Rabu, Januari 23, 2008

Antara Pelajar & Hamba

Soalan 1: Adakah anda sebagai pelajar, layak skor dalam exam tapi dalam masa yang sama anda mengabaikan tips yang diberikan oleh lecturer anda walhal anda tahu tips dari lecturer tersebut memang benar???

Soalan 1, rasanya ramai akan jawab TIDAK LAYAK...kerana memang rata2 akan ikut je tips2 exam yg lecturer bagi..especially kalau lecturer kata "ok..ni subtopik yg masuk exam..".

Soalan 2: Adakah anda sebagai hamba, layak ke syurga di akhirat kelak tapi dalam masa yang sama anda mengabaikan suruhan & larangan yg ditetapkan oleh Tuhan anda dalam Al-Quraan walhal anda tahu Al-Quraan dari Tuhan tersebut memang benar???


Tapi soalan 2, jawapannya...of kosla kita dah tahu kan??..tapi ramai lagi masih buat tak tahu dengan kenyataan ini. Stuju?

Isnin, Januari 21, 2008

Merdeka tapi tak merdeka.

Bismillah..

Assalamualaikum..

Terbaca ummiroses pnye blog yg bertajuk: Dah Jadi Opah.
Rupa2nya waktu kita sambut merdeka pada 31 Ogos itulah rekod dicatatkan remaja banyak berzina sampai mengandung sebab menurut kata ummi, musim merdeka la remaja akan banyak datang ke Raudhatus Sakinah.


So agak2 ape erti merdeka pada mereka sebenarnya? Merdeka dari kongkongan mak ayah yg menyebabkan mereka boleh bertindak dengan 'merdeka'nya utk menggadai maruah dan melanggar hukum Allah? Tak sedar diri badan tu milik Allah..tapi menggatal tak ingat diri akan kembali pada Allah.



Semua ada nafsu dalam dunia ni. Tapi kalau tak reti nak kawal nafsu. Binasa la. Bukan setakat masa depan.. kalau tak reti taubat, binasa hingga ke akhirnya.

Ayuh kita bangkit dari lena kita..ape usaha kita sebenarnya nak merubah masyarakat yg hanya faham merdeka tubuh..tak merdeka akal dan jiwa? Keseronokan, nafsu dan kepuasan yg menjadi agenda utama dalam kemerdekaan. Tu ke kemerdekaan rakyat Malaysia?! Cmana tah nak capai 2020 kalau perangai camni. Lagi2 bangsa melayu nih.

Innalillah wa inna ilaihi rajiuun..

Cara yg tepat dan ideal utk merubah keadaan ini adalah dengan mengembalikan Islam di muka bumi ini..

Khamis, Januari 10, 2008

Tudung




I'll keep this short.


Perempuan yg tak bertudung..selalunya akan bertudung dalam situasi berikut:

1. Ade kematian..kena pegi kubur
2. Ade kenduri tahlil
3. Solat raya
4. Kelas agama
5. Sekolah yg kena pakai tudung..
6. Bila botak..(that depends la kot..nak pakai wig or tudung)

Added by readers:
7. bila gi mahkamah syari'ah (cik tim)

But overall..the above (except yg botak tu) tu are real rite? Tak rasa hipokrit ker ek? Ikut suruhan Allah pada waktu2 tertentu je. Ade orang kata "at least ade niat nak pakai". Heh. Hukum Islam yg wajib tak pnah plak dengar ade toleransi. Camtu sehari..solat jela 2 rakaat. Pastu kata "at least solat". Or nak lebih sensitif..minum botol arak 1 teguk. Pastu ckp "at least tak minum 1 botol". Btul tak??

Selasa, Januari 08, 2008

Fikir2kan..




Fikir

Munsyid : Ar Raid

Renungi diri itu dalam cermin tafakur
Bukankah tuhan itu Maha Sempurna
Insafi diri itu dengan bersyukur
Tanpa rahmat-Nya kita tiada

Siapa kita untuk menderhaka?
Sedangkan kita tiada saham untuknya
Siapa kita untuk terus kufur?
Sedangkan Tuhan murah nikmat-Nya

Namun masih ada yang leka
Seakan mencabar Yang Maha Kuasa
Tidakkah kita gerun neraka?
Azabnya tak tertanggung oleh kita yang lemah
Betapa beruntung orang yang bertaqwa

Mari bersama mengenal diri
Supaya dapat menginsafi
Menjadi hamba yang berperibadi
Mudah mudahan selamat di titian sirat
Buat mereka yang mahu berfikir

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP