Khamis, Mac 15, 2007

Bila cari membe bukan kerana Nya

Stelah sekian lama tak menaip sendiri. Asek kopi pes je kan? Ape2 pn, kali ni aku nak bawak kat korang berfikir perkara yang mungkin biasa kita lalui seharian..mungkin ade yang tak biasa. Suasana yang aku akan tulis ni biasanya berlaku pada seorang laki macam aku nih...apabila kita ada seorang kawan...dan kawan kita ini yang kononnnya kawan...akan cenderung tuk berat sebelah pada jantina yang bernama PEREMPUAN. Perempuan ni nak kata awek dia pn bukan..nak kata kawan pun mungkin tapi tak semestinya kawan. Asalkan perempuan... seolah2 ade layanannya istimewa yang akan diberikan. Cthnya sprt di bawah:


  1. Kalau Perempuan mintak belanja, – “Awak nak ape? Saya bayarkan. Order byk2 takpe..”

Kalau Laki minta belanja – “Ala..aku takde duit ni. Ape kata ko la belanja? Nanti2la aku belanja ko lenkali plak”

  1. Nampak perempuan jalan kat tepi - “eh2..ni kene bagi tumpang ni..sian dia. (lepas berenti kereta) Cik nak ke mana? Saya boleh tumpangkan”

Nampak laki jalan kat tepi – “ala..bukan awek..takyah lah berenti. Lagipun jalan kan exercise (sambil melajukan kenderaan)”

  1. Perempuan minta tolong – “Bolehhh2..saya tak kisah pun. Biasa dah tolong2 bende macam ni..”

Laki mintak tolong – ko ni asyik menyusahkan aku jela. Bukannya susah sangat pun. Ko ni laki ke ape? Lemah!”

  1. Perempuan mintak ajar – “Mula2..awak kena darab ni dengan 2. Lepastu guna rumus ni, masukkan ke dalam rumus yang pertama tu. Lepastu awak tolak la untuk dapatkan nilai x,y,z. Kalau awak refer buku muka surat 113 dan 114 ade dia tunjukkan steps ni. Kejap saya bawak keluar buku ye”

Laki mintak ajar – “Bukak la buku sendiri. Takkan bende snang ni pun takleh buat?”

  1. Perempuan kecik hati – “Awak ok ke? Saya mintak maaf sgt2 atas perbuatan saya tadi. Saya janji tak buat lagi”

Laki kecik hati – Mampos dia la. Sapa suruh dia cari pasal ngan aku dulu!”

  1. Perempuan tanya soalan. Cthnya “macam mana perkhemahan haritu?”. Jwpnnya: “ohh..best gile. Rugi awk takde skali. Saya berakit. Saya masak sendiri. Saya terjun sungai. Sungai dia bersih. Kawan2 pun best. Dapat ramai kawan. Ramaila datang. Ade dalam 200 orang seluruh malaysia. Memang tak sangka dpt pegi perkhemahan ni. Sronok sgt!”

Laki tanya soalan yg sama, jwpnnya: “Ok je”

  1. Perempuan punya birthday – “ Happy Birthday awak! Moga awak panjang umur”

Laki punya birthday – “ oo..hari ni birthday dia ke? (buat bodo dan terus buat kerje lain)”


Aku rasa banyak lagi contoh dan kisah yang korang boleh relatekan kat sini. Nak ditambah fakta yang lagi tepat..kalau makin lawa perempuan tuh..makin mengada la laki nih. Kalau tahap kecantikan perempuan rendah..gaya layanan pun mungkin jadi rendah dan masuk ke kategori layanan lelaki..atau mungkin lebih teruk.


Kadang2 aku heran gak..beberapa wishes, dengan perempuan lancar je cakap..tapi ngan membe laki..teragak2..atau mungkin tak terfikir pun nak cakap.
Cth yg plg simple: take care, all the best, jalan baik. Even perkataan RINDU..dengan perempuan..senang je menggatal nak sebut tapi dengan membe laki..ada perasaan geli. Apesal? Sebab ada mental block yang kata kalo sebut bende2 camni kat membe laki..nanti jadi gay plak. Ape bodoh punye pemikiran yg kolot nih. Macam budak darjah 5 punya pemikiran. Budak darjah 5 pon rasa tak tergamak kot nak fikir camnih.

Kalau bukan dengan membe laki nak bermesra (ni pun manusia asek salah tafsir..orang melayu ni kepala otak kotor sangat ke?), macam mana nak cari ukhuwwah fillah?

Ni aku bagi contoh lagi sebijik:

Dengan pompuan: “Semoga ikatan persahabatan kita berkekalan..ukhuwwah fillah~”

Dengan laki: “kita kan membe...”

Heran aku. Takde plak nak sebut ukhuwwah fillah tu dengan laki. Dengan perempuan..lancar plak cakap. Macam nak tunjuk baik je. Itu yang kadang2 aku pantang sket kalo ade pompuan sebut kat aku ukhuwwahfillah2 nih kalau baru 1st time kenal. Aku bukanla tak suka..tapi sejauh mana dia tahu makna ukhuwwah fillah tu sampai leh sebut camtu je. Dahla tak kenal aku sape lagi..dah memandai sebut camtu.

Tapi pompuan ni aku tak risau sangat sebab diaorg ni jenis yang boleh rapat dengan membe pompuan diaorg sendiri.

Masalahnya lelaki nih.

Laki ni macam ade perasaan bodoh sombong dengan kawan lelaki sendiri sampai nampak ketara ketidak adilan yang berlaku antara jantina.

Kalau macam ni la sikap kita, sebagai orang Islam, kita masih jauh lagi la nak mencontohi sahabat2 Nabi. Tengok cmana diaorg bersahabat. Berpelukan ketika jumpa, bermesra, bergurau bersama dan terasa ukhuwwah itu satu yang kukuh antara mereka.

Kalau nak guna alasan "dengan pmpuan kene le berlembut....laki ni ganas2 la sikit..ukhuwwah fillah tak ganas la". Ni lagi alasan cam hampeh. (manusia ni kalau nak berdalih memang dah sedia sejuta alasan). Lagipun aku tak mempersoalkan pengunaan SAYA-AWAK atau AKU-KAU dengan berbeza jantina. Itu hak masing2. Tapi layanan tu..nampak ketara sangat la.

Tengok time persaudaraan muhajirin dan ansar, bagaimana 1 sahabat ansara nih offer kat sahabat baru muhajirin dia salah seorang dari isterinya. Ni boleh tercapai ke kalau takde perasaan cintakan sahabat sendiri?

Macam2 lagi contoh boleh didapati dari seerah. Sahabat yg utamakan kawannya tuk diberi air ketika nazak saat peperangan pun boleh dibuat contoh.

Ni kisah kecintaan sahabat lelaki kepada sahabat lelakinya. Tak penah la pulak aku baca seerah Nabi nih ade sahabat berkawan lebih rapat dengan perempuan melebihi kawan lakinya.

Perlu aku ingat jugak, aku tak refer pada smua laki.

Cube la fikir2kan. Kita dok cakap lantang pasal kezaliman, tapi bnde2 kecik camni tak terfikir lak tentang zalimnya kita tidak berlaku adil?

Aku tinggalkan korang fikir sendiri.

p/s: ini memang kisah benar dan ada kaitan dengan yang hidup dan mati. Penulisan ini bukanla tujuan aku tak puas hati ngan sesapa member aku yang buat camni..tapi aku nak ajak kaum lelaki ni berfikir..takyah la dungu sangat terikut nafsu tu sampai abaikan perkara yang Allah larang. Sory pada sesapa yg terasa. Memang nak bagi terasa..hehe..

5 komentar:

KhaiBar 1:17 PTG  
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
KhaiBar 1:58 PTG  

Teringat hadis Rasulullah, riwayat Abu Daud dan Tarmizi, dari Abu Karimah @ Miqdam bin Ma'diyakrib, Rasulullah pernah berkata, "Apabila seseorang itu mengasihi saudaranya, beliau hendaklah memberitahu orang itu bahawa beliau mengasihinya." Ada satu lg hadis pjg skit ttg Rasulullah suruh sorang sahabat ni pegi bgtau dia kasih kan kawan dia kerana Allah.
Tapi susahkan...tetiba nak ckp kat member, 'saya sayang awak'. Ingat lelaki je ke yg susah...org perempuan pun susah jugak...stkt nak ckp rindu tu, boleh lagi. Tapi sayang...hmm...
Apepun first step maybe blh tunjukkan dulu, kan action speaks louder than words..?

HambaAllah Yang Memakmurkan 3:56 PTG  

woh..stelah berbulan tak tulis..ade jugak orang komen ek? macam tak caya. Haha.

Tapi saya pun biasa kata "i love u" pada kawan2 laki saya...mereka tak pelik kot dengan kata2 saya nih kalau mereka kenal betul dengan saya.

Islam mengajarkan yg indah..tapi manusia ni sering kali memutar belitkan keindahan tu jadi perkara negative. Tataulah..

aizawa 9:34 PTG  

value bergantung pada lelaki itu sendiri. bagaimana dia hargai kawan dia, kepentingan kawan dia pada dia. tak salah dia layan perempuan macam tu. itu hak dia. tapi perlulah berpada. tapi perbezaan pada rakan lelaki dan perempuan itu sangat ketara. adoi. adik saya lelaki. tapi value rakan2 dia lebih dari perempuan. tulah. lain orang, lain cara dia value. sekadar beri pendapat. hmm

Juwairiya Zulkifli 4:02 PTG  

Tahniah..penulisan yg jujur dan berani. Sumtimes its hard to say, but u have too..

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP