Tolong tampar aku sekali!
Tersebutlah sebuah kisah kepada kami:
Seorang da'ie daripada sebuah negara Timur Tengah telah sampai ke sebuah negara di sebelah Eropah. Sesampainya da'ie ini, beliau telah mencari komuniti islam & telah menyertai aktiviti mereka dengan penuh komited.
Pada suatu hari, beliau bertanya ahli2 lain dalam komuniti tersebut "Adakah terdapat sesiapa di negara ini yang berasal sama dengan negaraku tetapi belum mengikuti kita. Saya ingin berjumpa dengannya agar saya boleh mengajaknya bersama dengan kita"
Maka mereka pun membalas "Ya..ada seorang. Dia seorang yang selalu menjadikan rumahnya tempat ber-party & mengajak ramai wanita masuk ke rumahnya"
Si da'ie ini pun berkata "Baiklah. Tunjukkan saya di mana rumahnya. Saya ingin berjumpa dengannya".
Pada hari yang ditetapkan, pergilah si da'ie ini bersama seorang lagi rakannya ke rumah lelaki yang ingin mereka jumpa itu.
Mereka berdua pun mengetuk pintu & memberi salam. Kedengaran musik & gelak ketawa yang kuat di sebalik pintu tersebut.
Maka tuan rumah pun membuka pintunya dan bertanya "Ya..kenapa?????"
Si da'ie pun menerangkan tujuannya hadir: "Assalamualaikum ^__^ Saudara apa khabar? Saya berasal dari negara sama dengan saudara. Boleh ke saya masuk bersembang2?"
Si lelaki tuan rumah itu kepelikan & bertanya dalam hairan "Sembang2? Untuk tujuan apa? Aku sibuk sekarang..."
Si da'ie pun menerangkan lebih lanjut "Sembang2 santai, tentang perkara-perkara kebaikan & kebahagiaan dunia & akhirat"
Si lelaki itu kelihatan agak bengang dan 'panas', "Takpelah. Aku sibuk skarang..takde masa nak sembang2 ni!"
DUSH!! Si lelaki menutup pintu dengan keras sekali.
Si da'ie & rakannya memandang sesama sendiri dan memberikan isyarat dalam hati "camne?". Si da'ie yg memikirkan hanya ini sahaja peluang yang beliau ada, lantas mengetuk sekali lagi pintu rumah lelaki tadi untuk kali ke-2.
TOK..TOK..TOK~
Si lelaki itu membuka pintu rumahnya dan terkejut dua lelaki yang sama masih berdiri terjegat di pintu tanpa beralih. Dengan suara yang keras si lelaki berkata "La..kan aku dah cakap aku taknak dengar apa2 dari korang..dah. Balik2!!".
Si da'ie cuba memujuk dengan lembut "Tetapi kami datang dari jauh ni..bagila peluang kami masuk rumah dulu untuk berjumpa dengan saudara".
Si lelaki yang semakin fedup lantas MENAMPAR si da'ie sambil berkata dengan nada suara yang paling biadap dalam dunia "celaka kau...aku kan suruh kau berambus dari sini. Tak faham2 lagi ke?!!..dah! blah dari sini!!" DUSH!! Sekali lagi bunyi pintu ditutup dengan kasar & kuat.
Lalu si da'ie pun berkata kepada kawannya, "Jom kita balik. Semoga Allah membuka hatinya menerima hidayah."
Berjalanlah mereka berdua menjauhi rumah si lelaki tadi. Tidak sampai 100 meter, si rakan da'ie berkata "Saya nak balik ke rumah tadi.."
Si da'ie mengerut dahi tanda hairan..."Saudara nak buat ape lagi? Kita dah dihalau, saya ditampar pula, jangan2 nanti saudara pula dicederakan!"
Si rakan berkata "Takpe..saya nak balik juga ke rumah tadi. Biar saya pula yang berbicara"
Si da'ie tidak pasti mahu bersetuju atau tidak..selang beberapa ketika, si da'ie berkata "Baiklah.."
Sesampainya mereka di pintu rumah lelaki tadi, mereka kembali mengetuk pintu untuk kali ke-3. TOK..TOK..TOK!
Selang setengah minit, tuan rumah membuka pintu & terkejut 2 orang lelaki ini datang kembali. Dengan suara yang keras, lelaki itu berkata "Hoi! Tak reti2 lagi..aku dah kata aku taknak dengar apa2 dari korang dah!!!! Apesal nih??!"
Si rakan da'ie berkata kepada lelaki tersebut "Takde pape. Jgn risau, saya bukan nk masuk atau nak cakap ape2. Cuma saya nak mintak saudara TAMPAR saya sekali boleh ke? Sebab saya rasa tak sedap hati bila rakan saya kena tampar tapi saya tak kena apa2..."
Si lelaki bertambah terkejut & hairan..tetapi kali ini penuh tanda tanya & ingin tahu. Dalam hatinya berkata "kenapa pelik sangat diaorg ni?"
Maka si lelaki itu memberhentikan musiknya, menghalau semua tetamu & perempuan yang berada di dalam rumahnya balik...lalu mempersilakan 2 lelaki tadi ke dalam rumah.
Bermulalah sesi da'wah fardhiyyah antara mereka.
Diceritakan kepada kami juga, akhirnya si lelaki itu menjadi salah seorang yang komited dalam da'wah hingga membuka pusat islamnya sendiri sebagai sumbangannya untuk da'wah.
Semoga Allah merahmati watak-watak dalam kisah ini dan merahmati mereka yang istiqamah dalam melaksanakan kerja-kerja da'wah.
PENGAJARAN: Sikap & contoh tauladan yang mudah mungkin menjadi asbab perubahan seseorang. Jadi sentiasalah kita menunjukkan contoh qudwah yang baik serta ikhlas melaksanakan kebaikan! =)
p/s: kisah dimodifikasi sedikit daripada penceritaan asal agar flow cerita berjalan dengan lancar..tetapi kandungan utama masih dikekalkan.
6 komentar:
mashaAllah....mashaAllah~
salam,
err tak berapa paham..
so, apa kesan 'mintak ditampar' dekat lelaki yang suka party tu?
Mintak ditampar mungkin dilihat tak masuk akal oleh sesetengah orang.
Tapi si rakan ni merasakan kalau kawannya disakiti, maka dia pun selayaknya disakiti atas sebab dia hadir sama utk cuba berdakwah tetapi dia tidak berkata apa2 malah hanya melihat rakannya sahaja bercakap & ditampar.
Jadi akhirnya beliau merasakan dirinya patut ditampar sama barulah dia merasakan adil & puas hati nak balik bersama dengan si da'ie yang ditampar pada awalnya.
Sebaliknya permintaannya yg tak masuk akal tu menyebabkan si lelaki yg suka berparty tu berfikir "kenapa pula dia ni mintak aku tampar dia?"
Akhirnya dengan permintaan itu juga, daripada tidak ada ruang utk berbicara, ia telah membuka ruang utk mereka memulakan perbicaraan & menjadikan lelaki yg suka berparty itu ingin berkenalan dengan 2 lelaki yang datang ke rumahnya itu.
Boleh tangkap ke? Minta maaf cerita mungkin tak berapa terang..bukan ahli sastera yang pakar menulis cerita.
secara tak langsung, si daie telah menggunakan 3 cara untuk atasi kemungkaran. biarpun akhirnya mungkin tidak berjaya, tetapi sekurang2nya dia mencuba. tapi kita? (ana terutamanya). Adakalanya kita cepat sangat give up.
Jzkk atas peringatan ini. Rasa nak tampar2 juga diri ini. T_T
sadaqti ya ukhti.
pengajaran yang lain adalah jangan berputus asa, sebab kalau kita berputus asa, diri kita sendiri yang menutup pintu penyelesaian/pintu kejayaan.
3 cara atau 3 percubaan?
Tiada cara yang sesuai untuk semua orang..
Ini satu contoh kejayaan... di sebalik kisah-kisah kegagalan..
Catat Ulasan