Isnin, April 10, 2006

tak paham aku..

‘Keluarga tak boleh halang cinta kami’


KUANTAN: "Mahligai impian tetap akan saya dibina bersama dia (Rahmad Ahmad) sebaik saja surat arahan peguam diterima walaupun apa yang terjadi demi maruah dan cinta sejati saya.

"Keluarga yang tidak memahami perasaan kami tidak akan menghalang cinta saya kepada Rahmad yang berputik sejak 2002," katanya Wan Norerni Murni Abdullah , 23, ketika dihubungi Berita Harian di rumah abangnya di Kampung Chengal Lempung, dekat sini, semalam.

Dia yang memulakan tugas sebagai jururawat di Pusat Kesihatan Kampung Tanjung Selangor, Pekan, hari ini, berkata dia mengenali hati budi Rahmad, sebab itu perhubungannya mampu bertahan sehingga sekarang walaupun mendapat tentangan hebat keluarga.

Ditanya mengapa dia sanggup menggunakan sijil mati palsu ayahnya, Wan Norerni Murni berkata, dia terpaksa berbuat demikian kerana bapanya (Abdullah Salleh) tidak mungkin mahu menjadi wali pernikahannya dengan Rahmad.

"Sebelum ini, saya sudah memaklumkan kepada keluarga mengenai niatnya untuk berumah tangga dengan Rahmad tetapi ayah membantah keras dengan memberi pelbagai alasan.

"Tindakan terakhir saya ialah meneruskan niat (berkahwin) menggunakan sijil kematian palsu ayah dengan bantuan seorang lelaki yang mendakwa boleh menyediakan semua dokumen yang diperlukan," katanya.

Menurutnya, perasaan cinta dan sayang kepada Rahmad terbit dari hati yang suci bukan kerana unsur lain seperti paksaan termasuk ubat guna-guna seperti yang didakwa oleh keluarga.

Wan Norerni Murni yang lebih mesra dengan panggilan Murni berkata, dia tidak menolak tindakan beraninya menggunakan sijil mati palsu ayahnya memakan dirinya sendiri.

"Bagaimanapun, saya menganggap perkara ini tidak mungkin berlaku jika pihak keluarga terutama ayah faham dan merestui niat kami untuk berumahtangga secara baik," katanya.

Menurutnya, bapanya terlalu memilih bakal menantu.

Katanya, walaupun menyesali apa yang terjadi, dia tetap dengan pendirian untuk berumah tangga dengan Rahmad terutama sekarang ini mengandung dua bulan.

Wan Norerni menyifatkan dakwaan keluarga yang menyatakan dia terkena buatan Rahmad terutama apabila berubah perangai daripada lemah lembut kepada kasar, tidak benar dan karut.

"Perangai saya berubah menjadi kasar dan memberontak kerana sikap keluarga sendiri yang tidak setuju dengan keputusan saya untuk bernikah dengan Rahmad, bukan kerana ubat guna-guna.

"Saya sedar (ingat) terutama apabila keluarga ingin membawa saya berjumpa bomoh untuk berubat, saya tidak mahu mengikut mereka sebab benci dengan mereka yang tidak faham perasaan saya," katanya yang akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan yang memisahkan dia dengan Rahmad.

Kelmarin, Berita Harian menyiarkan kisah Wan Norerni Murni Abdullah, 23, dari Kota Bharu dan pasangannya, Rahmad Salleh, 26, dari Felda Bukit Kuantan, yang bernikah menggunakan sijil kematian palsu bapa Wan Norerni Murni.

------ Petikan Berita Harian 10 April 2006-------

Aku betul2 tak paham la..apesal ayah dia tanak bagi dia kawin ngan laki tuh? Ni la macam aku cakap bile mak bapak tak paham kehendak anak2..kadang2 nak memilih sangat..akibatnya jadi la macam2 kes yg tak diingini. Aku tataula..maybe bapak dia ade alasan tersendiri...tapi memang segalanya bermula pada awal2 lagi. Kalau bapak dia tak suka anak dia kawan dengan laki tuh..patut dah jaga anak dia dari awal lagi daripada senang berkawan dengan laki tah mana. Ibu bapa juga harus memberikan pendidikan yg baik pada anak2. Bukan sahaja pendidikan akademik BI, BM, Maths sume tuh..tapi pendidikan rohani kat rumah. Ajar baca alQuraan dengan baik..ajar macam mana nak berdepan dengan masyarakat supaya tak mudah nak melakukan sesuatu yg bertentangan dengan syara'.

Atau mungkin bapaknya memang seorang yg sangat memilih? Aku tidak tahulah. Tapi hakikatnya memang mak ayah yg terlalu memilih ni sangat kerap terjadi dalam masyarakat kita yg mengakibatkan sesuatu yg pada asalnya baik (kahwin)..jadi buruk pulak..berzina la..kawin lari la..macam2 la yg tak patut.

Tu..laporan tu tulis pompuan tu dah 2 bulan mengandung ke? Tah..atau aku salah interpretasi laporan akhbar tuh?

0 komentar:

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP