Jumaat, Julai 28, 2006

Pempimpin berjiwa rakyat yang sebenar

Haneyya dermakan gaji pertamanya kepada keluarga syuhada’ di Gaza
Posted on Friday, July 28 @ 09:19:12 MYT

"Jumaat ,28/07/2006 - Tidak pernah berlaku dalam sejarah kerajaan-kerajaan PA sebelum Hamas, pemimpin memberikan wang gajinya kepada rakyat. Namun, Perdana Menteri kerajaan Hamas hari ini, Ismail Haneyya telah menunaikan janjinya untuk mendermakan separuh daripada gaji pertama beliau kepada keluarga seorang kanak-kanak yang mati syahid, Hadeel Al-Ghebn di Bandar Beit Lahia.

Hadeel,10 terbunuh di dalam rumahnya ketika perisai Israel melepaskan tembakan menggunakan bom mortar dan melancarkan serangan roket empat bulan yang lalu. Sepuluh orang ahli keluarga Hadeel yang kebanyakannya terdiri dari kanak-kanak cedera parah di dalam serangan terbabit. Wang sejumlah 1,700 dollar (separuh daripada gaji Perdana Menteri) telah diserahkan sendiri oleh Haneyya kepada keluarga Ghebn.

”Ini ada tanggungjawab kita terhadap hero kita dan rakyat Palestin yang tetap sabar mengorbankan barangan berharga milik mereka demi Palestin. Maka, kita seharusnya semakin bijak dan maruah kita mesti terus dijaga di dalam kita memperjuangkan kebebasan tanah air dan makam suci,” kata Haneyya selepas menyampaikan wang tersebut.
Haneyya berjanji akan mendermakan separuh daripada gajinya kepada keluarga itu pada sesi pertama kabinetnya Mac lalu.Ini adalah kali pertama Perdana Menteri dan menteri kabinetnya menerima separuh daripada gaji mereka sejak mereka menerajui kerajaan empat bulan yang lalu. Amerika Syarikat, Israel dan sekutu Eropah mereka telah mengenakan sekatan ekonomi yang dahsyat ke atas kerajaan yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat semata-mata untuk menggulingkan kerajaan Hamas.

Tindakan Haneyya amatlah dialu-alukan oleh keluarga kanak-kanak perempuan yang syahid itu. Penduduk Beit Lahia turut mengulangi sokongan mereka kepada kerajaan yang dipilih samada dalam keadaan suka atau duka, senang mahupun susah. Haneyya mengambil peluang untuk melawat ‘bandar yang teguh’ ini semasa lawatan Setiausaha Amerika Syarikat, Condoleezza Rice ke kawasan tersebut. Lawatan Rice disifatkan oleh Haneyya sebagai melindungi penguasaan Israel di Timur Tengah.


Note: sumber : palestine-info.co.uk
perterjemah : @ff!za_0105
"


copy paste from: http://www.palestinkini.info

Program Palestine

Jom Demo!
Himpunan Raksasa Rakyat Malaysia
Bantahan Terhadap Kezaliman Zionis (Israel) terhadap Palestin dan Lubnan
28 Julai 2006 (Jumaat)
Jam1.45 petang (selepas Solat Jumaat)
Masjid Kampung Baru
(akan menghala ke kedutaan US)
Pakaian tema: Hitam
Bawa sepanduk dan poster Selamatkan Palestin!
Semua Mahasiswa diwajibkan hadir memberikan tekana kepada musuh Islam.
____________________________________________________

CERAMAH PALESTIN

SURAU TAMAN AN-NUR, TAMAN KEMPAS FASA 2 SG. PETANI
HARI JUMAAT, 28 JULAI,
PUKUL 8 MALAM.
PANEL PENCERAMAH IALAH, UST. AHMAD JAILANI, UST. HASAN RAZAK DAN WAKIL PELAJAR PALESTIN DARI UIA.


_______________________________________________

Majlis Hi Tea PALESTIN

Tarikh :
SABTU 29 Julai 2006
Masa :
2.30 ptg – 6.00 ptg
Tempat :
Dewan Persidangan Junior,
Kompleks Perbadanan Putrajaya,
Presint 3, Putrajaya

Penceramah :
Dr Hafidzi Mohd Noor – Sejarah Pergolakan di Palestin
Azahari Abd Kadir – Peranan Masyarakat Malaysia Menangani Isu Palestin
Prof Madya Dr Maznah Daud – Tanggungjawab Muslim Membela Rakyat Palestin
Maszlee Malik – Maklumat terkini dari bumi Palestin (yang baru kembali dari Beirut)

Anjuran : JIM Daerah Hulu Langat
Hubungi :
013-3670142 (Syed Omar)
012-6349160 (Norzuriati)
013-363 4400 (Hasbullah

Harga Tiket RM50 seorang atau RM500 semeja
_______________________________________________

Malam Palestin

Tarikh :
5 Ogos 2006 - Sabtu
Masa :
8.00 malam
Tempat :
Surau Nurul Rahmat,
Kampung Melayu Subang Tambahan
Penceramah :
Ustaz Shahrul Nizam Ahmad (Wakil Aman Palestin)

Semua dijemput hadir

Rabu, Julai 26, 2006

Puasa 1 Rejab??

Bismillah,

Hurm..ade pulak pihak di UTP nih..tatau sumber dari mana..kata sunat puasa hari ni..1 rejab bersamaan hari rabu 26hb Julai. Maka ramailah yang berpuasa..(aku rasa la ramai..dengar2 camtu jek). Aku pun tak prasan hari ni 1 rejab. Kalander Islam takde dalam bilik aku nih. Kalau guna converter internet pulak..dia kata hari ni 30 Jamadilakhir. So..maybe kot hari ni 1 rejab.

Tapi the problem is..betulkah disunatkan berpuasa 1 rejab???? Aku tak penah dengar sepanjang hidup aku. Ini firtst time. So aku buatla research sket kat situs kesayangan aku, Al-Ahkam.net and it came out with this:

http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=
30560&highlight=puasa+rejab&sid=5483abd253a62f2ea0af5ad3926edd8f


Menarik sungguh.

Untuk ringkasan, aku copy paste disini:

Kesimpulan :

1. Hadis-Hadis Bulan-Bulan Rejab kebanyakkannya adalah Mawdhu' (Palsu). Pendustaan terhadap Rasulullah saw. (Al-Saqr, Al Qardhawi)

2. Kita dilarang memilih-milih hari atau malam yg tertentu sahaja untuk melakukan ibadat khusus.(Hadis Nabi saw)

3. Tidak ada fadilat KHAS yg ditujukan pada bulan Rejab, yg ada cuma fadilat umum kepada ke empat-empat bulan haram.(Al-Saqr, Al-Qardhawi)

4.
Tidak ada solat dan zikir khas untuk bulan Rejab (Al-Saqr, Al-Qaradhawi).

5. Bulan Rejab seperti bulan-bulan Haram yg lain disunatkan melakukan Puasa sunat dan banyakkan bertaubat. ( Imam Al-Sya'rawi)

6. Keadah berpuasa di dalam bulan-bulan haram ialah:
- hari yg ke 9,10,11 di dalam bulan Muhaaram (Syeikh Abdul Aziz bin Bazz)
- berpuasa hari Khamis, Jumaat, Sabtu (HHanafiah - Al-Zuhaily)
- Berpuasa pada bulan Rejab tidak sepenuhnya dan Sya'ban tidak sepenuh bulan (Al-Qardhawi)
- berpuasa pada hari Assyura' (10 Muharaam) dan Hari Arafah (9 Zulhijjah).

7. Rejab tidak mempunyai kelebihan dari bulan-bulan yg lain, kecuali kelebihan sebagai bulan-bulan Haram.(Syed Sabiq)

8. Tidak boleh HANYA berpuasa dibulan Rejab sahaja, dimana 3 bulan-bulan yg Haram yg lain tidak langsung diberi keutamaan melakukan puasa (MazhabHanbali- Al-Jaziry)

9. Tidak ada dalil yg mengatakan bahawa menziarah kubur didalam bulan Rejab mempunyai kelebihannya.

10. AWASIlah dari terlibat menyebarkan HADIS-HADIS PALSU, kerana ditakuti kita adalah sebahagian dari mereka yg MENDUSTAKAN Rasulullah saw. (Na'uzubillahhu min zalik).

Dan tambahan sket:

Hadis-hadis fadhilat Rejab ini memang disahkan dha'ef dan palsu tapi tidak salah jika nak berpuasa dalam mana-mana bulan termasuk Rejab, misalnya puasa Isnin-Khamis, puasa bulan putih atau Puasa Daud. Adapun keutamaan dan kelebihan puasa bulan Rejab itu tiada asalnya.
Barisan ulama' yg berpendapat demikian (antaranya):
1. alhafidz azZahabi
2. alHafidz Ibn Hajar
3.alhafidz Ibn Qayyim
4. Syaikhul Islam Ibn Taymiyah
5. Imam syaraf anNawawi
6. Ibn Jawzi
7. asSyaqiri, Sunan wa mubtadi'at
8. Kajian tempatan lihat Ustaz Ghani Azmi Hj Idris, Amalan Bid'ah pada bulan Muharam, Rejab, dan Sya'ban dan Ramadhan) penerbitan alHidayah, KL 1995
Ulama' yg mengatakan tidak dha'ef itu adalah perlu disenaraikan siapakah mereka. Kemungkinan mereka berhujah menggunakan kitab Jawi sahaja. Kajian dalam kedha'ifan ini sudah muktamad dan di sahihkan oleh Lujnah Fatwa alAzhar yg dipengerusikan oleh Syaikh Atiyah Saqr (lihat Islam Online) dan diwartakan oleh Lujnah Fatwa Kerajaan Arab Saudi.

So...it seems rupanya takde pon yang suruh pose 1st rejab nih. It's ok to fast..but on wednesdays?? a bit weird. Kalau puasa khamis tak kesah lagi. Tapi hari ni hari rabu. Pelik.

Nak dijadikan cerita, ade pulak pihak yang puasa ikut kawan..sebab kawan buat..diaorg pon buat. Ni satu lagi kes bahaya. Sebab bila kawan buat salah..abis kita ikut bende salah.

Nasihat aku pada semua, eloklah kirenye kita menyiasat dahulu kesahihan amalan kita. Jangan sampai kita beramal dengan hadith yang tidak sahih. Banyak sekali hadith sahih yang kita boleh guna..so why bother yang dha'if (lemah)..apatah lagi yg maudhu' (palsu)??

Beramal dengan ilmu dan keyakinan atas amalan tuh..barulah ada nilai. Kita pon faham knapa kita buat amalan tersebut..bukan main ikut2 orang jek.

Kullu nafsin za'iqatul maut..

Hani Mohsen Meninggal Dunia



KUALA LUMPUR: Hani Mohsin, pelakon dan hos program TV Roda Impian, meninggal dunia akibat diserang sakit jantung di Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang hari ini.

Hani, 41, jatuh di Terminal Penerbangan Tambang Murah pada 10 pagi ketika sedang menunggu untuk menaiki pesawat ke Alor Star dalam perjalanannya ke Langkawi, demikian menurut Yasin Hamid, penerbit eksekutif Imagine Pictures, syarikat penerbitan yang diusahakan oleh Allahyarham.

Selepas terjatuh, beliau dibawa ke klinik di terminal itu tetapi disahkan meninggal dunia.

__________________________________________________

Hmm...at first aku pun tatau dia meninggal dunia. Maklum la sini takde TV depan mata nak tengok news update. Tapi tetibe ade sorang msg aku tanya soalan cam..."bole ke kalau kita istighfar tanpa hayati maksudnya? nak abiskan 100 jek". Pehtu dia tanya lagi "boleh ke kita nak tutup mata dalam solat?". Soalan2 yang tak penah orang ni tanya aku semenjak 2 menjak nih..tetibe soalannya berubah jadi berbentuk agama. Aku heran. Lepastu baru dia cakap "Hani Mohsen meninggal dunia..rasa takut pulak..macam mati tu dah dekat". Hm...okla..ade kesan jugak artis ni meninggal dunia pada masyarakat walaupun tak semua.

Itulah kekuasaan Allah. Dan semenangnya mati tidak mengenal usia dan masa. Bila2 je boleh menjelma mati. Maka kita yang masih menikmati oksigen Allah nih..sepatutnya bersyukur masih diberi peluang untuk perbetulkan diri kita. Allah bagi kita choice...nak buat amalan baik ke jahat..kemudian kita akan dinilai lepas mati. Lepas mati kang..no turning back. So jangan menyesal di hari akhirat bila kita tercampak dalam golongan yang Alllah murkai..nauzubillah.

Sama2 la kita muhasabah diri kita masing2.

Selasa, Julai 25, 2006

Akhbar Berita Harian 25 Julai 2006

10,000 remaja bermasalah


Polis syor akta kelakuan antisosial diwujudkan bendung gejala negatif

KOTA BHARU: Polis mencadangkan akta kelakuan antisosial diwujudkan di negara ini bagi membendung gejala negatif di kalangan remaja termasuk kesalahan juvana, penyalahgunaan dadah dan vandalisme.

Mengikut perangkaan polis, kira-kira 10,000 remaja termasuk 4,000 yang masih bersekolah daripada 156,000 remaja di negara ini terbabit dengan kes jenayah.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata menerusi undang-undang itu, ibu bapa atau premis hiburan boleh dihukum jika ada remaja terbabit dalam kegiatan antisosial.

Katanya, ketika ini, akta seumpama itu diguna pakai di England sejak 2003, dikatakan mampu membendung gejala antisosial di kalangan remaja negara itu kerana turut membabitkan penyertaan ibu bapa serta masyarakat.

"Antara kesalahan yang sering dilakukan remaja ialah vandalisme, kelakuan tidak senonoh, ponteng sekolah, minum arak dan merokok.

"Di England, premis hiburan boleh ditutup selama dua bulan jika didapati menjual arak kepada remaja bawah umur, ibu bapa pula boleh dikenakan hukuman termasuk menjalankan kegiatan komuniti jika anak mereka terbabit dalam kes vandalisme.

"Saya rasa akta sama perlu diwujudkan di negara ini bagi membendung kegiatan antisosial. Perkara ini pernah diutarakan sebelum ini dan kalau mahu jadikannya sebagai undang-undang langkah pertama ialah penyediaan draf," katanya.

Beliau memberitahu pemberita demikian selepas Pembentangan Hasil Kajian Tingkah Laku Anti Sosial Remaja Kota Bharu, di sini, semalam. Turut hadir Ketua Polis Kelantan, Datuk Zulkifli Abdullah.

Kajian sejak awal tahun ini itu dijalankan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Halim Salleh, Prof Madya Dr Tham Winn dan Siti Hawa Ali.

Sejurus selepas pembentangan kajian itu, satu perbincangan oleh ahli panel terdiri daripada beberapa pihak termasuk pemimpin masyarakat dan agensi kerajaan turut diadakan.

Ahli panel terdiri daripada Musa, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan Kelantan, Patah Mahmood; Timbalan Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Kelantan, Wan Abdul Aziz Wan Jaafar; Timbalan Mufti, Datuk Mohd Shukri Mohamad dan Pengarah Pelajaran, Ismail Md Noor.

Ahad, Julai 23, 2006

Dunia bersatu atas 1 suara..

Penduduk dunia sepakat bantah keganasan Israel


SYDNEY: Beribu-ribu penduduk dunia daripada negara Islam sehingga ke bandar utama Eropah serta Australia mengadakan demonstrasi besar-besaran mulai kelmarin sehingga hari ini bagi membantah kerakusan tentera Israel mengganas di Lubnan.


Sambil membawa sepanduk besar, mereka turut melaungkan slogan dan menggesa rejim Zionis itu segera menamatkan serangan ke atas rakyat Lubnan yang tidak berdosa.

Tunjuk perasaan itu dimulai di kebanyakan negara Islam kelmarin, selepas selesai solat Jumaat.

Di DHAKA, Bangladesh sekurang-kurangnya 2,000 penduduk bertindak membakar bendera Israel dan sekutu utamanya, Amerika Syarikat.

Di KASHMIR yang ditadbir Pakistan, polis terpaksa menggunakan kayu belantan bagi meleraikan ratusan penunjuk perasaan yang menghalang lalu lintas.

Di ISLAMABAD, penunjuk perasaan mengecam Washington kerana menyokong Tel Aviv. Umat Islamnya turut mengadakan solat hajat di seluruh negara itu bagi mendoakan keselamatan penduduk Lubnan dan Palestin.

“Israel menyerang Lubnan dan Palestin hanya kerana ia disokong hebat Amerika,” kata ahli Parlimen, Fazal-ur Rahman di Peshawar.

Di JAKARTA, hampir 1,000 penduduk mengadakan beberapa bantahan berasingan di ibu negara Indonesia itu serta di bandar Ambon. Mereka membawa sepanduk dan mengibarkan bendera Lubnan dan Palestin sebagai menyatakan sokongan terhadap mangsa keganasan Israel.

Di AMMAN, ribuan penduduk Jordan memenuhi jalan raya bagi menyatakan sokongan ke atas kumpulan Hizbullah dan Hamas yang menjadi sasaran serangan Israel.

Di KAHERAH, pergaduhan turut tercetus di Masjid al-Azhar selepas anggota polis berpakaian biasa menghalang penunjuk perasaan berarak di jalan raya.

Beribu-ibu lain sebaliknya terus mengadakan bantahan di laman masjid itu.

Di KHARTOUM, Sudan, seramai 1,000 orang berarak bersama barisan pemimpinnya.

Di TRIPOLI, Libya, seramai 4,000 orang berarak di jalan raya bagi menyatakan sokongan ke atas pemimpin Hizbullah, Sheikh Hassan Nasrallah. Perarakan itu anjuran Yayasan Gaddafi diketuai Saif al-Islam anak pemimpin Libya, Muammar Gaddafi.

Di SYDNEY, lebih 10,000 penduduk Australia berarak ke seluruh bandar raya terbesar negara itu semalam menggesa rejim Zionis itu menamatkan serangan ke atas Lubnan.

Penunjuk perasaan mengibarkan bendera Australia dan Lubnan serta membawa keranda dan sepanduk, ‘Tiada Perang’ ketika menuju ke Sydney dengan diiringi kira-kira 400 anggota polis.

Bekas tahanan Teluk Guantanamo, Mamdouh Habib, dan pemimpin kerohanian komuniti Islam Australia, Sheik Taj Aldin Alhilali, turut menyertai bantahan yang diadakan secara aman itu.

Seorang wanita Australia berketurunan Lubnan yang cuma memperkenalkan dirinya sebagai Diana, memberitahu Australian Associated Press dia bimbang dengan keselamatan keluarganya di Lubnan.

