Isnin, Mei 23, 2011

Bumi Urdun (8): Ashabul Kahf - أصحاب كهف


Bismillah.

Alhamdulillah di kesempatan berada di bumi Urdun ni, boleh menghayati kisah Ashabul Kahfi dengan lebih dekat.

Kisah ni rata2 kita memang dah banyak maklumat. Malah banyak skali sumber2 kita boleh ambil utk membaca kisah ini. Tapi suka jugak nak kongsikan kisah ini bersama pembaca. Sebabnya apa guna kalau dah ke lokasi gua ashabul kahfi tapi tak dpt nak dikongsikan dengan yang lain kan?

SURAH AL-KAHFI

Surah ni adalah surah Makkiyyah. Dalam surah ni ada banyak kisah2, yg pastinya kisah Ashabul Kahfi lah. Kemudian ada kisah sprt dua orang lelaki dengan kebunnya, kisah Nabi Musa & Khidir serta kisah Zulqarnain & Yakjuj Makjuj.

Dalam ayat ke 9, Allah menyebut:

أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا

"Atau kamu mengira bahwa orang-orang yang mendiami gua dan (yang mempunyai) raqim itu, mereka termasuk tanda-tanda kekuasaan Kami yang mengherankan? "

Allah nak tarbiah kita kat sini bahawa kejadian Ashabul Kahfi ni walaupun dikagumi oleh ulama' nasrani & yahudi, tapi bagi Rasulullah & orang beriman, patutnya peristiwa ini adalah bende kecik je bagi Allah. Dan pastilah ade banyak lagi kejadian Allah yang lebih hebat & menghairankan manusia sprt kejadian tumbuh2an, haiwan dan segala isi alam semesta ni yang tak dapat nak dirungkaikan 100% oleh manusia.


Kisah Ashabul Kahfi berlaku di planet bernama Bumi. Setuju?
Tetapi kalau kita fikir, segala keajaiban yg berlaku di muka bumi ini apalah sangat berbanding sistem solar kita (belum masuk alam semesta lagi) yg begitu besar & luas.
Sungguh Allah itu sangatlah berkuasa..Subhanallah..


Hari ni manusia dok sibuk2 dgn bende2 pelik yang berlaku, hakikatnya Allah memang berkuasa nak membuatkan apa sahaja yang Dia kehendaki supaya manusia berfikir & merasai kekuasaan Allah. Macam baru2 ni ade jumpa kucing bermata 1, tu bukan maknanya 1Malaysia tu benar...tetapi kekuasaan Allah SWT itulah yang benar. Berapa ramai manusia merasai itu?

KESAHNYA

Secara ringkas, (kalau nak panjang2, boleh baca sendiri ^__^) Allah sebut bahawa ada beberapa orang pemuda (menurut Ibn Abbas: 7 orang) yang beriman kepada Allah telah melarikan diri daripada seorang pemerintah yang kufur lagi zalim. Ada dua pandangan tentang bilakah berlaku peristiwa ni.

Pandangan pertama menyatakan kisah ini berlaku pada zaman maharaja Rum Daqyanus atau dikenali sebagai Decius yang menguasai Amman dan memerintah sekitar tahun 249-251 Masihi. Daqyanus terkenal sebagai maharaja yang amat memusuhi agama Nasrani dan menyeksa pengikut-pengikutnya. Pemuda-pemuda tersebut dikatakan bangun ketika zaman Theodicius II yang memerintah antara tahun 408 sehingga 521 Masihi.

Pandangan kedua berpendapat bahawa kisah ini telah berlaku pada zaman penguasaan Maharaja Trajan. Manuskrip sejarah membuktikan bahawa diktator ini menyembah berhala dan membunuh sesiapa sahaja yang menentang tuhan-tuhannya sehinggakan Trajan mengeluarkan peraturan berhubung dengan perkara tersebut. Siapa yang beriman selain dari tuhan yang dia sembah, mereka akan dibunuh. Tempoh penguasaan Trajan adalah di antara tahun 98-117 masihi. Pemuda-pemuda beriman tersebut dikatakan bangun dari tidur ketika zaman Theodicius yang memerintah antara tahun 408-450 masihi.

Tapi tak kisahlah. Yang penting kita tahu pemuda2 ni lari daripada raja yang zalim yg memaksa mereka menyembah selain Allah.

Kemudian Allah melarikan pemuda2 ini ke sebuah gua dan Allah menidurkan mereka selama 309 tahun Qamariah (300 tahun Shamsiah) sehingga mereka tidak dapat dibangunkan oleh suara apa sekalipun.

Apabila mereka bangun selepas 309 tahun kemudian, salah seorang dari mereka keluar untuk membeli makanan dan mendapati zaman tersebut telah berubah dari zaman mereka memasuki gua. Ini disedari apabila wang yang mereka gunakan sudah tidak laku pada zaman tersebut (zaman mereka dibangkitkan). Pada zaman itu juga, pemerintah adalah seorang yang telah beriman kepada Allah dan tidak berlaku zalim lagi.

Pemuda (yang dah tak pemuda dah..) tersebut kembali ke gua lalu pemuda-pemuda itu semua dimatikan oleh Allah di dalam gua tersebut.


ABU ALANDA, AMMAN, JORDAN SEBAGAI LOKASI GUA YANG MEMENUHI CIRI-CIRI

Kawasan di luar gua Ashabul Kahf


Ramai orang tercari2 di mana lokasi sebenar gua Ashabul Kahfi ini. Salah satu yang paling kuat adalah di Jordan selain daripada negara Syria & Turki atas pelbagai faktor. Antaranya yg boleh disebutkan disini:

Pertama (1): Firman Allah di dalam Surah Kahfi ayat 17-


وَتَرَى الشَّمْسَ إِذَا طَلَعَتْ تَزَاوَرُ عَنْ كَهْفِهِمْ ذَاتَ الْيَمِينِ وَإِذَا غَرَبَتْ تَقْرِضُهُمْ ذَاتَ الشِّمَالِ وَهُمْ فِي فَجْوَةٍ مِنْهُ

"Dan kamu akan melihat matahari ketika terbit, condong dari gua mereka ke sebelah kanan, dan bila matahari terbenam menjauhi mereka ke sebelah kiri sedang mereka berada dalam tempat yang luas dalam gua itu"

Lokasi Gua Ashabul Kahfi di Jordan terdapat sebuah lubang dari atas gua yang memasuki cahaya ketika matahari terbit dan ketika terbenam matahari berada dari arah pintu gua.

Kedua ummiku berdiri di tempat masuknya cahaya ke dalam gua

Kedua (2) : Firman Allah di dalam Surah Kahfi ayat 21

فَقَالُوا ابْنُوا عَلَيْهِمْ بُنْيَانًا رَبُّهُمْ أَعْلَمُ بِهِمْ قَالَ الَّذِينَ غَلَبُوا عَلَى أَمْرِهِمْ لَنَتَّخِذَنَّ عَلَيْهِمْ مَسْجِدًا

"...orang-orang itu berkata: "Dirikan sebuah bangunan di atas (gua) mereka, Tuhan mereka lebih mengetahui tentang mereka". Orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka berkata: "Sesungguhnya kami akan mendirikan sebuah rumah peribadatan di atasnya."

Di atas Gua Ashabul Kahfi di Jordan terdapat rumah ibadat yang dibina ketika zaman tersebut. Rumah ibadat yang dimaksudkan adalah rumah ibadat penganut nasrani. Ketika zaman kerajaan Umawiah, rumah ibadat tersebut telah ditukar menjadi masjid.

Gambar pintu depan kawasan gua. Bangunan gua ini berkemungkinan dibina pada zaman2 terkemudian sebagai menjaga tempat ini. Kalau diperhatikan di atas pintu ada mcm melengkung ke depan, itu berkemungkinan mihrab masjid lama yang dibina di atas gua.


Ketiga (3) : Firman Allah di dalam Surah Kahfi ayat 17

وَهُمْ فِي فَجْوَةٍ مِنْهُ

"...sedang mereka berada dalam tempat yang luas dalam gua itu"

Bentuk gua yang terdapat di Jordan adalah luas dan lapang serta tidak dalam.



BUKTI DARIPADA KESAN SEJARAH & ARKEOLOGI

Kotak2 ini dikatakan nawawis tempat dikembumikan ashabul kahfi

Beberapa bukti telah dikenalpasti dari kesan-kesan tinggalan sejarah dan arkeologi bahawa gua yang terdapat di Abu Alanda, Jordan merupakan gua di mana berlakunya peristiwa tersebut.

1. Terdapat tulisan pada lengkungan pintu di dinding sebelah Timur yang menyatakan 'Masjid diperbaharui pada tahun 117 hijrah yang merujuk kepada zaman Hisham bin Abdul Malik bin Marwan. Ini membuktikan bahawa ketika era kerajaan Umawiah mereka sudah memperharui masjid yang sebelum itu menjadi rumah ibadat nasrani. Kesan yang boleh dilihat ialah binaan mihrab (petunjuk arah kiblat) yang terdapat di atas gua tersebut.

2. Tulisan khat Kufi turut ditemui yang mengisyaratkan bahawa masjid kedua di Ashabul Kahfi diperbaharui pada zaman Khomarumiah bin Ahmad Tholun dari kerajaan Abasiah. Masjid kedua yang dimaksudkan ialah masjid yang dibina berhadapan dengan gua Ashabul Kahfi setelah masjid pertama diwujudkan di atas gua ketika zaman Umawiah.

3. Kesan Nawawis di dalam gua. Nawawis di dalam Mu'jam Wasit (m/s 962) memberi erti kubur orang nasrani yang diletakkan mayat di dalamnya. Pada Nawawis tersebut terdapat bintang segi lapan yang membuktikan tanda zaman kerajaan Rum-Byzantium pada kurun ke-3 masihi. Menjadi adat pada ketika itu, mayat-mayat nasrani akan dikuburkan di dalam bekas batu. Ini tidak mustahil bahawa mereka yang telah menguruskan mayat pemuda tersebut telah mengkebumikan mereka dengan cara dan adat mereka pada ketika itu.

Cuba lihat sebelah kanan ada sprt corak segi lapan (2 segi empat yang dicantum)

4. Penemuan barangan tembikar, duit tembaga dan perak, lampu dari pelbagai zaman (Umawiah, Abasiah, Turki Uthmaniyyah) di dalam gua tersebut dan sekitarnya. Ia membawa maksud bahawa tempat itu telah dijaga oleh pelbagai zaman yang berlalu.

Tingkat atas: Batang pokok zaitun yg dah keras sprt batu Tingkat tengah: Tembikar2 Tingkat bawah: Batu yang bertulis tulisan latin


5. Al-Waqidi di dalam kitabnya Futuhat Sham telah menulis bahawa beliau bersama yang lain telah berhenti di Ain Ma' berhampiran gua ashabul kahfi. Mereka berhenti di Ain Ma' tersebut berwuduk, solat dan tidur di situ sebelum meneruskan perjalanan keesokkan harinya ke tanah Palestin. Ain Ma' terletak 70 meter dari gua ashabul kahfi.

Papan tanda menyatakan Imam Waqidi berkata dalam kitabnya Futuhaat As-Shaam:
"Kami tiba di gua pada waktu petang, dan berhampiran gua ada mata air. Maka kami berwudhu dengannya dan menunaikan solat. Kami tidur di tempat tersebut kemudian pada waktu pagi kami bergerak ke arah Al-Janaan berhampiran Amman"



6. Pokok zaitun berusia ratusan tahun tumbuh berhadapan gua. Pokok tersebut telah mati dan kesan batang pokok zaitun yang berusia ratusan tahun itu kini ditempatkan di dalam tempat pameran mini di dalam gua. (gambar di atas)


7. Penemuan tulang di dalam Nawawis. Dikatakan bahawa tulang-tulang tersebut adalah kepunyaan pemuda-pemuda tersebut.

Tempat dikumpulkan semua tulang2 & tengkorak yang dijumpai dalam nawawis



~*PENGAJARAN KISAH INI
*~

1. Allah sebut pemuda. Mesti ada sebab Allah sebut perkataan فِتْيَةٌ iaitu pemuda dalam Al-Quraan. Fikir2kan kenapa Allah mesti sebut perkataan pemuda ini..boleh je Allah nak senyapkan & tak bagitahu sprtmana Allah tak maklumkan dalam Al-Quraan tentang bila terjadi, di mana, siapa nama mereka, berapa bilangan dan sebagainya. Tapi Allah stress out on PEMUDA!

2. Allah sebut dalam ayat ke-17 (lagi..),

ذَلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ

"Itu adalah sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Allah."

Jadi paling penting kat sini kita ambil adalah tanda-tanda ini semua adalah kebesaran Allah. Dia nak cerita pada kita bahawa semua kisah2 keajaiban ini adalah tanda-tanda kebesaran Allah. Kalau nak kagum, kagum pada Allah..bukan kepada pemuda yang dapat hidup 300 tahun itu ataupun gua yang menempatkan mereka utk tidur.

Cukupla 2 pengajaran kan? Selebihnya korang jana sendiri..barulah berbaloi membaca sebuah penulisan =)

Sebuah masjid besar & baru dibina oleh pemerintah Jordan berhampiran kawasan Ashabul Kahfi utk para pengunjung bersolat

Sesiapa nak tengok rakaman video dalam kawasan gua boleh klik sini:
http://www.youtube.com/watch?v=W1VD2ljzbFw
(bukan dirakam oleh saya)


Teringat nasheed Raihan tentang Ashabul Kahfi.



8 komentar:

ummirose 6:50 PTG  

salam abdullah..

kesan sejarah yang wajar disingkapkan supaya ramai yang mendapat menafaat daripada hikmah Allah di sebalik keizinan terjadinya sedemikian.agaknya ni first time gambar ummi ada dlm blog abdullah kot ek...;) tqvm abdullah for this very good sharing!

Tanpa Nama 3:44 PTG  

whoa~! yg ni pun best..baru dpt hbskan bacaan..hari tu baca sekerat je..tq2 sbb jd seorg story teller yg hbt ;)

HambaAllah Yang Memakmurkan 4:41 PG  

t.kasih membaca & turunkan komen.

Bashir IbnDzul 12:18 PG  

salaam,

waaa.. teringin pergi jugak.. ^^

Tanpa Nama 11:02 PG  

Tentang ashabul kahfi

Tanpa Nama 11:52 PTG  

Subhanallah

Tanpa Nama 11:54 PTG  

Maha suci Allah dari segala tuhan selain nya

Tanpa Nama 11:56 PTG  

Tiada Tuhan selain Allah

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP