Selasa, Ogos 22, 2006

Betapa deritanya insan tidak bersalah ini..

Pelajar dirogol 21 kali


MELAKA: Seorang pelajar perempuan istimewa menderita dalam diam selama lebih setahun dipercayai akibat dirogol datuk saudaranya sebanyak 21 kali di ladang kelapa sawit Tiang Dua, dekat sini.


Difahamkan, mangsa yang berusia 15 tahun dan belajar di kelas pendidikan khas di Umbai, dekat sini, akan dibawa menaiki kereta oleh suspek sebelum merogolnya.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Deputi Superintendan Gan Chip Pho, berkata kejadian itu hanya terbongkar selepas mangsa mengadu kepada guru kelasnya pada 17 Ogos lalu, kerana tidak tahan menanggung penderitaan itu.

Beliau berkata, guru pelajar itu yang terkejut sebaik dimaklumkan mengenai perkara itu, membuat aduan di Balai Polis Merlimau, kira-kira jam 8.30 pagi, keesokan harinya.

"Pelajar perempuan ini tergolong dalam kumpulan 'slow learner' dan terbatas keupayaan fizikalnya. Mangsa sudah belajar di situ lebih setahun.

"Mengikut laporan, pelajar ini mendakwa dirogol 21 kali mulai tahun lalu dan akan dibawa ke kawasan yang sunyi di ladang kelapa sawit yang sama setiap kali dia dirogol," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, di sini, semalam.

Gan juga berkata, pihak polis masih mengesan suspek dan menyiasat kes itu mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan juga hukuman sebat, jika sabit kesalahan.

_____________________________________________________

Aku dah penat la baca akhbar2 camni..tapi tepaksa jugak aku pastekan kerana realiti masyarakat kita nih..kita kena tahu. Dia macam penyakit. Kalau 1 kampung tu diserang wabak yg merbahaya..pasti effectnya pada orang2 kampung dan mungkin kampung2 disekelilingnya pon cuak dengan wabak ini. Sama seperti penyakit masyarakat kita nih..ia perlu disedarai supaya pencegahan dapat dilakukan dari awal.

Aku baca berita nih jadi sakit hati pon ada. Ape ke BODOHNYA datuk budak nih..dahla cucu dia kurang upaya..dirogolnya sampai 21 kali. Nafsu bila tak dibimbing dan disaluti dengan Iman..camni la jadiknya. Malas aku nak komen banyak. Saranan aku, pada kaum2 perempuan sekalian, jagalah diri kalian baik2..even orang yg sebenarnya kita percaya pon boleh jadi takleh dipercayai. Ambil langkah berjaga2. Kalau ada suspicious look/perbuatan..segera cari orang2 yg dapat membantu and repot jela if anything happen. It could be worst bile pendam2..then dah 21 kali kena rogol..traumanya..entah..aku tak dapat nak bayang cmana. Binatang pon tak sekejam camni..ade manusia yg bila akal tak reti nak guna..sanggup bersikap tidak berprikemanusiaan camnih. Haiwan pon ada sifat perikehaiwanan diaorg.

Buat kaum lelaki...kawal la nafsu tuh. Azab akhirat menanti kalau kita tersilap langkah. Dekatkan diri pada Allah dan jangan bertindak dengan tindakan bodoh. Ada ilmu taknak amal..kalau amal pon tanpa ilmu yang cukup. Pegi sediakan kubur la datuk oi..dok rogol cucu tu confirm masuk syurga ke???


Selasa, Ogos 08, 2006

Bahan bacaanku hari ini

Ni antara bahan bacaan yang aku nak suggest pada orang ramai tuk baca:

Pendirian pada perjuangan Hizbullah:
http://www.palestinkini.info/modules.php?name
=News&file=article&sid=1179

Israel tak wujud sebenarnya:
http://tehranifaisal.blogspot.com/2006/08/kesilapan
-kita-semua-tetapi-ya.html

Produk2 Israel-Amerika yang perlu kita cuba boikot:
http://www.kate3.com/what/main.jsp?article=list

SMS yang kata Azalina Jailani (Lina Joy) dan menang kes..tipu je tuh:
http://myislamnetwork.net/portal/modules/news/article.php?storyid=57

Cukup la kot..ade sesapa nak tambah?

Shopping at Tesco? Think AGAIN!



Sekitar tahun 2000 akhbar The London Jewish News (www.ljn.co.uk) diedarkan secara percuma di kesemua cawangan Tesco di seluruh England. Ini ialah akhbar Yahudi yang memberikan sokongan secara terbuka untuk regim ganas Zionis di Israel.


Pengasasnya ialah Sir Jack Cohen berasal dari keluarga Yahudi yang kaya raya. Nama pasaraya Tesco diambli daripada nama isterinya Tessa Cohen.

Disamping mempromosi produk Israel di rangkaian pasarayanya di seluruh dunia, mereka juga telah membuat perjanjian perniagaan dengan syarikat perisian Israel yang berjumlah jutaan dollar.

Jack Cohen lahir pada 6 Oktober 1898 dan meninggal dunia pada 24 Mac 1979 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan YahudiWillesden , London, England

Anda boleh sahkan maklumat ini dengan hanya membuat “search” di internet dengan menaip “Tesco Jewish” dan anda akan dapat pelbagai laman web Yahudi yang dikaitkan dengan Tesco.

Keputusan ditangan anda sekiranya anda mahu menyokong Yahudi dengan mempertingkatkan ekonomi mereka apabila anda membeli belah di Tesco.

Copy dari: http://waghih.blogspot.com/

Rujuk: http://en.wikipedia.org/wiki/Jack_Cohen_(Tesco)

Islam diambang bahaya..

Berikut ialah artikel yang diterjemah dari laman web sebuah gerakan Kristian di Australia menceritakan orang-orang Melayu yang murtad.

Wanita Islam yang berkongsi rahsia cinta
Disiarkan pada 28/06/2006
http://www.sydneyanglicans.net/southerncross/articles/muslim
_women_who_share_a_secret_love/

Islam, bukan seperti budaya Barat yang tertumpu kepada kebebasan seks, yang membentuk realiti harian satu pertiga dunia penganut Anglican. Wanita Melayu yang masuk Kristian terpaksa hidup dalam dua alam. KATRIN ARNHOLZ menemuramah salah seoarang daripada mereka.

Dibawah gambar Kamariah (bukan nama sebenar) pada kad pengenalannya dinyatakan bangsa. Dibawahnya jantina, dan pada kiri ditulis : Islam. Akan tetapi wanita berusia 28 tahun ini yang memakai cermin mata bersegi dengan senyuman lebar adalah seorang Kristian. Dia datang dari kumpulan bangsa yang terbesar di Malaysia – iaitu Melayu. Mengikut perangkaan rasmi, bangsa Melayu terdiri dari 65% penduduk. Di Malaysia, menurut Kamariah, seorang Melayu adalah Islam menurut definisi. “Seorang Melayu ialah Islam. Noktah,” katanya. Sedikit yang berani tampil ke tengah masyarakat jika mereka masuk Kristian.

Seorang lelaki yang mengisytiharkan secara terbuka keluar Islam ialah pelayar terkenal, Azhar Mansor, pada tahun 1999 telah mengelilingi dunia dalam tempoh 190 hari dengan bantuan satu enjin. Tiang utama layarnya patah di Tanjung Pengharapan (Cape Horn). Walaubagaimanapun dia berjaya sampai ke Kepulauan Faulkland untuk membaiki layarnya. Apa yang berlaku antara tanjung dan kepulauan tersebut adalah spekulasi. Di internet ramai orang Islam tertanya-tanya samada Mansor – yang tidak lagi menetap di Malaysia – benar-benar keluar dari Islam. Dan banyak juga perbincangan di kalangan orang Kristian. Menurut versi cerita Kamariah, Mansor hampir lemas di laut, diselamatkan oleh ikan lumba-lumba, dan kemudian muncul Jesus.

Lina Joy tidak bermaksud untuk menjadi terkenal apabila dia meminta secara rasmi untuk keluar Islam pada tahun 2001. Dia berjaya menukar namanya dari Azlina Jailani ke Lina Joy, akan tetapi Jabatan Pendaftaran Negara menolak untuk membuang perkataan ‘Islam’ pada kad pengenalannya. Keputusan tersebut, bukannya tanggungjawab jabatan kerajaan berkenaan, tetapi diputuskan oleh Mahkamah Syariah – mahkamah di Malaysia yang mengawasi umat Islam mematuhi ajaran Islam. Apa yang tidak menyebelahi Lina Joy ialah apabila hakim berkata , ‘ Memandangkan plaintif seorang Melayu, dia terikat kepada perundangan Islam sehinggalah dia mati’.

Dia telah banyak kali merayu keputusan tersebut, dan rayuannya yang terkini akan didengari di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Selepas itu barulah akan ditentukan samada Mahkamah Syariah mempunyai kuasa perundangan terhadap mereka yang ingin keluar dari Islam. Artikel 11 (dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia) menjanjikan kebebasan beragama. “Benar untuk agama lain tetapi tidak untuk orang Islam yang ingin keluar dari Islam”. Kata Kamariah lagi.

Dia dan Natasha (bukan nama sebenar) berusia 34 tahun adalah satu-satunya orang Melayu yang berada di gereja antarabangsa. “ Ramai orang Melayu Kristian menyembunyikan diri dan berjumpa secara rahsia”, menurut Kamariah. Mereka masih lagi didaftarkan sebagai orang Islam. Dalam masa dua bulan, Kamariah akan memulakan perrniagaan pengurusan perkahwinan. Tetapi dia ingin meluaskan lagi perniagaannya : ianya termasuk khidmat pra-perkahwinan percuma. Khidmat nasihat perkahwinan tersebut berlandaskan prinsip-prinsip dalam Bible. Kamariah telah mengadakan perundingan dengan pihak berkuasa yang berkaitan – dan ianya telah diluluskan.

Kad pengenalan orang Islam yang keluar Islam menjadi masalah bila mereka hendak berkahwin, kerana menurut hukum Islam, hanya seorang Islam boleh berkahwin orang Islam yang lain.

“Hanya satu cara untuk kahwin secara sah, iaitu mengahwini seorang Melayu Kristian lain yang atas kertas masih lagi seorang Islam”, menurut wanita muda tadi. “Akan tetapi anak-anak kami akan menjadi orang Islam diatas kertas, dan anak mereka seterusnya, dan kitaran ini tidak akan terhenti. Tetapi jika kita ingin menukar kad pengenalan, ianya tidak akan berlaku tanpa masalah.” Mahkamah Syariah boleh membuat keputusan untuk memenjarakan saya”, kata Kamariah. Oleh itu dia tidak lagi berfikir sekarang untuk berkahwin atau menukar kad pengenalannya, dan dia hidup – seperti kebanyakan yang belum berkahwin di Malaysia – bersama-sama ibu bapanya yang Islam. Mereka tidak tahu anak mereka seorang Kristian. “Di sini saya harus berhati-hati dengan siapa saya bercakap”, menurut Kamariah. “Ada orang Melayu yang toleran tetapi yang lain tidak ragu-ragu lagi akan menghadapkan saya ke Mahkamah Syariah. Jika mereka tidak melaporkannya, kemudian mereka akan berfikir mereka bersubahat untuk melindungi saya – dan itu adalah tidak baik dalam Islam.”

Kamariah masuk Kristian dalam tahun 2000 selepas dua tahun menjalinkan hubungan dengan seorang Cina Kristian. “Saya sentiasa iri hati, dia mempunyai hubungan dengan Tuhan dia. Tuhan saya adalah jauh, tidak boleh dicapai,” katanya lagi. “Doa dia dijawab. Doa saya tidak.” Jadi Kamariah pada satu hari menyerahkan dirinya kepada Jesus. Sejak itu banyak telah berubah. Walaupun dia tidak bercakap mengenai Kristian dengan ibu bapanya, dia bersembahyang di rumah. “Tiba-tiba emak saya menanggalkan hiasan ayat Quran daripada dinding dan menggantung gambar bunga”, katanya riang. Satu hari, dia berharap, dia tidak perlu lagi menyembunyikan kepercayaannya. “Saya harap lebih ramai Melayu Kristian akan keluar ke tengah masyarakat dan pergi ke gereja dan berjumpa secara terbuka. Itu akan menjadi satu kejayaan dalam masyarakat kita.”

Copy pasted from: http://waghih.blogspot.com/
(a good blog to surf)
________________________________________________

Dikala orang Melayu kita nih dok murtad, orang kristian di barat berbondong2 masuk Islam kerana melihat keindahan Islam. Ape nak jadi ngan bangsa kita nih?? Macam kata Dr. Danial, "Matahari akan terbit dari barat boleh membawa kpd 2 maksud, satunya dari segi fizikal iaitu hari akhirat nanti matahari akan terbit dari barat..satu lagi boleh diertikan cahaya yang terbit dari barat..iaitu cahaya Islam dari Barat. Tak mustahil orang2 Barat akan masuk Islam dan memenangkan Islam nanti". Waktu aku dengar Dr. Danial cakap camtu...hampir keluar air mata dari biji mata aku nih kerana terasanya aku bahawa aku bukan dikalangan orang yang akan memenangkan Islam. Korang rasa yakin ke korang akan menjadi salah seorang yang akan memenangkan Islam satu hari? Jangan bile Islam dah naik dan sampai kemuncak kemenangan seperti yg Allah janjikan..time tu kita dari golongan2 yg tak pernah endah kan Islam. Bila Islam dan menang baru kelam kabut kata "eh..aku solat jugak dulu..aku tak menangkan Islam ker?".

Sesungguhnya kemenangan Islam bukan dengan ibadah yg kita buat untuk diri kita sendiri je..takyah la nak zikir beribu2 kali sehari, solat sunat byk2 kalau tak reti nak mengajak kepada ma'ruf dan mencegah yang mungkar. Dok berapi sangat buat amalan sunat sampai bende2 yg fardhu ain iaitu berdakwah pada orang diabaikan...lantas jadi bende2 cmnila..murtad la.

Aku nak tegaskan kat sini..WAHAI KAUM HAWA/WANITA/PEREMPUAN/KAKAK2.. tolonglah berhati2...anda menjadi sasaran utama gerakkan memurtadkan orang Islam nih. Dengan cinta...memang boleh terjadi apa sahaja. Skarang ni kalo dengan cinta..boleh gadaikan maruah..apetah lagi dengan cinta boleh gadaikan agama dan prinsip diri. Fikir2kan!!!

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP