Jumaat, Jun 24, 2011

Türkiye (1): Gün Bir - Çarşamba 8/6/2011

Bismillah

Alhamdulillah saya bersyukur pada Allah kerana memberi peluang saya utk menjejak kaki ke bumi Istanbul. Saya rasa seronok nak berkongsi dengan kawan2 tentang Istanbul setakat 6 hari saya duduk di sana. Mungkin tidak banyak saya tahu tentang negara ini tetapi cukup membuatkan saya gembira kerana sudah menjejaki kaki ke pusat pemerintahan khilafah terakhir dalam Islam.

Saya telah membeli tiket kapal terbang ke Istanbul sejak dari Malaysia lagi semasa saya membeli tiket ke Jordan. Kerana abati kata "alang2 dah pergi Jordan tu, cuba cari negara2 yg boleh pergi jalan2" (sebab dia selalu buat mcmtu dulu rasanya). Jadi selepas saya membuat survey, saya rasa saya ingin sekali melihat negara yang penuh peninggalan sejarah di Turki. Sejarah harus dipelajari dengan melihat kesannya, bukan hanya membaca & menghafal fakta sprt method pembelajaran di sekolah.

Untuk itu saya memulakan catatan perjalanan saya ke Turki yang pertama. Catatan saya ke Jordan akan ditangguhkan sebentar sebab banyak jugak nak diceritakan di Jordan ini. Jadi saya ambil keputusan cerita tentang Istanbul dahulu yang saya pergi hanya 6 hari.


BERMULA PENGEMBARAAN KE ISTANBUL

Tajuk entry ini adalah bermaksud dlm bhs inggerisnya=

Turkey (1): Day 1 - Wednesday 8/6/2011

Sebelum saya ke Turki, hati seperti ada debaran tetapi rasa tidak sabar memulakan pengembaraan seorang diri ini. Sebelum itu saya perlu merakamkan jutaan terima kasih saya kepada rakan2 saya di Malaysia (Said Imaddudeen & Shahrul Abu Bakar) kerana telah membantu menghubungkan saya dengan rakan di Turki.

Saya telah ke Turki daripada Amman sebelum saya pulang ke Malaysia. Menaiki Royal Jordanian jam 11.20 pagi (waktu Jordan) pada hari Rabu, 8hb Jun 2011. Tiba di Turki pada jam 2.15pm (waktu Turki). Waktu Jordan & Turki sama. Tiada perubahan waktu.


Masa sampai airport, sebelah kapal terbang RJ adalah MAS. Tapi tak perasan pula orang2 Malaysia masa sampai tu.

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Atatürk. Lapangan terbang ini telah dibina pada tahun 1924 (tahun khilafah jatuh) & ditukar namanya kepada nama Atatürk pada tahun 1980. Ia merupakan lapangan terbang ke 16 tersibuk di dunia dari segi penumpang antarabangsa & ke-8 tersibuk dalam eropah pada tahun 2010.

Kemudian saya keluar daripada balai ketibaan, ternampak terus kawan yang sepatutnya saya bertemu dengannya yang bernama Furkan. Kami tidak pernah bertemu sebelum ini. Hanya melalui seorang lagi kawan Turki, Yunus yang baru dikenali di Jordan hasil maklumat daripada Said Imaddudeen. Saya bertemu dengan Furkan dan memperkenalkan diri "I'm Abdullah, are you Furkan?". Dia menjawab "Yes". Saya berkomunikasi dengannya dalam bahasa inggeris kerana saya memberitahu kepada Yunus saya ingin kawan2 yang boleh berkomunikasi bahasa inggeris atau bahasa arab.

Kami menaiki LRT Istanbul sprt komuter di Malaysia daripada stesen lapangan terbang ke sebuah stesen pertukaran yang dinamakan Atakoy.

Lapangan terbang dalam bhs Turki adalah havalimanı (baca: hawalimane)


Mcm stesen kat KL Sentral pun ade..


Inilah LRTnya. Di sebelah kanan gambar adalah kawan baru saya, Furkan yang tolong bawa beg seberat 24kg daripada Jordan (semua barangan daripada Jordan kecuali buku & kamus2)

Daripada LRT, kami bertukar kenderaan awam kepada bas. Tapi bukan bas biasa. Metrobus. Metrobus ni, mcm komuter jugaklah. Tapi berbentu bas yang ada tempat jalan sendiri. Sblm ni pernah nampak perkhidmatan mcm ni di Jakarta, tapi kat Jakarta agak serabut sebab kereta pun boleh masuk ke jalan utk bas ni. Tapi di Turki semuanya dah ditutup, jadi hanya bas sahaja boleh lalu di landasannya.

Ada sebanyak 33 stesen sepanjang laluan metrobus yang panjangnya 43km dari hujung ke hujung. (lebih kurang daripada KL ke Nilai jugakla jarak 43km ni). Pada tahun 2009, dilaporkan seramai 875,000 pengguna setiap hari menaiki Metrobus ini.

Metrobus di Istanbul

Inilah dia Metrobus. Panjang mcm 2 bas. Metrobus di Istanbul menggunakan bas jenis Mercedes Capacity, Mercedes Citaro dan bas Phileas buatan Belanda. Rasanya 1 bas ni boleh muat 200 lebih penumpang (berdiri & duduk)

Ini merupakan gambar laluan masuk ke stesen Metrobus Topkapı (baca Topkape menggunakan slang bahasa melayu). Boleh lihat sendiri bas ini ada laluannya sendiri tanpa diganggu oleh mana2 kenderaan lain.

Yang seronoknya lagi di Istanbul ni, semua kenderaan awam dia hanya perlu bayar sekali semasa menaiki kenderaan tersebut. Ia tidak dibayar berdasarkan jarak perjalanan seperti di Malaysia, tapi hanya bayar sekali utk menaikinya. Cthnya Metrobus ini, sekali naik, kena bayar 1 TL (turkish lira). Jadi sangat jimatla. Bayar TL 1 kemudian naiklah sesuka hati nak jauh mana. Saya membayar menggunakan kad pelajar. Diaorg bagi pinjam kad pelajar & hanya perlu topup je. Kemudian buat gaya mcm kad "Touch N Go" je.

Kami menaiki bas ini sehingga stesen terakhir di sebelah barat Istanbul yang dipanggil Avcılar (baca: Awjelar) yang bermakna 'Pemburu'. Saya tanya pada kawan saya "ramai pemburu ke kat kawasan ni?", mereka tersenyum sahaja dan berkata "mungkin". Tapi menurut sejarah sebenar, kawasan ini pernah menjadi tempat pemburuan sultan2 semasa zaman khilafah uthmaniyyah dulu, ini dibuktikan dengan beberapa peninggalan binaan rumah pemburuan semasa zaman uthmaniyyah.

Furkan mengatakan bahawa saya akan menginap di masjid di kawasan mereka. Saya melihat2 masjid di kawasan stesen bas itu. Memang ada sebuah masjid, yang designnya macam design Masjid Sultanahmad (atau Masjid Biru). Dalam kepala saya pada waktu itu sudah mulai mengingati kembali bahawa ada yg pernah menyebut bahawa reka bentuk masjid di Istanbul (atau Turki? saya pun tak tahu..) sama sahaja, cuma mungkin design2 tertentu menjadikan mereka berbeza dan unik.

Jadi saya pun fikir saya akan tinggal di masjid tersebut.

Jalan punya jalan, rupanya bukan masjid itu. Masjid lain. Masjid di kawasan yang lebih senyap & tenteram jauh daripada jalan utama. Masjid ni bawah tanah. Furkan & teman2 baru saya yg lain di Turki ini bersolat di masjid ini. Sebuah komuniti kecil yang sangat baik & mesra. Furkan kata orang Turki sukakan pelancong...dan beliau beberapa kali mengulangi ayat itu. Heh.


Pintu masuk Masjid Cihangir di Avcılar

Oleh kerana masjid ini bawah tanah, jadi waktu siang ke..waktu malam ke...memang gelap dibawah tu. Jadi kena buka lampu sentiasa. Tapi yang sangat menariknya, saya meletakkan semua barang2 saya di masjid ini, alhamdulillah tiada apa2 berlaku. Saya bertanya pada kawan2 saya "adakah kawasan ini selamat?". Mereka menjawab "Istanbul takde tempat yg selamat..tapi sini di kawasan masjid ni insyaAllah selamat".

Saya telah menginap di bilik imam masjid ini (muda je imamnya & sangat mesra. pernah belajar arab di syria utk beberapa tahun sblm ni). Yang seronoknya saya tidak perlu mengeluarkan duit banyak2 seperti menginap di hotel apabila menginap di sini. Jimat banyak duit!

Cuaca dalam masjid, 23 darjah. Diambil pada jam 6.32pm hari yang saya tiba. Solat semasa musim panas ini memang agak extreme sikitlah waktunya. Siapa yang pernah duduk luar negara pasti mengalami situasi ini. Malah mungkin ada yg lebih dahsyat. Subuhnya 3.am, solat pula jam 4.55am, zohor 1.10pm, asar 5.08pm, maghrib 8.43pm, isya' 10.32pm. Jadi selepas isya' tu tak banyak bende boleh buat dahla kalau dah 10.30 tuh.

Setelah meletakkan barang2, kami pergi makan pula. Makanan pertama saya di Istanbul adalah döner iaitu kebab. Ianya merupakan makanan kebangsaan Turki.

Döner yang dimakan di kedai yg bajet jugakla. Sekali makan ni dalam TL2 sekali dengan Ayran. Ayran ini merupakan sebuah minuman yang biasa diminum oleh orang2 Turki bersama makanan.


Air Ayran iaitu yoghurt cair yang dicampur sedikit garam. Rasanya masih masam2. Saya ada terbaca ada orang Malaysia tidak suka meminumnya. Turki adalah penghasil ayran terbesar di dunia. Di samping negara2 lain juga meminum air bentuk begini.


Di sebelah kanan adalah Furkan, sebelah kiri adalah Abdullah.


Di Turki juga, biasanya mereka makan kebab ni dengan meletakkan sos tomato & mayonis. Ikut cita rasa la. Tapi sos cili memang takde. Kecuali serbuk cili (dlm mangkuk kecik berwarna putih itu) sahaja disediakan. Tak tahulah mereka ini suka pedas atau tidak sebab kadang2 nampak mereka letak pedas, tetapi tidak selalu. Pedas mungkin suatu bentuk makanan yang tidak berapa menyihatkan tetapi sedap.



Selepas kami makan2, saya memberitahu kawan2 saya bahawa saya memerlukan sebuah kamus kecil yang dapat saya bawa ke mana-mana. Furkan walaupun boleh bertutur dalam bahasa inggeris, namun tidak bertutur dengan fasih & ada banyak perkataan bahasa inggeris yang dia tidak ketahui. Jadi saya PERLU membeli kamus ini bagi memudahkan komunikasi antara mereka. Ini juga telah membantu saya mempelajari banyak perkataan2 turki & berkomunikasi dengan masyarakat sekeliling. Saya kerap membelek kamus ini dan mencatit perkataan2 baru belajar sama ada dalam laptop ataupun dalam henfon.



Pada malam hari, saya memberitahu kawan2 bahawa saya lapar dan ingin makan. Mereka membawa saya ke sebuah kedai ini. Makan çiğköfte, yang bermaksud köfte yang tidak dimasak. Köfte pula adalah seperti daging yang ditambah2 ramuan di dalamnya. Hem..tak reti nak terangkan pulak. Boleh klik je link pada perkataannya kalau nk tahu lebih lanjut.


Ini kawan2 saya di Turki. Daripada kanan adalah Furkan (boleh berbahasa inggeris sikit2), Yusuf (boleh berbahasa arab sikit2) & Abdullah (boleh berbahasa turki..hehe..jadi saya perlu tahu juga bahasa turki utk berkomunikasi dgn mereka). Mereka ini antara muslim yang memahami islam dengan baik di Turki ini. Adik beradik perempuan mereka yang sudah dewasa & ibu mereka memakai niqab.


Makan çiğköfte dan ayran.


Ayran lagi..kali ni lebih besar daripada tadi.

Kawan2 saya berkata orang Turki makan sambil minum. Makan..minum..makan..minum. Mereka hairan melihat saya makan sahaja kemudian di akhir baru minum. Jadi mereka tanya kepada saya "memang biasa makan kemudian minum ke?", saya menjawab "ha'a..makan dulu baru minum". Kemudian mereka berkata "kami di sini minum dan makan dalam masa yang sama". Saya pun berkata kepada mereka "tak bagus utk kesihatan..nanti cepat kenyang pulak tu". Tapi mereka tetap kata "sedap kalau diminum sekali dengan makan..makan2..minum..cubalah!". Saya memang cuba la juga..tapi masih tidak dapat menangkap..buat masa ini..(sampai 1 hari saya tahu juga sebabnya, akan diceritakan dalam entry kemudian)


Selepas makan2, mereka cadangkan pergi ke kedai beli makanan tambahan (snack). Jadi saya ambil kesempatan tangkap gambar di kedai runcit di situ. Mereka selalu meletakkan telur2 dalam tempat begini..mcm baru keluar dari ladang pula. Saya pun tak tahu sebabnya. Tak tanya pulak. Tapi kawan saya bertanya pada saya "cantik kan?" Hem..


Juga makanan2 ruji mereka seperti zaitun, keju keras, keju utk disapu, dan pelbagai lagi jenis keju.

Setelah itu, saya kembali ke masjid tempat saya menginap dan kawan2 saya menginap bersama saya untuk hari yang pertama ini.

Bersambung dalam entry seterusnya.

Rabu, Jun 22, 2011

Bumi Urdun (11): Maqam Nabi Yusha' bin Nun





Masjid dimana terletak maqam Nabi Yusha' di Salt


Alhamdulillah, baru2 ni berpeluang menziarahi maqam Nabi Yusha' bin Nun yang terletak di Barat Laut bandar Salt. Maqamnya terletak di atas sebuah bukit yang dikenali oleh penduduk Salt sebagai Bukit Yusha' yang tingginya 1130 meter daripada paras laut.


Pintu masuk maqam Nabi Yusha'.
Semasa kami sampai haritu mulanya tutup (mungkin sbb awal pagi). Kemudian datang penjaga utk membukanya. Binaan ini telah dibina pada zaman pemerintahan Mamluk. Penjaga itu juga menyebut bahawa di tapak ini pernah menjadi rumah kepada Nabi Yusha'


Kisah Nabi Yusha' disebutkan hanya di satu tempat sahaja dalam Al-Quraan iaitu dalam surah Al-Kahf ayat 60. Ade yg mengatakan ia disebut dalam Surah Al-Maidah & Al-Waqi'ah, tapi tak pasti kat ayat mane pulak. Yg confirmnya nama Nabi ini tidak disebut dalam Al-Quraan.

Berikut ayat 60 surah Al-Kahf:

وَإِذۡ قَالَ مُوسَىٰ لِفَتَٮٰهُ لَآ أَبۡرَحُ حَتَّىٰٓ أَبۡلُغَ مَجۡمَعَ ٱلۡبَحۡرَيۡنِ أَوۡ أَمۡضِىَ حُقُبً۬ا
"Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada muridnya: "Aku tidak akan berhenti (berjalan) sebelum sampai ke pertemuan dua buah lautan; atau aku akan berjalan sampai bertahun-tahun" (Surah Al-Kahf: 60)

Dalam ayat di atas, Nabi Yusha' disebut sebagai فتى (fataa - iaitu pemuda) kepada Nabi Musa. Ini disebut dalam kebanyakkan tafsir iaitu tafsir Ibn Kathir & At-Tabari. Tetapi Tafsir Fi Zilal ambil pendekatan utk tak sebut siapa nama Fataa ini, adakah dia seorang nabi, atau alim, atau wali..tidak disebutkan dalam Tafsir Fi Zilal.


Kata penjaga maqam "Tubuh Nabi Yusha' bukanlah panjang seperti panjangnya maqam ini, tetapi mereka tidak dapat memastikan di mana tempat sebenar jasad Nabi Yusha' diletakkan, sama ada di atas, di tengah atau di bawah. Jadi mereka bina terus sepanjang ini.


ADAKAH فتى NABI MUSA INI NABI ATAU BUKAN?

Menjadi perbincangan dikalangan ulama' sama ada Fataa yang dirujuk kepada Nabi Yusha' bin Nun dalam surah Al-Kahf ini seorang nabi atau tidak. Memandangkan namanya tidak disebut dengan direct dalam Al-Quraan, maka ada yang kata beliau seorang hamba yang soleh dikalangan Bani Israel. Ada pula yang mengatakan bahawa beliau diberikan nubuwwah.


1. Pandangan Yang Kata YUSHA' BIN NUN Seorang Nabi


Ulama' yang mengatakan Yusha' bin Nun adalah seorang Nabi berdasarkan 2 buah hadith Rasulullah SAW seperti berikut:

Hadith 1:

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : غَزا نَبِيّ من الأنبياء فَقَالَ لِقَوْمِهِ : لا يَتْبَعْنِي رَجُلٌ مَلَكَ بُضْعَ امْرَأَةٍ وَهُوَ يُرِيدُ أَنْ يَبْنِيَ بِهَا وَلَمَّا يَبْنِ بِهَا ، وَلا أَحَدٌ بَنَى بُيُوتًا وَلَمْ يَرْفَعْ سُقُوفَهَا ، وَلا أَحَدٌ اشْتَرَى غَنَمًا أَوْ خَلِفَاتٍ وَهُوَ يَنْتَظِرُ وِلادَهَا ، فَغَزَا فَدَنَا مِنْ الْقَرْيَةِ صَلاةَ الْعَصْرِ أَوْ قَرِيبًا مِنْ ذَلِكَ فَقَالَ لِلشَّمْسِ : إِنَّكِ مَأْمُورَةٌ وَأَنَا مَأْمُورٌ ، اللَّهُمَّ احْبِسْهَا عَلَيْنَا . فَحُبِسَتْ حَتَّى فَتَحَ اللَّهُ عَلَيْهِ

Maksudnya:

Nabi SAW bersabda, “Seorang Nabi berperang lalu ia berkata, ‘Yang tidak boleh ikut adalah orang yang baru menikah dan masih belum menggauli istrinya; orang yang telah membangun sebuah rumah tetapi belum memasang atapnya; orang yang membeli seekor kambing bunting, dan sedang menunggu kelahirannnya. Lalu nabi itu berhenti di sebuah kampung menjelang Asar dan berkata kepada matahari, ‘Engkau diperintah dan aku juga diperintah. Ya Allah tahanlah dia (matahari) sebentar untukku.’ Maka matahari itu pun ditahan.”

(Hadith Riwayat Imam Bukhari: 3124, Imam Muslim: 1747)


Hadith 2:

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : إن الشمس لم تُحْبَس على بَشَر إلاَّ ليوشع ليالي سار إلى بيت المقدس .

رواه الإمام أحمد

Maksudnya:

Daripada Abu Hurairah ra., Rasulullah SAW bersabda, “Matahari tidak pernah ditahan untuk seseorang kecuali untuk Yusha’ pada waktu senja di mana dia pergi ke Baitul Maqdis.”

(HR Imam Ahmad hadith no. 7964)

- Ibn Hajar mensahihkan hadith ini, Syeikh Syuaib Arnout berkata sanadnya sahih menurut syarat Imam Bukhari, Syeikh Albani mensahihkan dalam kitabnya Silsilah Sahihah: 202)

Ibn Hajar kata bahawa Nabi yang ingin berperang dalam Hadith 1 itu adalah Nabi Yusha' bin Nun

Dr Abd Azim bin Badawi (muhaqiq kitab syarah Imam Nawawi ke atas Sahih Imam Muslim) juga menyebut: Telah sahih hadith tentang diberhentikan matahari ke atas Nabi Yusha' bin Nun Alaihissalam (Jilid 6, muka 376, Daar Al-Fawa'id)



Termaktub nama Nabi Allah Yusha' bin Nuun Alaihissalam


2. Pandangan Yang Kata YUSHA' BIN NUN Bukan Seorang Nabi

Setakat yang saya baca, pandangan ini telah datang daripada Syeikh Solah Al-Khalidi dalam kitabnya Kisah-Kisah Al-Quraan (Jilid 3, muka 307). Menurut pandangannya Yusha' bin Nun adalah salah seorang dua hamba soleh daripada Bani Israil.

Syeikh Solah juga menyebut dalam kitabnya tentang Hadith 1 yang disebutkan tadi dan mengatakan "Mereka mengatakan bahawa hadith ini dinisbahkan kepada kenabian Yusha' bin Nun tetapi yang rajih (benar) adalah hadit ini tidak dinisbahkan kepadanya dan tidak mengisyaratkan kepadanya, maka yang benar adalah Yusha' bin Nun bukanlah seorang nabi. Wallahu'alam"

Tetapi pada pandangan saya, Syeikh Solah tidak mengambil Hadith ke-2 pula sebagai rujukan dan tidak disebutkan dalam kitab Kisah-Kisah Al-Quraan tentang Hadith ke-2 yg disebutkan di atas. Jadi boleh dikatakan pandangan pertama bahawa Yushah' seorang Nabi itu ada benarnya.

Ape2 pn kita serahkan kepada Allah SWT.

Yang pasti, disebutkan dalam sebuah hadith sprt berikut:

Dikeluarkan oleh Imam Ahmad (Hadith no. 21257):

Aku (Abu Dzar) bertanya kepada Rasulullah, "Wahai Rasulullah, berapa jumlah para nabi?" Beliau menjawab, "124,000, yang menjadi rasul dari mereka 315, jumlah yang sangat besar."

(Disahihkan oleh Syeikh Albani dalam Misykatul Masabeeh)

Jadi para anbiya' tu sangat ramai. Allah sahaja yang tahu nama mereka, di mana mereka diutuskan dan cerita-cerita mereka.

Utk penulisan kali ini saya akan mengambil pandangan bahawa beliau adalah seorang Nabi. Penjaga kawasan maqam Nabi Yusha' ada sebut bahawa Nabi Musa pun tak tahu bahawa Nabi Yusha' ini seorang Nabi. Ada kemungkinan beliau diangkat menjadi Nabi selepas kewafatan Nabi Musa sebab selepas Nabi Musa wafat barulah Nabi Yusha' pergi berperang tu. Wallahu'alam.



KISAH NABI YUSHA' DALAM SURAH AL-KAHF

Nabi Yusha' ditonjolkan dalam Al-Quraan semasa Nabi Musa nak pergi cari Nabi Khidir utk menuntut ilmu atas sebab Allah bagitahu pada Nabi Musa ada seorang hamba yang lebih berilmu daripadanya . Disebutkan bahawa perjalanan Nabi Musa bertemu Nabi Khidir adalah saat-saat akhir hidup Nabi Musa sebelum beliau wafat.

Dalam sebuah hadith riwayat Muslim (no 6163) Ketika Nabi Musa nak cari Nabi Khidir, dia tak tahu kat kawasan mana sebenarnya Nabi Khidir ni berada. Jadi Allah memerintahkan untuk Nabi Musa membawa seekor ikan bersama dalam sebuah bekas dan bersahabat dengan Nabi Yusha' (yang ketika ini masih muda & menjadi murid kepada Nabi Musa, berkemungkinan belum diperintahkan untuk melaksanakan tugas sebagai Nabi..tapi dalam cerita ni akan digunakan title Nabi utk beliau). Ape guna ikan dalam bekas tu? Sebabnya bile ikan tu hilang ke kawasan laut di 'Pertemuan Dua Laut ( مَجۡمَعَ ٱلۡبَحۡرَيۡنِ)' yg disebutkan dalam surah Al-Kahf ayat 60, maka kat situlah ada Nabi Khidir.

Diringkaskan cerita, Nabi Musa & Nabi Yusha' bin Nun pun pergilah ke kawasan 'Pertemuan Dua Laut' & mereka berehat di batu-batu berhampiran kawasan itu. Pada ketika itu (ada kisah menyebut bahawa mereka berdua tidur, ada yg menyebut bahawa mereka berdua tidak tidur tetapi dalam ayat 61 surah Al-Kahf sebut mereka LALAI ), ikan yang dibawa oleh mereka pun kembali ke laut. Disebutkan bahawa Allah telah menghalang ombak laut daripada memukul pantai sehingga membolehkan ikan tersebut kembali ke laut.

Masa ikan ni kembali ke laut, kedua mereka tidak perasan perkara tersebut. Termasuklah Nabi Yusha' yg ditugaskan menjaga ikan itu pun tak terperasan.

Maka selepas mereka berjalan beberapa ketika mencari2 Nabi Khidir, Nabi Musa pun mintaklah kepada Nabi Yusha' untuk bawak ikan tu untuk dimakan sebab dah berjalan letih sampai lapar.

Pada waktu itu Nabi Yusha' terperasan ikan tu dah hilang dan dia tak bawak bersama dia. Maka Nabi Yusha' kata ikan tu hilang di tempat batu yang mereka berehat2 tu. Mereka juga berasa hairan dan aneh tentang mcm mana ikan itu boleh kembali ke laut. Dalam kitab Syeikh Solah beliau sebut bahawa masa mereka kembali ke tempat batu itu, mereka nampak ade kesan-kesan ikan tu berjalan kembali ke laut.

Disitulah Nabi Musa & Nabi Yusha' berjumpa dengan Nabi Khidir dan bermulalah pengembaraan mereka yang dirakamkan dalam Surah Al-Kahf. Kisah ini juga dirakamkan dalam sebuah hadith riwayat Imam Muslim dalam Bab Keutamaan Nabi Khidir. Boleh rujuk hadith 4385.


KISAH NABI YUSHA' MEMBUKA KOTA FALASTIN

Selepas wafatnya Nabi Musa, maka Nabi Yusha' telah menggantikan beliau memimpin Bani Israil dan membawa mereka memasuki tanah Falastin, membebaskan beberapa kota dan perkampungan di dalamnya. Ini juga diceritakan oleh pakcik yang menjaga maqam Nabi Yusha'.

Penjaga maqam Nabi Yusha'. Beliau telah memberikan maklumat-maklumat keada kami tentang maqam ini.

Disebutkan dalam Tafsir Qurtubi (Juz 9 muka 270):

"Berkata Az-Zuhri (seorang muhaddith pada 128H) "Ifra'eem bin Yusuf mempunyai anak bernama Nuun bin Ifra'eem, daripada Nuun, lahirlah anaknya Yusha'. Dan Yusha' itu pemuda (anak murid) kepada Nabi Musa. Allah mengangkat Nabi Yusha' menjadi nabi ketika zaman Nabi Musa, maka dia menjadi nabi selepas Nabi Musa. Dia juga membuka Areeha (dlm bhs inggeris Jericho), dan berperang dengan golongan barbar & diberhentikan untuknya matahari""


Peta menunjukkan lokasi Salt (tempat maqam) & Areeha (tempat Nabi Yusha' dikatakan berperang) tidak berapa jauh. Garisan merah merupakan sempadan antara Jordan & Palestine yg dijajah. Ia dibahagikan dengan sebuah sungai disebut Sg Jordan.


Dikisahkan oleh Ibn Ishaq bahawa Nabi Yusha' telah memimpin Bani Isra'il utk membuka tanah sekitar Falastin. Sehingga mereka tiba utk berperang di waktu asar hari Jumaat. Maka ketika itu Nabi Yusha' memohon pada Allah untuk memberhentikan matahari daripada terbenam agar tidak masuk hari Sabtu kerana syariat pada waktu itu tidak dibenarkan berperang pada hari Sabtu kerana dikhaskan utk beribadah. Maka Allah telah memakbulkan doanya hingga mereka berperang dan mencapai kemenangan. Ini antara mukjizat yang dikurniakan oleh Allah kepadanya seperti mana disebutkan dalam 2 hadith di atas yang diambil sebagai bukti bahawa Nabi Yusha' adalah seorang nabi.

Wallahu'alam


Sumber:
http://jahaleen.maktoobblog.com/119888/%D9%85%D9%82%D8%A7%D9%85-%D9%8A%D9%88%D8%B4%D8%B9-%D8%A8%D9%86-%D9%86%D9%88%D9%86-%D9%81%D9%8A-%D8%AC%D8%A8%D8%A7%D9%84-%D8%A7%D9%84%D8%B3%D9%84%D8%B7/
http://www.ebnmaryam.com/vb/t27138.html
http://alfateh90.blogspot.com/2010/12/nabi-yusha.html
http://aburedza.wordpress.com/2009/11/27/kisah-nabi-musa-dan-khidir-a-s-ilmu-manusia-bandingan-air-pada-paruh-pipit-yang-mematuk-air-laut/

-mula menulis 6/6/2011, disiapkan 22/6/2011-

Jumaat, Jun 17, 2011

Bumi Urdun (SE): Sehingga bertemu lagi bumi Jordan

Bismillah,

SE dalam kurungan dalam tajuk di atas bermaksud Special Edition. Pasal siri2 penulisan tentang Jordan belum habis lagi. Jadi disebabkan dah meninggalkan Jordan, maka kena la buat sebuah penulisan Special Edition bagi menghargai pelbagai orang di sekeliling saya.

Saya secara jujurnya tak tahu nak mulakan entry ini daripada mana..tetapi cube jelah.

TERIMA KASIH ALLAH..TERIMA KASIH ABATI (panggilan kepada ayah saya)

Alhamdulillah, atas nikmat & peluang yg Allah berikan, maka telah berlalu 133 hari (taqreeban: 4 bulan 13 hari) saya berada di bumi Jordan, bumi penuh barakah. Tempoh yang cukup singkat tapi memberikan 1001 kenangan dan makna pada diri. Saya pada awalnya tidak membayangkan akan kembali ke negara tersebut, tetapi dengan izin Allah serta restu Ummi & Abati, maka sampailah jua saya ke negara yang disebut oleh orang arab sebagai Mamlakah Al-Urduniyyah Al-Hasyimiyyah.

Meskipun menyedari bahawa negara ini kos hidupnya tinggi, namun atas dorongan daripada Abati, alhamdulillah dpt sampai ke Jordan. Terima kasih yang pertama saya kepada Abati (selepas berterima kasih pada Allah) kerana mengizinkan anakmu menjejak kaki ke Jordan serta memberi cadangan untuk masuk ke universiti di Jordan.

Dalam banyak-banyak tempat di Jordan pula, Ummi & Abati telah membenarkan anaknya ini utk tinggal di Amman, ibu kota negara Jordan (yg kos hidupnya lebih tinggi berbanding kawasan2 lain di Jordan). Saya amat merindui bandar & negara ini sebelum tiba ke sini. Kawan2 yg mencadangkan utk belajar bahasa arab di tempat lain (Syria, Yaman, Mesir) seperti kepelikkan kenapa saya ke Amman Jordan yang kos hidupnya sangat tinggi berbanding negara-negara tersebut. Saya juga dimarahi oleh seorang dengan menyatakan "mahal!". Rupanya ada hikmah besar saya dapat datang ke sini..kembali....


Hayyu Sharqiy, Sweileh , Amman.
Di sebelah kanan ade jisr musyaah. Di sebelah kiri ade kubah biru iaitu Masjid Abd Rahman bin Auf. Rumah saya di antara keduanya di tengah2.



Apabila dalam banyak2 tempat dalam Jordan, ibu kotanya adalah tempat yg bakal saya tinggal & belajar selama 4 bulan 13 hari itu, maka saya akan memfokuskan banyak penulisan saya kepada mantiqah Amman. Mantiqah lain takyah nak kecik2 hati..(kalau ade lah)


APE YANG BEST DI AMMAN

Amman terlalu banyak keistimewaan disamping ade Ampitheatre Rome (ape kaitan plak ni?!). Antaranya adalah

  1. Penduduk Malaysia tak ramai di Amman..maka akhirnya kenal la hampir semua rakyat Malaysia di Amman.
  2. Bila tak ramai, survival sendirian berhad adalah satu keperluan. Meskipun tidaklah semuanya survival sendiri..banyak bende ditanya. Tapi nak kena buat beberapa perkara sendirian itu menjadi satu keperluan kerana tak ramai warga negara Malaysia di Amman.
  3. Ramai kawan2 Abati yang dikenali dpt berjumpa. Yang dah tak jumpa dekat 14-15 tahun, alhamdulillah bila duduk Amman dapat jumpa balik. Pun begitu ramai tidak dapat berjumpa juga antaranya Syeikh Ahmad Hawa, Syeikh Solah Al-Khalidi, Dr Azzam Tamimi, Dr Yasin (mustasyfa islami), Dr Sharaf Qudhah dan beberapa lagi doktor2 di Jamiah. Banyak sebab musabab tak sempat jumpa mereka ini.
  4. Paling penting adalah dpt tengok rumah masa kecik2 dulu, tengok Mustasyfa Islami yang suatu masa dahulu selalu pergi, dan saya rasa kena cabut gigi masa kecik dahulu di situ. Adik saya Ahmad Yasin pun lahir situ dan banyak lagi kenangan.

Cuma saya tidak sempat ke sekolah lama saya..ada 2 reason. Satunya sebab dah cuba cari tapi tak jumpa, lepas 1st attempt tu dah tak cuba2 dah..jadi saya pun tak pasti sekolah itu masih wujud atau tidak.

Dalam kesempatan ini, saya perlu memberikan penghargaan kepada semua warga Amman yang saya kenali sepanjang 133 hari saya berada di Jordan. Kerana dengan mereka, kehidupan 133 hari menjadi berwarna warni & penuh dengan pengalaman.


TERIMA KASIH KEPADA SEMUA INSAN-INSAN HEBAT

Insan pertama yang saya harus berterima kasih adalah Umar Mutaqqi. Seorang yang saya telah kenali sejak di UK tapi lost contact sekian lama sehinggalah berjumpa kembali di Amman. Sebelum sampai Amman lagi dah tanye mcm2 kat dia tentang Amman melalui FB. Sepatutnya bukan tanya kat dia ttg Amman ni, kena tanya JK Kebajikan persatuan rasanya, tapi sebab kenal dia sorang je & tak tahu menahu benda lain, jadi tanya jelah dia kan. Beliau juga telah mengambil di Airport bersama dengan Mawardi Hafidzi semasa hari pertama ketibaan saya di bumi Jordan. Banyak bende belajar daripada beliau seperti cara2 nak naik bas dan nak beli line telefon. Beliau juga mengajak saya ke Aqabah semasa awal2 tiba di Jordan. Sampai2 je dpt ke Aqabah (which is a moment not to be missed sebab sepanjang 133 hari di Jordan, itu sahaja rupanya peluang ke Aqabah - selain drpd sebuah Hari Keluarga yang saya tidak attend..). Beliau juga telah memberi tumpang rumahnya banyak kali. Semasa awal sampai, tumpang di Bayt Hakim lama...kemudian bila pindah Bayt Hakim baru pun selalu tumpang biliknya. Terima kasih tak terhingga kerana menyediakan tempat penginapan. Antara syabab kat Amman tu rasanya ana banyak masa bersama anta. Pergi darul maarij sama2, pergi makan kat restoren munchies, pegi solat maghrib di Masjid Hussein dan pegi Sweifeh Mall, temankan cari rumah lama ana di Jubeiha, dan banyak lagi waktu2 bersama. Doa ana agar anta mendapat berjuta2 kebaikan. Selamat mempelajari pelbagai perkara di Amman. Kemudian kongsi2kan. Semangat anta yang tinggi dalam mencari ilmu & kefahaman itu ana kagumi. Moga dapat dimanfaatkan.


Umar Muttaqi (kiri) & Hasif (kanan)


Kemudian, terima kasih saya kepada saudara Presiden PPMA (Persatuan Penuntut Malaysia Amman) Muhammad bin Sidek. Orangnya kecil2 tapi penuh senyuman dan hati yang tenang. Selalu bagi pinjam katil utk tetamu yang datang rumah. Seorang presiden yang berwibawa dan penuh dedikasi. Seorang yang kemas orangnya dan berterus terang. Selalu buat jemput2 kat rumah kemudian menjemput ahli rumah makan beramai2. Terima kasih teman ana hantar mak ana ke airport haritu. Mintak maaf juga sekiranya terguris hati. Nanti kalau naik jadi Presiden lagi, harap terus memimpin PPMA dengan penuh mantap dan berwibawa. Semoga anta berpeluang belajar di Madinah seperti cita-cita anta insyaAllah. Jumpa di Saudi, seperti doa kita selalu.


Gambar ketika Pakcik Rahim (suami Ummi Ros) berkunjung ke Amman.
Dari kanan: Pakcik Rahim, penulis blog, Irfan, Umar Mutaqqi, Arif Amin, Muhammad bin Sidek, Zhafir & Wan Abd Baith


Seterusnya Wan Abd Baith, Timbalan Presiden PPMA merangkap roomate. Terima kasih kerana bersabar dengan roomate-mu. Hehe. Rasanya warga Amman yang paling tinggi kot. Dan kalau berjalan tu memang laju. Tak ingat ade sape tah cakap "kalau jalan mcm Baith....", menunjukkan berjalan Baith itu ada significant. Selalu memasang nasyid2 di bilik & seorang penuntut bahasa Jepun. Terima kasih pasang nasyid sedap2. Semoga berjaya bercakap Jepun sefasih berbahasa Arab. Akhir2 nak dekat musim buah ni, selalu buat jus buah2an secara fresh. Terima kasih atas jus2 yg sedap itu. Juga seorang yang rajin bersama dengan Muhammad ke kelas2 masya'ikh di Amman. Jadi semua jalan2 nak ke rumah2 kelas talaqqi ni dia tahu punye lah. Termasuk ke rumah Syeikh Syuaib. Pengalaman naik kete dengan Syeikh Syuaib tidak dpt dilupakan bersama anta Baith =). Terima kasih jugak bagi pinjam meja utk digunakan meletakkan laptop ana, bagi pinjam external hard disc & paling best bagi pinjam khazanah negara anta, kitab2 yg ana tak mampu nak beli. Hehe. Terima kasih ya! Semoga anta menjadi seorang syeikh yang besar sehingga dapat memberi sumbangan yang besar utk Islam nanti.


Semasa ke kuliah Syeikh Syuaib Arnoutt (seorang pakar ilmu hadith yang masih hidup. Ada yg kata beliau setaraf dengan Syeikh Albani. Mentahqiq kitab Sahih Imam Muslim)
Dari kanan atas: Ustaz dari Mu'tah yg ana lupa namanya, Ustaz Firdaus Suhaimi dari Mu'tah juga, Syeikh Syuaib, Irfan, Wan Abd Baith, Arif Amin
Dari kanan bawah: penulis, Qudratullah, Hazwan & Muhammad bin Sidek



Kemudian kepada saudara Qudratullah, JK Kebajikan PPMA. Seorang yang berpengalaman begitu luas dalam selok belok di Amman. Banyak bagi tips2 yang berguna dan berkongsi banyak pengalamannya di Amman. Banyak tolong setelkan hal2 warga Amman ni. Orangnya pun kecil2 tapi mempunyai hati yang besar dan tabah dalam menghadapi cabaran. Juga seorang yg boleh tahan tegas. Hehe. Ada beberapa insiden ana menyedari anta seorang yg tegas. Tapi ana taknak cerita kat sini. Selalu bawa orang berjalan-jalan di Jordan ni sebab sangat mahir dengan jalan2 di Amman dan di seluruh Jordan. Saya kalau nk tanya jalan, tanya pada dia. Tapi nasihat ana, habiskan lesen anta kat Malaysia dulu. Kemudian sentiasa berhati-hati di jalanraya Amman yg penuh cabaran itu. Beliau juga banyak membetulkan bab2 grammar bhs Arab. Ana doakan anta jadi lebih power daripada K.Zah. Jadi seorang pakar bahasa arab. Mungkin boleh terbitkan buku2 bahasa arab sendiri insyaAllah. Terima kasih juga ajak ana bersama2 jaulah dengan Hussein, Ahmad & Kareem ke Umm Qays dan sekitarnya. Sebuah pengalaman yg berharga & sarat dengan sesi pembelajaran bahasa arab. Sangat menarik!!

Seterusnya saya ingin berterima kasih kepada saudara Irfan, antara kamus berjalan dalam hidup saya di Amman. Beliau antara yang termuda dikalangan pelajar2 di Amman. Merupakan best student SPM di Al-Amin Kemaman semasa SPM 2010 dulu...(2010 kan?). Namanya dah disebut oleh makcik Zu (ibu kepada Mawardi) di Malaysia lagi semasa makcik memberikan barangan utk disampaikan kepada anaknya. Kadang susah nak expect sebab seorang yg sedikit senyap, tetapi apabila berkata-kata, penuh dengan isi dan buah fikiran yg bernas. Ana doakan anta semoga dipermudahkan semua urusan dan dapat sambung kembali belajar di Jordan, jadi seorang tokoh yang hebat suatu hari nanti insyaAllah berbekalkan kebolehan yang dikurniakan oleh Allah kepada anta. Bakat menulis juga tak kurang hebatnya. Semoga dapat membantu islam melalui penulisan2 anta.


Semasa makan2 di Taza, Amman.
Dari kanan: Qudratullah, Irfan, Hasif, Muhammad & Hazwan



Seterusnya saya ingin mengucap terima kasih kepada saudara Hazwan, Bendahari Agung PPMA. Merupakan antara jejaka2 kacak di Amman ni. (sorryla kat sini baru nak puji pasal tak sempat nak bgtau selama ni..hehe). Muka sentiasa tenang menguruskan duit..tapi yg sempat diperhatikan adalah menguruskan duit rumah la pasal sebelum berpindah rumah, jadi ketua rumah. Tapi masa ana datang awal2 ke Amman tu ade rasa mcm "senyap betol dia ni..sibuk main laptop je gaya". Hehe. Tapi kalau dah melawak tu memang mantop. Rindu ngan lawak2 anta. Muka tenang tapi kata2 berjenaka.

Kemudian saudara Arif Amin, terima kasih banyak2. Masa awal2 ana sampai banyak duduk sebilik dgn anta. Seorang yg berfikiran jauh & sangat meminati ilmu & tasawwuf. Juga meminati tokoh besar Syeikh Yusuf Al-Qardhawi. Semoga anta menjadi seperti syeikh Qardhawi juga suatu hari nanti atau lebih hebat lagi! Masa mula2 pindah Bayt A'zab selalu jadi tukang masak 'masak merah'. Tak boleh lupa masakan merah anta. Juga diharapkan dapat menjalankan tugasan sebagai ketua rumah baru dengan mantop skali. Jangan khuatir menerima cabaran. Cuma nak bagi nasihat sikit, kepekaan kena lebih ye Arif =) kalau anta fahamla ape maksud ana ni..

Seterusnya kepada saudara Hasif. Seorang yg sentiasa ceria & gembira. Melawak pun tak kurang bestnya. Sentiasa tekun mengadap laptop dan menempuh cabaran2 dalam Dota..jgn marah bro. Tapi pengalaman pergi Aqabah dengan anta memang menyeronokkan. T.kasih juga sebab bagi peluang tumpang Bayt Hakim beberapa kali. Dulu masa ana tumpang Bayt Hakim lama, selalu habis air. Kesian korang. Minta maaf & terima kasih. Ana doakan anta sentiasa berjaya dalam hidup. Kena bahagikan masa dengan baik agar sentiasa sukses..dunia & akhirat.

Tidak dilupakan kepada saudara Acap @ Muhammad Asyraf. Terima kasih tak terhingga kepada hadiah yg mengejutkan di akhir2 perpisahan..cewah! Terima kasih jugak sebab bagi tumpang Bayt Hakim beberapa kali..sbb nk guna internet yang laju di rumah korg. Hehe. Walaupun masa dengan anta tidak berapa kerap, tapi sangat gembira dapat kenal anta. Seorang yang ceria & melawak dengan loghat utaranya. Semoga sentiasa diberkati Allah dan dipelihara Allah SWT, sukses dalam pelajaran dan jadi seorang yg hebat di sisi Allah.

Terima kasih juga buat Nuh, seorang yg dikenali hari yang..entah ke berapa di Jordan sebab beliau berjalan2 keluar Jordan semasa hari2 awal saya sampai Jordan. Tapi masa 1st time jumpa beliau selepas beliau balik bercuti, beliau dah bercakap arab dengan saya. Hehe. Jujurnya ada beberapa perkataan memang saya tak berapa nak faham lagi waktu itu. Tapi menarik sebab anta banyak bercerita macam2 pada ana. Seorang yang bercerita non-stop. Dan tukang masak yg power. Nasi Lemak memang terbaik! Terima kasih bagi peluang ana masuk ke Bayt A'zab menggantikan anta. Ana doakan anta berjaya dalam study meskipun menghadapi pelbagai mehnah & cubaan. Smoga Allah membantu memudahkannya. Tapi ana nampak anta cukup tabah melalui liku2 hidup. Doa ana bersama anta.


Berpicnic di Umm Qays.
Dari kanan: Taufiq (bertopi Jordan), Nuh, Mus'ab (berkata mata hitam) & Ildaar (camni ke eja nama dia?) dari Rusia



Juga kepada Mus'ab & abgnya Taufiq al-Urduniy. Terima kasih banyak2 sebab bagi tumpang rumah korang beberapa kali. Seronok dapat kenal Mus'ab di UJ ni. 1st time jumpa mcm tak sure boleh buat kawan ke tak. Hehe. Tapi lama2 dah kenal seronok & best. Selalu sembang arab dengan anta dan belajar beberapa perkara..Soutu Safirul Bulbuli..perkataan2 ammiyah yg penting dan lain2. Best dpt berkunjung ke rumah anta yang tersergam indah itu. Juga kenangan ke rumah Ammu Khaled bersama2. Dan jaulah bersama ke Umm Qays, satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Melihat dengan dekat Bukit Golan & Laut Tiberia. Duduk dekat dengan sempadan mungkin lebih kurang 20 meter & pengalaman ditipu budak yang bawak kita ke kawasan melihat bukit Golan itu. Terima kasih atas peluang tersebut. Semoga dapat bertemu di lain waktu. Dapat bertemu dengan family anta semuanya.

Terima kasih teristimewa buat 'abang' Syed Usamah. Masa-masa terakhir di Jordan banyak dihabiskan dengan Usamah sebab selalu berjalan2 dengan dia. Masa awal2 di Jordan tak banyak jumpa beliau sebab duduk pun jauh. Jadi jumpa bila dia datang rumah jela. Ziarah pertama ke rumah anta tidak akan ana lupakan, pada sebuah hari Jumaat. Sejak Ummi Ros & ibunda saya ke Jordan, maka selalulah melepak di rumah Usamah & keluarga. Sangat baik & merendah diri orangnya. Jiwa yang lapang dan spesific dalam beberapa perkara. Terima kasih banyak2 temankan ana jadi driver ke banyak destinasi semasa mak ana di Jordan. Juga memburu beberapa maqam2 nabi di Jordan. Terima kasih jugak sebab bagi tumpang bilik dan bagi pinjam camera SLR anta utk program KARISMA. Kenangan dengan anta berjaulah di akhir2 hari ana di Jordan pun tidak akan dilupakan. Ganti tayar sama2. Hehe. Doa ana, semoga success dalam study anta insyaAllah. Jadi seorang yg hebat dalam bidang anta. Pengalaman anta di Amman yg begitu lama patut dikongsikan dengan adik2 yg bakal datang nanti.


Syed Usamah memegang ikan di Aqabah semasa berBBQ di sana. Di belakangnya Syed Ubaidah. Mcm nak menembak orang pun ade gaya Usamah nih


Terima kasih khusus saya buat keluarga Wafa & isi rumah Bayt Wafa (sama jela kn orang2nya), Makcik Pah, Ubaidah & Ulfah. Ubaidah ni jumpe tak lama. Tapi orangnya sentiasa tersenyum juga. Makcik Pah yg sentiasa memberikan mutiara2 kata sebagai seorang ibu serta tak kurang membuat jenaka2. Terima kasih bagi tumpang rumah semasa kehadiran ummi ros & ibu ana di Jordan. Seronok bila tengok ibu2 ni pergi shopping di Wastul Balad. Ummi ana selalu call utk kirim salam pada makcik & selalu kata dia merindui makcik. Semoga dapat bertemu lagi..tak di Malaysia, di Jordan lagi. Tak pun di Saudi. Kalau tidak di dunia, pastilah di syurga nanti insyaAllah.


Keluarga Bayt Wafa semasa kunjungan ummi & Ummi Ros ke Amman. Terima kasih tumpangkan mereka di sana.


Kepada rakan2 di Bayt Syabil, Syabil, Ajmal & Akram. Kalian adalah rakan2 yang unik. Jarang bertemu tetapi pertemuan yang sekejap memberikan 1001 pengalaman dalam diri. Terima kasih ade sekali kami datang buat usrah di situ. Dapat makan nasi lemak pertama di Jordan. Memang sedappp!

Juga kepada akhawat2 Amman, diketuai oleh Ustazah Umme Ayman, Ustazah Nazirah, Ustazah Azeelah, Ustazah Khadijah, Ustazah Hanani, Kak (Ustzh) Jannah. Terima kasih kerana melayani ibu & ummi ros semasa kehadiran mereka. Memasakkan masakan yg sedap2 dan menjemput mereka makan di rumah. Nasi kerabu memang terbaik! Didoakan semuanya berjaya dalam study, dunia & akhirat. Ana doakan juga semuanya menjadi tokoh2 wanita yang hebat serta menjadi rujukan masyarakat suatu hari nanti. Didoakan semoga selalu masak sedap2 utk warga Amman. Kpd K.Jannah, jgn lupe shipping kamus2 ana dari Joden. T.kasih banyak2.


Nasi Kerabu. Komen: Superb!


Kepada 2 orang naqib PPMA saya di Amman, Ustaz Mustafa & Ustaz Syed. Terima kasih atas tunjuk ajar & ilmu yang dikongsikan. Sangat menarik sesi2 bersama ustaz berdua. Saya amat gembira dapat mengenali 2 orang ustaz ini dan berpeluang mengunjungi rumah mereka sebelum berangkat daripada Jordan. Didoakan anak sulung Ustaz Mus, Nafisah akan jadi mujahidah yang solehah & mentaati Allah, Rasul dan ibu bapanya. Juga kepada Ustz Syed, terima kasih kerana menerima kunjungan ana ke rumah ustaz meskipun dalam waktu yang agak last minute ana memaklumkan kepada ustaz. Terima kasih juga pada Kak Pah, isteri Ust Syed kerana menyediakan hidangan yg sedap sebelum saya balik. Sangat menghargainya.



Jamuan terakhir bersama semua ahli usrah PPMA di Al-Baeik, Hayaat Mall, Sweileh.
Dari kanan: Acap, Ust Mus, Ust Syed, Akram, Ajmal, Arif Amin, Irfan, Umar Mutaqqi & Hasif


Kepada para asatizah yang lain yg tidak sempat bertemu secara langsung sebelum ana berangkat pulang, Ustaz Anuar sekeluarga, Ustaz Anhar sekeluarga, Ustaz Nasir sekeluarga, Ustaz Akramin sekeluarga dan Abg Zul sekeluarga. Terima kasih banyak2 atas pengalaman dan saat bersama kalian. Meskipun tidak lama, tetapi seronok dapat mengenali ustaz2 yang datang ke bumi anbiya' melanjutkan pelajaran bersama keluarga. Mengingatkan keluarga saya pada suatu ketika dahulu. Semoga menjadi asatizah yg hebat2 juga di tanah air apabila kembali nanti. Kemudian mencetak manusia yg hebat juga insyaAllah.

Kepada adik2 baru yg sempat jumpa, Zhafir, Ismail & Danial. Selamat memulakan sesi 'persekolahan' di Amman. Perjalanan kalian masih panjang, well..at least lebih panjang daripada ana la. Jadi semoga tabah & tekun menuntut ilmu. Ikhlaskan niat & sentiasa mendambakan pertolongan Allah dalam setiap urusan dalam hidup. Make the best of everything di Jordan. Belajar daripada abang2 yang ada di Amman..jangan segan dan malu untuk bertanya. Kepada Zhafir, pengalaman dengan anta pun tidak kurang menarik. Bulan pertama sampai, dah bawa anta ke Petra. Seronok berjalan dengan anta. Tenang & ceria orangnya. Juga maqlubah yang anta buat, terima kasih. Sepanjang 133 hari di Jordan, bila anta sampai barulah Bayt A'zab itu ada bau maqlubah. Heh. Tapi tak sempat nak makan mansaf yang anta nak buat..Takpelah. InsyaAllah lain kali ana datang lagi Jordan.

Dengar kata ada 18 pelajar baru yang telah tiba di Amman. Seronok dengar ramai pergi Amman tu. Tapi dengarnya ramai yg buat preparation sebelum masuk jami'ah di merata2 tempat. Jadi tidak lama la di Amman tu. Takpelah. Kepada yg baru sampai, diucapkan selamat belajar arab adik2,abang2/kakak2. Selamat memasuki dunia degree nanti kepada semua yg akan memasukinya.


Terlalu banyak kenangan bersama yang akan diabadikan semasa di Jordan. Antara kenangannya adalah ke masjid Abd Rahman bersama2, makan kinafah bersama, minum teh jordan bersama2, sarapan bersama di pagi hari..ini paling best! Kemudian ke kelas2 masyaikh bersama walaupun saya tidaklah menjadi pelajar yang kerap. Angkut periuk2 makanan utk ke program bersama-sama. Berjalan sini sana dengan berlainan kawan2 di Jordan. Terima kasih untuk itu. Juga terima kasih kepada semua yg memberi pinjam hawiyah di Jordan ya utk pelbagai sebab. Hehe. Jasa dikenang. Serta bagi pinjam pelbagai bende yang tidak disebutkan di atas seperti memberi pinjam hiram, katil dll. Xie Xie!

Kenangan di Jordan yang tidak dapat diexpresi dengan kata-kata. Banyak perincian2 & saat di bumi Jordan itu pasti akan dirindui. Ibu saya yang ke Jordan seminggu sahaja pun sudah merindui dan berasa seronok ke sana. Ummi Ros pun begitu. Jadi saya pun pasti merasai begitu kerana Jordan tempat yg istimewa dalam hati saya. Saya mula menjejak kaki ke Jordan tahun 90an. Sebelum perang teluk, kemudian kembali ke sana selepas perang teluk. Keduanya kerana ayah saya belajar di UJ, jadi ia merupakan tempat yg terlalu istimewa dan susah utk dilupakan. Meski banyak perkara2 yg saya tak berapa gemar di Jordan, banyak perkara yg indah boleh diabadikan dan perkara-perkara tak berapa indah itu saya jadikan kenangan supaya boleh tersenyum bila mengingatkannya kembali.

Kepada kawan2 di luar Amman, ini memang lebih ramai. Ingin saya rakamkan ucapan jazakumullah khayral jaza' kepada semua secara umum! Kalian juga telah mewarnai 133 hari saya di Jordan. Terima kasih tidak terhingga. Moga Allah membalas jasa kalian. Wajah2 kalian akan sentiasa dipahatkan dalam hati dan peribadi2 kalian akan dikenang selalu.

TERIMA KASIH SEKALI LAGI SEMUA!

Semoga bertemu di lain waktu, tidak di dunia, insyaAllah di syurga!

Wassalam

Tamat menulis 16 Jun 2011 - 10pm



  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP