Rabu, April 02, 2008

Boleh ke kita tahan gelak kita tuh?

Bismillah.

(urgH~ so many things to write..time2 bz ni plak ade je hal dan cerita yg nak tertulis..tetibe jadi rajin update blog ini)

Tengah bejalan ke sebuah destinasi tadi, di tengah perjalanan, bertembung 1 adegan. Ada 2 orang perempuan dari hadapan sedang berjalan (bertentangan dari arah aku la nih) dan ade sekumpulan laki perempuan dari arah yg sama dengan aku berjalan jugak. Sampai 1 titik pertemuan, seorang laki dari kumpulan yg sama arah dengan aku tuh...tah mcm mana hampir bertembung dengan seorang perempuan dari arah bertentangan.

Ini menyebabkan perempuan dan lelaki itu melakukan gaya pergerakkan utk mengelak 1 sama lain. Tak tahu mana yg start dulu. Tapi kalau dibayangkan, bile laki tu ke kiri, perempuan tu pun ke kiri sebab diingatkan laki tu nak ke kanan, tapi bila mereka sama2 ke kiri, dua2 akan ke kanan dan begitulah sampai 3-5 saat berlaku adegan elak mengelak yg tidak berkesan itu. Ia berlaku kemungkinan sebab sistem penghantaran maklumat kita bergerak sama dan masing2 ingin mengelak cepat utk cover malu. (tapi sebenarnya cara yg lebih mudah adalah seorang duduk diam, dan bagi ruang utk yg seorang lagi tu melakukan pergerakan sama ada ke kiri atau ke kanan..hehe) Mungkin antara kita, pernah berlaku peristiwa itu.

Nywayh, peristiwa ini pasti meninggalkan perasaan "malu" beberapa ketika..lebih2 lagi jika ramai yg melihat..dan ade kawan2 yg jenis tak amik kira perasaan kawan...maka mereka akan ketawa "muahahahahahahahahaha".

Timbul dalam diri aku..sejauh mana seorang penonton atau seorang kawan yg menyaksikan adegan tersebut, mampu menahan ketawa ketika melihat kawannya sendiri terkena suatu peristiwa yg mungkin memalukan dirinya?



Kita amik contoh lain la eh.

Sejauh mana kita boleh menahan gelak ketika melihat kawan kita jatuh tergolek atau terjatuh longkang (adeh..longkang ni sensitip snanye) walhal waktu tu dia rasa sakit dan malu sbb tejatuh. Yang kita plak gelak2 tak fikirkan perasaan membe.

Atau..

Kawan kita terlanggar someone yg lain jantina nye...kalau tak gelak..mesti kuar sebutan2 yg "OooOo.." .."fewwit~". Ape2 tah sume tuh. Padahal membe tu tengah merah je muke.

Atau..

Dalam keadaan dia tersasul kata..atau tersilap sebut sesuaut perkataan yg tanpa dia sengaja yg pada pengamatan kita kalau kita gelak nih..mesti dia sangat2 malu..



Ataupun ape sahajalah peristiwa seorang yg ternampak aibnye..atau berlaku satu peristiwa yang memang kalau ikut nafsu kita tu memang nak gelak gile2...tapi bende tersebut sangat2 memalukan kawan kita

Pada keadaan itu..adekah kita akan gelak ketawa puas2..pastu akan cakap "sorry2..lawakla. Aku takleh tahan gelak" atau kita mula biasakan diri kita utk memahami perasaan malu dan sakit dia dalam hati..lantas kita tidak gelak sedikit pun?

Kadang2 kita kuat gelakkan orang, tapi bila kita berada di tempat orang tu, kita akan berasa sedih, sangat malu dan kecil hati bile kawan kita sendiri gelak ketawakan kita dalam keadaan tu. Alangkah "bagusnye" kita menjadi kawan seperti itu bukan?? Waktu kita gelakkan orang, bagai lawak antarabangsa yg tak dapat ditahan gelak ketawanya, tapi bila kita yg terkena, kita mulai rasa sakit hati.

Ada ketika, org yg terjatuh, termalu tu akan lebih dahulu ketawa dan senyum atas beberapa sebab:
1. nak nampakkan diri dia masih ok dan nak cover malu dan sakit.
2. nak nampakkan diri dia pun bleh join gelak ketawa korang walaupun dalam keadaan diri malu dan sakit
3. nak lupakan peristiwa yg telah berlaku

Basically kalau orang yg terjatuh atau ter-aib tuh gelak/senyum balik..maksudnye dia nak COVER. PErcayalah. Oleh itu, kita cuba tidak gelak ketawa dan senyum bersama dia jika kita merasakan keadaan tidak sesuai utk begitu. Ada kalanya kita boleh bergelak ketawa selepas terjatuh atau tergolek..itu hanya boleh berlaku jika kita sama2 terjatuh atau tergolek atau ter-aib bersama dia. Kalau dia sorang je, elakkan diri dari mentertawakan kawan kita ituh kerana mungkin boleh jadi...walaupun dia tak sebut..tapi dalam hati dia mungkin terasa atau terkecil hati.



Maka wahai manusia...belajarlah meletakkan diri kita di tempat orang. Kalau kita berada di tempat kawan kita, adekah kita akan berasa sakit hati, adekah kita akan berasa malu, adekah kita akan rasa kecil hati, adekah kita akan rasa tension, adekah kita akan rasa tercabar, adekah kita akan terasa marah...SEMUA itu harus kita pertimbangkan..sebelum kita buat sesuatu tindakan. Sebab kadang2 kita dengan mudahnye akan kata "eh..sorryla aku tak sengaja..". Sikit2 sorry...lama2..ape nilai sorry tersebut kalau sebenarnya kita mampu sahaja mengelakkan dari membuat kesilapan..tapi kita taknak berfikir dahulu.

Oklah..ckupla..nnt panjang sangat..

Wassalam

1 komentar:

ahli fikir^_^ 8:18 PTG  

yup betul tu..setuju 99%

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP