Jumaat, April 17, 2009

Repetition..repetition..repetition..repetition

Bismillah.

Repetition. Ape itu repetition? Tepat skali! ULANGAN.

U know what...semasa saya menulis perkataan repetition di tajuk blog ini pun adalah 1 proses pembejalaran sebenarnya, sebab..secara ikhlasnya saya telah mengeja repetition pada awalnya sebagai "REPITITION" which is a wrong! Dan saya sedar saya silap semasa saya menaipnya dalam Google! Sabar jelah.

Takpe. Seperti saya kata, ia 1 proses pembelajaran. Jadi saya menulis perkataan repetition di tajuk sehingga 4 kali supaya saya boleh ingat bahawa ejaan yg sebenar adalah REPETITION..bukan REPITITION! Mungkin saya akan lebih banyak menggunakan perkataan 'repetition' daripada perkataan 'ulangan'..supaya saya terus belajar semasa menulis ini.

Usrah baru2 ini juga menyebut tentang repetition ini. Kupasan surah Al-Mursalat menunjukkan Allah mengulangi ayat

" Kecelakaan yang besarlah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan". Bila sesi perbincangan, naqib mengatakan "pengulangan ini adalah sebagai peringatan kepada kita, manusia yg sifatnya memang seorang pelupa".

Tapi secara sedarnya memang kita tahu dalam Al-Quraan banyak sekali repetition begini. Cth paling ketara adalah dalam surah Ar-Rahman. Dan banyak lagi surah lain. Surah Al-Qamar, Surah An-Naml dan lain-lain lagi.

Dan sememangnya Allah bagitahu kita dalam surah Al-Israa'



Dan sesungguhnya dalam Al Quran ini Kami telah ulang-ulangi (peringatan-peringatan), agar mereka selalu ingat. Dan ulangan peringatan itu tidak lain hanyalah menambah mereka lari (dari kebenaran). Al-Israa' ayat 41



Dan sesungguhnya Kami telah mengulang-ulang kepada manusia dalam Al Quran ini tiap-tiap macam perumpamaan, tapi kebanyakan manusia tidak menyukai kecuali mengingkari (nya). Al-Israa' 89

Ini suatu bentuk tarbiyyah dari Allah SWT menerusi Al-Quraan utk kita ingat sesuatu perkara kerana sesuatu yg diulangi pastilah suatu yg penting atau suatu yg perlu diberi perhatian. Ia juga dikatakan sebagai menyentuh hati dan fikiran orang yg beriman bila menghayati Al-Quraan dengan repetition sebegini.


Bagi golongan yg tak boleh menghayati, sprt Orientalis, mungkin mereka akan mendakwa Al-Quraan ini seperti kekurangan idea atau tidak ada perkara nak ditulis lantas ayatnya diulang kembali. Namun kita tidak menerima tuduhan2.

Kemudian cuba kita lihat realiti kita, antara perkara2 repetition yg kita lakukan?

1. Surah Al-Fatihah. Diulangi setiap hari bermula kita pandai membaca Fatihah sehingga kita menghembus nafas terakhir. Mesti membaca surah repetition ini. 7 ayat yg diulang2 sprt yg disebut dalam surah Al-Hijr 87

2. Iklan yg diulang-ulang menjadikan kita semakin mengenali sesuatu produk dan akhirnya produk tersebut melekat di kepala. Sape yg lebih kuat promosinya maka produknya akan lebih terkehadapan.

3. Sistem pembelajaran yg menganjurkan repetition seperti melakukan soalan2 maths. Masa sekolah bayangkan diberikan soalan2 maths yg byk utk enhance kecekapan menyelesaikan masalah. Exercise makes perfect..or maybe approaching 'perfect'.



4. Hafalan AlQuraan yg perlu dimuraja'ah. Sama sprt belajar pelajaran lain pun perlu diULANG kaji supaya perkara yg dipelajari di kelas menjadi repetition kepada kita. Banyak kali kawan saya kata pada saya "Sekarang baru aku faham ape yg lecturer tu nak sampaikan". Lantas saya menjawab "dengar sekali tak berapa nak faham, dengar 2x dapat tangkap sikit, kalau dengar banyak kali mesti sangat faham"

And the list goes on..u can think of urself lagi..

Cuma nak sentuh sket dalam aspek tarbawinya, repetition is something good. But it depends. Repetition of ilmu yg diperoleh itu satu yg bagus. Sebab dengan pengulangan perkara yg sama baik semasa usrah, daurah, katibah, ape sahaja hatta kultum itu adalah suatu yg baik utk kita terima dan ambil pengajaran.
Kali pertama dengar: tahu,
kali ke-2 dengar: faham lagi,
kali ke-3 dengar: semakin faham & ingat pula.
Begitulah seterusnya. Disebabkan itu jika suatu tazkirah atau kultum menyampaikan tentang suatu topik yg kita sudah biasa menerimanya atau mendengarnya, maka anggap ia suatu yg positif dan Allah nak didik jiwa kita utk terus menerima peringatan tersebut.

Cantik saranan Allah utk kita berpesan2 dengan kebenaran dan kesabaran dalam Surah Al-Asr. Bukan pesan sekali, bahkan berpesan-pesan..perlu dilakukan sentiasa.

Disebabkan itu, kalau anda diminta utk ke suatu program yg anda pernah lalui dan ianya atas arahan naqib atau pimpinan, maka pergi dahulu dengan sikap positif bahawa pasti akan ada perkara baru yg akan dipelajari. Namun dalam masa yg sama, naqib & pimpinan tidak boleh menzalimi ank usrah dan orang bawahannya jika bahan tersebut sudah bukan pada tahap si penerima. Perlu balance perkara tersebut. Sebab itulah saya sebut tadi "it depends".

Seorang yg sudah berada di peringkat Masters tidak perlu nak mengulangi silibus sekolah rendah. Tetapi beberapa silibus diperingkat Bachelor Degree mungkin seorang pelajar Masters kena ulangi kembali utk memperbaiki kefahamannya.

Satu yg perlu berhati-hati, pengulangan perkara yg munkar, maksiat dan berlawanan dengan apa yg Allah redha adalah suatu yg kita perlu hindari. Kerana repetition ini juga memberi kesan kepada kita utk 'mempelajari' membiasakan diri dengannya. Disebabkan itu pengulangan dosa yg beterusan menyebabkan tompok hitam di hati bertambah dan akhirnya kita tidak berasa salah kerana nur tidak boleh memasuki hati-hati ini. Ya Allah, jauhkanlah kami dari golongan ini.

Sekian dahulu utk topik ini. Sesapa nak tambah silakan.

Moga Allah merahmati.

Wassalam

0 komentar:

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP