Kita ni berpotensi besar..
Bismillah.
Dah lama rasanya tak update. Erm. Takdela lama sangat..tapi adela nak dekat 2 minggu kot. Hakikatnya memang tak tahu nak update apa sebab setiap hari berlaku rutin2 yang rasanya tak perlu nak dicerita pada 1 dunia kot.
Saya nak cerita lebih2 tentang apa yg berlaku disekeliling saya dan siapa yg saya berjumpa pun, boleh jadi bahaya juga memandangkan ada potensi utk mereka membacanya (ceh~..bajet blog ni 1 dunia nak masuk), tapi kalau tengok kat peta dunia tu..boleh la jugak dikatakan 1 dunia ^__^..cuma kawasan Afrika, Amerika Selatan & Rusia je jarang ade sket orang nak masuk blog ni..mungkin tak faham ape yg saya tulis kot.
Jap..hari ni 125 orang masuk blog ini?! Ape counter tu dah rosak ke ape? Takkan sampai 125 orang kot masuk hari ni..atau ade perisik masuk beramai2 ke ape? atau hari ni server semua orang down jadi terpaksa klik blog ni sorang 25 kali?
Oklah. Semua di atas tiada kaitan dgn tajuk entry nih.
Weekend baru2 ini adalah weekend yang entah kali ke berapa saya ulang alik ke KL utk menunaikan tanggungjawab2 saya. Bezanya weekend kali ini saya terpaksa balik dalam tempoh yg singkat (kurang dari 24 jam)..tapi takdela ape sangat. Saya rasa ade je ramai budak2 di UTP ni yang slalu buat begini..lebih2 lagi bila mereka ni join event dan terpaksa ke luar UTP, travel utk setelkan keje2, jumpa company itu ini utk minta sponsor2 dari mereka. Hebat lah. Memang hebat.
Ada ketikanya saya sering merenungkan gelagat kawan-kawan & kata2 rakan-rakan saya. Contohnya di bulan ramadhan ni kan...sorang kawan saya ni muhasabah kan kami smua dgn berkata "orang sanggup datang masjid ni nak berbuka puasa..ramai plak tuh. tapi kalau solat berjama'ah di masjid..susah gak kan". FAKTOR POTENSI: Makanan
Ade sorang kawan ni..sanggup turun ke KL utk jumpa dengan aweknya..semata-mata..walaupun maknye tak bagi buat camtu. Tapi sbb lautan api ku redahi, gunung-ganang kan ku daki..maka sanggup gakla ke KL. FAKTOR POTENSI: Perempuan
Dulu masa kecil2..(ke..masa besar pun sama?!)..rajin nak round rumah orang waktu raya. Kalau dok kampung tu, sebolehnya semua kampung2 jiran pun nak sapu gak rumah. But i've never done this round2 dgn kawan2..sbb dlu masa kat kg pn takde ramai kwn sgt. FAKTOR POTENSI: Duit
Ade sorang kawan ni jugak..akan istiqamah ke saloon & facial (kena belanja duit kott!), jadi allocation duitnya penting utk perkara-perkara tersebut. Harapnya kawan ni tak baca blog ini. FAKTOR POTENSI: Penampilan diri
Saya rasa banyak lagi kot kalau dapat relate ngan diri sendiri & kawan2 disekeliling. Macam mana manusia ni sanggup bangun awal pagi utk bola tapi susah bangun awal pagi utk qiam. Dan lain2 lah..saya pun tak dapat nak fikir banyak malam nih..korang pandai2 la relate sendiri kan (sprt biasa saya akan menulis begini dalam setiap entry walaupun kadang2 saya tidak menyukainya..heh)
Saya rasa memang manusia ni kalau ade faktor2 di atas, memang smangat datang membara-bara nak buat...mungkin tu kot dikatakan nafsu. Tapi actually kalau kita pandai salurkan nafsu kita ke tempat yg betul, it would satisfy us..and make Allah happy of us too.
Begitulah sebenarnya manusia berpotensi utk dihantar ke Yathrib menyebarkan islam walaupun berseorangan..bahkan mengetuk setiap pintu rumah di Yathrib tu utk sampaikan dakwah meskipun ilmu hanya tahu solat, ucap 2 kalimah syahadah & bersuci. [1]
Begitulah jugak sebenarnya manusia berpotensi utk membebaskan manusia dari penyembahan sesama manusia kepada penyembahan mutlak kepada Allah SWT sahaja, sanggup menyebarkan dakwah dengan membawa kuda sampai ke hujung laut dan kata "Seandainya ada tanah lagi di seberang laut ini, maka aku akan menyeberang laut ini dgn kuda ini". [2]
Dan banyaaaaaaaaaaak lagi contoh2 lain manusia yg sangat berpotensi sebenarnya..cuma kene pandai salurkan potensi tu la kan?
Saya penah jugak dengar dari seorang ibu pernah berkata tentang anak perempuannya "kalau dia tension ke..geram ke..marah ngan sesiapa, nanti dia akan pegi kemas rumah, cuci tandas..". Saya rasa ini bagus juga. Salurkan potensi yang negative menjadikan potensi positive! Sama sprt yg saya sebutkan di ataslah.
ckuplah..tulis panjang2..makin meleret2..baik berhenti sahaja..waktu pn dah lewat~
sekian..
(penat jugak nak update blog nih..tp drpd tak update langsung..)
[1] - Mus'ab bin Umair
[2] - Utbah bin Nafi' (jarang ek dengar nama orang Utbah - maybe sbb takde maksud kot, ape ek maksudnya?)
BY THE WAY: KORANG DAH MENYUMBANG UTK KEMPEN FAST 2 FUND? Ade lagi 3 hari je. Klik: http://fast2fund.blogspot.com/
4 komentar:
kalo marah mmg mengemas.. kejap je da kemas dan besih.. tp kalo saje2 nk kemas tu. lmbt sket jdnya.
ape2 pun... same2 kta lawan nafsu yg -ve
tu 1 habit yg sepatutnya lelaki perlu contohi..
ni tak..kalo marah gi isap rokok, lepak kat kedai kopi..or simply tido. Oh well..tido lebih baikla daripada melepaskan geram menumbuk sesiapa ke..
dan paling penting..ambillah wudhu'. pastu boleh mulakan kerja mengemas! (dah lama rasanya tak geram kat orang..sbb tu kot jarang mengemas *__* ops..)
huhu. sy kalo tension gi tidur. buat ape pun tak tenang. duduk borak pun jadi mengumpat, nak mengemas pun sure sambil mengomel2.
tp mengemas dan buat kek adlh bnda yg menenangkan. tp sy takleh buat dlm keadaan terlalu tension.
sgt best!
trigt surah yasin yg ayat pemuda hujung kota tu.if only kita pun ada daya penolak sbgitu.
Catat Ulasan