Bile tak reti nak jaga hubungan..
Bila tidak menjaga hubungan antara lelaki dan perempuan serta bertindak ikut sesuka hati dalam perhubungan antara 2 jantina ini..maka kita lihatlah akibatnya..Bila Islam suruh jaga hubungan lelaki dan perempuan..bagi macam2 alasan..tapi bila dah jadi macam ni..alasan ape nak bagi ?? Lebih baik mencegah dari merawat. Allah tahu ape yg terbaik untuk manusia.
Lelaki cemburu bunuh abang angkat tunang
GEORGETOWN: Seorang lelaki yang keluar bersiar dengan adik angkat perempuannya, mati ditikam oleh tunang remaja itu yang dikatakan cemburu, dalam satu pergaduhan di perhentian bas Komtar di sini, pagi semalam.
|
Mohd Asri Sotal, 25, yang cedera parah di dada dan kiri leher akibat ditikam dengan pisau dan mati di tempat kejadian.
Suspek yang berusia 23 tahun dan gadis berusia 16 tahun itu tidak cedera dalam kejadian jam 7.40 pagi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Gan Kong Meng, berkata polis mencari lelaki itu dan remaja perempuan terbabit bagi membantu siasatan.
"Polis percaya motif pembunuhan berpunca daripada cemburu," katanya di sini, semalam.
Mangsa yang berhenti kerja sebagai pengawal keselamatan sebuah bank di bandar ini seminggu lalu, berasal dari Simpang Kallang, Raub, Pahang. Suspek dan tunangnya, kedua-duanya tidak bekerja dan menetap di Kampung Makam, Jalan Datuk Keramat di sini.
Pergaduhan itu dikatakan berlaku selepas suspek terserempak dengan Mohd Asri bersama tunangnya di perhentian bas berkenaan.
Difahamkan, gadis itu tidak pulang ke rumahnya sejak dua hari lalu, manakala mangsa pula tidak pulang ke rumah kakaknya sejak seminggu lalu.
Mangsa adalah adik ipar seorang pegawai polis dan tinggal bersama kakaknya di kuarters polis Batu Lanchang di sini.
Selepas pergaduhan itu, remaja terbabit memaklumkan kejadian berkenaan kepada anggota polis di Pondok Polis Komtar sebelum menghilangkan diri.
Sementara itu, bapa mangsa, Sotal Daud, 60, berkata kali terakhir beliau bertemu dengan anaknya petang kelmarin dan berkelakuan seperti biasa.
"Kelakuannya biasa saja, tiada yang pelik, Saya menerima pemergiannya sebagai takdir.
"Dia anak yang baik dan saya tak pernah bertanya soal peribadinya kerana sibuk bekerja,
"Sejak berhenti kerja seminggu lalu dia tinggal dengan saya, saya sering menasihatinya jika tak kerja duduklah di rumah baik-baik,
"Saya terkejut apabila diberitahu mengenai kematiannya pagi ini (semalam)," katanya ketika ditemui di rumah mayat Hospital Pulau Pinang (HPP).
Jenazah Mohd Asri akan dibawa balik ke Raub untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Simpang Kallang.
Berita Harian 5 April 2006
0 komentar:
Catat Ulasan