklat) menggunakan kayu. Mihrab & mimbar juga dibina supaya dapat dijadikan sebagai tempat solat yang sempurna.
Mihrab yang dibina pada abad ke 19 menggantikan mihrab lama |
Mimbar utk khutbah. Di atas mimbar ada kaligrafi berbentuk cakera bertulis nama Allah |
Ukiran mosaic & ukiran gambar2 daripada gereja telah ditutup dengan plaster. Pada pandangan saya, kerajaan Turki Uthmaniyyah telah melakukan suatu perkara yang tepat dalam menampal plaster ceiling sahaja sebabnya:
1. Menjaga warisan binaan yang dibina sejak sekian lama sblm Islam membuka kota ini. Tambah pulak ia menjadi mercu tanda kota constantinople ketika tu
2. Membuktikan bahawa bagaimana Islam telah hadir & menukarkan gereja kepada tempat solat.
Kemudian Sultan2 lain pula melakukan penambahbaikan kepada masjid ini:
- Sultan Bayezid II: membina sebuah lagi menara bertentangan dengan menara di selatan
- Sultan Salim II (1566–1577): mengukuhkan binaan kerana ada tanda-tanda uzur, maka dibina lagi 2 menara. Pada kubah diganti dengan bulan sabit keemasan. Ada yg kata menggantikan salib yg tidak dibuang lagi.
- Sultan Bayezid II: membina sebuah lagi menara bertentangan dengan menara di selatan
- Sultan Salim II (1566–1577): mengukuhkan binaan kerana ada tanda-tanda uzur, maka dibina lagi 2 menara. Pada kubah diganti dengan bulan sabit keemasan. Ada yg kata menggantikan salib yg tidak dibuang lagi.
Tempat muazzin naik & melaungkan azan. Tapi tak pastilah waktu zaman muazzin melaungkan azan tu ada speaker ke ape..tak ada nampak pun tempat2 speaker.. |
Bawah cakera bertulis nama Nabi Muhammad, ada tempat rehat Sultan (disebut Sultan's Gallery) |
- Sultan Ahmad III (1703–1730): renovate plaster yang dah mula tercabut2 pada tahun 1717
- Sultan Mahmud I: Tahun 1739 telah menambah madrasah (skrg dijadikan perpustakaan), imarah (sebuah dapur sup utk diedarkan kpd org2 miskin). Tahun 1740 dibina sebuah air pancut utk mengambil wudhu' serta telah mengubah tempat itu kepada tempat
- Sultan Abdul Majid: Melakukan renovation pada 1847 dengan kekuatan 800 orang dibawah pengawasan artikek adik beradik daripada Itali berketurunan Switzerland. Mereka telah memperbaiki kubah utama & kubah2 kecil, meluruskan tiang2 dalam masjid, menyemak balik hiasan dalaman masjid, membersihkan mosaic di aras atas dan telah meletakkan bulatan2 besar yang ditulis nama Allah, Muhammad, keempat khulafa' ar-rasyidin & 2 cucu Rasulullah SAW. Kerja pembaikan berjalan selama 2 tahun & dibuka kembali secara rasmi pada 13 July 1849
- Sultan Mahmud I: Tahun 1739 telah menambah madrasah (skrg dijadikan perpustakaan), imarah (sebuah dapur sup utk diedarkan kpd org2 miskin). Tahun 1740 dibina sebuah air pancut utk mengambil wudhu' serta telah mengubah tempat itu kepada tempat
- Sultan Abdul Majid: Melakukan renovation pada 1847 dengan kekuatan 800 orang dibawah pengawasan artikek adik beradik daripada Itali berketurunan Switzerland. Mereka telah memperbaiki kubah utama & kubah2 kecil, meluruskan tiang2 dalam masjid, menyemak balik hiasan dalaman masjid, membersihkan mosaic di aras atas dan telah meletakkan bulatan2 besar yang ditulis nama Allah, Muhammad, keempat khulafa' ar-rasyidin & 2 cucu Rasulullah SAW. Kerja pembaikan berjalan selama 2 tahun & dibuka kembali secara rasmi pada 13 July 1849
Bahagian belakang baki cakera yang bertulis nama Saidina Uthman, Saidina Hassan & Saidina Hussein radhiallahuanhum. Nama Saidina Ali terlindung plak. |
Bermula tahun 1935, Kamal Ataturk yang telah meruntuhkan sistem khilafah & mengguna pakai sistem sekular, mula menukar masjid kepada museum. Semua karpet2 dibuang dan menampakkan kembali marmar yang ditutup sebelum ini.
Plaster2 yg ditampal menutup gambar2 hiasan gereja telah ditanggal. Tetapi bangunan tersebut bertambah uzur. Jadi beberapa siri pembaikan & renovation. Pelbagai kontroversi utk mengekalkan keseimbangan peninggalan sejarah kristian & islam melalui museum ini. Ada aktivis2 kristian menginginkan aya sofya ni dikembalikan kepada gereja.
Atap lorong on the way keluar daripada muzium. Ini antara ukiran yang telah ditanggalkan plaster & memperlihatkan lukisan2 orang kristian. |
Di luar Aya Sofya ni ade beberapa maqam sultan. Antaranya maqam sultan Muhammad III (bukan Muhammad Al-Fateh), Sultan Salim II, Sultan Murad, Sultan Mustafa & Sultan Ibrahim (kawasan pembatisan yang telah ditukar kepada tempat penyimpanan minyak lampu selepas dijadikan masjid, kemudian dijadikan kawasan maqam pada 1639)
Baki tempat pembatisan yang tinggal |
Bangunan No 3, disebelah kanannya Bangunan No 4 iaitu maqam puteri2. Tak masuk pun bangunan2 tu, just tangkap gambar daripada luar je. |
Inilah bangunan No. 5 iaitu Maqam Sultan Mustafa I & Sultan Ibrahim. |
Ini dalam bangunan tersebut. Yang ada serban2 tu maqam lelaki (paling besar adalah milik sultan). Yang tak ada serban milik perempuan la kot. |
Salah satu kenangan sejarah kegemilangan islam di Istanbul ni. Pernah cuba ditakluk oleh ramai sahabah tetapi Allah memberikan kemenangan pada Sultan Muhammad Al-Fateh utk membuka kota ini. |
Selepas keluar daripada Muzium Aya Sofya, saya mengajak rakan2 saya kembali ke Masjid Sultan Ahmad (Masjid Biru). Entry blog bersambung lagi dalam Bahagian 3 Part 3....
2 komentar:
psst ! mana turkiye part 3??? uludag3..hahaha-rg-
dah agak tak sempat nak mencatat2 ni sbnrnya..
Catat Ulasan