Selasa, Ogos 22, 2006

Betapa deritanya insan tidak bersalah ini..

Pelajar dirogol 21 kali


MELAKA: Seorang pelajar perempuan istimewa menderita dalam diam selama lebih setahun dipercayai akibat dirogol datuk saudaranya sebanyak 21 kali di ladang kelapa sawit Tiang Dua, dekat sini.


Difahamkan, mangsa yang berusia 15 tahun dan belajar di kelas pendidikan khas di Umbai, dekat sini, akan dibawa menaiki kereta oleh suspek sebelum merogolnya.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Deputi Superintendan Gan Chip Pho, berkata kejadian itu hanya terbongkar selepas mangsa mengadu kepada guru kelasnya pada 17 Ogos lalu, kerana tidak tahan menanggung penderitaan itu.

Beliau berkata, guru pelajar itu yang terkejut sebaik dimaklumkan mengenai perkara itu, membuat aduan di Balai Polis Merlimau, kira-kira jam 8.30 pagi, keesokan harinya.

"Pelajar perempuan ini tergolong dalam kumpulan 'slow learner' dan terbatas keupayaan fizikalnya. Mangsa sudah belajar di situ lebih setahun.

"Mengikut laporan, pelajar ini mendakwa dirogol 21 kali mulai tahun lalu dan akan dibawa ke kawasan yang sunyi di ladang kelapa sawit yang sama setiap kali dia dirogol," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, di sini, semalam.

Gan juga berkata, pihak polis masih mengesan suspek dan menyiasat kes itu mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan juga hukuman sebat, jika sabit kesalahan.

_____________________________________________________

Aku dah penat la baca akhbar2 camni..tapi tepaksa jugak aku pastekan kerana realiti masyarakat kita nih..kita kena tahu. Dia macam penyakit. Kalau 1 kampung tu diserang wabak yg merbahaya..pasti effectnya pada orang2 kampung dan mungkin kampung2 disekelilingnya pon cuak dengan wabak ini. Sama seperti penyakit masyarakat kita nih..ia perlu disedarai supaya pencegahan dapat dilakukan dari awal.

Aku baca berita nih jadi sakit hati pon ada. Ape ke BODOHNYA datuk budak nih..dahla cucu dia kurang upaya..dirogolnya sampai 21 kali. Nafsu bila tak dibimbing dan disaluti dengan Iman..camni la jadiknya. Malas aku nak komen banyak. Saranan aku, pada kaum2 perempuan sekalian, jagalah diri kalian baik2..even orang yg sebenarnya kita percaya pon boleh jadi takleh dipercayai. Ambil langkah berjaga2. Kalau ada suspicious look/perbuatan..segera cari orang2 yg dapat membantu and repot jela if anything happen. It could be worst bile pendam2..then dah 21 kali kena rogol..traumanya..entah..aku tak dapat nak bayang cmana. Binatang pon tak sekejam camni..ade manusia yg bila akal tak reti nak guna..sanggup bersikap tidak berprikemanusiaan camnih. Haiwan pon ada sifat perikehaiwanan diaorg.

Buat kaum lelaki...kawal la nafsu tuh. Azab akhirat menanti kalau kita tersilap langkah. Dekatkan diri pada Allah dan jangan bertindak dengan tindakan bodoh. Ada ilmu taknak amal..kalau amal pon tanpa ilmu yang cukup. Pegi sediakan kubur la datuk oi..dok rogol cucu tu confirm masuk syurga ke???


1 komentar:

Tanpa Nama 8:49 PTG  

Salam...

huh..ngeri jugak bace pasal nih..adik, ayat last adik tuh, kalau datuk yang tua nak mati tuh an, bace ayat adik tuh, konfem terase abis..tapi rasenye datuk tua tuh konfem buta IT..hehe..

pape pon, kesian sangat kat budak pompuan tuh..moga Allah balas perbuatan keji datuk die dengan azabNya kat akhirat nanti..tapi, harap gak datuk dak pompuan tuh cepat sedar dan bertaubat sebelom ajal die datang..

camne nih??..biasenye org yang pakai seksi2 n yang senang ikut lelaki je yang kene rogol...tapi kes nih, sentiasa bergantung pada org lain sebab diri tak sesempurna org len..problem takkan settle slagi iman setipis kulit bawang!!

[akak @ jannatulMaawa]

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP