Selasa, Ogos 02, 2011

Türkiye (2): Gün Iki - Perşembe 9/6/2011

Salam,

Minta maaf lama tak update blog menceritakan pengembaraan di bumi Turki. Daripada penulisan lepas ke penulisan kali ini, memang tidak berupaya dan berkesempatan mencari peluang untuk update blog ini berkaitan catatan pengembaraan. Entry yg lepas pun baru dikira 10% daripada jumlah penceritaan. Whoa..perjalanan menulis masih jauh & masa sentiasa mencemburui diri.

Anyway, sambung cerita jelah. Harapnya tidak lupa..

Entry ke-2, Day 2 - Thursday 9/6/2011

Pada hari ke-2 saya di Turki, saya rasa saya telah banyak membazir masa dengan tidak ke mana-mana. Saya hanya duduk di masjid tempat saya menginap dan banyak membelek kamus baru saya itu.

Saya belajar beberapa perkataan penting untuk saya pertuturkan dan saya salin dalam henfon bagi mudah saya rujuknya (sekarang semua salinan itu dah hilang sebab baru-baru ni format phone, habis hilang semua termasuk no telefon anda sekiranya anda belum berikan no phone kepada saya)

Saya tunjukkan secara ringkas gambar2 yg saya tangkap pada hari ke-2. Memandangkan tidak ada catatan penting untuk hari ke-2 ini, saya sertakan gambar2 sebagai penerangan sahaja.


Sarapan hari ke-2 di Turki. Ada keju (dlm warna putih), timun, tomato, zaitun (biji yg hitam tu), jem appricot, roti & jus. Cukup~

Hari ke-2 kawan2 saya membawa sarapan untuk saya dengan gaya sarapan biasa di Turki. Sangat menyihatkan dan berkhasiat. Saya paling suka makan keju & zaitun. Buah zaitun di Turki yg saya selalu makan biasanya direndam dalam minyak zaitun, itu yg jadi lebih sedap tuh!

Sprt saya katekan, masa saya pada hari ke-2 tidak begitu banyak dilakukan. Saya lebih banyak duduk dalam masjid itu sahaja. Mengenangkan perkara ini, saya sedikit menyesal tetapi itu sudah lepas. Jadi tak mengapalah. Ada beberapa reason yg saya malas nak cerita di sini kenapa hari ke-2 itu saya hanya stay di masjid sahaja.


Pada sebelah malamnya pula, kawan saya bernama Yusuf mengajak makan dinner di rumahnya.

Inilah hidangan makan malam di musim panas.

Kata mereka, kalau musim panas, makanan yang dimakan adalah untuk menyejukkan badan. Kalau musim sejuk, makanan yang dimakan adalah utk memanaskan badan. Common sense. Tapi saya tak belajar lagi makanan ape yg panas & sejuk. Bukan sejuk dalam erti kata diletakkan dalam peti ais atau dibiarkan sejuk, tapi makanan itu tidak akan memanaskan badan selepas kita selesai makan. Bak kata orang Malaysia, durian itu memanaskan badan walaupun kita letak durian dalam peti ais & makannya.

Antara hidangan yang dihidangkan di atas adalah macaroni, yoghurt, sup tomato & masakan terung dengan minyak zaitun.


Makan time..

Di rumah2, arab ke..turki ke..diaorg akan makan begini. Di bawah sahaja. Di rumah Yusuf ni, mereka akan bentangkan kain, kemudian letak dulang atas sebuah meja kecil & kaki dimasukkan dalam kain utk lapik daripada tertumpah. Pada mulanya saya ingat kain itu utk diduduki atasnya, tetapi mereka mula menyelitkan kaki masing2 dalam kain tersebut. Saya pun ikutlah mereka. Bila mereka perhatikan saya, mereka berkata "ikut cara yang kamu selesa". Hehe. Terkantoi pulak nak buat gaya sama mcm diaorg..

Maka bermulalah makan malam kami. Makanan di atas dimakan dengan roti yg seperti ini:

Roti dlm bhs Turki: Ekmek

Jadi, makan roti sambil cicah kuah2 tadi. Sedappppp~~

Setelah itu, sesi minum teh pula. Teh kat turki ni yg lain daripada arab adalah dia punye teapot ada 2. Satu yg kecik. Satu yang besar. Sprt di bawah:

Yusuf sedang menuang teh utk tetamu. Teko teh ade 2. Satu yg kecik di atas, satu lagi yg besar di bawah. Keduanya boleh dicabut untuk dituang secara berasingan. Yang kecil berisi air teh yang pekat, di bawahnya yg besar itu berisi air panas. Jadi penuang teh akan tuang teh yg pekat dalam sukatan yg sikit dahulu, kemudian tuang air panas yg besar daripada bawah.


Sambil minum teh, sambil makan makanan ringan yg dihidangkan.


Antara makanan ringan adalah kacang kuda yang digoreng.
Di sebelah kiri atas digoreng bersama madu & bijian bijan. Yang bawah pula digoreng biasa. Di sebelah kanan atas digoreng dengan gula. Serbuk putih di atas itu adalah gula yang perlu diletakkan dalam teh supaya teh jadi manis ^__^


Selepas makan malam, mereka mengajak saya berjalan2 di sekitar Avcılar. Saya pun tak tahula apa purpose mereka bawa saya berjalan2 malam itu. Mungkin memikirkan saya kebosanan pada malam itu. Jadi mereka mengambil keputusan membawa saya berjalan2. Sewaktu itu jam sudah 12 malam pun. Saya layan jelah sebab tak reti apa lagi.



Semasa saya berjalan2 tu, adela nampak suasana pilihanrayanya tapi takdela terlalu dahsyat. Mereka tampal begini sahaja. Yang bendera besar ada 3 bulan sabit itu adalah bendera parti Milliyetçi Hareket Partisi (MHP). Atau dalam bahasa inggerisnya: Nationalist Movement Party. Bahasa melayu: Parti Gerakan Kebangsaan. Parti yg memperjuangkan kebangsaan turki. Semasa pilihanraya baru2 ini, mereka memenangi 53 kerusi daripada 550 kerusi parlimen. Menjadikan parti ke-3 terbesar memenangi pilihanraya selepas AKP & CHP.
Link
Satu perkara yang menarik perhatian saya adalah saya terjumpa kereta Proton di Turki. Susah jugak sebenarnya nak jumpa kereta Proton sebab tak ramai yang gunakan kereta Proton di Turki.

Kereta Persona di Turki

Semasa saya jumpa kereta ini, saya beria nak tangkap gambar. Kawan saya tak faham kenapa saya nak tangkap gambar. Kemudian saya sebutkan "Proton ni kereta Malaysia". Kawan saya kata "oh...saya baru tahu". Itu menunjukkan betapa Proton ini tidak digunakan meluas di Turki. Tapi dengarnya sejak 2008 dah masuk ke Turki.

Sekian utk hari ke-2. Hari ke-3 ni akan lebih panjang sebab hari ke-3 adalah hari saya berjalan2. Hem. Harapnye boleh siapkan cepat la catatan ke Turki itu.



5 komentar:

Lun 8:24 PG  

tu bukan makan, tu melantak namanya ahaha

sufiyyah zulkifli 2:05 PTG  

tak sambung pasal makan minum makan minum. ^^

HambaAllah Yang Memakmurkan 10:31 PG  

hu? tak faham komen korg..adeh -_-'

sufiyyah zulkifli 12:52 PTG  

Kawan2 saya berkata orang Turki makan sambil minum. Makan..minum..makan..minum. Mereka hairan melihat saya makan sahaja kemudian di akhir baru minum. Jadi mereka tanya kepada saya "memang biasa makan kemudian minum ke?", saya menjawab "ha'a..makan dulu baru minum". Kemudian mereka berkata "kami di sini minum dan makan dalam masa yang sama". Saya pun berkata kepada mereka "tak bagus utk kesihatan..nanti cepat kenyang pulak tu". Tapi mereka tetap kata "sedap kalau diminum sekali dengan makan..makan2..minum..cubalah!". Saya memang cuba la juga..tapi masih tidak dapat menangkap..buat masa ini..(sampai 1 hari saya tahu juga sebabnya, akan diceritakan dalam entry kemudian) ni dlm entri:http://ikutsukaaku.blogspot.com/2011/06/turkiye-1-gun-bir-carsamba-862011.html ^^ xsambung cerita lagi.

HambaAllah Yang Memakmurkan 2:37 PTG  

OWH! tulah..update terlalu lembab dek kesibukkan. akan berusaha lah memandangkan dah ade yg bertanya ni

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP