Sabtu, Januari 29, 2011

Bumi Urdun (1): Ahlan Wasahlan


Bismillah.

Alhamdulillah Allah telah memberikan diri ini kesempatan menjejak kaki ke bumi Urdun (dalam bhs Arab lama) atau dlm bhs semitic nye, Jordan. Perasaan agak bercampur baur sebelum menjejak kaki ke sini. Banyak perkara yg terbayang2 di fikiran terutamanya kisah-kisah sewaktu kecil semasa di Urdun.

Tiket telah dibeli sejak bulan 12. Menaiki pesawatan Royal Jordanian (RJ) Ai
rline. Sebuah pesawat yg banyak memberikan kenangan semasa ke Jordan sewaktu kecil dahulu. Tak tahulah kenapa, tapi jauh dalam sudut hati memang suka design pesawat RJ ni.

Misi ke Jordan adalah utk mempelajari semula bahasa Arab disamping duduk bersama orang2 Arab di sini, berjumpa kawan-kawan Abati, jiran2 lama, sekolah lama..dll misi sampingan yg mungkin boleh diusahakan utk mencapainya.

Alhamdulillah saya telah bertolak dari Malaysia pada 26hb Januari 2011 jam 10mlm di KLIA. Apabila menaiki pesawat, memang kosong sprt gambar di bawah.

Gambar dalam pesawat RJ

Rupanya memang dari Malaysia tak ramai orang. RJ akan berhenti di Bangkok sebelum meneruskan perjalanan 8 jam lebih ke Amman, Urdun. Semasa berhenti di Bangkok, pesawat ini memang PENUH! Termasuklah ramai daripada orang2 Yahudi yg ingin balik ke Israel.



Gambar pesawat sebelah RJ di KLIA. JAL.

Makan malam daripada KL ke Bangkok (1 jam 55 minit). Daripada Bangkok ke Amman pula (8 jam) ada 2 kali makan.

sampai Mataar (Airport) Queen Alia jam 5.20pagi. Ni suasana di airportnya. Ada 2 RJ di sebelah kanan kapal terbang yg dinaiki ini.

selepas keluar daripada imigresen..solat subuh dulu. ni surau di Mataar Queen Alia

Ni suasana Mataar Q.Alia di Arrival Terminal 1 pada jam 5.30pg..

Alhamdulillah beberapa kawan datang ambil. Antaranya Mawardi Hafidzi (driver), Johan Beijing (co-driver) & Umar Mutaqqi (ddk sebelah saya tak masuk dalam gamba). Yang dari Amman hanya Umar Muttaqqi. Mawardi daripada Irbid, satu stgh jam daripada Amman. Johan pula daripada Beijing datang jalan2 di Jordan.

Di Jordan ni, sistem driving ikut US, China, Rusia,dll..belah kiri. Hem. Tengah nak belajar2 tengok mcm mana pemanduan melalui belah kiri ni.

Sesampainya berhampiran Sweileh (kawasan yg ramai org Malaysia ddk di Amman ni), maka depa terus bawa ke maqam Saidina Abd Rahman bin Auf. Sebuah masjid kecik je. Maybe tak buat solat kot kat sini.


Kemudian sempat begambar di depan Bab Syimal (kot?) Jami'ah Urduniyyah semasa pergi bersarapan. Kat Amman ni kedai2 pagi tu mcm tak berapa nak bukak. Susah nak cari kedai yg bukak jam 8-9pg.


Hari pertama juga sempat ikut beberapa teman2 di Amman ni ke Malaysia Student Department (MSD) Jordan. Jumpa dengan dua pegawai atasan di MSD ni dan perkenalkan diri.


Berhadapan dengan bangunan MSD Jordan tu, ada kambing biri2 ni. Teringat zaman dulu kala kambing2 ni ada di hadapan rumah kami. Pernah mintak tuan kambing ni perah susu fresh.


JUMAAT 28hb Januari 2011

Ni pulak gambar Persatuan Penuntut Malaysia Amman (PPMA) tengah buat Jumble Sale (ke Jumbo Sale? - mungkin nk kne diperbetulkan kot?). Jualan amal ni adalah barangan hasil daripada beberapa asatizah di Amman yang akan pulang ke Malaysia. Jadi mereka takleh nk bwk balik smuanya, maka dijualkan sahaja kepada sesiapa yg memerlukan. Duit akan dimasukkan utk tabungan persatuan. Tapi saya belum beli apa2 lagi. Hehe. Masih nak belajar kena beli ape sebenarnya..

Sekitar petang 28hb (selepas Jumaat), saya telah menghubungi salah seorang pakcik (atau boleh panggil atuk dah kot sebenarnya) yg lebih mesra dengan nama Abu Sami. Memandangkan Abati dah call dia dan bgtau saya akan sampai di Jordan, maka Abu Sami tak putus2 call Abati balik utk meminta saya menghubunginya. Jadi selepas saya menghubunginya, dia kata nak datang ambil di rumah bujang pelajar2 Malaysia di Amman ni & bawa ke rumahnya.

Ni lah rumah Abu Sami. Bas & teksi depan rumahnya itu adalah milik anak2nya.

Alhamdulillah dapat jejak kaki ke rumah pakcik ini. Saya berkesempatan membuka internet & buka facebook dalam rumahnya. Kemudian saya menunjukkan kepadanya gambar2 semasa kecil. Sebenarnya masa pegi rumah Abu Sami ni, agak merangkak nak cakap arab sebenarnya sbb banyak sangat lupa. Haih. Kena belatih cepat nampaknya sbb nak pergi jumpa ramai lagi orang nih (sekolah lama..jiran lama..ect2)

Ni cucu2 Abu Sami sedang bermain di depan rumah. Sempat ambil gambar mereka sbg kenangan utk Ummi & Abati tengok nanti.

Abu Sami juga telah datang ke rumah pelajar lelaki di Sweileh (lebih mesra dipanggil Bait A'zab) & bersembang dengan beberapa pelajar Malaysia yg ada dalam rumah pada waktu tersebut. Dia cerita banyak kisah tentang pengalaman dia dahulu bersama pelajar2 Malaysia, tentang cerita dia ke Malaysia.

Sebenarnya Abu Sami ini antara orang yg famous semasa tahun 90an dulu sebab banyak menguruskan & membantu orang2 Malaysia yg datang belajar di Jordan sewaktu itu. Abu Sami telah solat maghrib bersama kami dan kami meminta izin utk keluar nak pergi makan malam.


Lepas pergi dinner, saya sempat berjalan kaki bersama Umar Mutaqqi melihat sekliling kawasan perumahan. Ada beberapa kedai buah yg nampak sangart fresh & cantik.



Lagi kedai yg jual buah & sayur. Ummi mesti suka ni..


Di Jordan alhamdulillah semua keadaan okey. Cuma agak sejuk lebih2 lagi kalau berangin2. Siang mungkin dalam belas2 darjah celcius. Malam sangat rendah sekitar 4-5 darjah celcius. Dijangkakan sehingga Rabu akan datang, Amman akan turun hujan. Matawang agak tinggi nilaiannya. Kalau kita berbelanja 10 Dinar, itu bermakna RM43.20.

Tapi bila orang tanya "kenapa pilih Jordan?"...sebenarnya agak susah nak memberikan jawapan yg qat'ie. Hanya jiwa & hati saya sahaja yang boleh memahami kenapa. Susah nak diperjelaskan dengan kata-kata. Mungkin atas faktor nostalgia silam yang pernah dilalui di negara ini.

Sekian dulu catatan buat kali ini..insyaAllah harapnya akan bersambung =)

6 komentar:

Raihan Afifah 5:06 PTG  

Syukran atas perkongsian, jangan pernah lupa menukilkan pengalaman di alam maya ini untuk santapan jiwa-jiwa yang tercari-cari peluang untuk menambah ilmu

Tanpa Nama 5:44 PTG  

mantap ! bravo..mcm mini novel..ada moral value :D boleh jd kn link blog ni as novel on9 terbaru :) teruskan berkongsi yaa ;)

Deremind 6:48 PTG  

Semoga banyak ilmu baru dibawa pulang inshaAllah~

SyAiRaH aRIsA 12:36 PG  

makanan dlm RJ airline mmng superb n sgt slesa..huhuhu
BTW, loike r u ntry bout jordan..Terimbau knangan kat sane..even singgah dlm beberapa hari kat sane,tapi memory kat sane mmng priceless r...n sgt tak suke transit kat Bangkok..Sengsara..huhu
Ape2 pon keep up da gud work tok share all da story bout jordan..iNsyaAllah will follow ur blog

Haji Jim Nun al Urduni ( ABU LUQMAN ) 3:59 PG  

Assalamualaikum,
Dah lama tak dengar berita tentang Abu Sami. Begitu juga dengan Akh khalid- ada tak sebarang maklumat yang boleh menghubungkan ana dengannya

HambaAllah Yang Memakmurkan 4:09 PG  

Salam,

Ammu boleh call depa di talian ini:

Abu Sami: +962785752507
Ammu Khalid: +962775205821

Wassalam

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP