Pemimpin yg sedikit pening
KUALA LUMPUR, 31 Julai - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyempurnakan istiadat meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara di sini sempena Hari Pahlawan 2008 sebagai memperingati wira-wira yang gugur semasa mempertahankan tanah air. Cuaca redup dan nyaman pagi ini mewujudkan suasana sayu semasa sambutan berkenaan. Perdana Menteri yang tiba pada pukul 8.30 pagi memulakan upacara simbolik itu dengan memeriksa perbarisan kawalan kehormat oleh Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja pimpinan Mejar Norhisham Kamal. Ia diikuti tiupan lagu Last Post untuk memperingati pahlawan negara yang gugur di perbatasan. Majlis kemudian mendengar deklamasi sajak berjudul Pahlawanku oleh Pegawai Waran I, Azamin Itam. Sajak itu mengenang jasa pahlawan negara yang terkorban di medan perang sejak Perang Dunia Kedua, zaman darurat dan semasa menjalankan misi keamanan di bawah mandat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Perdana Menteri kemudian mendahului acara peletakan kalungan bunga di hadapan Tugu Negara sebelum diikuti Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Turut berbuat demikian ialah Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin; Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Abdul Aziz Jaafar dan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin. Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia, Datuk Muhammad Abd. Ghani turut mengalungkan bunga. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Najib Tun Razak bagaimanapun tidak dapat menghadiri sambutan pada tahun ini kerana terbabit dengan Dialog Antarabangsa Selatan Afrika (SAID) 2008 di Zambia. Majlis turut disertai beberapa menteri Kabinet, timbalan menteri, pegawai kanan kerajaan, Hari Pahlawan disambut pada 31 Julai setiap tahun sebagai menghargai jasa wira-wira negara yang terkorban serta cedera ketika mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan negara.
wakil-wakil rakyat dan diplomat asing.
---------------
Fatwa Negeri Selangor:
Kategori : Sosial/Syariah
Tajuk : FATWA TENTANG UPACARA HARI PAHLAWAN
Isu :
Fatwa :
(1) Amalan seperti tiupan “Last Post” , bertafakur dengan menundukan kepala,meletakkan kalungan bunga , bacaan sajak , nyanyian dan tiupan “Rouse” yang dilakukan di hadapan tugu dalam upacara menyambut Hari Pahlawan adalah bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik.
(2) Bacaan sajak yang boleh menimbulkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan dengan syarat tidak dilakukan dihadapan tugu atau di tempat atau dalam suasana yang di larang oleh syara’.
Rujukan Pewartaan : Sel. P.U. 20.
Tarikh Pewartaan :
14 September 1995
Baca : 1312
Oleh : Jawatankuasa Perunding Hukum Syara'
Fatwa Negeri Pahang:
Kategori : Akidah
Tajuk : Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan
Isu : Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain
Fatwa :
ENAKMEN PENTADBIRAN
UNDANG-UNDANG ISLAM 1991
(Enakmen 3/91)
FATWA DI BAWAH SEKSYEN 36
Fatwa berikut yang dibuat oleh Mufti Negeri di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen itu adalah disiarkan menurut subseksyen 36(2) Enakmen itu:
Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan.”
Rujukan Pewartaan : 36
Tarikh Pewartaan :
16 Januari 1997
Baca : 1572
Oleh : Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang
0 komentar:
Catat Ulasan