Selasa, September 26, 2006

Sebaran hadith fadhilat tarawih yang diragui

Assalamualaikum,

Atas dorongan seorang sahabat, maka aku terasa beberapa perkara perlu diperbetulkan since pelajar2 UTP sendiri ada yang telah mengambil hadith tentang fadhilat solat tarawih pada setiap malam. Bagi sesiapa yg tatau, berikut dicopy pastekan fadhilat2 tuh:

Kelebihan Sembahyang Sunat Terawih
Diriwayatkan oleh Saidina Ali daripada Rasulullah s.a.w. sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi s.a.w.
mengenai fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat Terawih pada bulan Ramadhan.

Malam pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan
daripada Allah.

Malam kedua: Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka
orang yang beriman).

Malam ketiga: Berseru malaikat di bawah arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah
mengampunkan dosa engkau.

Malam keempat: Memperoleh pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Injil, Zabur
dan Al-Quran.

Malam kelima: Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil
Aqsa.

Malam keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Makmur (70,000 malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.

Malam ketujuh: Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi a.s. menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamam.

Malam kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi
Ibrahim a.s.

Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

Malam 10: Allah s.w.t. mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11: Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

Malam 12: Datang ia pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13: Datang ia pada hari kiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14: Datang malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari kiamat.

Malam 15: Semua malaikat yang menanggung arasy, kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16: Allah s.w.t. tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Malam 17: Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak-banyak pahala Nabi-nabi.

Malam 18: Seru malaikat: Hai hamba Allah! Sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapa engkau (yang masih
hidup atau mati).

Malam 19: Allah s.w.t. tinggikan darjatnya di dalam syurga Firdaus.

Malam 20: Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21: Allah binakan sebuah istana di dalam syurga daripada Nur.

Malam 22: Datang ia pada hari kiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tiada dalam keadaan huru-hara di
padang Mahsyar)

Malam 23: Allah s.w.t. binakan kepadanya sebuah bandar di dalam syurga daripada Nur.

Malam 24: Allah buka peluang dua puluh empat doa yang mustajab bagi orang yang berterawih pada malam ini (elok
sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25: Allah Ta'ala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26: Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama empat puluh tahun ibadat.

Malam 27: Allah kurniakan kepada orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratal Mustaqim
seperti kilat menyambar.

Malam 28: Allah s.w.t. kurniakan kepadanya seribu darjat di akhirat.

Malam 29: Allah s.w.t. kurniakan kepadanya pahala seribu kali haji yang mabrur.

Malam 30: Allah s.w.t. beri penghormatan pada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali,
lalu berfirman yang bermaksud: Hai hambaKu! Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingin makan di dalam syurga
dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kauthar.

So, aku nak jelaskan disini bahawa hadith ni sangat2 diragui akan tarafnya sama ada hadithnya sahih, hasan, da'if atau maudhu. Byk pendapat mengatakan ianya maudhu', malah tidak dijumpai dalam kitab2 hadith maudhu' sprt yang dikongsikan dalam website nih:

http://www.bharian. com.my/Misc/ RamadanAlMubarak
/Puasa/Hari/ Fadilat/20041012 142743/Article/

Juga dalam rujukan website Al-Ahkam.net, ulasannya dari ustaz2 yang menjadi panel dalam forum tersebut antaranya:

alQardhawi (Kaifa nata'amul ma'a al Sunnah al Nabawiyyah) menjelaskan ada 3 neraca yang perlu dipegang oleh setiap Muslim supaya ia selamat dari penyelewengan dan takwilan secara jahil:
Pertama: mempastikan kethabitan/kesahiha n sesebuah hadith berdasarkan timbangan ilmiah oleh para muhaddithin (ulamak hadith)

Kedua: memastikan kefahaman yang betul terhadap maksud sesebuah hadith

Ketiga: memastikan sesebuah hadith tidak bercanggah dengan nas yang lebih kuat darinya yaitu dari alQur'an dan hadith-hadith lain yang lebih kuat kedudukannya.

Imam Syafi'iy yang mulia telah berpesan," Iza Sahhal Hadith Fahuwa Madzhaabi" (apabila sahihlah sesebuah hadith, maka itulah madzhabku."

Berbalik kepada hadith popular bulan Ramadhan (fadha-il Malam-malam Tarawikh Imam Ali) gagal melepasi neraca pertama: tidak thabit atau tidak disahihkan oleh mana-mana Imam Hadith. Tanyalah kepada mana-mana ahli hadith dan sudah pasti dia
tidak akan jumpa hadith tersebut dalam Kutub asSittah (kitab hadis yang enam):
Bukhari, Muslim, atTurmudzi, Abu Daud, anNasa'iy dan Sunan Ibn Majah. Manakala ia tidak menepati neraca # 2, yakni bercanggah dengan kefahaman sebenar tentang tasawwur puasa dan tidak sesuai dengan nilai keilmuan dalam Islam. Puasa dalam Islam yang dijelaskan oleh sumber yang sahih ialah sebagai salah satu jalan kepada taqwa. Taqwa itulah objektif puasa dan taqwalah jalan kemenangan dan kejayaan umat Islam dunia dan akhirat. Metod fadhilat adalah untuk mereka yang lemah akalnya dan masih kebudak-budakan yang amat terangsang dengan fadhilat dan kebendaan.

Hadis ini kemungkinan direka oleh Syi'ah untuk menonjolkan maqam ketinggian Ali KW yang di dakwa oleh Imam-imam Syi'ah banyak menerima hadis-hadis khusus yang tidak pernah diriwayatkan oleh sahabat-sahabat lain.

Hadis ini juga bertujuan memikat golongan awam yang jahil dengan pelbagai kisah dan riwayat. ia direka oleh penglipurlara jahat supaya masyarakat jahil terpukau dan asyik mendengar ceritanya. Penglipurlara ini giat aktif di zaman Imam Ahmad Ibn Hanbal.

Hadis ini juga mungkin direka oleh ahli zuhud dan tasawwuf yang menyeleweng bertujuan membangkitkan keghairahan orang awam yang jahil supaya giat beribadat tanpa ilmu.

Demikianlah penjelasan AsSyaikh Mustafa asSiba'iy dalam kitabnya asSunnah dan Imam Jalaluddin asSyuyuti (Tahdzirul Khawasy min akazibil Qasyasy).

Maka jauhilah dan tegahlah pengedaran hadis fadhail tarawikh Ramadhan tersebut dan gunalah neraca-neraca ini bila kita didatangkan dalil dalam bentuk hadis. Terlebih dahulu pastikan kesahihannya. Ingatlah amaran baginda,"sesiapa yang merekacipta hadis atas namaku, maka dia telah menempah tempat diNeraka."

Boleh rujuk di url ini:
http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=
MDForum&file=viewtopic&t=19612&highlight=kelebihan +tarawih&sid
=f6030e5e6e37148 15372379e6c560b2 2

Lagi 1, kita kene kenal pasti ape antara ciri2 hadith yang tak sahih nih. Antaranya yang aku ingat, ganjaran yang diberikan adalah di tahap yg melampau2. Cthnya cuba baca fadhilat malam ke-9 "Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad s.a.w". Tak ke melampau2 tuh? Kita boleh dapat pahala seperti Nabi Muhammad? Manusia mana yg sama perfect ngan dia? Baginda buat ibadah bertahun2..kita solat tarawih 1 malam je..dah sama pahala ngan Nabi ke? Mustahil.

Oleh itu..marilah kita sama2 perbetulkan kembali kefahaman kita. Jangan sampai kita tersalah ambil sumber atau mengambil sesuatu hadith secara membuta tuli. Ini akan menyebabkan kita boleh menyesatkan orang lain. Aku perasan ade website2 yang bleh pulak publish hadith nih. So jgn kita main amik je sblm kita yakin akan kesahihannya.

Wallahu'alam

Ape yang salah harap dibetulkan

Wassalam

Isnin, September 25, 2006

Doa puasa yang sahih

Nabi saw semasa berbuka puasa berdo'a :

ذهب الظمأ وابتلت العروق، وثبت الأجر إن شاء الله

"Telah pergi kehausan dan telah membasahi urat-urat, dan pasti ganjaran dengan kehendak Allah" [Hadith Sahih Abi Daud]

[Komentar : Adalah tidak betul perbuatan seseorang yang melewatkan berbuka disebabkan baginya azan maghrib masih berkumandang. Begitu juga dengan do'a berbuka puasa yang masyhur dikalangan kita :(اللهم لك صمت وعلى رزقك أفطرت)- Allahumma laka Sumtu ....." yang sebenarnya status hadith tersebut adalah dhaif. Hadith Sahih bagi menggantikan do'a ini adalah seperti diatas dan transliterasinya adalah : "Dhahaba al-zama’ wa abtalat al-‘urooq wa thabata al-ajr in sha Allaah"]

http://www.al-ahkam.net/home/index.php?module=subjects&func=viewpage&pageid=127

Sabtu, September 23, 2006

Check List Ramadhan

Bismillah..

Alhamdulillah sekali lagi kita dipertemukan dengan Ramadhan..bulan yg mulia dan penuh keberkatan. So sempena awal2 ramadhan ni, aku nak listkan beberapa checklist yang mungkin boleh dijadikan panduan n dirujuk. Check list ni maybe tak lengkap..tapi main purpose check list ini adalah untuk rakan-rakanku di UTP..heh..semak diri kita masing2:

Perkara yang patut dikurangkan..atau lebih baik tinggalkan jek (kalo ianya memang terang2 dosa):

# bermain game berlebihan
# dating ngan awek/pakwe <--sgt2 patut dielakkan~
# merokok
# surfing internet/chatting berlebihan
# dengar music lagho/jiwang/takde pekdah
# baca komik-komik yang berlebihan
# tengok muvi,series,anime berlebihan..kalo yg XXX rated lagi la kene tinggal
# donlod perkara merepek dengan rakus di DC++
# tunjuk aurat sprt pakai ketat2 (khas tuk gurls)
# pakai suar pendek yg nmpk aurat..esp masa sports(to the boyz)
# mengata pakgak UTP..heh..bukan pakgak jela..patutnya..mengata orang
# usha insan2 yg berlainan jantina dengan bernafsu (takyah nak nafikan la bagi sesapa yg berkenaan)
# memfitnah/mengumpat/mengutuk dan yg sewaktu dgnnya
# tido berlebihan
# makan berlebihan. Biasala bulan pose ni jumpe makanan2 yg setahun tak jumpe
# lepas solat subuh terus plan nak bukak puasa ape...(perh~)
# ....... (tambah le sendiri list korang..)

Yang patut dibuat:

# puasa (of course la..takkan korang nak ponteng puasa kot?)
# tadarus. Kalau hari biasa 1 muka..patut ramadhan lebih sket la kan?
# bersedekah
# tarawih di masjid. Buat sampai akhir ramadhan la..jgn smangat awal2 je..
# bykkan amalan sunat yg sememangnya terlalu byk
# bykkan istighfar mohon keampunan
# puasa anggota badan skali
# ingatkan antara 1 sama lain tentang kebaikkan ramadhan & ape yg kene buat
# berhati2 dalam tindak tanduk kita pada bulan ramadhan nih..takot2 jadi dosa..
# bangun malam..qiamullail. Kalo tengok bola bleh bangun..takkan lailatulqadar takleh bangun kot??
# bykkn berdoa
# solat berjema'ah.
# memohon maaf atas kesilapan..bukan masa raya je baru nak mintak maaf


hmm..nampak macam terlalu idealistik..tapi insyaAllah..kalau kita ada azam...kita boleh berubah. Bulan ni la pn kalo kita disiplinkan diri kita..insyaAllah ganjaran pahala yg byk bakal kita peroleh. Aku mengingatkan diri aku, sahabat2 sekalian serta pembaca2 blog nih supaya kita sama2 berusaha rebut kebaikkan pada bulan yg mulia nih. Jgn lepaskan peluang keemasan ini!! Rebut sblm habis! Nanti nyesal..

Ade sesapa nak tambah checklist nih? Sila2..jgn malu2..(snanye short of time..malas nak fikir byk2..stakat ni jela bleh difikirkan)

Ahad, September 17, 2006

Ramai lebih tahu 9/11 berbanding 9/16

Duka Sabra, Shatila makin dilupa




Hegemoni Amerika, manipulatif media jadikan kekejaman Israel sebagai tindakan sah

APA beza 9/11 dan 9/16? Ramai masyarakat masa kini lebih mengetahui 9/11.

Tarikh 9/11 adalah serangan terburuk ke atas bumi Amerika Syarikat pada 11 September 2001 apabila tiga kapal terbang komersial melanggar bangunan World Trade Center di New York dan Jabatan Pertahanan Amerika (Pentagon) di Washington, manakala pesawat keempat yang terbabit dalam siri serangan itu kononnya terhempas. Hampir 3,000 orang terbunuh.

Kesannya, Amerika melancarkan kempen serangan balas atas nama antikeganasan yang menyaksikan umat Islam dunia menjadi sasaran dan ia semakin hangat diperkatakan ketika ulang tahun kelima tragedi itu beberapa minggu lalu.

Tetapi apa pula 9/16? Pada 16 September 1982, sebenarnya berlaku detik amat hitam dalam sejarah dunia. Dan semalam adalah ulang tahun ke-24 kejadian itu dengan tiada sebarang upacara mengutuk serangan paling kejam rejim Israel dan militia yang disokongnya ke atas rakyat Palestin di kem pelarian Sabra Shatila yang didiami 14,000 orang.

Kira-kira jam 9 pagi 9/16, militia Phalangist mula membunuh antara 700 hingga 3,500 penduduk Arab di barat Beirut secara sistematik bagi membalas dendam pembunuhan pemimpin mereka Bashir Gemayel. Ribuan lagi cedera dan ramai mengalami trauma akibat dirogol di depan keluarga atau anak-anak dalam keganasan yang berlangsung hanya dalam masa tiga hari.

Kisah kezaliman Israel itu diceritakan oleh pemberita Britain, Robert Fisk yang tiba membuat liputan serangan Sabra Shatila dengan menyatakan:

“Saya menelusuri jalan yang amat mengerikan buat pertama kali dalam hidup saya di kem Sabra Shatila ketika militia masih melakukan pembunuhan dan merogol. Mayat bertaburan dipenuhi lalat, mayat wanita sudah bengkak, jasad bayi bergelimpangan dengan kesan peluru di kepala.”

Pembunuhan dilakukan ketika tentera Israel mengepung dan menutup kem itu dan dianggap kekejaman terburuk Israel dalam konflik Asia Barat. Kejadian itu dikutuk oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dianggap sebagai pembunuhan beramai-ramai menghapuskan etnik.

Menteri Pertahanan ketika itu, Ariel Sharon, yang mengetuai sendiri pasukan tentera Israel mengepung kem pelarian itu didapati bertanggungjawab penuh oleh badan siasatan dalaman Israel tetapi akhirnya beliau dijulang sebagai wira Israel dan beberapa kali menjadi perdana menteri negara itu.

Pemerintah Phalangist, Elie Hobeika, tidak pernah dibicarakan dan kemudian menjadi menteri dalam kerajaan Lubnan.

Beliau akhirnya dibunuh dalam satu serangan pada 2002.

Tetapi mengapa pembunuhan kejam di Sabra Shatila dilupakan berbanding banyak lagi kekejaman yang lainnya.

Nama Sabra dan Shatila tidak begitu diketahui ramai generasi muda atau masyarakat selain daripada Arab dan kini tragedi kekejaman Israel itu umpama sebutir buih di lautan tragedi dunia. Dilupakan dan sengaja didiamkan.

Tetapi pada masa sama orang lebih mengetahui apa itu Holocaust iaitu tuduhan kekejaman Nazi Jerman ke atas penduduk Yahudi yang faktanya boleh dipersoalkan sehingga kini. Bercakap mengenai Nazi, ramai juga yang lupa kekejaman rejim itu yang membunuh ribuan golongan komunis, militan sosialis, orang cacat dan homoseksual. Itu juga kekejaman era itu tetapi mengapa Holocaust diperbesarkan.

Apa pun, kekejaman Sabra dan Shatila lebih dahsyat berbanding Holocaust. Holocaust lebih banyak pendedahannya, termasuk tindakan mendirikan muzium, menerbitkan buku atau menghasilkan filem. Hampir tiada pula usaha itu untuk Sabra dan Shatila.

Punca mengapa Holocaust dan 9/11 dikenang adalah angkara kemahuan dan kesungguhan politik serta pengaruh media. Dan ketika media dikuasai dan dimanipulasi Barat, segala perjuangan penduduk Arab di Asia Barat akan cuba dipendamkan, malah dianggap pula sebagai elemen pengganas.

Dan ini juga yang berlaku untuk peristiwa Sabra dan Shatila apabila tidak banyak lagi laporan mengenainya, sekadar menggambarkan tindak balas sah rejim Israel walhal hakikatnya adalah kekejaman mutlak rejim Yahudi itu.

Seterusnya, apabila difikirkan lagi, kita melihat bahawa pembunuhan beramai-ramai oleh Amerika dan sekutunya tidak akan didakwa. Lihat kesan perang antikeganasan Amerika selepas 9/11.

Lebih 62,000 atau dikatakan 180,000 orang maut tetapi dunia menganggapnya sah. Begitu juga dengan pembunuhan yang dilakukan Israel di Palestin. Beribu-ribu maut terutama sejak lima tahun kebelakangan ini.

Sebaliknya, pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh negara yang dianggap bukan rakan Amerika menyaksikan pemimpinnya terpaksa dihukum sama ada negara itu ditakluk atau menghadapi pelbagai ancaman serta sekatan. Contoh, Saddam Hussein di Iraq atau Slobodan Milosevic di Yugoslavia.

Oleh kerana Israel menjalankan tugas memastikan kepentingan Amerika di Asia Barat terpelihara, ia seolah-olah dibenarkan melakukan apa saja yang dikehendakinya malah ditawarkan pelbagai bantuan termasuk senjata.

Ia boleh mencabuli ketetapan PBB, menakluk negara jirannya, menggugurkan bom ke atas penduduk awam, mendera tahanan, memiliki senjata pemusnah, memusnahkan bandar raya atau apa saja tanpa hukuman.

Israel boleh melakukan apa saja kerana PBB tidak lagi dilihat sebagai badan bebas, pihak berkuasa berdaulat atau badan penguatkuasa undang-undang.

Apa yang pasti, dunia masa kini menganggap siapa yang digelar musuh Amerika semata-mata kerana negara itu mempunyai pendirian yang berbeza dengan Washington, adalah musuh mereka juga.

Terima kasih kepada kekuatan politik Amerika dan sekutunya selain pengaruh media yang dikawal mereka.

Jadi anggapan masa kini, sebarang jenayah kemanusiaan, pencabulan hak asasi atau melanggar ketetapan PBB, tertakluk kepada dasar sesebuah negara itu terhadap Amerika. Jika ia menyokong Washington, segala-galanya beres tetapi jika sebaliknya, ia pasti akan dihukum.

Itulah yang berlaku. Dan sebab itu Israel boleh melakukan pembersihan kaum di Sabra dan Shatila atau menakluk Lubnan dengan memusnahkan segala kemudahan awam di negara itu dalam perang selama 34 hari yang berakhir 16 Ogos lalu.

Isu Sabra dan Shatila akan hilang daripada lipatan sejarah manakala isu Lubnan kena bom juga akan lenyap daripada ingatan manusia.

Isu Palestin dan Iraq juga terus dilupa hinggakan ada pihak yang menyatakan, tiada lagi nilai berita jika ada yang terbunuh di dua kawasan itu. Semua angkara hegemoni Amerika dengan PBB menjadi budak suruhannya.

Jelas, sejarah jika ditulis oleh mereka yang berkuasa, pasti lain daripada hakikatnya.

Selasa, September 05, 2006

My sisters in Islam..please beware!

---------- Forwarded message ----------
From: Kamal Khalil
Date: Tue, 22 Aug 2006 12:06:41 +0800
Subject: Fw: PENTING..PENTING - AWAS PERANGKAP- ANAK2 ISLAM
AWAS PERANGKAP- ANAK2 ISLAM

Pada hari Sabtu (22/07/2006) yang lalu, saya telah berkesempatan
mengikuti satu sessi "Ceramah Keibubapaan" di sekolah menengah agama
berasrama penuh dimana dua orang anak perempuan saya bersekolah.
Penceramah jemputan yang pihak PIBG sekolah jemput adalah Dr. Rubiah
Kulup Hamzah. Selain menjadi penceramah motivasi, Dr. Rubiah juga adalah
pensyarah part-time di UM, UiTM, UKM dan OUM serta amat bergiat aktif
dalam pergerakkan NGO Islam.

Disini, saya ingin berkongsi dengan anda sedikit maklumat yang
disampaikan oleh Dr. Rubiah mengenai isu yang sedang hangat
diperkatakan, iaitu isu "Murtad" dan "Artikel 11 Perlembagaan
Persekutuan"

PERANCANGAN

Berdasarkan penyelidikan beliau serta anggota NGO Islam yang
lain,pihak-pihak yang memusuhi Islam, terutamanya pihak Kristian
telah lama membuat perancangan rapi untuk menjadikan remaja-remaja
Islam sebagai sasaran untuk dikristiankan. Umumnya, kita mengetahui
bahawa mereka telah berjaya menjadikan "Dunia Hiburan" dan "Dunia
Sukan" sebagai senjata untuk menjauhkan remaja-remaja kita dari agama
Islam. Namun, satu pendedahan yang dibuat oleh Dr. Rubiah mengenai
"Perangkap" yang digunakan oleh pihak kristian ini amat membimbangkan
kami yang hadir semua. Berikut adalah kronologi bagaimana mereka
memerangkap anak-anak gadis kita untuk dijadikan mangsa.

MEMIKAT

Untuk makluman semua, pertubuhan-pertubuhan kristian telah bersepakat
untuk memberi satu bentuk skim galakan kepada para jejaka kristian
serta diberi tunjuk-ajar mengenai teknik untuk memikat gadis-gadis
melayu Islam untuk dijadikan pasangan mereka. Berbagai-bagi teknik
memikat akan digunakan dan ia bergantung kepada latar belakang gadis
yang disasarkan. Tapi, apa yang membimbangkan kami semua adalah,sasaran
utama mereka kini adalah gadis-gadis bertudung labuh yang
berpendidikan agama. Teknik yang mereka gunakan adalah lebih kurang
sama sahaja. Pada peringkat awal mereka akan mencari jalan untuk
berkenalan dengan anak-anak gadis kita, samada melalui
hubungan kerja,hubungan sesame pelajar mahu pun hubungan jiran tetangga.

Kemudian,mereka akan berlakun seolah-olahnya mereka telah tertarik
dengan kesopanan, cara berpakaian serta kelembuatan tingkah laku
anak-anak gadis kita ini. Antara ungkapan yang sering digunakan adakah
"Adakah semua anak-anak gadis melayu begitu ayu dan sopan?"

"Didalam masyarakat saya, tidak pernah saya bergaul dengan gadis yang
begitu berakhlak", "Saya tertarik dengan tingkah laku awak".
"Saya ingin mengenali awak dan agama awak dengan lebih dekat lagi"
Biasanya, anak-anak gadis yang berpendidikan agama kita ini akan terbuka
hatinya untuk menerima kehadiran jejaka kristian ini apabila sijejaka
mula menyatakan keinginan untuk mengenali agama Islam dengan lebih dekat
lagi.

PERANGKAP

Apabila sijejaka merasakan anak gadis kita telah menerima kehadiran
mereka, mereka akan menjalinkan persahabatan mereka dengan jujur,
ikhlas, bersopan dan begitu "gentleman" sekali. Mereka akan ke
perpustakaan, minum serta beriadah bersama dengan rakan-rakan yang
lain Pendek kata, sepanjang persabatan mereka, cubaan "ringan-ringan"
pun tidak ada. Tetapi AWAS, para ibubapa. Satelah kian lama
bersama serta mendapati sigadis telah mula ada perasaan cinta,
sijejaka akan menunggu dengan sabarnya ketika untuk memulakan
"langkah sebenarnya" yang pertama. Apabila sigadis didapatinya
mula terleka,mereka akan digambarkan seolah-olah mereka terbawa-bawa
oleh perasan cinta sehingga sigadis TerNODA. Ketika inilah,
perangkap mereka sudah mula mengena.


DILEMA

Perlakuan noda ini boleh berlaku mungkin sekali, dua, tiga atau
seterusnya. Sebab bagi sejejaka, perangkapnya hanya dikira
benar-benar mengena
apabila sigadis didapati berbadan dua. Pada ketika ini, sijejaka akan
menunjukkan kekesalannya yang tidak terhingga. Sejejaka kononnya akan
bertanggungjawap diatas perbuatan mereka seraya berkata "Agama kita
melarang kita menggugurkannya, maka terpaksa kita berkahwin, tetapi kita
berlainan agama"

Seterusnya kata sijejaka "Kalau kita ingin berkahwin secara Islam,
Saya sanggup memeluk Islam, tetapi kita terpaksa berhadapan dengan
Dua perkara. Pertama, mengikut hukum Islam, kita boleh dikenakan
100 sebatan sebagai balasan dosa. Kedua, masyarakat Islam akan
mencemuh dan meminggirkan kita kerana
mempunyai anak diluar nikah yang kita hasilkan bersama.
Kita akan berasa amat malu, lebih-lebih lagi awak yang berpendidikan
agama. Sanggup kah kita? Saya rasa, saya tidak sanggup menghadapinya"

Kata sijejaka lagi "Kalau kita berkahwin secara agama saya, awak hanya
perlu untuk menukar agama, dan kita akan terlepas dari dua seksa.
Pertama, mengikut agama saya, kita hanya perlu untuk membuat pengakuan
dihadapan paderi digereja untuk menghapuskan segala dosa.

Kedua, masyarakat agama saya akan menganggap anak kita ini senasib
dengan Jesus (Nabi Isa)yang dilahirkan tanpa bapa. Mereka juga akan
menganggap awak senasib dengan Mary (Mariam)yang melahirkan Nabi Isa.
Maka, kita pasti tidak akan dipersia. Saya rasa ini option terbaik buat
kita"

Untuk makluman semua,mereka hanya merancang agar anak jejaka mereka
memikat anak gadis kita. Tetapi mereka tidak akan mencuba agar anak
gadis mereka untuk mendampingi anak jejaka kita kerana mereka sedar
bahawa perangkap mereka yang ini tidak akan mengena.


MURTAD

Mengikut penyelidikan Dr. Rubiah serta rakan-rakan dalam NGO Islam yang
lain, amat ramai gadis-gadis melayu Islam yang memilih option kedua
walaupun ada segelintir yang berjaya diselamatkan dan terpaksa
disembunyikan demi maruah agama & bangsa. Mereka seterusnya mengemukakan
permohonan untuk menukar agama (murtad) dipejabat agama. Namun Artikel
11 Perlembagaan Persekutuan menjadi penghalang utama rancangan mereka.

Menurut Dr. Rubiah lagi, pihak IFC (Inter-Faith Council) telah berjaya
mendapat 2 juta tanda tangan sokongan agar Artikel 11 Perlembagaan
Persekutuan ini dapat dipinda. Tetapi katanya lagi, untuk mendapatkan 1
juta tanda tangan umat melayu Islam bagi menghalang usaha mereka, adalah
sesuatu yang teramat seksa. Ramai yang terlalu merasa curiga dengan
alasan mereka khuatir tanda tangan mereka akan disalahgunakan untuk
menyatakan sokongan atau bantahan terhadap usaha yang lain pula. Alasan
demi alasan diterima.........hinggalah satu masa nanti saudara mara
terdekat kita tiba-tiba menjadi sebahagian dari statistik puluhan ribu
mangsa.

Adalah diharap, satelah perhimpunan di Masjid Wilayah, Ahad yang lalu
(23/07/06), lebih 2 juta tanda tangan telah berjaya diterima. Dimanakah
semangat kita? Kita belum lagi diperlukan untuk mengangkat senjata.
Maka, marilah kita bersama-sama berusaha dan mengembeling tenaga agar gejala
ini tidak terus melanda agama dan negara.


DOA
"Doa adalah senjata para mukmin". Satelah kita berusaha, marilah kita
bersama-sama berdoa agar anak-anak gadis kita akan terhindar dari
menjadi mangsa. Doa juga dipanjatkan agar umat Islam di Palestin, di
Lubnan, di Iraq dan seluruh dunia dihindari dari segala bencana.
Amin......Ya Rabbil A'lamin

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP