Isnin, Oktober 10, 2011

Türkiye (3): Gün Üç - Cuma 10/6/2011 (Part 1)

Bismillah,

Bertemu semula dalam penulisan kali ini. Dah berapa lama tak sambung cerita, mungkin dah agak basi2 jugakla ingatan ini. Nak buat mcm mana, memang nak cari masa yang lapang itu semakin sukar. Ape2 pun, insyaAllah akan cuba juga berkongsi apa yang dilalui di Turki.


Tajuk penulisan ini: Turki (3): Day 3 - Friday 10/6/2011. Akan dibahagikan kepada 2 atau 3 part saya pun tak pasti bergantung kepada banyak mana saya mampu menulis mengenai hari Jumaat ini. 


Kalau diperhati, Cuma adalah sebutan bagi hari Jumaat untuk orang Turki. C dibaca dengan huruf J. 



PAGI JUMAAT YANG INDAH



Pagi jumaat ini pada asalnya kami merancang untuk keluar awal daripada masjid di Avcilar (tempat saya menginap), tetapi semua tertewas akibat keletihan. Maka kami bertolak sekitar jam 9 sahaja daripada tempat penginapan saya.


Hari ini hari yang begitu nyaman sekali, tidak terlalu terik & tidak pula mendung hujan. Cuaca sangat sempurna untuk berjalan-jalan, alhamdulillah.


Kelihatan bendera Cumhuriyet Halk Partisi (Republican People's Party) bersama calonnya. Lambang bendera mereka adalah 6 anak panah terkeluar melambangkan 6 prinsip asas parti ini iaitu (dlm bhs inggeris): republicanism, nationalism, statism, populism, laïcité, and revolutionism.

Semasa saya ingin keluar daripada Avcilar, kelihatan banyak poster2 tergantung sempena nak pilihanraya umum. Pilihanraya Turki semasa hari tersebut adalah pada 12/6/2011, lebih kurang dua hari lagi daripada hari ini. Jadi memang kelihatan meriah kempen pilihanraya nya.


Bendera parti AK sebesar-besarnya. AKP bermaksud Adalet ve Kalkınma Partisi (Justice and Development Party). Lambang mereka adalah MENTOL.


Bendera parti AK & parti CH bersebelahan. Cuba lihat di sebelah kiri bawah, ada semacam van putih beserta gambar orang. Itu adalah medium bagaimana kempen dilakukan melalui van. Mereka akan pasang lagu kuat2 dan ada pemimpin2 mereka memberi ucapan daripada corong-corong speaker atas van itu.


Saya dan rakan yang membawa saya, Furkan menaiki Metrobus daripada stesen Avcilar ke sebuah stesen berhampiran iaitu Yeşilova Florya. Di sini kami akan bertemu dengan Abdullah, seorang lagi rakan saya yang bekerja sementara di sebuah kedai makan di Florya. Kawasan Florya ni adalah kawasan orang-orang yang kelas atasan dan agak kaya.

Ini Abdullah. Bekerja di kedai menjual sup & manisan. Tuan punya kedai ini sangat bagus & baik. Menghayati islam insyaAllah.

 Saya lupa nama kedai sup itu tetapi sarapan kami pada hari ini adalah sup kepala kambing (takde kepala dah dalam sup tu..) dicicah dengan roti.


Ini dia sup..mcm nak gaya bentuk love tapi tak jadi kot. Berserta roti.


Abdullah di sebelah kanan &..tak ingat namanya disebelah kiri (ni la gayanya menulis selepas 4 bulan balik dari Turki). Di sebelah kiri saya, Furkan. 
Nak menunjukkan betapa pengaruh kebaratan negara ini, anjing peliharaan dibiarkan bebas. Bukan anjing liar ye. Sprt dalam gambar dibawah:


Seekor anjing berjalan di Florya berhampiran dengan tempat membeli roti. Roti dijual di Turki begini memang banyak. Di belakang sana ada masjid, tak tahu namanya apa. Tapi memang semua design masjid di Turki rupa macam ni.
Dalam kedai sup ni, tuan punye kedai meletakkan tabung utk Falastin berupa kapal mavi marmara.

Saya telah memasukkan 1 TL sebagai tanda sokongan kepada tuan kedai meletakkan tabung ini
 Seterusnya kami telah bergerak menaiki Metrobus ke Cevizlibağ AÖY. Disitu kami menukar ke pengangkutan Tram utk menuju ke stesen Sultanahmet, stesen dimana terletaknya Istana Topkapi, Masjid Sultanahmet (Masjid Biru) dan Aya Sofia (serta beberapa lagi tempat pelancongan). 


Tram di Turki. Dalam bhs turki dipanggil Çağdaş Tramvay yg bermaksud Modern Tramway. Tram di Turki telah ada sejak tahun 1872
Senarai stesen Tram. Kami bermula dari Cevizlibağ AÖY akan bergerak ke arah kiri, iaitu stesen Sultanahmet.
Mcm ni lah suasana dalam tram..agak padat pada waktu2 peak hour



Sesampainya di Stesen Sultanahmet, nampak poster ni, UNDILAH AKP!

ISTANA TOPKAPI

Kami bertiga menuju ke Istana Topkapi (dlm bhs Turki: Topkapı Sarayı dibaca dengan sebutan Topkape Saraye) sebagai destinasi pertama sebelum nak solat Jumaat. Istana Topkapi adalah istana yang telah didiami oleh para Sultan Turki Uthmaniyyah selama 400 tahun (1465-1856).

Sultan Muhammad Al-Fateh, sebaik-baik raja yang memiliki sebaik-baik tentera sprt dalam hadith Nabi

Istana ni dibina oleh Sultan Muhammad Al-Fateh pada 1459, lebih kurang 5-6 tahun selepas menjatuhkan Constantinople. 


Utk pelancong warga asing, nak masuk kena bayar, Turkish Lira 20. Bersamaan dengan lebih kurang: RM34.46 (hari ini). Waktu saya pergi tu mungkin sekitar RM40.


Secara ringkasnya, Istana Topkapi ade 4 halaman utama & 1 kawasan dinamakan kawasan Haram. 


1. Halaman Pertama

Pintu gerbang memasuki Halaman Pertama. Nak masuk pintu ni percuma je. Kena berjalan ke dalam melalui taman-taman sampai ke pintu gerbang kedua. Dekat dalam tu barulah beli tiket utk memasuki istana ni.

Di Halaman Pertama ni ade taman-taman. Kat sini banyak pokok & bunga-bunga ditanam. Halaman ini merupakan halaman terbesar istana tapi dipenuhi dengan pokok2 sahaja. Kat sini tetamu2 akan turun daripada kuda mereka utk memasuki halaman ke-2. 

Taman-taman dalam Halaman Pertama
Kalau ade tetamu istimewa atau tetamu diraja, semua Jannisari & pegawai-pegawai istana akan berbaris sepanjang halaman ni sampai ke pintu masuk Halaman 2.



2. Halaman Kedua


Untuk memasuki Halaman Ke-2, ada sebuah pintu gerbang lagi. Hanya Sultan sahaja yang boleh menaiki kuda melepasi pintu gerbang ini. Wanita-wanita kerabat diraja boleh melalui pintu ini menggunakan kereta kuda. Hanya untuk urusan rasmi & pembesar-pembesar asing sahaja dibenarkan melepasi pintu gerbang ni.


Inilah pint gerbang yang dinamakan Bab As-Salaam. Ia menghubungkan halaman pertama dengan halaman ke-2 istana Topkapi.




Zoom sket kat pintu gerbang Bab As-Salaam. Ade simbol2 diraja dibawah Lailahailallah Muhammadurrasulullah.

Gambaran istana topkapi selepas melepasi Bab As-Salaam. Di dalamnya masih besar & luas. 
(Ihsan daripada Wikipedia)




Dalam halaman ke-2 ni tempat dimana diadakan majlis-majlis rasmi diraja, tempat dimana perlantikan sultan dibuat, sambutan perayaan rasmi, tempat menjamu duta-duta asing,  terletaknya dapur istana dan bangunan Imperial Council (Majlis Empayar? - tak tahulah terjemahan melayu nye ape). Kat sini jugak diletakkan bangunan yang menempatkan baju-baju sultan. Baju dia memang besar tak ingat. Tapi tak dibenarkan menangkap gambar. Boleh dikatakan 2 orang Malaysia boleh muat dalam baju diraja tu.


Antara bangunan yang ada dalam Halaman Ke-2 Istana Topkapi. Menara di atas dinamakan Menara Keadilan (Tower of Justice). Ia merupakan sturktur bangunan tertinggi dalam istana ni. Dikatakan Sultan menggunakan menara ini utk melihat-lihat di luar. Dibawah menara ni ada Imperial Council.
Dalam bangunan Imperial Council. Bangunan ini adalah dimana para menteri-menteri, sultan, mufti besar, mufti2 & orang penting kerajaan mengadakan mesyuarat.
Kawasan dimana mesyuarat diadakan. Penuh dengan hiasan yang cantek & gah

Pokok2 dalam Istana Topkapi ni memang hebat2 & mengagumkan. Antaranya yang ini. Ada jugak pokok yang sudah berlubang besar dalamnya. Semuanya hasil ciptaan Allah yang Maha Agung



3. Halaman Ketiga


Utk memasuki Halaman Ketiga, kena melalui Bab As-Saadah yang menghubungkan Halaman Kedua ke Halaman Ketiga. 

Pemandangan panorama dalam Halaman Ketiga

Dalam Halaman Ketiga ni, para sultan selalu melepak2 kat sini, ada beberapa pavilion, perpustakaan Sultan Ahmad, harta benda istana yang penting-penting semuanya diletakkan dalam Halaman Ketiga ini. Selepas melepas Bab As-Saadah, ada Audience Chamber (Dewan Penonton?).


Inilah Audience Chamber. Dimana Sultan akan duduk di sini dan menerima mufti & menteri utk memberi laporan tentang hal ehwal negara & urusan pentadbiran.

Kat luar Audience Chamber ni ada Air Pancut yang dibina oleh Sultan Sulaiman I. Dikatakan air pancut ini digunakan utk menyegarkan badan & juga mengeluarkan bunyi air bagi mengelakkan perbualan dalam Audience Chamber didengari oleh orang-orang luar.
Ukiran simbol diraja Turki Uthmaniyyah. Entah..tak reti nak baca.


Dalam kawasan Audience Chamber dimana sultan akan duduk atas hamparan (mcm katil tu) & menerima menteri2 utk memberi laporan.


Contoh lakaran yang berlaku suatu ketika dahulu dimana Sultan menerima menteri-menterinya.
Senibina dalam istana...mengaggumkan..

Dalam Halaman Ke-3 ni juga ada tempat disimpan harta-harta diraja. Nak masuk tengok boleh, tapi nak tangkap gambar atau nak record tak boleh. Jadi terpaksa tangkap signage jelah.


Antara harta-harta berharga yang ada dalam istana. Banyak lagi sebenarnya tapi tak larat nak cari. Semuanya dihiasi dengan emas  berlian daripada pelbagai jenis & pelbagai negara. Nilainya mungkin berbillion ringgit agaknya..


Dalam kawasan Halaman Ketiga ni, ada juga sebuah bangunan yang menyimpan barang-barang suci ummat Islam. Disebutkan dalam bangunan ini tersimpannya jubah Rasulullah, pedang2 Rasulullah, pemanah, gigi dan janggut Rasulullah. Ade jugak pedang 4 khalifah, serban Nabi Yusuf, kain cadar Fatimah Az-Zahrah dan mcm2 lagi lah peninggalan daripada Rasulullah & sahabah. Tak tahulah nak kata betul atau tidak. Mungkin ade betulnya, mungkin jugak dah dibuat menjadi rupa bentuk yg sama tapi sebenarnya bukanlah apa yang ditinggalkan oleh Rasulullah. Wallahu'alam. 
Pintu masuk kawasan penyimpanan barang-barang suci. Dikatakan Sultan hanya boleh memasuki tempat ini sekali setahun iaitu pada 15 Ramadhan setiap tahun. Entah betul atau tidak.
 
Tapi memang sangat mengkagumkan bila memasuki tempat-tempat simpanan ni. Membuatkan kita tertanya-tanya "hebat betul pemerintahan diaorg ni, maknanya apa yang ditinggalkan oleh Rasulullah & para sahabat telah diserahkan kepada Turki Uthmaniyyah sebagai khilafah ummat"

Lagi gambar di Halaman Ketiga

4. Halaman Keempat

Halaman Ke-4 ni terletaknya astaka-astaka yang pelbagai. Antaranya juga adalah bilik utk bersunat yang dibina oleh Sultan Ibrahim I

Pintu masuk bilik bersunat. Gambar dalam bilik ni tak begitu jelas, jadi tak masukkan dalam blog.

Yerevan Kiosk

Lagi Yerevan Kiosk
Gambar banyak lagi tapi tak larat nak upload semua ke dalam blog. Banyak lagi nak disambung cerita ni sebab hari jumaat ni merupakan hari berjalan-jalan...jadi kisah jalan-jalan akan bersambung dalam entry akan datang..
..TO BE CONTINUED..

3 komentar:

Chanana Syaz 9:02 PG  

pergi tak btau.. cis! haha..
cantekyer gamba2.. kucing2 turkey ganas2 kan.. hihi.. nice entry ^^

HambaAllah Yang Memakmurkan 8:31 PTG  

Erk.

Dah lama dah pergi ni. Nak bagitahu sekarang pun dah terlewat. Anyway, tak jumpa lagi kucing2 kat turkey. Tak tahu pulak mereka ganas2. :)

Miss Naoko 9:20 PTG  

nice! follow my blog.. :)

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP