Ahad, Mei 29, 2011

Bumi Urdun (10): Kisah Nabi Lut & Laut Mati PART 1



Bismillah,

Bertemu lagi dalam penulisan seterusnya tentang bumi Jordan. Entry kali ini juga boleh dikatakan agak panjang dan lebar. Dan ia akan dipecahkan kepada dua bahagian. Sila bersabar sekiranya anda seorang yg tidak suka membaca.

Kali ini nak ceritakan tentang kisah Nabi Lut, kaumnya dan apa yang berlaku pada Laut Mati hari ini di Jordan. Pastinya maklumat ini sangat penting bagi mereka yang ingin berkunjung ke Jordan atau telah pun berkunjung ke Jordan & melihat sendiri Laut Mati.



KISAH NABI LUT & KAUMNYA

NABI LUT DALAM AL-QURAAN

Dalam Al-Quraan, nama Nabi Lut disebut sebanyak 27 kali. Surah-surah yang menceritakan kisah Nabi Lut dengan kaumnya pule ada dalam beberapa tempat iaitu:

  • Surah Al-A’raaf ayat 80-84
  • Surah Huud ayat 69-83 tapi kisah tentang Nabi Lut, 2 orang Malaikat & kaumnya bermula daripada ayat ke-77 (bermula dari ayat 69 tu cerita tentang 2 orang malaikat tu berjumpa dgn Nabi Ibrahim dulu)
  • Al-Hijr ayat 57-77
  • As-Syu’araa ayat 160-175
  • An-Naml ayat 54-58
  • Al-Ankabut: 28-35
  • As-Safaat: 133-138
  • Al-Qamar: 33-40
Ade jugak surah2 lain yang cerita tentang Nabi Lut & kaumnya tetapi secara ringkas shj. Ada juga surah-surah lain yg sebut nama Nabi Lut tanpa menyebutkan kisah kaumnya.


PENGENALAN TENTANG NABI LUT ALAIHISSALAM & KAUMNYA

1. Takde hubungan yang spesific telah disebutkan antara Nabi Lut & Nabi Ibrahim dalam Al-Quraan mahupun hadith yang sahih bahawa mereka ini bersaudara rapat ke, sepupu atau sebagainya.

2. Ade kisah2 Isra'iliyyat (kisah2 dalam tafsir & hadith yg pada asalnya diriwayatkan daripada sumber orang Yahudi atau Nasrani) mengatakan bahawa Nabi Lut tu ada nasab keturunan dengan Nabi Ibrahim tetapi kita hanya pegang pada Al-Quraan & sunnah yg sahih sudah cukup.

3. Ape yg diketahui tentang Nabi Lut hanyalah:
  • Dia beriman kepada Nabi Ibrahim & mengikutinya di Iraq. Masa Nabi Ibrahim diperintahkan Allah utk berhijrah ke Falastin pun, Nabi Lut ikut skali. Ini disebutkan dalam Surah Al-Ankabut: 26
  • Bila Nabi Lut & Nabi Ibrahim sampai ke Falastin, Allah memerintahkan Nabi Lut utk pergi menjadi utusan Allah kat satu kaum di tenggara bahagian Falastin & buat dakwah pada mereka
  • Nabi Lut bukan dikalangan orang arab. Dia tidak bertutur bahasa arab & namanya bukanlah daripada perkataan bahasa arab. Ini sama dengan Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishaq, Nabi Yaakub dan lain2, mereka semuanya bukan arab, diutuskan kepada kaum yang bukan arab & bertutur dalam bahasa bukan Arab
4. Tentang kaum Nabi Lut pula
  • Tidak diketahui mana datangnya kaum Lut ini, tak diketahui pula nama kaum ini & asal usul mereka. Tidak diketahui nama perkampungan atau kawasan yang mereka diami kerana tiada dalil sahih mengenainya.
  • Sebutan kaum Sodom atau negeri Sodom itu adalah bersumber kepada Bible. Jadi kita tidak perlu ambil sumber tersebut pun takpe.
  • Yang pastinya diaorg ini melakukan perbuatan keji & terkutuk iaitu mendatangi lelaki dan membelakangi (menjauhkan diri) perempuan & sebelum diaorg ni takde lagi kaum yg melakukan perbuatan terkutuk semacam ni.

PERBEZAAN PERKATAAN LIWAT & LUT


Ade orang kata perkataan liwat (BM) atau dlm Bhs Arabnye الواط dinisbahkan kepada nama Nabi Lut sebab kaum Nabi Lut ni buat perkataan terkutuk itu. Hakikatnya disebutkan oleh Syeikh Solah Al-Khalidi bahawa bende ni tak betul & asal usul kedua perkataan itu bukan daripada asal yang sama.

Seperti disebutkan di atas, Nabi Lut bukanlah seorang arab, jadi namanya bukan daripada sumber perkataan bahasa arab. Takde kata akar daripada perkataan Lut. Tetapi disebutkan dalam Al-Quraan kerana itulah nama yg Allah bagi pada dia. Jadi diabadikan dalam Al-Quraan yang menjadi perkataan bahasa arab. Pada sifatnya sebenarnya ia bukanlah perkataan Bhs Arab.

Tapi perkataan Liwat pula berasal daripada perkataan Bhs Arab iaitu لاط yang membawa maksud لصق iaitu melekat atau menampal.

Jadi orang arab gunakan perkataan liwat tu pada perbuatan 'lelaki mendatangi lelaki (homose'xual/g'ay) mengambil daripada kata-kata akar di atas tulah.

Ini pandangan Syeikh Solah Al-Khalidi. Ada pandangan Imam lain (sprt Imam Ar-Raghib) mengatakan bahawa perkataan liwat tu daripada Nabi Lut. Tetapi yang tepatnya ia takde kaitan.

BERMULA LA DAKWAH NABI LUT

1. Bare in mind, Nabi Lut ni diutuskan kepada mereka & dia bukanlah dikalangan kaum ini mahupun sama bangsa dan keturuna dengannya. Tapi Allah utuskan Nabi Lut utk berdakwah pada mereka.

2. Disebutkan dalam entry lepas tenang Nabi Syuaib, bahawa kebanyakkan Nabi memulakan dakwah mereka dengan membetulkan aqidah. Dalam Al-Quraan disebutkan bahawa semua Nabi akan menyeru dengan menyembah kepada Allah & tidak menyekutukannya.

3. Berbeza dengan dakwah Nabi Lut ini, dia tak mulekan dengan ajak kepada mengesakan Allah. Dia terus2 stat dengan persoalan "Kenapa korang buat perbuatan terkutuk ni?" atau "Kenapa korang tak betaqwa kepada Allah??" Boleh check dalam Surah Al-A'raaf ayat 80 sbg contoh (ade ayat kat bawah).

4. Kenapa dakwah Nabi Lut tak dimulakan dengan membetulkan aqidah?

JAWAPANNYA: Sebab kaum Nabi Lut punya masalah dan penyimpangan mereka ni berbeza dengan kaum2 Nabi lain, sprt Nabi Nuh, Nabi Hud, Nabi Saleh, Nabi Syuaib. Kaum2 nabi lain tak taat pada Allah dan mereka menyembah berhala & pujaan selain Allah. Mereka ini dikatakan mempunyai masalah pemikiran & akal yang akhirnya menyebabkan hati mereka tertutup. Maka para anbiya' diutuskan dengan memulakan dakwah utk rawat penyimpangan pemikiran supaya akal kembali bersih & suci, kembali mentauhidkan Allah & beribadah hanya kepadaNya. Lepastu barulah membetulkan akhlak & menurunkan hukum syariat kepadanya.

Tapi berbeza dengan kaum Nabi Lut, mereka ni ada masalah sikap & perangai iaitu melakukan hubungan di luar tabii manusia sehingga menyebabkan hati mereka tertutup daripada fitrah ciptaan Allah. Diaorg ni buat suatu bende yg belum pernah ada kaum sebelumnya buat perkara nih. Jadi adalah mustahil mereka dapat dibersihkan akal & pemikirannya bila diaorg dok sibuk dengan bende2 maksiat & perkara di luar tabii ni. Jadi step pertama yang perlu dibuat oleh mereka adalah tinggalkan dulu bende2 maksiat tu, bersihkan diri dahulu daripada perbuatan2 terkutuk & keji itu. Baru mula berfikir utk bersihkan hati.

Pada hari ini golongan sprt kaum Nabi Lut sudah mula merebak di muka bumi...


Yela..takkan diaorg dok sibuk2 mengadakan hubungan homos eksual tapi dlm masa yg sama nak mereka kembali mentauhidkan Allah & beribadah kepada Allah semata-mata. Susah sket. Diaorg kene berusaha berhentikan diri daripada buat bende2 tu, barulah jiwa tenang nak terima perkara-perkara mentauhidkan Allah.


BILA KAUM LUT NI MULA MELAKUKAN PERBUATAN KEJI & TERKUTUK

Keluar utk menyatakan hak mereka

Tidak disebutkan dalam mana-mana riwayat mahupun Al-Quraan tentang bila mereka memulakan perbuatan keji & mungkar ini serta siapakah nama orang yg mulekan perkara ni dahulu. Tapi apa yg pasti, kaum ni yg mulakan bende ni dan takde kaum yg sebelumnya melakukannya sprt mana firman Allah:

وَلُوطًا إِذۡ قَالَ لِقَوۡمِهِۦۤ أَتَأۡتُونَ ٱلفَـٰحِشَةَ مَا سَبَقَكُم بها مِنۡ أَحَدٍ۬ مِّنَ ٱلعَـٰلَمِينَ

"Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada mereka: "Mengapa kamu mengerjakan perbuatan keji itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorangpun (di dunia ini) sebelummu?" (Surah Al-A'raaf: 80)

Selain itu, diaorg ada buat perkara-perkara lain yang terkutuk iaitu menghalangi jalan2 orang & menahan lelaki yang lalu di jalan utk melakukan perbuatan keji & mungkar mereka. Juga mereka akan membuat perkara-perkara haram ini di tempat-tempat awam yang biasa mereka berkumpul utk melepak2. Ini disebut dalam ayat berikut:

أَٮِٕنَّكُمۡ لَتَأۡتُونَ ٱلرِّجَالَ وَتَقۡطَعُونَ ٱلسَّبِيلَ وَتَأۡتُونَ فِى نَادِيكُمُ ٱلۡمُنڪَرَ‌ۖ

"Apakah sesungguhnya kamu patut mendatangi laki-laki, memotong jalan (melakukan perbuatan keji terhadap orang-orang yang dalam perjalanan karena mereka sebagian besar melakukan homosexuil itu dengan tamu-tamu yang datang ke kampung mereka) dan mengerjakan kemungkaran di tempat-tempat pertemuanmu?" (Surah Al-Ankabuut : 29)

Ditambah plak nak tunjuk diaorg ni tak malu dengan perbuatan diaorg, maka diaorg mengakui, mengiklankan dan menghebahkan perbuatan mereka tanpa segan silu. Ini adalah bukti bahawa perbuatan ini bukanlah dibuat oleh individu tertentu atau sekelompok sahaja manusia dalam perkampungan kaum Nabi Lut ni, tapi dibuat secara meluas, tersebar sehingga menjadi penyakit & wabak secara umum.

Tanpa segan silu mempromosi

Sampai tahap kalau sape tak buat macam diaorg buat, itulah yg keji & sesat. Yang diaorg buat tu adalah bende betul.

Lambang warna warni itu adalah lambang mereka..bukan sedikit..tetapi ramai..adakah mereka tidak ambil pengajaran terhadap kisah kaum Nabi Lut?


Allah menjadikan lelaki itu secara fitrahnya menyukai perempuan. Pasangan kepada lelaki adalah perempuan, dan pasangan kepada perempuan adalah lelaki seperti yg Allah sebut dalam Surah Ar-Rum ayat 21:

وَمِنۡ ءَايَـٰتِهِۦۤ أَنۡ خَلَقَ لَكُم مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ أَزۡوَٲجً۬ا لِّتَسۡكُنُوٓاْ إِلَيۡهَا وَجَعَلَ بَيۡنَڪُم مَّوَدَّةً۬ وَرَحۡمَةً‌ۚ إِنَّ فِى ذَٲلِكَ لَأَيَـٰتٍ۬ لِّقَوۡمٍ۬ يَتَفَكَّرُونَ
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."


Lelaki pasangannya adalah perempuan seperti yang disebutkan dalam Surah Ar-Rum ayat 21


Tapi nampaknye kaum Nabi Lut tu bukan daripada kaum yg berfikir sebab bila lelaki mendatangi lelaki, maka akan jadi penyakit2 seperti penyakit mental (takleh nak berfikr - ataupun dlm kata lain emosi & phsycology akan rosak), penyakit hati & perasaan dalam melakukan perbuatan yang menyalahi fitrah isaniyyah. Mcm mana nak rasa tenteram sprt dalam ayat kat atas?
Bold


APE JAWAPAN KAUM NABI LUT KEPADA NABI MEREKA?

Bila Nabi Lut melaksanakan dakwahnya, maka mereka tak rasa takut langsung malah mencabar Nabi Lut utk turunkan azab yang dijanjikan kepada mereka kalau Nabi Lut tu orang yang betul. Berikut kata-kata kaum Nabi Lut:

فَمَا كَانَ جَوَابَ قَوۡمِهِۦۤ إِلَّآ أَن قَالُواْ ٱئۡتِنَا بِعَذَابِ ٱللَّهِ إِن ڪُنتَ مِنَ ٱلصَّـٰدِقِينَ
"Maka jawaban kaumnya tidak lain hanya mengatakan: "Datangkanlah kepada kami azab Allah, jika kamu termasuk orang-orang yang benar"

(Surah Al-Ankabuut: 29)

Diaorg jugak ugut nak halau Nabi Lut & ahli keluarganya keluar daripada perkampuangan tersebut. Ni disebutkan dalam Surah Al-A'raaf: 82 & Surah Asy-Syu'araa: 167.



Nabi Lut akhirnya berdoa pada Allah utk turunkan azab kepada kaumnya sprt dalam Surah Al-Ankabut: 30 dan Surah Asy-Syua'araa: 169.

قَالَ رَبِّ ٱنصُرۡنِى عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡمُفۡسِدِينَ
"Luth berdoa: "Ya Tuhanku, tolonglah aku (dengan menimpakan azab) atas kaum yang berbuat kerusakan itu". " (Surah Al-Ankabuut: 30)



TIBANYA SUNNATULLAH KEPADA KAUM YANG INGKAR

Sebelum tiba azab kepada kaum Nabi Lut, Allah mengutuskan para malaikat utk berjumpa dgn Nabi Ibrahim dulu bagi menyampaikan 2 khabar berita iaitu
  • Berita kelahiran anak Nabi Ibrahim iaitu Nabi Ishak
  • Berita akan hancurnya kaum Nabi Lut
Setelah berlaku beberapa diaolog antara malaikat2 dengan Nabi Ibrahim (taknak dipanjangkan di sini), maka malaikat2 itu bertolak lah utk berjumpa Nabi Lut. Diaorg dijelmakan oleh Allah sebagai manusia yg hensem tahap maksimum!

Sampai rumah Nabi Lut, dia tak tahu pun yg datang tu adalah para malaikat. Macam Nabi Ibrahim jugakla dia pun tak tahu yang datang adalah para malaikat. Tapi takpela..layan jela jadi tetamu semua kan.

Kenapa malaikat ni dijelmakan jadi rupa yg hensem? Asal tak jelma jadi rupa biasa2 je kan..takdela kene kacau pulak?

JAWAPANNYA: Kerana nanti ia akan menjadi hujah dihadapan Allah SWT terhadap kaum ini bahawa mereka memang akan mengambil kesempatan terhadap lelaki2 yang hensem, terus menerus nak membuat perbuatan keji & terkutuk itu tanpa mengira siapa. Termasuklah tetamu Nabi Lut pun diaorg nak ambil kesempatan gak

Tapi Nabi Lut tak tahu diaorg malaikat. Dia gelisah & risau tentang tetamunya tu sebab nnt konfemlah bile kaum dia dapat tahu, akan datang ke rumah Nabi Lut & mintak Nabi Lut serahkan tetamu2nya kepada mereka. Ini dijelaskan dalam ayat berikut:

وَلَمَّا جَآءَتۡ رُسُلُنَا لُوطً۬ا سِىٓءَ بِہِمۡ وَضَاقَ بِہِمۡ ذَرۡعً۬ا وَقَالَ هَـٰذَا يَوۡمٌ عَصِيبٌ۬

"Dan tatkala datang utusan-utusan Kami (para malaikat) itu kepada Luth, dia merasa susah dan merasa sempit dadanya karena kedatangan mereka, dan dia berkata: "Ini adalah hari yang amat sulit""

(Surah Huud: 77)

Tak lama lepastu, kaumnya pun dapat tahu & terkantoilah ada tetamu2 yg hensem di rumah Nabi Lut. Ape lagi, naik hysteria & tergila-gila la kaumnya sampai tak sabar nak mintak diserahkan tetamu itu kepada mereka. Nabi Lut sebagai seorang yg menghormati tetamu & menunaikan hak sebagai tuan rumah mempertahankan tetamu-tetamunya daripada diambil kesempatan oleh kaumnya itu.

Nabi Lut mintak kaumnya bertaqwa kepada Allah & jangan memalukan dirinya didepan tetamunya. Sprt firman Allah:

وَجَآءَهُ ۥ قَوۡمُهُ ۥ يُہۡرَعُونَ إِلَيۡهِ وَمِن قَبۡلُ كَانُواْ يَعۡمَلُونَ ٱلسَّيِّـَٔاتِ‌ۚ قَالَ يَـٰقَوۡمِ هَـٰٓؤُلَآءِ بَنَاتِى هُنَّ أَطۡهَرُ لَكُمۡ‌ۖ فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَلَا تُخۡزُونِ فِى ضَيۡفِىٓ‌ۖ أَلَيۡسَ مِنكُمۡ رَجُلٌ۬ رَّشِيدٌ۬

"Dan datanglah kepadanya kaumnya dengan bergegas-gegas. Dan sejak dahulu mereka selalu melakukan perbuatan-perbuatan yang keji. Luth berkata: "Hai kaumku, inilah puteri-puteriku, mereka lebih suci bagimu, maka bertakwalah kepada Allah dan janganlah kamu mencemarkan (nama)ku terhadap tamuku ini. Tidak adakah di antaramu seorang yang berakal?"

(Surah Huud: 78)

Dalam ayat di atas jugak, Nabi Lut memerintahkan kaumnya utk pergi perempuan-perempuan dikalangan kaumnya untuk melepaskan keinginan mereka (dengan jalan yang dihalalkan oleh Allah iaitu perkahwinan), bukan kepada lelaki.

Nabi Lut menyebutkan "puteri-puteriku/anak-anak perempuanku" bukanlah mengisyaratkan kepada anak2 Nabi Lut tu sendiri, tetapi anak2 dalam kawasan penduduk kaum Lut itu kerana Nabi Lut seorang Nabi, seorang syeikh, yang dewasa dikalangan mereka, seorang yang soleh & imam dikalangan kaumnya. Jadi dia sebutlah anak-anak perempuan dia. Macam masyarakat kita pun orang yg lebih dewasa atau dah tua biasa menyebut kepada anak-anak muda anak-anak yang dikasihi sekalian.

Tapi kaum Nabi Lut balas dengan slambe “kau ni Nabi Lut, kau dah tahu dah kitaorg ni takde keinginan kat perempuan2, dan mesti kau tahu ape yg kitaorg nak” – dialog extract dari Surah Huud : 79

Nabi Lut pada saat tu berkata “Seandainya aku ada mempunyai kekuatan (untuk menolakmu) atau kalau aku dapat berlindung kepada keluarga yang kuat (tentu aku lakukan)." Huud – 80.

Ayat ke-80 ni bukanla bermakna dia tak mendapatkan perlindungan Allah, memang kita kene yakin yang Nabi Lut ni meminta perlindungan daripada Allah, tapi kita tahu Nabi Lut ni datang kepada kaum ni & dia takde keluarga, kabilah atau kawan2 yang ramai utk backup dia. Jadi dia nak mendapatkan bantuan kemanusiaan yang dapat membela dia. Ini menunjukkan kaum yang beriman dengan sangatlah sikit sampai tak dapat nak pertahankan daripada kaumnya yg sangatla ramai.

Pada waktu tu tetamu2 tu pun bagitau bahawa mereka ini para malaikat diutuskan oleh Allah utk memberi azab kepada kaumnya.


~TO BE CONTINUED~

1 komentar:

penerang.info 12:31 PG  

Kaum Luth di kota AlHijr / Madain Saleh Arab Saudi

http://www.penerang.info/2012/05/orang2-munafik-disekitar-nabi-dahulunya.html

Salaam

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP