Significant debat dengan Seerah Rasul
Lagi tentang debat.
Baru2 ni sembang2 ngan sorang pakcik, dia kata “dalam strategi, kalau kita takleh lawan kebenaran fakta yg diberikan, kita attack dengan cara utk menjatuhkan maruah seseorang, nanti orang akan kurang percaya pada apa yg diperkatan walau bagaimana benar skalipun faktanye”.
MasyaAllah! Sungguh btul teori/pendapat ini.
Berlaku dalam debat tempoh hari, dimana menteri penerangan tu attack mantan TPM secara peribadi. Mengungkit keburukan2 yg pernah dilakukan atau kesalahan yg pernah dilakukan. Ungkit tahun 1970an, bahawa mantan TPM tu menentang PM2 Malaysia hingga kini. Etc2. Semua serangan yg dengan niat utk menunjukkan walau benar mcm mane mantan TPM kita tu berhujah, tapi kalau peribadinya tak betul..maka janganla percaya dia.
Mantan TPM secara slambe mengatakan “takpela..saya memang salah. Tapi ape yg Dato’ buat pada 2008?”. Dan “nak serang, serangla. Menteri ada banyak lagi masa utk menyerang saya dalam RTM”. Lebih kurang camtula
Hehe.
Interesting nyer..perkara ni berlaku jugak zaman Rasulullah dulu.
Rasulullah dahulu menyampaikan kebenaran. Penduduk arab Jahiliyah sume tahu bende tu benar sebab Rasulullah tak pnah menipu (Rasulullah lain daripada mantan TPM tu ye..just nak cerita suasana yg sama je). Tapi penduduk Arab Jahiliyah tetap berterusan menjatuhkan maruah Rasulullah dengan mencaci, memfitnah dan menuduh dia sebagai seorang yg gila dan ahli sihir supaya orang tidak mempercayai Rasulullah walaupun dia menyampaikan suatu yg benar.
Reason diaorg taknak accept kebenaran tu, ade beberapa perkara antaranya EKONOMI. Takut nanti industri berhala & arak akan jatuh. Dari segi SOSIAL plak takut nanti sama rata dengan hamba abdi. Dalam Islam takde yg lebih superior than other except yg bertaqwa. Tu pun kita takleh nak measure sebanyak mana taqwa seseorang. Only Allah knows. Dari segi POLITIK plak. Orang Arab Jahiliyah takut nanti kekuasaan dia diambil oleh orang lain dan akhirnya dia tak dapat nak kuasai pelbagai benda.
Wallahu’alam.
0 komentar:
Catat Ulasan