“Israel membunuh kanak-kanak dan mengebumikan mangsa di bawah runtuhan. Sesuatu perlu dibuat mengenai perkara ini. Ibu dan bapa saya berada di Lubnan, datuk saya di kawasan pergunungan dan abang saya serta keluarganya bertuah kerana dapat menyelamatkan diri,” katanya.

Di BERLIN, beribu-ribu penunjuk perasaan menyertai bantahan ke atas pengeboman Israel di Lubnan dengan berarak di pusat ibu negara Jerman berkenaan.

“Israel menghisap darah anak-anak kita.”

Di AMMAN, ribuan penduduk Jordan memenuhi jalan raya bagi menyatakan sokongan ke atas kumpulan Hizbullah dan Hamas yang menjadi sasaran serangan Israel.

Di SAO PAULO, Brazil, demonstrasi secara aman turut diadakan di bandar itu dengan kebanyakan peserta mengibarkan bendera Lubnan.

Di COPENHAGEN, Denmark, seramai 1,000 orang berkumpul di Dataran Bandar Raya bagi menyatakan bantahan di atas serangan Israel di Lubnan.

Di BERN, Switzerland, seramai 1,200 orang mengadakan tunjuk perasaan bagi menyatakan sokongan dan simpati ke atas rakyat Lubnan

“Israel bukan saja perlu menamatkan serangan, tetapi membebaskan tahanan Arab,” kata mereka.

Di VIENNA, seramai 400 orang menyertai bantahan di depan Kementerian Luar Austria. Majoriti penunjuk perasaan aman itu adalah mereka yang berketurunan Lubnan, Palestin, Iraq, Turki dan rakyat Austria sendiri. Mereka turut menyerahkan petisyen kepada kementerian itu bagi campur tangan menamatkan keganasan Yahudi.

Sementara itu di kota LONDON beribu-ribu orang bersiap sedia untuk menyertai bantahan besar-besaran di seluruh Britain bagi mengecam keganasan negara Yahudi itu.

Bantahan di London sehingga ke Glasgow dan Kirkcaldy, turut dilihat menjadi tekanan ke atas kerajaan Britain.

Andrew Burgin, wakil Stop the War Coalition, antara penganjur meramalkan 10,000 orang akan menyertai bantahan itu di London. – Agensi

Selasa, Julai 18, 2006

21 ogos..hari bahagia buat siti..atau hari mengingati alQuds?

Bismillah

HUrm..

Aku rasa 21 Ogos ni satu tarikh yang satu Malaysia sedia maklum setelah pengumuman penyanyi nombo 1 Malaysia, Siti Nurhaliza semalam dimana dia akanmenikah dengan datuk K. Ini 1 rakyat Malaysia tahu rasanya. Segalanya dah terjawab apabila macam2 spekulasi mengenai hubungan penyanyi kesayangan orang ramai tuh. Semuanya boleh dibaca di akhbar hari ni.

Yang menariknya, tujuan dibuat pada 21 Ogos adalah bersempena dengan tarikh ISra' Mi'raj..alhamdulillah.

Namun, aku rasa tak ramai rakyat Malaysia yang tahu 21 Ogos ni merupakan hari yang tak kurang pentingnya bagi ummat Islam selain dari Isra' Mi'raj...iaiti Hari Memperingati AlQuds. KEnapa 21 Ogos? Klik disini: http://www.freewebs.com/roq06/mengapa218.htm


Hari ni kalo kita dengar dari berita, Palestine sudah berani menyerang Lubnan. Alasan kerana pejuang hizbullah menculik 2...diulangi...2 sahaja tentera mereka dan alhamdulillah pejuang hizbullah berjaya menyerang kapal laut Israel. Lantas mereka membunuh lebih 110 orang dan 250 orang cedera. Ini bukti kekejaman Israel. Sama seperti kes di Palestine, apabila hanya seorang askarnya ditangkap...habis dibelasahnya penduduk di Tebing Gaza.

Dunia pula seperti jadi bodoh. Lebih-lebih lagi pimpinan Islam yang semenangnya takut akan sekutu US dan Israel. Umat Islam seperti tidak boleh berbuat apa apabila adik beradiknya, anak perempuannya dirogol, ayahnya ditangkap masuk penjara dan ibunya diseksa.

Yang pelik sekali, cuba kita bandingkan apa yang pemimpin Islam dan pemimpin Kristian berkata tentang perkara ini:

"You Israelis must take responsibility for what your government has done, you will soon discover how stupid and foolish your new government is." Kenyataan Sayyid Hassan Nasrallah terhadap keganasan Israel.

"These elements should bear the responsibility for their irresponsible actions and they alone should end the crisis they have created.A distinction must be made between legitimate resistance and uncalculated adventures undertaken by elements inside (Lebanon) and those behind them without recourse to the legal authorities and consulting and coordinating with Arab nations." - Kenyataan Kerajaan Arab Saudi mengutuk Hezbullah kerana dianggap menyusahkan negara-negara Arab.


"The right of defence on the part of a state does not exempt it from its responsibility to respect international law, particularly regarding the safeguarding of civilian populations."
Kenyataan Cardinal Angelo Sodano dari Vatican mengutuk Israel kerana membunuh orang awam di Lubnan dengan kononnya untuk mempertahankan diri.

Entry di atas dicopy paste dari blog saudara Faisal Tehrani di alamat: http://tehranifaisal.blogspot.com/ (macam2 lagi ade kat sana pasal isu ni..baik klik dan rajin2kan diri membaca) Amatlah terasa bodohnya bila pemimpin Islam sendiri boleh mengutuk serangan Hizbullah tapi pemimpin kristian..mengutuk Israel. Mungkinlah dari segi latar mereka berbeza, sorang pemimpin yang terlibat dalam politik, sorang lagi takde kaitan dengan politik..tapi jelas sudah umat Islam mengutamakan kepentingan perkara lain sehingga sanggup menggadaikan maruah ummat Islam.

Aku pun dah penat nak beritahu betapa banyaknya kekejaman Israel yang berlaku. Memang terlalu banyak. Apabila diperhatikan mereka dan membaca kenyataan Israel dan US (melalui saluran diaorg la..CNN..dll), anda akan terasa seperti dibodohkan oleh kaum yang maha degil, Israel. Semasa serangannya di Lubnan, mereka boleh lagi kata "kami menggunakan adab dan sopan santun berbanding pejuang Hizbullah". Ait?!

Aku nak menyeru pada semua yang membaca ni, tolongla jangan terpedaya dengan kata2 "pihak A mengutuk serangan Hizbullah dan menyalahkan Hizbullah atas apa yang berlaku", "
pemimpin dunia yang menghadiri persidangan kumpulan negara maju G8 di St Petersburg, Russia, mengeluarkan kenyataan menyalahkan Hizbullah serta menetapkan syarat gencatan senjata". Tolonglah! TAK PAYAH nak angguk dengan kenyataan ini sebab bila dianalisa balik..Israel ni mampu mengawal dunia untuk bersimpati dengannya. Pemimpin2 dunia yang takutkan US dan Israel sudah pastinya akan menyalahkan pihak Hizbullah dan Hamas atas penangkapan 3 tentera Israel itu. Manakala yang sedia maklum nak menentang Islam seperti puak2 Islam Liberal, Islam ape tah lagi..puak2 yang tak puas hati dengan Islam, juga akan kata ini salah orang Islam.

Mereka seolah2 kabur dengan apa yang dibuat oleh Israel selama ni. Semua gambar2 yang menunjukkan betapa kejamnya Israel membunuh, mengebom, meroboh rumah2 rakyat Palestine, sudah luput dari ingatan. Seolah2 "ohh..Israel lah yang patut dikasihani..apalah kejam sangat Hamas dan Hizbullah ni?". Kalau aku jumpa manusia macam ni..mungkin aku masukkan kepalanya dalam lubang tandas sahaja (lawak je nih..tapi ade 20% unsur serious petanda marah).


Aku nak tanya la pada semua ummat Islam, kenapa la kita tidak kuat..tidak digeruni dan boleh dipijak sahaja kepala? Kalau dulu, seorang wanita di mana tah..aku dah lupe cerita ni..sesiapa yang ingat tu boleh la peringatkan. Ade sorang wanita yang diganggu di suatu kawasan yang jauh daripada ibu kota negara Islam time tuh, terus sahaja dilaung "mana khalifah...(lupe nama plak", lantas khalifah tu menyediakan tenteranya yang depannya boleh sampai di tempat perempuan tuh dan belakangnya berada di tempat khalifah tuh. Nak menunjukkan apabila seorang Islam diganggu, ummat Islam boleh hantar tenteranya untuk membela...tapi hari ni?


Kita tengok dulu kat negara arab bagaimana orang2 di sana dengan keadaan mereka yang dilemahkan dengan pelbagai aspek terutamanya hiburan dan kemewahan. Mereka sebenarnya dari kaum yang kuat..tapi mudah sahaja diperangi melalui serangan minda.
Ini tak kurangnya negara kita yang tercinta, Malaysia, kita tengok macam mana muda mudi kita leka dengan pelbagai 'wadah' hiburan. AF, Mentor, Malaysian Idol, 1 in a million...entah macam2 lagi yang aku pun tak larat nak sebut. Aku nak tanya nih...sume orang yang pegi sana tu, ade rasa kecintaan mereka pada umat Islam di Palestine ke takk?? Mereka sedar ke ape yang sedang berlaku dengan Islam?? Kalau mereka sedar..aku rasa mereka tak tergamak nak pegi tengok konsert2 tuh.

Tu baru satu aspek, tengok aspek dari moral dan akhlak remaja sekarang...nauzubillah. Gejala dadah, zina, rogol, samun, rompak, judi..namakan saje semua jenis kegiatan tidak bermoral..sudah ada dari masyarakat kita yang melakukannya. Dengan begini, mampukah kita nak menangani perkara yang lebih besar? Macam mana US nak takut dengan umat Islam kalau dah sume pon lemah dari segi pegangan aqidahnya, akhlaq dan kekuatan fizikal. Satu lagi kelemahan ummat Islam..tak reti nak bersatu. Dok berbalah benda2 remeh, dok pegi interprate Islam ikut suka hati, habis kucar kacir..akhirnya musuh amik kesempatan. Lepastu umat Islam terkapai-terpakai.

Dahlah..aku rasa type panjang2 pun takde guna jugak kalau orang tanak baca. Yang pentingnya point2 utama aku sudah aku letakkan..tinggal korang je nak sampaikan pada orang lain. Aku tinggalkan pada korang untuk fikirkan bende nih. Sesekali cuba la guna akal fikiran sikit berfikir...ataukah ummat Islam dah malas berfikir??

Ahad, Julai 16, 2006

Baru 3 askar dah kecoh!

Tahanan Palestin dilupakan


Tawanan tiga askar Israel dibalas bom, nasib si kecil dalam penjara Yahudi tak dihirau

HANYA kerana tiga askarnya ditawan, puluhan rakyat tidak berdosa menjadi mayat dalam sekelip mata gara-gara kegilaan Israel melancarkan perang di Palestin dan Lubnan. Itu baru tiga, bayangkan 100 askarnya ditawan, pasti meletus perang baru di Asia Barat.

Namun, hakikatnya ada lebih 8,000 tahanan Palestin dan Arab merengkok dalam penjara Israel yang tidak mendapat pembelaan mahu pun simpati dunia sepenuhnya. Malah, jenayah kejam Israel bukan seminggu dua ini di Palestin dan Lubnan, tetapi sejak bertahun-tahun lalu atas nama mempertahankan negara Israel.

Malangnya, sejak tiga minggu lalu, dunia lebih mengenali fakta dibentangkan Israel, tiga askarnya iaitu seorang di Palestin dan dua lagi ditawan Hizbullah di Lubnan. Dunia dipaksa bersimpati dengan rejim Zionis itu dan akur dengan tindakan gilanya membunuh lebih hampir 100 orang di wilayah Palestin, Lubnan selain memusnahkan kemudahan awam serta membedil Lapangan Terbang Antarabangsa Rafiq Hariri di Beirut dan perumahan.

Semua ini demi tiga askar kesayangannya. Namun, dunia tidak pernah mengenali nasib lebih 8,000 tahanan Arab dan Palestin, termasuk kanak-kanak semuda 18 bulan yang disumbat ke penjara Israel. Tahanan yang bukan ditahan sehari dua sebaliknya sejak berdekad lalu, dari anak kecil menjadi dewasa dan yang hidup sehingga mati sehingga kini seakan dilupakan dunia.

Sejak September 2000, lebih 2,500 anak Palestin ditahan dan setakat ini, ada seramai 388 anak kecil dan remaja menjadi penghuni tembok jeriji Israel. Jika dihitung mengikut kiraan matematik sekali pun, nisbah 3 berbanding lebih 8,000 sememangnya jauh daripada seimbang. Tetapi kiraan berat sebelah itu yang ketara apabila nasib tiga askar dibela dan disokong negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan paling menyedihkan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Jerman, Sepanyol dan Jepun yang menggesa pembebasan segera mereka.

Nasib tahanan Palestin itu, sehingga rencana ini ditulis hanya dibela kumpulan pejuang seperti Hamas, Hizbullah serta negara lain seperti Iran, Jordan, Mesir, Indonesia, Perancis dan Russia. Liga Arab dan Majlis Keselamatan PBB mengadakan mesyuarat tergempar.

Pihak lain yang turut memberi simpati adalah pelbagai pertubuhan hak asasi manusia Palestin seperti Persatuan Addameer dan pertubuhan Yahudi sendiri.

Hakikatnya, sukar untuk mendapatkan bilangan sebenar tahanan Palestin itu seperti diakui media Barat. Bagaimanapun, mengikut pertubuhan bukan kerajaan Israel, setakat Januari 2006, ada lebih 8,200 tahanan Palestin dalam penjara Israel. Jumlah itu termasuk 3,111 ditahan askar Yahudi (741 ditahan mengikut penahanan pentadbiran) dan 5,127 disumbat ke penjara Israel (53 atas alasan penahanan pentadbiran).

Beberapa pertubuhan lain memberikan angka lebih besar kerana adanya tahanan politik Palestin yang memegang pasport Israel tidak diambil kira . Persatuan Tahanan Palestin dalam laporannya tahun lalu, menyatakan seramai 19 tahanan menjalani hukuman 20 tahun dan 140 lain bagi hukuman 15 tahun atau lebih lama. Laporan Kementerian Tahanan dan Hal Ehwal Bekas Tahanan Palestin menyatakan 400 daripada mereka ditahan sebelum Perjanjian Oslo - persetujuan yang sepatutnya menyaksikan pembebasan mereka.

Kebanyakan warga Palestin ditahan atas alasan penahanan pentadbiran atau ringkasnya, dikurung tanpa pendakwaan rasmi yang menyaksikan golongan wanita dipaksa berbogel di depan askar lelaki Israel yang melakukan pemeriksaan badan.

Perintah Tentera Israel 1988 memberi kuasa kepada askarnya menahan warga Palestin sehingga enam bulan lamanya tanpa dibicara dan tempoh itu boleh dilanjutkan.

Dalam laman web www.addameer.org/index_eng.html, ada pelbagai paparan kisah sedih dan duka mengenai warga Palestin yang ditahan Israel. Persatuan Addameer yang memperjuangkan nasib tahanan Palestin, kini melancarkan kempen menuntut kerajaan Israel membebaskan wanita Palestin, Manal Mahmoud Ghanem, 29, dan anak lelakinya, Nour yang berusia satu setengah tahun. Nour yang belum mengerti apa-apa, diberi status banduan oleh Israel yang menjadikannya tahanan termuda Palestin setakat ini.

Pasangan anak dan ibu ini ditahan di Penjara Tilmond selepas Manal dijatuhkan hukuman penjara 50 bulan atas alasan cuba membunuh biarpun dia tidak terbabit. Apa yang menyedihkan, Manal menghidap penyakit Thalassemia dan memerlukan rawatan rapi yang tidak disediakan pihak penjara Zionis itu.

“Saya bimbangkan nasib Nour kerana pengawal penjara ada kalanya menyembur air atau gas pemedih mata ke atas banduan wanita. Dia perlukan cahaya matahari, udara segar dan mainan tetapi itu semua tidak dibenarkan. Jika diberi lampin pun, terlalu kecil buatnya," kata Manal.

Di luar penjara, suaminya, Naji terpaksa menjadi ayah dan ibu kepada tiga anak lain - Majeed, Niven dan Ihad yang membesar tanpa kasih sayang Manal.

Apa yang pasti, Nour bukan satu-satunya tahanan muda Palestin. Pertubuhan Defence of Children International (DCI) memberikan statistik terbaru iaitu setakat bulan lalu, serama 388 kanak-kanak Palestin merengkok dalam penjara Israel. Beratus-ratus lain ditahan ketika kecil, kini sudah dewasa. Kementerian Palestin menyatakan lebih 3,000 kanak-kanak Palestin bergelar tahanan Israel sejak September 2000 yang sebahagian besar ditahan kerana melontar batu.

Ibarat cakap tidak serupa bikin, undang-undang Israel menyatakan kanak-kanak perlu mencecah usia 16 tahun sebelum boleh dibicara atau dijatuh hukuman. Namun, seperti diakui penulis Britain, Isabelle Humphries, hakikatnya ramai yang seawal usia 12 tahun diheret ke mahkamah dan seterusnya penjara. Dasar kejam Israel ke atas kanak-kanak itu bukan setakat melanggar peraturannya sendiri, tetapi juga antarabangsa iaitu Konvensyen Hak Asasi Kanak-Kanak bertarikh 20 November 1989 dan Israel antara negara yang memeterainya, jelas menetapkan seseorang itu cuma dianggap dewasa apabila mencecah usia 18 tahun.

Selain anak kecil, lebih 100 tahanan Palestin adalah wanita dan ada diantaranya bersalin dalam penjara. Mereka ditahan bukan kerana melakukan kesalahan, tetapi menjadi galang ganti atas perbuatan saudara lelaki mereka. Namun, yang pasti, mereka menjadi mangsa penderaan seks oleh pengawal penjara Israel.

Pertubuhan hak asasi manusia Palestin dan antarabangsa menerima aduan 85 peratus tahanan yang mendakwa didera. Ia termasuk tangan digari dengan kedudukan badan yang sukar, sering dibelasah, dikurung dalam kegelapan serta memaksa tahanan mengenakan penutup kepala yang dilumuri najis manusia.

Cuma, kita bimbang jika dunia dan kerajaan Arab terus membutakan mata atas pembunuhan penduduk awam Palestin dan Israel, tanggungjawab pembelaan mereka akan diambil sepenuhnya kumpulan pejuang seperti Hamas dan Hizbullah yang jauh lebih berani. Jika itu berterusan, bukan saja semakin ramai tahanan Palestin dan Arab dalam penjara Israel, tetapi lebih banyak nesan insan tidak berdosa yang menjadi mangsa kegilaan Israel dan kebutaan hati dunia, bertaburan sehingga ke luar wilayah Palestin.

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP