Sabtu, Januari 02, 2010

Updates & musim walimah bulan lepas

Bismillah.

Dah nak hampir sebulan tak update. Lepas grad, hidup semakin sibuk..dan saya gembira dengan kesibukkan saya ini.

Saya telah mula aktif terlibat dalam banyak perkara melibatkan kerja saya sebagai pimpinan dalam KARISMA. Antaranya saya telah bersama untuk menyerahkan memorandum di Putrajaya mengenai isu air labuan pada 8hb disember. Juga saya sempat utk hadiri forum BTN pada hari yg sama.

Pada 11hb saya telah mnghadiri interview menjadi trainer ABJZ.

Sepanjang 13-15hb Disember banyak masa dihabiskan dengan pelbagai mesyuarat. 17hb merupakan antara hari yang sedikit pack bila ada mesyuarat & perjumpaan dengan pelbagai pihak.

18-20hb disember telah diadakan pre-retreat & induksi utk KNL baru.

22hb telah ada perjumpaan dengan seorang ikhwah dari Sri Lanka.



25-26 disember merupakan acara kemuncak bulan disember dimana telah diadakan Himpunan Sambutan 10 Tahun KARISMA & Perhimpunan KARISMA Nasional di Bukit Damansara. Yg ni boleh baca di sini: KLIK

27hb telah diadakan mesyuarat barisan kepimpinan 2010 yang pertama

28hb ada demo depan kedutaan mesir yang telah dikeluarkan arahan kurang dari 7 jam. but the assembly was great.


31hb disember pun ada 1 lagi mesyuarat.

Demikian juga bulan disember ini saya telah terlepas 3 walimah dan sempat hadir 1 walimah (tu pun berjaya melarikan diri daripada program semasa walimah tu sedang berlangsung). Saya rasa sayang tidak dapat hadir semua walimah pada bulan disember ini..tetapi apakan daya. Kalau boleh kerat badan jadi banyak..mungkin dah boleh jadi wakil diri utk ke program sekaligus ke walimah.

Walaubagaimanapun, saya letak gambar2 walimah di sini sebagai mengabadikan detik2 manis mereka dalam blog yg tak seberapa ini.


Ucapan saya buat kalian,

Barakallahu lakum wabaraka 'alaikum wajama'a bainakum fil khair.

K.Djah & akh Amir (yg sempat pergi)
12 & 13 Disember

Asiah Budiman & Abd Rahman
13 Disember


Hafizul Amin & Sakinah
19 n 20 Disember


Suprisingly, 3 daripada walimah yg saya tidak dapat hadir itu adalah rakan-rakan sebaya saya. Mintak maaf la ya. Pada yg kecewa2 tu (kot ada la) sebab saya tak hadir, nnt saya nantikan jemputan aqiqah anak kalian yg pertama.

Saya yakin sebentar lagi akan ada yang akan komen saya bila pula nak walimah. Jadi saya jawab awal2 jela "sila doakan saya - terutamanya yg nk gi ngadap Allah di Baitullah tuh".

Oklah. Sekian sahaja utk updates kali ini.

Suka saya ingatkan, blog ini akan mengekalkan konsep santai. Pemilik blog ini akan kekalkan keadaan blog ini sprtmana yang telah dibaca oleh pembaca2 sebelumnya. Mungkin tiada istimewa blog ini berbanding blog lain yg lebih hebat...tetapi semoga dengan usaha kecil dan tidak bermakna dimata manusia ini, akan bermanfaat walau sedikit..seterusnya semoga Allah sahaja yg membalas ganjaran amal kita.

Wassalam

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP